Tuesday, July 28, 2020

Beli GShock GWB 5600 di GWM Store


Saya dah lama guna jam Gshock ni. Seingat saya, ketika lewat 90-an pun saya pernah guna.  Cuma saya tak berapa ingat model apa. Yang saya ingat original lah. Waktu tu takde lagi fake Gshock ni. Sebelum saya guna Gshock, saya guna jam Swatch awal 90-an. Ingat lagi masa tu beli RM kira-kira RM 100 di kedai jam Swatch. Sekarang agak terkejut tengok harga dia. Jam ALBA pun pernah guna. ALBA ni dari zaman sekolah rendah lagi dah beli. Seiko pun pernah. Ada satu jam Seiko ni tak guna bateri tetapi mekanikal. Saya guna waktu zaman sekolah menengah tapi kejap je sebab jam ni kena selalu guna baru dia bergerak. 

Sebenarnya masa mula-mula pakai Gshock tangan tak berasa selesa sebab rasa ianya besar gedabak. Cuma best sebab tak risau masuk air, jatuh. Zaman tu memang kebanyakan jam sensitif. Gshock yang saya guna ni jenis digital. Lepas tu saya guna jam tangan biasa, rasanya jenis ALBA kembali. Dan ada juga jenis Bonia hantaran kawin. Gshock dah tak pakai. Saya pun tak ingat saya jual kat sape masa tu. 

Lepas tu tahun 2010, saya beli Gshock Mudman. Model G9000 3V Mudman. Harga masa tu RM 305. Saya ada cover kisah dia di sini. Jam ni lepas saya ganti bezel pada tahun 2019, saya jual pada rakan sekerja saya. Silap saya patutnya saya simpan buat koleksi. Zaman sekarang lagi lama barang tu lagi rare. Masa pakai Mudmani ni haram tak reti nak tukar waktu. Rasa complicated sangat nak operate Gshock ni. Sebab tu saya suka jam jarum. Pusing je. 

Tahun 2019, I bought the Casio Gshock G6900 Tough Solar. The story on how I bought it can be seen here.  RM 470 juga harga beli di kedai authorized dealer di AEON Shah Alam. And in 2020, saya berkenan dengan Gshock petak GX56 BB. 

Browse di internet and saw this online store GWM Store. Harga not bad. Lagipun stok GX 56 ni ada. For 2 weeks saya dok kaji GX 56 and hampir beli online thru GWM Store. Then I found out that physical store dia tak jauh mana dari rumah. So I went there. Kedai dia buka office hour sahaja on weekdays. Actually dia macam office for GWM Store except dia ada juga jual those watches in store. 

Sampai sana with my wife, bila test GX56 BB tu, bezel besar gedabak but the number is small. Orang tua rabun dekat macam saya ni memang kena nombor besar. Berkenan pula pada 1 design petak ni. (Memang nawaitu nak cari petak). My G6900 dah design bulat. Nama design petak yang saya rasa menarik ni ialah Casio GShock GW-B5600 AR-1. GWM Store letak nama Adrenalin Red. Ia adalah negative display, G6900 saya positive display.

Best nya GWB 5600 ni sebab dia ada bluetooth. Boleh setting time and world time guna apps Casio di Samsung saya. Dan dia ada auto radio search yang akan connected beberapa kali sehari ke stesyen terdekat untuk maintain accuracy time. Bateri tak perlu risau sebab dia tough solar. Number display dia besar cuma bezel petak dia kecik. Bagus kecik ni ialah kalau guna keyboard PC taklah rasa sakit tangan. G6900 bezel besar, rasa tak selesa. Selalu saya buka kalau guna keyboard PC. 

Harga yang saya dapat in store GWM lebih murah dari harga yang diorang publish online. Di kedai fizikal mereka saya boleh runding lagi. Dapat la beza 20-30 ringgit. Cuma jam mereka warranty sendiri melalui GWM, bukan melalui Marco. Kira kalau henfon macam AP Set la. Nak kaji full specification GWB 5600 ni boleh usyar link di Casio International Website di sini. 

Casio apps connected to GWB 5600 ni simple je. Maksud simple kat sini ialah function dia tak sebanyak Samsung Galaxy Watch saya. Nak connect pun kena tekan button di GWB 5600. Agak lucu sebab macam analog nak berangan jadi digital smartwatch pulak. Tapi okay la, function untuk time accuracy je. Saya dah masukkan bandar Mekkah ke dalam world time, senang kalau dapat buat umrah lagi, just set je ke Mekkah time. 

Lepas ni misi memburu analog Gshock pula. Kali ni nak try beli di G Factory. 






Friday, July 24, 2020

Masalah Skrin Samsung Note 9 Selesai


Hi everyone, sejak anak-anak kembali bersekolah, agak tertunda juga penceritaan disini. Jadual mereka yang berbeza menyebabkan saya juga agak lari schedule saya. Walaupun mereka boleh bersiap sendiri dan ibu mereka juga membantu, tetapi saya tetap perlu bangun lebih awal dari mereka untuk standby andaikata ada apa-apa permasalahan. 

Sebenarnya entri ini adalah lanjutan dari post berkenaan masalah Samsung Note 9 saya di sini. Senang cerita, display jadi tak betul, color pudar, hijau. Seperti diceritakan sebelum ini, saya telah pergi ke dua tempat untuk memperbetulkan skrin, satu tempat repair handphone independent dan satu lagi official service center Samsung. Kos repair termasuk upah di service center Samsung adalah RM 860 termasuk 3 bulan waranti.

Oleh kerana saya memerlukan handphone segera, maka saya beli Samsung A51 yang kemudiannya saya beri pada isteri untuk gantikan handphonenya yang agak usang. Saya beli pula Samsung Note 10 Lite sebab nak beli Note 10 tak berani, takut masalah display handphone Samsung flagship berulang.

Diringkaskan cerita, display Samsung Note 9 saya kembali normal. Bagaimana ianya normal? Ganti display. Ternyata update Samsung telah merosakkan hardware. 

Sebenarnya setelah membeli Note 10 Lite saya, saya seperti ingin membiarkan sahaja Note 9 ini namun handphone ini merupakan handphone pre-order pertama saya dan saya merupakan antara user pertama yang beli handphone ini ketika hari pertama ia mula dijual di Malaysia. So kind of sentimental value here. Saya berada dalam grup Telegram user-user di seluruh dunia yang mempunyai masalah display pada Samsung Note 9 and slowly mereka report yang mereka dapat ganti display FOC dari Samsung. While most of them are from India, ada juga user Malaysia, Singapore and Indonesia yang dapat. 

So saya email pada CEO Samsung Malaysia (please find the email at their website) saying how I had used Samsung phones and tablets since 2012. Bila dikira, almost 10 devices from Samsung saya dah guna including their watches. Basically their devices had helped me in my work and daily life. And I also stated that they must respond well with this Note 9 display problem since it happened after updating their software using their own OTA. 

Saya received an email few days after that stating that I will be receiving a call from Samsung Service Center for further inspection. They also gave me rebate coupons for purchasing items in their website. Unfortunately barang yang saya nak beli before this habis stock.

Then I received a call from Samsung Setia Alam SC asking me to bring the device to them. The technicians there were impressed with my Note 9 as there are no scratches, 'Macam Baru, kata technician tu. So the staff there told me that they will submit the claim to Samsung and I will be able to collect it approx 3 hours later. But I told them I need to get back to my office and I will collect it next week. On Monday, Samsung Setia Alam SC frantically called my mobile, I was in a meeting and saw few missed call. I thought that mereka teruja nak serahkan kembali Note 9 ni or jumpa emas dalam my phone. So I called them back, the first things is the women's voice (I met her when I sent my phone, she was the one who attended me) was quite shaky. Dia kata Samsung rejected my claim without any explaination. 

At this time, I felt cheated. Not to her, but to Samsung HQ, I also felt that maybe another HQ staff that rejected my claim was not the same HQ staff that attended my case.

Samsung Setia Alam SC did not know the reason and had asked me to call their CS. As I was busy, I called them the next following day. A woman named Ada responded my call and she offered to check on my case. As I expected, it was rejected because my device was out of warranty. I bought it somewhere on August/Sept 2018 and it was almost 2 years now. I did not buy any extended warranty (My Note 10 Lite had an extended warranty up to 2 years which is much more cheaper than Apple's extended warranty). 

So I told Ada to relay my message to her boss stating that my earlier email to request FOC display replacement had clearly stated that the device it out of warranty but I wanted it FOC because the damage was done not because of me. Our telegram group had users experiencing the same problem. It was also reported in news and technical websites. Just google it. And again I apologize to Ada the same as I apologize the Setia Alam SC that I am not mad at her, just want to relay the message to the boss.

So after that conversation, I emailed Samsung CEO again stating my dissapointment. This is the reason I felt cheated. Few days had gone by and at this point it seems that my point of telling Samsung to do a better crisis management seems felt into deaf ears.

Suddenly I got a call from Samsung Setia Alam SC last Monday. As I was busy working, I did not bother to pickup the phone but it keeps on coming. Few missed call later and I called them back. My Note 9 is still with them as I was busy to pick it up from them. So the SC lady with a positive tone told me that Samsung had agreed to replace my display and she asked me to give her sometime to repair the phone. I told her it's okay as I am busy this few days. Yesterday (Thursday), I went to the SC to pickup my Note 9 and the display had came back to life again, beautiful as ever. I even saw it a bit prettier than my Note 10 Lite. But in terms of speed, i do think Note 10 Lite is a bit faster and also has better features in terms of camera (wide angle). Note 10 Lite has also a built in fingerprint sensor on its touchscreen. But Note 9 speakers are more superior than Note 10 Lite.

The lady told me that they only change the display not the battery. She told me there is nothing wrong with the battery. I also asked her if there is anything that SC wanted to give me such as receipt or anything but she said no. She asked me to sign some papers and when I ask if I can get any copies she rejected politely. 

Anyway thanks a lot for all the relevant parties in helping me getting the FOC display replacement. Sempat juga jeling-jeling paperwork yang saya sign tu, dan nampak permasalahan Note 9 yang ditulis atas paper tersebut adalah Greenish Display Issue. 

From my experience, 

1. Masalah ini sukar dibuktikan hasil dari update software kerana tak semua user mengalaminya. It seems yang ada certain batch yang mungkin menggunakan hardware dari kilang atau keluaran yang sama sahaja terjejas. 

2. Usaha anda untuk dapatkan FOC display replacement mungkin berjaya atau tak. Saya rasa kondisi handphone anda memainkan peranan penting. Kalau ada kesan jatuh mungkin kena reject. Handphone saya 2 kali jatuh tapi tak teruk. Jatuh pun secara mendatar. Jatuh tahun 2019 pertengahan. Technician SC pun kata handphone saya macam handphone baru.

3. Ini bukan masalah software walaupun ianya berpunca dari software update. Handphone selepas software update menjadi panas. Mungkin bila dah selalu panas, ia akan merosakkan hardware.

4. Samsung nampak sedang mengumpul bukti dan maklumat lanjut mengenai masalah ini dan mereka juga dalam proses mengatasi masalah ini. Secara jujur, saya juga tak pasti masalah sebenar, ada yang kata buang NFC masalah selesai. Ada juga yang kata cable display tu je yang problem. Apa-apa pun ganti 1 set display is the right solution, currently.

5. Buat masa ini saya melihat plan Samsung untuk atasi krisis ini ialah gantikan display customer FOC secara senyap. Tiada sebarang dokumentasi diberikan kepada saya. Email pemakluman replacement pun tiada. Hanya email yang menyatakan kekesalan terhadap permasalahan saya. Semua urusan dilakukan by phone. No whatsapp. Mungkin ini strategi tersendiri  Samsung, ganti display customer sambil jari letak kat mulut,,ssshhh. Strategi sebegini saya pernah jumpa digunapakai di tempat lain. Ia untuk elakkan publisiti buruk. Yang penting customer yang terlibat dapat diselesaikan masalahnya. Ada pro and cons strategi ini. 

6. Majoriti user Note 9 yang effected cuma mahu Samsung bertanggungjawab ganti display yang rosak akibat masalah software update sahaja. Saya rasa sampai satu masa nanti Samsung akan ada mekanisma untuk permasalahan ini. Sudah tentu mereka sedia maklum. Saya tak rasa mereka akan rugi besar malah akan menarik customer yang akan confident dengan after sales service Samsung.

7. For those yang nak mencuba, you can try following my step. The power to endorse FOC display replacement is not on the hands of Samsung SC but on HQ.  You can directly contact Samsung Customer Service. Make sure your phone is in good condition or else they may have a reason to deny it. (this is an assumption only, but better prepare)

8. I will not sell my Note 9 even though saya dah ada Note 10 Lite. First, it's nostalgic and I love its display and speaker. Second, takut-takut jadi balik display problem ni, kesian user baru. But the main reason is the first one. 


Thanks Samsung, hope you can find a soiution, next time be extra careful. 

Wednesday, July 01, 2020

Ubahsuai Rumah - Dari Siling Biasa ke Siling Plaster


Saya sebenarnya agak ragu-ragu untuk menggunkan siling plaster. Pertamanya ialah takut bumbung bocor merosakkan plaster siling ini. Tetapi setelah berbual dengan Wak Aswam yang menjalankan kerja-kerja renovasi rumah, saya jadi yakin untuk gunakannya. Selain cantik, ia membolehkan saya guna downlight. Kalau nak lebih lanjut maklumat kenapa kita guna plaster ceiling ini boleh layari website https://www.recommend.my/blog/why-install-plaster-ceiling/. 

Katanya, plaster ceiling tak mudah terbakar. Plaster ceiling menyenangkan kerja tukar bulb lampu sebab dia agak rendah berbanding siling biasa. Ianya juga bukan lagi asbestos. Kebanyakan siling rumah lama adalah asbestos termasuk rumah saya. Namun saya cuma install plaster ceiling di ruang tamu dan makan sahaja, ada rezeki nanti kita install di bilik pula. Plaster ceiling juga tahan dibalun dek anai anai. Dan menurut website diatas, ia menjadikan bilik lebih senyap. Walaupun ia tak tahan air kerana kalau kena air dia akan kekuningan, tetapi lepas kita repair bocor di bumbung, boleh je cat balik supaya kuning tu hilang. Paling menarik Wak Aswam kata, kita boleh ganti kawasan yang bocor tu kepada yang baru. Sikit sahaja. Ada gamnya. 

Cabaran utama install plaster ceiling di rumah saya, selain dari mencari duit ialah kerana kawasan ruang tamu dan makan dan penuh dengan barang-barang. So, kerja yang sepatutnya ambil masa 2 hari jadi 4 hari kerana mereka perlu buat separuh ruang dahulu. Separuh lagi digunakan untuk pindahkan semua barang-barang. TV yang dah fix di dinding mereka cover dengan plastik. 

Kerja dilakukan di separuh ruang dahulu.

Hari pertama dan ketiga, terpaksa berkurung di dalam bilik sahaja kerana mereka memecahkan siling asbestos. Mereka sendiri suruh kami berkurung di bilik, bahaya kata Wak Aswam dan pekerjanya yang merupakan sedara-mara beliau. Semua otai, umur atas 50. Selepas pecahkan siling asbestos yang lama, mereka akan install dahulu frame alumunium. Ia akan digunakan untuk ikat plaster siling. Ruang kipas angin mereka tinggikan sedikit dan diletakkan sedikit finishing. 
Tempat kipas. Masuk kedalam sedikit

Selepas selesai letak bingkai aluminium, barulah plaster siling dipasang. Selepas dipasang, dicat coating putih dahulu. Kemudian dibuat lubang untuk downlight dan kipas. Ruang tamu dan makan saya berkeluasan kira-kira 30 kaki panjang dan 14 kaki lebar. Saya meletakkan 10 downlight dimana 4 downlight di ruang TV, 4 lagi di ruang makan. 2 downlight diletakkan di tengah-tengah. Kedudukan downlight di ruang TV dan makan adalah selari sementara downlight di antara kedua-dua ruang tersebut tidak selari dengan downlight ruang TV dan makan. 

Dah siap. Lampu downlight tengah on 4.
8 downlight berwarna 6000k sementara 2 downlight di tengah-tengah berwarna 4000k iaitu kuning. Asal nak guna downlight Philips, tetapi di Coogoo Setia Alam takde size 6 inci. In the end settle for Osram LED 6 inci. Kipas masih menggunakan yang lama kerana ia masih berfungsi dengan baik. Selain itu lampu dinding asal masih ada. 3 malam juga la bergelap dengan hanya bertemankan lampu dinding. 

Selain itu, saya juga meletakkan aircond 1hp Inverter jenama Haier di bilik anak saya. Dia memang berhajat sangat nak aircond. Saya dapat harga RM 950 termasuk bracket dan upah pasang pula saya tak ingat berapa sebab harganya bercampur dengan tarik wiring baru khas untuk aircond berserta socket plug berkualiti tinggi serta wiring khas untuk 10 downlight saya. Rm 950 tu harga barang sahaja ye. Saya buat dengan jiran saya, Wan Amilin. Dia memang buat kerja elektrikal dan aircond. Semua saya suruh Amilin selesaikan, saya hanya bagi upah sahaja.

Aircond 1 HP inverter Haier dan bumbung baru
Masuk hari ketiga Wak Aswam buat kerja di rumah saya, terfikir nak tukar awning belakang kepada bumbung. Sebab awning ni agak sukar nak tutup bocor ditepi apabila hujan. Belakang yard kecil sahaja tapi disitu lah terletaknya kuali-kuali dan juga mesin basuh. Kompressor aircond baru Haier juga ada di yard tersebut. So I decided to put floor tile disitu. So dah bertambah kerja Wak Aswam. In the end, dari 2 hari ke 4 hari, kemudian ke 5 hari dan akhirnya Sabtu baru selesai semuanya. Sebenarnya Jumaat dah selesai tapi Sabtu ada last touchup everything. Khamis lampu plaster siling dah hidup. Cuma Jumaat malam baru kami semua susun kembali perabot di ruang plaster siling dan kemas serta lap dan mop dan sapu lantai. Sebenarnya pekerja Wak Aswam memang dah mop, sapu dan lap barang-barang kami tapi macam biasalah kami tetap juga mop,sapu dan lap barang-barang juga. 

Untuk ruang belakang, alhamdulillah lepas pasang bumbung dan guna floor tile gantikan simen, rasa sejuk duduk belakang tu. Sebelum ni nak keluar situ guna selipar, sekarang dah boleh lepas situ buat kerja. Wife pun memang ada tanam pokok-pokok di situ. So kira hadiah lah bumbung dan floor tile untuk bagi dia selesa berkebun di situ.

Floor Tile. Yang gantung gantung tu Wak Aswam pasang FOC
Sabtu which is the last day Wak Aswam buat rumah kami (dia juga dalam masa yang sama buat juga rumah jiran saya), dia offer kalau nak drill apa-apa bagitau. Dia bagi FOC. So kami beli macam-macam benda suruh dia drill. Tiang-tiang langsir kami yang sebelum ni installer pasang senget sedikit pun dia repair kasi straight. Itu kelebihan Wak Aswam, saya dah reno sikit-sikit rumah dengan dia since 2018. 

2018 saya bermula dengan simen tabletop dapur. Kemudian 2019 saya pecahkan tembok pagar depan dan ganti pagar selain dari repair bumbung  rumah yang bocor. 2020 plaster siling. Anyone nak suruh Wak Aswam buat kerja reno di rumah boleh hubungi dia sendiri di talian 0162939524. Wak Aswam asal Indonesia tapi dah jadi rakyat sini. Dah bercucu pun. Anak-anak semua lahir Malaysia dan bersekolah di Malaysia. Wak Aswam oldskool sikit, masih guna traditional phone call dan sms. Harga agak keras tapi kualiti kerja bagus. After sale service pun not bad. Saya kenal dia pun dari jiran saya, Wan Amilin sebab Wak Aswam ni kira macam sub con Wan Amilin.