Wednesday, September 23, 2020

Pengalaman Menggunakan ASTRO ULTRA BOX

 

Sumber : Website Rasmi Astro

Sebenarnya sejak lebih kurang sebulan ini, saya agak sepi dari keluar malam berjumpa rakan-rakan. Bukan kerana saya sombong atau isteri marah, tetapi mungkin kerana faktor usia. Lagipun saya masih seronok explore pelbagai content menggunakan Android TV saya yang saya pernah post di blog ini.

Bila sampai di ofis pula sibuk dengan kerja lagi-lagi diberi tanggungjawab baru mengendalikan kursus Sarjana Pengurusan Maklumat mod FLP atau Pembelajaran Fleksibel. Akan saya kupas program ini di entri akan datang. 

Berbalik pada kisah sebenar entri ini iaitu Astro Ultra Box. Ketika entri ini ditulis, belum genap sebulan lagi saya gunakan decoder baru ini. Basically, Astro Ultra Box ni kalau nak senang faham ialah decoder terkini Astro yang sizenya lebih kecil. Masih boleh digunakan untuk rakam siaran, cuma rakaman akan disimpan di server cloud Astro. Senang cerita, Astro Ultra Box memerlukan sambungan ke internet untuk tujuan rakaman siaran. Kalau tak nak rakam, tak perlu internet. Siaran Astro masih boleh dilihat di TV, kerana satellite dish masih digunakan. Installer cuma gantikan satu alat pada dish tersebut. 

Kalau kita nak akses content Astro Video On Demand(VOD), ia lebih smooth menggunakan Astro Ultra Box. Saya akses Astro VOD ketika masih menggunakan decoder lama dan terasa perbezaannya. Dekoder Ultra Box lebih smooth.

Untuk akses Astro VOD ini pula perlukan sambungan internet. Sama macam Netflix dan ia lebih banyak local content dari Netflix. Saya pun ada subscribe pelan Netflix dan boleh compare dengan Astro VOD. For local content, memang Astro menang. For documentaries pun saya rasa content Astro lebih banyak. And the best thing using Astro VOD ni ialah, siaran tanpa iklan. Cuma contentnya adalah content yang dah disiarkan secara live oleh Astro. Ada thousands of content di Astro VOD yang saya masih explore. Ini sebenarnya yang membuat saya dah tak berminat nak keluar malam. Itu tak termasuk lagi content di Netflix dan Android TV yang saya download seperti Vidio dimana ada channel-channel live Indonesia. 

HBO Go merupakan satu lagi tarikan Astro VOD. Ada macam-macam movies dan miniseries dalam tu, content pun tak lah lama sangat usianya. Oleh kerana saya subscribe superpack, majoriti of the Astro VOD content percuma pada saya. 2 minggu lepas saya mengalami kecederaan left ankle sprain ketika bermain futsal mingguan. Berbalut kaki, pergi klinik doc suruh amalkan RICE which is Rest Ice Compression and Elevate. Oleh kerana sports injury is part of my life, saya dah tahu apa yang perlu dibuat selepas sahaja saya injured. Masa kena tu dah panas ankle, masa keluar boleh jalan lagi. But based on past experience, saya terus balik rumah dan letak ice pack.

At the clinic, nurse baru lepas bandage

Gambar atas adalah balutan pada kaki yang dibuat oleh nurse, selepas berjumpa doc. Doc tanya nak mc ke? Saya jawab takpe sebab saya ada training Arduino esoknya. Doc pesan jangan banyak jalan. Agaknya sebab banyak jalan ni lah kaki saya masih belum 100% pulih after 2 weeks ni. Now I put my recovery phase at 85-90% but I won't do sports until I am fully 100% recover. Just some stationary bike and some simple workouts.

Back to the Ultrabox, what I do admire is the smoothness of the Astro VOD and also the content of the VOD itself (can be accessed by older decoders as long as it can be connected to our internet). I also like it's size. It is small. Just see the picture below.

The Ultrabox with a red light on. Small in size.


It is surely much more smaller than my previous decoder. And it uses a simcard as the Astro card. I am not sure whether this box can be carried to other places to be connected with other dish. Tak pernah try but I notice the installer changed something on the dish itself. Ada yang kata hujan dah takde masalah siaran. Ketika entri ini ditulis, musim hujan melanda kawasan saya and setakat ni tiada gangguan siaran. Lagipun saya banyak stream Astro VOD, jarang on live TV. 

What I do not like about this Ultra Box is, eventhough dia akan bagi satu channel untuk siaran dalam 4k UHD which is 780, but kalau tengok live football matches, sometimes ada glitches sikit. And then, TV bukan HD dah tak boleh guna decoder baru ni sebab semua siaran Astro yang menggunakan SD akan automatik terminate. Hanya siaran non Astro yang masih guna SD seperti TV1,TV2,TV3 etc sahaja yang available.

Another thing is saya rasa dia agak hangat, dah sama macam my previous decoder yang ada hardisk dalamnya. Suppose not to as tiada hardisk inside Ultra Box. Maybe sebab connected to my home wifi kot. Dia hangat macam my Unifi 5g router. Ada one time ada error message HDCP 2.2 di TV dan vision blank, just sound sahaja. So I need to restart back my TV and the decoder.

And the last one is it is too dependable on our internet availability. Sepanjang saya guna Unifi Fibre ni, dalam 2-3 years mesti akan ada down. Sometimes just my house, sometimes the whole area. So kalau down, all the recorded content tak boleh akses. Plus no akses to Astro VOD and HBO Go. 

As I always said to my students, we can have all the technology available for us to use but in the end it will go down to the internet speed and stability. 



Monday, August 10, 2020

TV Panasonic Android TV HX650


Saya dah lama nak upgrade TV saya from LED TV 32 inch Samsung ke Smart TV. Selama ini saya guna Chromecast untuk jadikan TV saya smart. So far ok. Cuma setahun dua ni banyak skrin yang saya gunakan semakin besar sebab mata dah dimamah usia, rabun rabun sikit (dah lama cuma makin tua ni rabun dekat pula). 

Saya berpendapat bahawa TV besar membolehkan saya duduk di sofa menonton TV tanpa menggunakan kacamata. Sebelum ni pun boleh, cuma tulisan tak berapa nampak. Kalau besar, at least boleh la baca tulisannya. Lagipun TV besar dah murah, dulu belas ribu dan berat, kena dua orang angkat. Sekarang sorang je angkat. Harga pun dah tak belas ribu. 

Last year AEON ada buat sales TV. Harga slash habis. Masa tu salesman cerita kat saya beza Android TV dan Smart TV. Smart TV dah preinstalled semua apps dia. Android TV macam smartphone Android kita, boleh install pelbagai apps dari Play Store. Dari segi fleksibiliti, Android TV is much more better. Patut lah Android TV mahal beberapa ratus dari Smart TV untuk series dan size yang sama. 

Bila saya usya di kedai-kedai luar, harga lagi mahal. Dan TV yang saya nak takde. So KIV dulu lah. Kumpul duit dulu banyak-banyak. Semalam ke AEON dah nampak lagi ada sales. Kebetulan memang dah standby since beberapa minggu lepas nak sambar satu TV besar. Saya dah tengok beberapa TV besar di rumah rakan-rakan yang sekecil rumah saya. Tiada masalah. Pixel pun dah okay walaupun untuk channel SD masih tak sesharp HD, tapi tak lah buruk sangat. Lagipun sekarang channel HD dah melambak di Astro. 

Kali ni memang saya datang tangan kosong. Tiada info beforehand. Lagipun nawaitu asal ke AEON nak gunting rambut anak dan cari sticker untuk projek sekolah dia sambil-sambil beli buah di MBG. 

Beberapa hari before ada browse the internet. Mulanya nak beli Samsung kembali, and then feature di Sharp nampak lebih menarik. Apa pun saya dah set kriteria nak Android TV yang ada built in Chromecast, not Smart TV. And the size must be around 50 or 55 inch. 

Di AEON, ada Sharp Android TV, Panasonic GX Android TV and Sony Android TV. Dah berkenan dengan Sharp Android TV, dan memang dah nak ambik dah. Siap tengok info lagi di smartphone pasal model Sharp yang saya nak ambik tu walaupun pernah ada pengalaman tak sedap dengan TV Sharp ni dimana panel rosak (itu yang saya tukar ke Samsung TV LED). 

Tiba-tiba muncul satu kriteria baru dalam fikiran saya. Saya nak kan function bluetooth yang boleh connect dengan audio device seperti headphone etc. Sebab dalam website Sharp saya ada nampak headphone Sharp boleh connect dengan TV mereka. Rupanya yang saya nak ambil ni tiada function bluetooth audio, hanya ada bluetooth remote sahaja. Cancel. Kena pilih Panasonic atau Sony. Sony agak mahal, 49inci Android TV sahaja dah RM 2499. Sony ni memang selalu lebih mahal dari yang lain. LG dan Hisense saya tak masukkan dalam kriteria saya. Then nak ambil Panasonic GX 650, tapi tinggal display set sahaja yang dah ada di situ since 2019. Salesman offer harga display set which is RM 16xx, jauh dari harga asal RM 2xxx.Hampir RM 500 beza. Good bargain juga ni sebab semua feature yang saya nak ada. Cuma sebab dah on display everday since 2019 from 10am-10pm non stop, saya agak gusar. Salesman offer pula extended warranty. Katanya kalau panel display problem, Pana ganti free. Saya tanya model ni dah discontinue, macam mana? Dia cakap diorang akan offer product baru, bayar difference harga je. Furthermore warranty akan start from date of purchase. Saya jawab, saya nak makan dulu. 

Then masa nak keluar saya nampak 1 lagi TV Panasonic tiada harga. Salesman cakap ni TV baru HX650, feature sama dengan GX650 cuma dia ada sound system lebih baik dan Vivid Digital Pro which is warna lebih bagus. Senang cerita nak compare HX650 dan GX650 ialah HX model 2020 dan GX model 2019. HX display lebih cantik dari GX. Sound pun lebih bagus. Boleh tengok spesifikasi HX di sini. 

Cuma harga tak letak. Saya tanya Salesman dia cakap baru je masuk dan di display semalam dan cuma ada 1 ni je. Salesman cakap kalau nak dia kena call boss tanya boleh jual ke tak. Dia cakap harga RM 2299. Saya cakap saya nak pergi makan roti John dulu sebab perut dah bunyik.

Balik makan roti John dan setelah mengkaji di internet, memang saya dapati Panasonic HX650 ni baru lagi, rasanya Julai 2020 baru keluar. Tak banyak kedai lagi yang ada. So saya pun decide nak beli TV tu. Then saya tambah extended warranty selama 3 tahun lagi dengan bayaran RM 260. So dicampur dengan 2 tahun standard warranty, saya ada 5 tahun warranty yang akan cover Panel display. FYI, panel display merupakan komponen paling mahal, ribu harga nya. Sharp 32 inci saya kong panel display dan nak ganti sama harga dengan tv 32 inci pada waktu tu. Note 9 saya kong panel display dan nak ganti sama harga dengan value Note 9 second hand ketika itu. Pengalaman mengajar saya membeli extended warranty. 

Abang salesman tengah packing TV from display, baru sehari display

So, proses jual beli pun berlaku dan saya bawa sendiri TV balik rumah. Mula-mula cuak juga sebab besar gedabak, nak masuk bonet kereta sedan saya pun tak lepas. Kena letak seat belakang. Terpaksalah anak-anak duduk dalam keadaan tak berapa betul. Tapi mereka excited sebab nak tengok TV baru. Saya beli 50 inci, a significant upgrade from 32 inch. Nak beli 55 inch takut kereta tak muat, 50 inch pun ngam ngam soy je. Lagipun tak banyak sangat beza, 50 inch pun dah penuh rak TV saya di rumah. Rupanya ringan je TV ni, besar je lebih. Berat lebih kurang 10kg je. Saya sorang pun boleh angkat.

Yang ni dah bayar,
Dah selesai buat pembayaran, tengah tunggu untuk dibawa guna trolley ke kereta

Masa proses nak pack ni, ada 2 orang lagi datang tanya TV yang sama, nak beli. Nak beli, tapi Abang Salesman ni cakap saya dah beli dan stok yang lain belum sampai lagi. TV yang saya beli ni pun baru semalam dia pasang untuk display. Maknanya dah on 10am-10pm semalam dan kira tested and proven lah. Bukan bad apple. In the end, 2 orang tu beli TV lain. One of them settle down for Panasonic GX TV and the other one Sony Android TV.

Beza TV Lama Samsung UA32 dengan Pana 50 HX650

Sampai rumah terus setup wifi, netflix, chromecast dan Astro. PS4 je tak sambung lagi. Gambar memang cun, even tengok channel SD pun not bad. Tengok Astro VOD pun cun. Layan movie di USB drive pun cun. Basically tak rugi lah, lagipun anak-anak memang kerap layan TV sekarang. Memang happy diorang. Gambar atas tu saya compare TV Samsung saya size 32 inci dengan Panasonic 50 inci yang baru dibeli. 

Saya belum lagi install macam-macam di Apps android TV ni. Releks-releks dulu sambil-sambil explore, next step nak try connect bluetooth audio. Oleh kerana waktu beli TV ni masih baru di pasaran, tak banyak review yang boleh saya perolehi. Lagipun Android TV is an Android TV, tak banyak beza dari segi functionality. Now, saya nak jadikan TV Samsung saya monitor PC saya di ofis. Senang sikit buat kerja.


Tuesday, July 28, 2020

Beli GShock GWB 5600 di GWM Store


Saya dah lama guna jam Gshock ni. Seingat saya, ketika lewat 90-an pun saya pernah guna.  Cuma saya tak berapa ingat model apa. Yang saya ingat original lah. Waktu tu takde lagi fake Gshock ni. Sebelum saya guna Gshock, saya guna jam Swatch awal 90-an. Ingat lagi masa tu beli RM kira-kira RM 100 di kedai jam Swatch. Sekarang agak terkejut tengok harga dia. Jam ALBA pun pernah guna. ALBA ni dari zaman sekolah rendah lagi dah beli. Seiko pun pernah. Ada satu jam Seiko ni tak guna bateri tetapi mekanikal. Saya guna waktu zaman sekolah menengah tapi kejap je sebab jam ni kena selalu guna baru dia bergerak. 

Sebenarnya masa mula-mula pakai Gshock tangan tak berasa selesa sebab rasa ianya besar gedabak. Cuma best sebab tak risau masuk air, jatuh. Zaman tu memang kebanyakan jam sensitif. Gshock yang saya guna ni jenis digital. Lepas tu saya guna jam tangan biasa, rasanya jenis ALBA kembali. Dan ada juga jenis Bonia hantaran kawin. Gshock dah tak pakai. Saya pun tak ingat saya jual kat sape masa tu. 

Lepas tu tahun 2010, saya beli Gshock Mudman. Model G9000 3V Mudman. Harga masa tu RM 305. Saya ada cover kisah dia di sini. Jam ni lepas saya ganti bezel pada tahun 2019, saya jual pada rakan sekerja saya. Silap saya patutnya saya simpan buat koleksi. Zaman sekarang lagi lama barang tu lagi rare. Masa pakai Mudmani ni haram tak reti nak tukar waktu. Rasa complicated sangat nak operate Gshock ni. Sebab tu saya suka jam jarum. Pusing je. 

Tahun 2019, I bought the Casio Gshock G6900 Tough Solar. The story on how I bought it can be seen here.  RM 470 juga harga beli di kedai authorized dealer di AEON Shah Alam. And in 2020, saya berkenan dengan Gshock petak GX56 BB. 

Browse di internet and saw this online store GWM Store. Harga not bad. Lagipun stok GX 56 ni ada. For 2 weeks saya dok kaji GX 56 and hampir beli online thru GWM Store. Then I found out that physical store dia tak jauh mana dari rumah. So I went there. Kedai dia buka office hour sahaja on weekdays. Actually dia macam office for GWM Store except dia ada juga jual those watches in store. 

Sampai sana with my wife, bila test GX56 BB tu, bezel besar gedabak but the number is small. Orang tua rabun dekat macam saya ni memang kena nombor besar. Berkenan pula pada 1 design petak ni. (Memang nawaitu nak cari petak). My G6900 dah design bulat. Nama design petak yang saya rasa menarik ni ialah Casio GShock GW-B5600 AR-1. GWM Store letak nama Adrenalin Red. Ia adalah negative display, G6900 saya positive display.

Best nya GWB 5600 ni sebab dia ada bluetooth. Boleh setting time and world time guna apps Casio di Samsung saya. Dan dia ada auto radio search yang akan connected beberapa kali sehari ke stesyen terdekat untuk maintain accuracy time. Bateri tak perlu risau sebab dia tough solar. Number display dia besar cuma bezel petak dia kecik. Bagus kecik ni ialah kalau guna keyboard PC taklah rasa sakit tangan. G6900 bezel besar, rasa tak selesa. Selalu saya buka kalau guna keyboard PC. 

Harga yang saya dapat in store GWM lebih murah dari harga yang diorang publish online. Di kedai fizikal mereka saya boleh runding lagi. Dapat la beza 20-30 ringgit. Cuma jam mereka warranty sendiri melalui GWM, bukan melalui Marco. Kira kalau henfon macam AP Set la. Nak kaji full specification GWB 5600 ni boleh usyar link di Casio International Website di sini. 

Casio apps connected to GWB 5600 ni simple je. Maksud simple kat sini ialah function dia tak sebanyak Samsung Galaxy Watch saya. Nak connect pun kena tekan button di GWB 5600. Agak lucu sebab macam analog nak berangan jadi digital smartwatch pulak. Tapi okay la, function untuk time accuracy je. Saya dah masukkan bandar Mekkah ke dalam world time, senang kalau dapat buat umrah lagi, just set je ke Mekkah time. 

Lepas ni misi memburu analog Gshock pula. Kali ni nak try beli di G Factory. 






Friday, July 24, 2020

Masalah Skrin Samsung Note 9 Selesai


Hi everyone, sejak anak-anak kembali bersekolah, agak tertunda juga penceritaan disini. Jadual mereka yang berbeza menyebabkan saya juga agak lari schedule saya. Walaupun mereka boleh bersiap sendiri dan ibu mereka juga membantu, tetapi saya tetap perlu bangun lebih awal dari mereka untuk standby andaikata ada apa-apa permasalahan. 

Sebenarnya entri ini adalah lanjutan dari post berkenaan masalah Samsung Note 9 saya di sini. Senang cerita, display jadi tak betul, color pudar, hijau. Seperti diceritakan sebelum ini, saya telah pergi ke dua tempat untuk memperbetulkan skrin, satu tempat repair handphone independent dan satu lagi official service center Samsung. Kos repair termasuk upah di service center Samsung adalah RM 860 termasuk 3 bulan waranti.

Oleh kerana saya memerlukan handphone segera, maka saya beli Samsung A51 yang kemudiannya saya beri pada isteri untuk gantikan handphonenya yang agak usang. Saya beli pula Samsung Note 10 Lite sebab nak beli Note 10 tak berani, takut masalah display handphone Samsung flagship berulang.

Diringkaskan cerita, display Samsung Note 9 saya kembali normal. Bagaimana ianya normal? Ganti display. Ternyata update Samsung telah merosakkan hardware. 

Sebenarnya setelah membeli Note 10 Lite saya, saya seperti ingin membiarkan sahaja Note 9 ini namun handphone ini merupakan handphone pre-order pertama saya dan saya merupakan antara user pertama yang beli handphone ini ketika hari pertama ia mula dijual di Malaysia. So kind of sentimental value here. Saya berada dalam grup Telegram user-user di seluruh dunia yang mempunyai masalah display pada Samsung Note 9 and slowly mereka report yang mereka dapat ganti display FOC dari Samsung. While most of them are from India, ada juga user Malaysia, Singapore and Indonesia yang dapat. 

So saya email pada CEO Samsung Malaysia (please find the email at their website) saying how I had used Samsung phones and tablets since 2012. Bila dikira, almost 10 devices from Samsung saya dah guna including their watches. Basically their devices had helped me in my work and daily life. And I also stated that they must respond well with this Note 9 display problem since it happened after updating their software using their own OTA. 

Saya received an email few days after that stating that I will be receiving a call from Samsung Service Center for further inspection. They also gave me rebate coupons for purchasing items in their website. Unfortunately barang yang saya nak beli before this habis stock.

Then I received a call from Samsung Setia Alam SC asking me to bring the device to them. The technicians there were impressed with my Note 9 as there are no scratches, 'Macam Baru, kata technician tu. So the staff there told me that they will submit the claim to Samsung and I will be able to collect it approx 3 hours later. But I told them I need to get back to my office and I will collect it next week. On Monday, Samsung Setia Alam SC frantically called my mobile, I was in a meeting and saw few missed call. I thought that mereka teruja nak serahkan kembali Note 9 ni or jumpa emas dalam my phone. So I called them back, the first things is the women's voice (I met her when I sent my phone, she was the one who attended me) was quite shaky. Dia kata Samsung rejected my claim without any explaination. 

At this time, I felt cheated. Not to her, but to Samsung HQ, I also felt that maybe another HQ staff that rejected my claim was not the same HQ staff that attended my case.

Samsung Setia Alam SC did not know the reason and had asked me to call their CS. As I was busy, I called them the next following day. A woman named Ada responded my call and she offered to check on my case. As I expected, it was rejected because my device was out of warranty. I bought it somewhere on August/Sept 2018 and it was almost 2 years now. I did not buy any extended warranty (My Note 10 Lite had an extended warranty up to 2 years which is much more cheaper than Apple's extended warranty). 

So I told Ada to relay my message to her boss stating that my earlier email to request FOC display replacement had clearly stated that the device it out of warranty but I wanted it FOC because the damage was done not because of me. Our telegram group had users experiencing the same problem. It was also reported in news and technical websites. Just google it. And again I apologize to Ada the same as I apologize the Setia Alam SC that I am not mad at her, just want to relay the message to the boss.

So after that conversation, I emailed Samsung CEO again stating my dissapointment. This is the reason I felt cheated. Few days had gone by and at this point it seems that my point of telling Samsung to do a better crisis management seems felt into deaf ears.

Suddenly I got a call from Samsung Setia Alam SC last Monday. As I was busy working, I did not bother to pickup the phone but it keeps on coming. Few missed call later and I called them back. My Note 9 is still with them as I was busy to pick it up from them. So the SC lady with a positive tone told me that Samsung had agreed to replace my display and she asked me to give her sometime to repair the phone. I told her it's okay as I am busy this few days. Yesterday (Thursday), I went to the SC to pickup my Note 9 and the display had came back to life again, beautiful as ever. I even saw it a bit prettier than my Note 10 Lite. But in terms of speed, i do think Note 10 Lite is a bit faster and also has better features in terms of camera (wide angle). Note 10 Lite has also a built in fingerprint sensor on its touchscreen. But Note 9 speakers are more superior than Note 10 Lite.

The lady told me that they only change the display not the battery. She told me there is nothing wrong with the battery. I also asked her if there is anything that SC wanted to give me such as receipt or anything but she said no. She asked me to sign some papers and when I ask if I can get any copies she rejected politely. 

Anyway thanks a lot for all the relevant parties in helping me getting the FOC display replacement. Sempat juga jeling-jeling paperwork yang saya sign tu, dan nampak permasalahan Note 9 yang ditulis atas paper tersebut adalah Greenish Display Issue. 

From my experience, 

1. Masalah ini sukar dibuktikan hasil dari update software kerana tak semua user mengalaminya. It seems yang ada certain batch yang mungkin menggunakan hardware dari kilang atau keluaran yang sama sahaja terjejas. 

2. Usaha anda untuk dapatkan FOC display replacement mungkin berjaya atau tak. Saya rasa kondisi handphone anda memainkan peranan penting. Kalau ada kesan jatuh mungkin kena reject. Handphone saya 2 kali jatuh tapi tak teruk. Jatuh pun secara mendatar. Jatuh tahun 2019 pertengahan. Technician SC pun kata handphone saya macam handphone baru.

3. Ini bukan masalah software walaupun ianya berpunca dari software update. Handphone selepas software update menjadi panas. Mungkin bila dah selalu panas, ia akan merosakkan hardware.

4. Samsung nampak sedang mengumpul bukti dan maklumat lanjut mengenai masalah ini dan mereka juga dalam proses mengatasi masalah ini. Secara jujur, saya juga tak pasti masalah sebenar, ada yang kata buang NFC masalah selesai. Ada juga yang kata cable display tu je yang problem. Apa-apa pun ganti 1 set display is the right solution, currently.

5. Buat masa ini saya melihat plan Samsung untuk atasi krisis ini ialah gantikan display customer FOC secara senyap. Tiada sebarang dokumentasi diberikan kepada saya. Email pemakluman replacement pun tiada. Hanya email yang menyatakan kekesalan terhadap permasalahan saya. Semua urusan dilakukan by phone. No whatsapp. Mungkin ini strategi tersendiri  Samsung, ganti display customer sambil jari letak kat mulut,,ssshhh. Strategi sebegini saya pernah jumpa digunapakai di tempat lain. Ia untuk elakkan publisiti buruk. Yang penting customer yang terlibat dapat diselesaikan masalahnya. Ada pro and cons strategi ini. 

6. Majoriti user Note 9 yang effected cuma mahu Samsung bertanggungjawab ganti display yang rosak akibat masalah software update sahaja. Saya rasa sampai satu masa nanti Samsung akan ada mekanisma untuk permasalahan ini. Sudah tentu mereka sedia maklum. Saya tak rasa mereka akan rugi besar malah akan menarik customer yang akan confident dengan after sales service Samsung.

7. For those yang nak mencuba, you can try following my step. The power to endorse FOC display replacement is not on the hands of Samsung SC but on HQ.  You can directly contact Samsung Customer Service. Make sure your phone is in good condition or else they may have a reason to deny it. (this is an assumption only, but better prepare)

8. I will not sell my Note 9 even though saya dah ada Note 10 Lite. First, it's nostalgic and I love its display and speaker. Second, takut-takut jadi balik display problem ni, kesian user baru. But the main reason is the first one. 


Thanks Samsung, hope you can find a soiution, next time be extra careful. 

Wednesday, July 01, 2020

Ubahsuai Rumah - Dari Siling Biasa ke Siling Plaster


Saya sebenarnya agak ragu-ragu untuk menggunkan siling plaster. Pertamanya ialah takut bumbung bocor merosakkan plaster siling ini. Tetapi setelah berbual dengan Wak Aswam yang menjalankan kerja-kerja renovasi rumah, saya jadi yakin untuk gunakannya. Selain cantik, ia membolehkan saya guna downlight. Kalau nak lebih lanjut maklumat kenapa kita guna plaster ceiling ini boleh layari website https://www.recommend.my/blog/why-install-plaster-ceiling/. 

Katanya, plaster ceiling tak mudah terbakar. Plaster ceiling menyenangkan kerja tukar bulb lampu sebab dia agak rendah berbanding siling biasa. Ianya juga bukan lagi asbestos. Kebanyakan siling rumah lama adalah asbestos termasuk rumah saya. Namun saya cuma install plaster ceiling di ruang tamu dan makan sahaja, ada rezeki nanti kita install di bilik pula. Plaster ceiling juga tahan dibalun dek anai anai. Dan menurut website diatas, ia menjadikan bilik lebih senyap. Walaupun ia tak tahan air kerana kalau kena air dia akan kekuningan, tetapi lepas kita repair bocor di bumbung, boleh je cat balik supaya kuning tu hilang. Paling menarik Wak Aswam kata, kita boleh ganti kawasan yang bocor tu kepada yang baru. Sikit sahaja. Ada gamnya. 

Cabaran utama install plaster ceiling di rumah saya, selain dari mencari duit ialah kerana kawasan ruang tamu dan makan dan penuh dengan barang-barang. So, kerja yang sepatutnya ambil masa 2 hari jadi 4 hari kerana mereka perlu buat separuh ruang dahulu. Separuh lagi digunakan untuk pindahkan semua barang-barang. TV yang dah fix di dinding mereka cover dengan plastik. 

Kerja dilakukan di separuh ruang dahulu.

Hari pertama dan ketiga, terpaksa berkurung di dalam bilik sahaja kerana mereka memecahkan siling asbestos. Mereka sendiri suruh kami berkurung di bilik, bahaya kata Wak Aswam dan pekerjanya yang merupakan sedara-mara beliau. Semua otai, umur atas 50. Selepas pecahkan siling asbestos yang lama, mereka akan install dahulu frame alumunium. Ia akan digunakan untuk ikat plaster siling. Ruang kipas angin mereka tinggikan sedikit dan diletakkan sedikit finishing. 
Tempat kipas. Masuk kedalam sedikit

Selepas selesai letak bingkai aluminium, barulah plaster siling dipasang. Selepas dipasang, dicat coating putih dahulu. Kemudian dibuat lubang untuk downlight dan kipas. Ruang tamu dan makan saya berkeluasan kira-kira 30 kaki panjang dan 14 kaki lebar. Saya meletakkan 10 downlight dimana 4 downlight di ruang TV, 4 lagi di ruang makan. 2 downlight diletakkan di tengah-tengah. Kedudukan downlight di ruang TV dan makan adalah selari sementara downlight di antara kedua-dua ruang tersebut tidak selari dengan downlight ruang TV dan makan. 

Dah siap. Lampu downlight tengah on 4.
8 downlight berwarna 6000k sementara 2 downlight di tengah-tengah berwarna 4000k iaitu kuning. Asal nak guna downlight Philips, tetapi di Coogoo Setia Alam takde size 6 inci. In the end settle for Osram LED 6 inci. Kipas masih menggunakan yang lama kerana ia masih berfungsi dengan baik. Selain itu lampu dinding asal masih ada. 3 malam juga la bergelap dengan hanya bertemankan lampu dinding. 

Selain itu, saya juga meletakkan aircond 1hp Inverter jenama Haier di bilik anak saya. Dia memang berhajat sangat nak aircond. Saya dapat harga RM 950 termasuk bracket dan upah pasang pula saya tak ingat berapa sebab harganya bercampur dengan tarik wiring baru khas untuk aircond berserta socket plug berkualiti tinggi serta wiring khas untuk 10 downlight saya. Rm 950 tu harga barang sahaja ye. Saya buat dengan jiran saya, Wan Amilin. Dia memang buat kerja elektrikal dan aircond. Semua saya suruh Amilin selesaikan, saya hanya bagi upah sahaja.

Aircond 1 HP inverter Haier dan bumbung baru
Masuk hari ketiga Wak Aswam buat kerja di rumah saya, terfikir nak tukar awning belakang kepada bumbung. Sebab awning ni agak sukar nak tutup bocor ditepi apabila hujan. Belakang yard kecil sahaja tapi disitu lah terletaknya kuali-kuali dan juga mesin basuh. Kompressor aircond baru Haier juga ada di yard tersebut. So I decided to put floor tile disitu. So dah bertambah kerja Wak Aswam. In the end, dari 2 hari ke 4 hari, kemudian ke 5 hari dan akhirnya Sabtu baru selesai semuanya. Sebenarnya Jumaat dah selesai tapi Sabtu ada last touchup everything. Khamis lampu plaster siling dah hidup. Cuma Jumaat malam baru kami semua susun kembali perabot di ruang plaster siling dan kemas serta lap dan mop dan sapu lantai. Sebenarnya pekerja Wak Aswam memang dah mop, sapu dan lap barang-barang kami tapi macam biasalah kami tetap juga mop,sapu dan lap barang-barang juga. 

Untuk ruang belakang, alhamdulillah lepas pasang bumbung dan guna floor tile gantikan simen, rasa sejuk duduk belakang tu. Sebelum ni nak keluar situ guna selipar, sekarang dah boleh lepas situ buat kerja. Wife pun memang ada tanam pokok-pokok di situ. So kira hadiah lah bumbung dan floor tile untuk bagi dia selesa berkebun di situ.

Floor Tile. Yang gantung gantung tu Wak Aswam pasang FOC
Sabtu which is the last day Wak Aswam buat rumah kami (dia juga dalam masa yang sama buat juga rumah jiran saya), dia offer kalau nak drill apa-apa bagitau. Dia bagi FOC. So kami beli macam-macam benda suruh dia drill. Tiang-tiang langsir kami yang sebelum ni installer pasang senget sedikit pun dia repair kasi straight. Itu kelebihan Wak Aswam, saya dah reno sikit-sikit rumah dengan dia since 2018. 

2018 saya bermula dengan simen tabletop dapur. Kemudian 2019 saya pecahkan tembok pagar depan dan ganti pagar selain dari repair bumbung  rumah yang bocor. 2020 plaster siling. Anyone nak suruh Wak Aswam buat kerja reno di rumah boleh hubungi dia sendiri di talian 0162939524. Wak Aswam asal Indonesia tapi dah jadi rakyat sini. Dah bercucu pun. Anak-anak semua lahir Malaysia dan bersekolah di Malaysia. Wak Aswam oldskool sikit, masih guna traditional phone call dan sms. Harga agak keras tapi kualiti kerja bagus. After sale service pun not bad. Saya kenal dia pun dari jiran saya, Wan Amilin sebab Wak Aswam ni kira macam sub con Wan Amilin. 




Sunday, June 28, 2020

New Normal - Norma Baru


Sana sini kita pergi, kita didedahkan dengan new normal selepas pasca PKP ini. Maklumlah, covid 19 masih tiada vaksin. Juga nampak gaya masih belum ada penawar rasmi, hanya percubaan ubat-ubat oleh pihak hospital yang ada antaranya membuahkan hasil.m

Sementara pihak-pihak terlibat bertungkus lumus mencari penawarnya, kita rakyat biasa ini perlulah mengikuti gaya new normal. Antara new normal ialah beratur untuk memasuki premis perniagaan untuk menulis nama/scan nama dan mengambil suhu. Antara tempat yang saya lihat konsisten SOP nya ialah Jaya Grocer berhampiran tempat tinggal saya. Tulis nama di buku atau daftar di website, check suhu, diberi sanitize tangan dan juga diberi sarung tangan plastik. Itu antara SOP Jaya Grocer sejak dari fasa awal PKP lagi. 

Tak ketinggalan juga menuruti norma baharu ini adalah prosedur kerja. Di tempat saya, meeting dijalankan secara online. Baru-baru ni sahabat kami, Encik Razak bersara. Majlis dijalankan secara online guna Google Meet. Ramai yang attend dari lokasi masing-masing. Makan minum disediakan, tapi dirumah masing-masing. Sendiri-sendiri. Bak kata pepatah zaman Covid19, kita jaga kita. 


Friday, June 12, 2020

Masalah Skrin Samsung Note 9


Sebelum ini saya ada dengar bahawa kos skrin LCD smartfon mahal harganya. Walaupun tak lah sampai sama dengan harga smartfon itu sendiri, tapi boleh terduduk jugalah. Ada rakan-rakan yang skrinnya retak, tapi masih lagi pakai. Bukan screen protector ye, skrin sebenar.


So saya punya la jaga Note 9 saya supaya tak pecah. Belikan dia screen protector. Oleh kerana skrinnya curve, susah nak cari tampered glass. Ada pula produk baru guna silikon. Ntah ye ntah tak, tapi saya pakai yang tu sebab dia cover semua sampai masuk tepi curve. Buat di kedai agak hebat dalam mall, asyik terkopek pula di bahagian curve. Dua kali bawa balik ke kedai, kali ketiga dia cakap curve memang macam ni, mesti ada terkopek sikit. Senang je dia kata, agaknya dah tak boleh nak buat. Harga mahal pulak tu, RM 80 rasanya. 



Last-last gamble pegi kedai telefon Ustaz. Dalam hati mesti takde ni, rupanya ada. Silikon juga katanya. Elok pulak dipasang sampai tutup curve. Sekali jalan je. Harga 20 ringgit malaysia. Sampai sekarang elok. Dah setahun lebih. Note 9 ni beli tahun 2018.



Jaga punya elok. Dua kali je jatuh tu pun atas karpet dan lantai. Tak tinggi mana pun. Jatuhnya pun bukan tahun 2020, tahun 2019 awal. Punya la sikit kekerapan jatuh sampai boleh ingat bila dan dimana.  Kalau tengok drop test Youtube, lagi tinggi dari tu pun survive. Kelmarin, 5 minit sebelum tengah malam, ada email dari CIMB masuk, beserta email dari ofis dan juga voice dari seorang kawan through whatsapp. 



Tiba-tiba skrin saya flicker sikit, and suddenly berubah pucat. Dan nampak ada greyish horizontal lines halus yang banyak. Dah jadi macam TV lama zaman 80an. 



Pergi kedai dan service center, diorang suruh ganti skrin. Diorang cakap ada yang kena macam saya. Waranti bagi sebulan di kedai. Kalau di service center, 3 bulan. Harga dia dah la mahal. Rm9xx. 


So memandangkan memang nak kena guna cepat dan juga tiada spare fon, saya sambar satu Samsung A51 untuk kegunaan sementara. At least kalau dah ada duit nak ganti LCD, boleh pakai balik Note 9 tu. 

After 2 days guna, A51 ni memang tak boleh compare dengan Note 9 tapi untuk kegunaan harian dan view kerja-kerja yang ada tu, boleh lah. Lagipun untuk video conferencing dan kerja-kerja besar yang lain saya dah guna MBA. Sekarang pun dah boleh masuk ofis seperti biasa which means that I can use back my HP desktop.

Rupanya masalah skrin Note 9 saya ni bukan saya seorang je yang mengalaminya. Ramai di seluruh dunia yang mengalaminya. Semuanya sama macam saya, after installing the latest March 2020 update and then the April security patch, semua kena macam saya. Not only Note 9, user S8, Note 10 and also S20 pun ada kena. 

Based on forum Samsung user, not all yang kena but this happened to some batches of phone. As my Note 9 is the very first batch released in Malaysia, saya assume ramai yang first batch ni akan kena. Forum user Samsung even posted their pictures yang bermasalah tu and sebijik macam saya kena. And when they brought their phones to service center, memang disuruh ganti LCD sahaja. This is so terrible as yang membuatkan skrin jadi macam ni adalah software update. Ada user yang kena dan ganti skrin, and dia kata skrin dia normal kembali. 

User macam saya tak akan habiskan duit ganti skrin sebab ia bukan salah saya dan saya yakin ini bukan salah hardware. Buktinya? Untuk pengguna Note 9, on kan Video Enhancer dan buka Youtube. Play any 4k videos and you will see your video kembali normal. Kalau skrin rosak, mesti tetap tak normal kan?

So this stupid update yang merosakkan skrin dan juga solusi service center yang sewenangnya suruh ganti LCD, menyebabkan saya hilang kepercayaan pada Samsung. Trust me, my next phone after this will be Apple especially as I am using MBA now. 

And I am not the only one saying this. Currently all of us effected are waiting for any release update by Samsung. Based from those forums, Samsung quickly release the update for S20 as it is currently their flagship model now. 

What I can say is this is another major disaster for Samsung and it may end up as a severe catastrophe same as their exploding Note battery before. 

And, I learned my lesson well. Never buy the first batch. And again, I am seeing iPhone now. 

Sunday, May 31, 2020

Muzik di iTunes

Antara album yang saya beli di iTunes

Mungkin ramai dari pembaca blog ini telah sedia maklum bahawa iTunes merupakan salah satu online store yang menjual lagu mp3. Selain iTunes, ada beberapa lagi online store yang popular seperti Amazon dan juga Spotify. Saya pernah juga usyar-usyar Amazon tetapi sesetengah mp3 whole album harganya agak mahal.

Dulu zaman-zaman remaja dan muda belia saya dipenuhi oleh koleksi muzik. Ketika zaman kaset, selain beli, makcik saya yang bekerja di stesyen penyiaran pun sering memberi saya kaset yang beliau dapat percuma dari syarikat rakaman. Memang banyak koleksi saya dan majoritinya adalah dari genre rock dalam negara dan luar negara. 

Faham-fahamlah koleksi muzik dari hujung 80-an terutama kaset. Banyak dah rosak, hilang, musnah. Lagi-lagi iklim negara kita sememangnya tak mesra kaset. CD pun lama-lama boleh rosak. Apabila wujudnya mp3, ia bagai satu rahmat pada penggemar muzik. Sebabnya, format digital yang mudah disimpan. Tidak lagi terdedah dengan ancaman kerosakan bahan. Kalau nak rosak pun sebab kena virus komputer atau terdelete. 

Lagipun dengan mp3 ni, bentuk fizikal bahan muzik dah tak kelihatan. Kalau zaman kaset atau CD, memang boleh bersepah rumah kalau tak reti kemas. Lagi satu masalah kawan pinjam tak pulang. Kalau mp3 dia nak pinjam, kita copy je dalam USB dia. 

So, berbalik pada iTunes ni tadi. Dulu saya tak gemar iTunes sebab dia cuma Apple friendly. Lagipun seingat saya dulu koleksi lagu-lagu rock kapak melayu dan english dia tak la banyak. Paling lemah ialah format lagu nya cuma sesuai dimainkan di Apple devices sahaja. Now dah boleh convert ke mp3. Google sahaja tutorialnya. Tak perlu nak guna apps atau software lain. Memadai convert guna iTunes sahaja. Mungkin ada yang tanya, since Apple dah jadi Apple Music, do we still have this iTunes store. Yes is the answer. iTunes is for people who wanted to buy songs and albums, the convert it to mp3 so it can be listened to other devices. For me, I listen mp3 songs using my Sony High Res Audio Portable Player. Kalau tengah drive, saya dengar mp3 di player kereta saya.

The main thing for me buying songs in iTunes is it's ability to convert to mp3. And recently lepas dah tahu cara nak convert through iTunes itself, memang puas lah membeli saya. Lagi best bila pembelian di Apple Apps boleh guna Touch N Go e Wallet. Senang sikit, topup bila perlu sahaja. 

So here I am, browsing through iTunes collection. Banyak juga koleksi zaman dulu-dulu yang saya jumpa. Ada yang saya beli the whole album, ada yang beli single song. Ini kelebihan beli digital muzik online, boleh beli single song. Kalau ke kedai, kena beli one whole album. Harga sudah tentu mahal. Tapi kalau nak dikira, lebih jimat beli one whole album cuma tak semua lagu dalam tu kita suka. Satu lagu di iTunes ada yang harga RM 2.90, ada yang harga RM 3.90. Most English songs RM 3.90. Lagu melayu yang berusia sikit, harga RM 2.90. Tapi ada juga yang RM 3.90. Maybe sebab popular kot. 




Friday, May 22, 2020

Click and Collect Di Uniqlo


Saya bukanlah penggemar membeli pakaian di online. Dulu sukar nak cari size sebenar sebab size saya selalunya merupakan size yang paling besar di kedai. Soalan favourite saya kalau masuk kedai pakaian ialah "Size apa paling besar?"

Dan acapkali juga kedai tiada size saya lagi-lagi kedai pakaian berjenama macam Uniqlo ni. Namun sejak hujung 2018 bila size saya berjaya diturunkan, tidak ada lagi masalah ketara dalam pencarian pakaian. Kadang-kadang boleh dapat pakaian harga diskaun lagi. Tapi still tak berapa gemar beli pakaian online. Seingat saya memang tak pernah. Lebih suka datang kedai dan mencuba.

PKP dan new normal telah mengubah semua ini. Saya ada satu seluar yang sangat selesa dipakai. Saya beli di Uniqlo. Seluar ni guna getah di pinggang. Kain pun sedap. So masa PKP ni banyak WFH, seluar tu je saya pakai sampailah saya lupa cara-cara pakai seluar pejabat. Oleh kerana selalu sangat pakai seluar Uniqlo tersebut, bila basuh saya akan jadi gelabah sebab tak dapat pakai seluar favourite saya. Bila PKP masuk ke fasa bersyarat dan kedai pakaian dah boleh buka, saya pun terfikir nak tambah satu lagi seluar macam tu.

Cari di online, rupanya dah takde stok. Kira dah jadi discontinue model. Tapi dia ada ganti dengan seluar getah yang lain. Cuma material lain sikit. Nak beli di store fizikal rasa macam leceh nak spend time lama-lama di luar. Risau Covid 19. So saya pun buat pembelian online. Tawakkal je guna size seluar Uniqlo yang saya dah pakai sebelum ni.



Di atas merupakan seluar yang saya beli. Nama penuh tak ingat, cuma ada perkataan ankle pants sahaja. Saya pilih opsyen collect item di store Uniqlo terdekat di rumah. Maknanya saya still pergi ke store tapi instead of spending more time selecting and finding my desired pants, saya terus sahaja ke kaunter dan collect bahan saya.

Bagusnya konsep click and collect ni ialah ianya Free Delivery dan boleh pilih nak collect di Uniqlo terdekat. Kalau semua jauh-jauh, kena opsyen pos lah. Dan lagi situ kita dapat online exclusive product. Saya juga dapat grab harga value buy iaitu RM 59.90 sahaja dari harga asal RM 79.90. After making our purchase, we will be notified by email the whereabouts of our product. Dalam kes saya, beli pada 18 May. 19 May katanya dah shipping. 20 May dah boleh collect. Saya pula masa 19 May dapat email pemberitahuan bahawa produk dah shipped to store. Tapi 20 May senyap je without email. 21 May saya check email dan tergerak nak check spam folder, rupanya 20 May dah ada email suruh saya collect. Means that it only took a total 3 days for me to collect my product.

Mudah. Kalau tak PKP memang saya tak beli pakaian secara online. Now bila tengok it is much more convenient macam, even after PKP pun saya nak beli online click and collect sahaja. Oh ya, tadi cik di kaunter Uniqlo kata, balik rumah kalau test nak tukar size, boleh return di mana-mana store dan tukar size provides that ada stok. Kalau takde stok, we can replace with other things. Itu yang dia kata kat saya. Tipu dia, tipulah saya. Tapi takkan la dia nak tipu saya. 

A bit about Uniqlo, this company was formed di Jepun pada tahun 1949 sebagai syarikat tekstil sebelum membuka kedai pakaian pertama mereka pada tahun 1984. Now jumlah kedai ada more than 1000 around the world. 



Sunday, May 17, 2020

Pengalaman Ganti Hardisk Dengan SSD


Pada sekitar pertengahan 90an, saya sudah mula bekerja di sebuah kedai komputer sebagai technician. Mula-mula tugas saya ialah untuk deliver komputer ke rumah customer. Biasa delivery melibatkan the whole set iaitu monitor, cpu, keyboard dan mouse. Kerapkali juga mereka beli sekali printer. Masa tu printer yang kerap dibeli ialah Canon Bubble Jet. Boleh check sejarah Canon Bubble Jet di sini. Sebelum tu printer adalah dot matrix. Canon Bubble Jet bersaiz kecil (pada zaman itu) dan bunyi print pun antara yang tersenyap pada waktu tu. Saya sendiri memiliki Canon BJ 200. 


Kemudian, boss upgrade saya melakukan kerja-kerja memasang CPU from a scratch. Pasang motherboard pada casing, and then letak processor, memori, hardisk, CD Drive, kad grafik kalau ada, sound card dan juga kalau ada, tv card. Tv Card ni untuk kita tengok siaran TV guna PC. PC siapa yang ada benda alah ni memang hebat woo, lagi-lagi kalau duduk di kolej universiti. And then bila dah mahir pasang hardware, saya diajar pula install software termasuk Windows. Masa ni Mac dah ada tapi agak alien bagi kebanyakan orang. Hanya golongan yang dianggap kayangan je yang ada Mac. Mereka kata Mac untuk orang yang tak pandai guna komputer (sekarang saya type entri ni guna Macbook). 

Masa dapat offer masuk ITM pun saya tak berapa nak, sebab dah selesa kerja di kedai komputer. Dapat gaji RM 1000 - 1200. Kira dah sedap pegang duit. Bila masuk ITM, saya buat kerja part time sikit-sikit repair, upgrade dan maintain PC. Pernah juga kerja di cybercafe sebagai penjaga merangkap technician. Masa ni dah start belajar sikit-sikit maintain networking. Zaman ni orang datang cybercafe atau CC untuk main game network samada Warcraft atau FIFA. Selain tu, mereka datang nak main MiRC. Ada juga yang datang nak print kerja, tapi majoritinya datang nak buat dua benda yang disebutkan tadi tu lah.

Kelmarin merupakan kali pertama saya buka casing PC setelah kali terakhir saya buka casing PC pada tahun 2003, itupun sebab saya mengajar PC maintenance. Oleh kerana kekerapan Work From Home (minggu depan dah start Work From Office secara bergilir), maka saya memerlukan pelbagai hardware setup yang laju. Masa pun banyak depan komputer dan internet. Pelbagai benda saya search. HP Slimline saya yang dibeli pada Jun 2017, semakin lembab. Pada awal-awal pun tak lah laju sangat masa boot windows kalau nak compare dengan Mac. Dan saya berazam untuk menjadikannya laju kembali terutama ketika boot. Saya melihat Windows 10 berpotensi untuk laju. Macam-macam idea bermain di fikiran seperti nak upgrade RAM. Tapi untuk mencari RAM yang speed dan spec serta pengeluarnya sama seperti RAM sedia ada agak sukar. Saya tak mahu mencari RAM yang specnya berlainan. Kerana pengalaman mengajar saya yang kadangkala ia boleh menyebabkan sistem freeze. Boleh baca di HP support di sini berkenaan dengan recommendation mereka. The safest bet is to replace existing RAM yang sedia ada.

So nak senang saya ganti Hardisk (HDD) saya dengan SSD. Macbook saya guna SSD and nampak prestasi boot dia sememangnya bikin hati jadi puas. Bermulalah misi mencari SSD dan oleh kerana nak guna urgent, saya kena cari di kedai. Beli online ni postage lambat zaman-zaman PKP ni. Tapi boleh jimat duit, kalau sanggup tunggu. So saya ke IT shop center. Round beberapa kedai, takde jual, habis stok. Kata mereka SSD in high demand sejak mereka start buka kedai. Ramai nak guna sebab ramai work from home and online class. Masa saya di situ pun jumpa customer yang datang beli printer lah, beli external hardisk lah, beli mouse lah, beli laptop lah. Kira memang tak bohong la orang kedai ni. 

So saya dapat grab satu SSD Kingston. Bukanlah yang terpantas dan terbesar. Ikut bajet di poket saya. 480gb dah memadai sebab Macbook saya pun ada yang 128gb dan 256, hanya simpan data yang perlu sahaja. Yang lain simpan di external. Harga Rm 330. Di Shopee boleh dapat bawah RM 300 tapi confirm lambat sampai. Tanya portable SSD semua kedai takde. Saya cari 1 portable sebab nak transfer data besar-besar dengan pantas. In the end kedai ajar pakai SSD SATA biasa, ukuran 2.5 inci macam Kingston yang saya beli tu. And then beli casing dia. Settle. 



So saya beli Verbatim 120GB SSD dan beli casing. Jadilah ianya portable. Ringan betul compare to my external HDD. Harga dapat Rm 130, sekali casing USB A, RM 165. Okay la, malas cari lama-lama ronda kedai sana sini musim covid-19. Cari beli balik. Pantas. Ikut SOP KKM. 

Bila balik, saya kaji dulu dalam internet, apa nak buat. Asal nak suruh technician di ofis saya je pasang, bagi duit. Tapi dia biasanya clone HDD lama ke dalam SSD. Saya pernah buat, tak best, saya suka clean install. So jawapannya kena create HP recovery media. Dah terpaksa pula ke kedai stationary terdekat cari USB 32 GB sebab minima sistem tu nak 32GB. Kat rumah melambak USB tapi paling besar pun 16GB. Ada satu Toshiba 32GB tapi dah penuh dengan movie anak, untuk dia tengok di TV.

Dah dapat USB 32 GB, saya pun create lah system recovery di USB supaya boleh boot dari situ je. Then dah siap, bemulalah agenda buka PC. HP Slimline ni senang je nak bukak, open that one big screw dan slide the casing, so terdedahlah ia. Ada 1 sticker kat bawah tu turut terkoyak, petanda warranty HP akan void. Saya pun tak kisah sebab beli 2017, rupanya masih ada warranty lagi, bulan Jun 2020 expired. Tu pun check lepas saya install SSD.


Ini SSD Kingston yang baru saya beli. Saya akan cabut HDD di connector warna biru tu dan replace dengan SSD. Beza size mereka, SSD lagi kecik dan nipis. Saya cuma guna satu je skru nak lekatkan di slot HDD. Problem sekarang nak keluarkan HDD tu dari slot. Jalan keluar HDD tu ada kipas processor dah block. Dekat 20 minit la juga nak solve problem nak keluarkan HDD ni. CD Rom Drive dah berjaya dikeluarkan dari depan. 


Rupanya, casing depan boleh cabut. So saya cabut casing depan dan buka skru slot HDD dan alhamdulillah berjaya keluarkan HDD. Liat betul benda ni nak dikeluarkan. Ambil masa 20 minit, dapat keluarkannya merupakan satu kepuasan. 


Dan, SSD yang baru saya letak di slot seperti gambar di atas. Nampak senget sebab dia kecik dan nipis, slot pula besar. Saya cuma guna satu je skru di slot dan terus SSD ni melekat. Tiada tanda-tanda dia boleh jatuh atau bergoyang. Bila dah tutup casing takde orang nampak. So bermulalah pula process installation new Windows and other HP drivers and softwares menggunakan USB  Boot Drive yang saya create.


Proses installation nampak laju dan setelah kira-kira sejam, selesai semua. Sebenarnya boleh siap lagi awal dalam 30 minit, tetapi sebab ada error, terpaksa browse internet cari maklumat error. Tak jumpa pun sebarang jawapan yang accurate. Last-last try sendiri dan jadi. Senang cerita saya sepatutnya format SSD dan install tapi saya pilih opsyen install je terus tanpa format. Dan bila first time boot Windows, laju dah hampir macam Macbook. Even lepas saya install macam-macam after that, still boot dia laju. And saya biar sampai tengah malam PC tu, test macam-macam except games. Tak menghampakan. 

Kenapa saya tak guna dua-dua HDD dan SSD serentak? Sebab SATA saya hanya dua dan satu dah guna untuk CD Drive. Saya tak nak compromise CD Drive because saya guna untuk burn CD movie untuk anak saya tonton dalam kereta. Lagipun HDD ni boleh saya guna untuk decoder CCTV saya. 1tb tu. 

Ada juga kelemahan SSD yang saya baca tapi for now, the benefits had blinded me from the drawbacks. So now my HP Slimline is considered to be one of the fastest PC in the office. 

Thursday, May 14, 2020

Personaliti Kita



Perkongsian yang menarik dari Bahagian Kaunseling HEP, UiTM. Ianya berkenaan personaliti seseorang yang lebih terkesan ketika menjalani PKP. Apabila melihatkan kategori ini, baru saya tau saya seorang ambivert. Tak keterlaluan jika saya kategorikan diri saya sebagai seorang yang benar-benar ambivert, tidak ada fungsi ekstrovert atau introvert. 

Tuesday, May 12, 2020

My Internet Throwback


Back to the early days of the internet in Malaysia, way back in the late 90's, internet is mostly used to get information from the web. Saya masih ingat ketika itu saya baru berjinak dengan internet. Di rumah sewa bujang kami, saya masukkan line telefon dan kemudian subscribe perkhidmatan TM Net. Kena dial guna modem baru dapat connect ke internet. Nak dial kena buka PC dan guna software khas untuk dial. Nombor yang di dial ketika itu ialah 1515 untuk TM Net. Masukkan username dan password. Tapi nak dapat sambungan pun satu hal juga. Kalau siang mudah. Bila malam menjelma, lagi-lagi lepas pukul 8.30 malam hinggalah sekitar jam 10 malam, amatlah sukar nak dapatkan connection. Kadangkala berlarutan kesukarannya hingga tengah malam. 

Dah dapat connection bukan bererti ia kekal selamanya, kadangkala terputus di tengah jalan dan nak dapatkan kembali agak sukar. Itu semua coretan nak dapatkan talian internet. Data pada waktu itu unlimited. Cuma memang tiada pun sebarang data yang besar-besar seperti sekarang. No streaming services, no Youtube. Video pun sangat jarang di distribute di dalam internet. Yang banyak adalah gambar jpeg, bitmap dan gif. Kemudian datang pula animated gif, iaitu gambar yang boleh gerak-gerak. Zaman ni di Malaysia kebanyakan orang masih guna VCD, DVD tak ramai lagi guna.

I remember when I first connect to the internet, saya guna Yahoo sebagai browser. Memang kagum masa tu, dapat tengok browser Yahoo sahaja pun dah rasa cukup hebat. Lepas-lepas tu baru cuba alternatif browser online lain seperti Netscape (which I ended up using the most) dan Opera. 

Our only social media masa zaman tu ialah chat services. First it was the Internet Relay Chat. mIRC merupakan client software yang saya gunakan. Nama Khaled Mardam Bey masa tu sangat gah dikalangan internet user di Malaysia sebab itulah nama yang akan keluar masa mula-mula nak load mIRC. He started developing the software in 1994 while studying cognitive science at University of Westminster, London.


Then came the Yahoo Messenger and the ICQ. I remember we need to have a unique identifier in the form of numbers as our contact name in ICQ. We can then rename it to our friend's name. Yahoo Messenger meanwhile uses our Yahoo user id. Both Yahoo Messengher and ICQ are real time chats where messages will popup on our pc eventhough we are using something else at that time. While in mIRC, we need to open the window to see the chats. 

Masa ni penggunaan internet bukan sahaja setakat browsing but also communicating. It was what I called the mIRC days. And we also do simple websites using free web hosting such as geocities dan tripod. Ada few lagi tapi yang dua ni selalu digunakan di Malaysia. Saya pun masa tu ada 2 website di Geocities. Memang banyak pure html digunakan. It is not as easy as Blogspot but we can customize it.

Emails were also frequently used but not as frequent as now where we can get instant emails in real time through our phone (depends on our own setting). I remember of having waumail, one of the earliest Malaysian-based email provider. And then we have free emails such as hotmails, yahoomails, lycos, AOL mails and of course our ISP emails such which ended in something like yourname@tm.net.my or yourname@jaring.my . 

TM is not the only ISP in Malaysia at that time. We also have Jaring. Saya beralih pada akaun Jaring for the sake of an easier dialup connection sebab TM masa tu crowded, ramai sangat pakai. Today, TM still hold the majority of the landline based internet. We also have mobile players now which something that we do not have back then.

Then came the era of social media which combine both text, pictures and some videos. I was on Friendster and a brief Myspace before Facebook. I joined Facebook in 2007 eventhough the site has been around since 2004. It's been 13 years. I remember as well satu site dinamakan fotopages. Kira macam flickrs dimana kita display gambar-gambar yang kita shoot with captions. Dua-dua saya pernah ada. 

Then we have websites such as Blogger and Wordpress for writing posts together with video and pictures.

Social medias now are the norm. I have various social media's account. Name it, twitter, instagram, telegram, whatsapp. Then we have Bigo Live, Tiktok, Snapchat which I still do not use. Maybe I'm getting too old for this.


Now the internet is all about dominance. One company will own many services .This will in turn create their own eco system. Something which has pro and cons. Pro dia is when every single service is created or owned by one single company, kesemua service terbabit boleh di sync maklumatnya. Ambil contoh Google dimana ada pelbagai services di internet yang berasal dari Google. Ada juga yang dibeli oleh Google such as Facebook and Youtube. We have emails from Google, browsers. cloud storage, video conferencing, maps and many more. In fact, my workplace had subscribe Gsuite and we are all happy in using it for work. 

Don't forget Microsoft. With its range of office applications, which Google also offers, Microsoft also had a wide range of services. My workplace also subscribed to Microsoft based products. They also had cloud storage services. But Google had taken one step more in acquiring social media platforms under their name. 

This dominance is also scary as it can create to one having to rely only a single ecosystem while having difficulties in communicating with the other who uses their competitor's ecosystem. But nowadays we have seen things being cross platform. Take for example Apple where it can nowadays be used with a variety of other platforms such as Google and Microsoft. Imagine Macbook users could not open their Gmail service in their computers. 

And now we have the financial services such as internet banking and e-wallet. Especially in this Covid 19 pandemic, this services are at their peak as people are quite afraid in using physical money and also because online commerce platforms reuquires online transactions. 


My Unifi speedtest, using Macbook Air 2020 with wireless connectivity.
As all of us rely on the internet not only for work but also for communication, one most remember that none of the above can be put to good effect if there is no internet line. Having a good infra and of course good security measures is vital. Seeing good speed test results are also welcoming but banyak lagi yang perlu kita ambil kira to ensure a smooth experience in using online services, such as kestabilan server yang kita akses.