Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Wednesday, August 24, 2022

Makan Makan di Muar Station

 



Last weekend, saya dan keluarga saya sekali lagi menjalani aktiviti biasa kami iaitu ronda-ronda naik LRT/MRT/Monorel. Kali ini selepas membeli tiket City Pass, kami bercadang untuk naik LRT dari stesen Ara Damansara ke Putra Height, kemudian tukar line menaiki LRT Bukit Jalil terus ke Masjid Jamek sebelum tukar ke LRT Kelana Jaya dan kembali ke stesen Ara Damansara. Kiranya kami buat satu pusingan besar, pergi lalu route lain, pulang lalu route lain. 

Disebabkan musim hujan, kami bergerak awal pagi. Namun atas beberapa faktor, kami terlewat. Terdapat kesilapan di kaunter untuk aktifkan City Pass kami. Sebenarnya bukanlah kesilapan manusia tapi lebih kepada masalah gangguan sistem komputer stesen tersebut. Kami terpaksa ke stesen Glenmarie untuk aktifkan City Pass setelah hanya sebahagian sahaja kad TnG dalam keluarga saya yang diaktifkan.

Kami agak terlewat tiba di stesyen LRT Putra Height, iaitu hampir tengahari. Planning asal, lunch di KL namun akibat permasalahan City Pass tadi, perut dah berbunyi seawal tiba di Putra Height. Tujuan asal kami nak turun bawah stesyen untuk cari kedai serbaneka seperti MyNews atau 7E, tetapi saya ternampak signage restoran Muar Station yang terletak lebih kurang 150 meter sahaja. So saya ajak wife dan anak-anak ke Muar Station.

Mee rebus daging.

The menu was superb. Harga pun not so bad. Saya ambil mee rebus daging, wife layan mee bandung. Anak-anak saya order nasi, western food pun ada. Kalau tengok menu tu, sate pun ada. Kami juga order kopi 434 panas. Overall makanan situ sedap. Mee rebus dan mee bandung pun sedap. Lokasi pun within walking distance from stesyen LRT Putra Height. Tak berpeluh pun ketiak kalau jalan kaki kesana. 

Mee Bandung. Maaf Gambar bergegar sebab tak sabar nak makan

Suasana dalam restoran


Kami stranded lama juga di Muar Station sebab hujan turun dengan lebat ketika kami hampir selesai makan. Lupa pula musim hujan. In the end, bila dah reda sikit kami redah hujan untuk kembali ke stesyen LRT. Nasib baik tak basah kuyup. 


Sunday, February 14, 2016

Rasta Grill

  

Tadi, saya ke gerai burger rakan saya di Kg Melayu Sungai Buloh, betul-betul berhadapan kuarters pendidikan. Nama gerai dia, A&J Burger Grill. Wife ajak ke sana sebab nak makan Rasta Grill, satu kombinasi lamb steak, beef steak, beef grill burger, jumbo hot dog, chicken chop, fries dan juga mashed potato. Semuanya diadund dengan pelbagai jenis sauce. Ini sesuai untuk dua orang makan, dan memang kami makan berdua, anak-anak makan nugget dan juga fries.

Gerai kawan saya ini memang sentiasa penuh, namun tempat duduk masih ada, buka pun malam sahaja. Saya rasa dari petang pun dah ada, saya selalu datang malam. Harga sangat berpatutan, burgernya memang sedap sedap belaka. Boleh cari FB kedai dia, A&J burger Grill, saya rasa lebih kurang macam itulah nama FB tersebut.

Sebenarnya banyak lagi saya nak kupas mengenai kedai dia, tetapi malam semakin larut dan esok jam 7 pagi saya dah kena ada di ofis saya kerana esok saya kena mengajar student-student yang sudah bekerja. 

 

Monday, March 31, 2014

Satay Labis Bukit Jelutong


Akhirnya saya dapat juga menikmati keenakan Satay Labis di Bukit Jelutong. Rupa-rupanya beberapa hari sebelum ini ketika saya berkunjung ke gerai Satay Labis dan kecewa mendapati gerainya tutup, rupa-rupanya sebab musabab ia tutup adalah kerana catuan air. 

Harga Satay Labis ini adalah sestandard harga satay-satay yang lain di Shah Alam. 15 cucuk ayam dan 15 cucuk daging beserta bawang (atas permintaan) dan timun serta sambal kacang yang seenak rasa menjadi menu kami sekeluarga. Harga lebih kurang RM 2+ sahaja. 

Sesiapa yang nak merasa Satay Labis ini, gerainya terletak di Restoran Mamak berhadapan Kafe An Nur Bukit Jelutong. Siapa yang tahu My Mydin Bukit Jelutong, gerai Satay Labis ini berada dibelakang My Mydin. 

Saya difahamkan oleh owner gerai bahawa kemungkinan dia akan buka satu kedai satay Labis di Shah Alam, bagaimanapun semuanya masih dalam perancangan. 

 

Friday, March 21, 2014

Makan-Makan Di Satay Station

2-3 minggu yang lalu sewaktu cuaca sangat berjerebu dan tidak sihat, tiba-tiba kami sekeluarga teringin nak makan satay. Kebetulan pula satay yang saya minat iaitu Satay Labis di Bukit Jelutong tutup. Jadi sambil-sambil on mobile internet, terjumpa beberapa blog yang menceritakan mengenai kedai Satay Station. Saya masih ingat dulu-dulu tahun 1980-an ada kedai Sate Ria. 

Lokasi Satay Station ini ialah di Plaza Masalam, Shah Alam. Kami order 15 cucuk satay, mee rebus dan air fresh oren. Menariknya satay dihidangkan dalam bekas beralaskan daun pisang dan telah siap dengan set bawang, timun serta nasi impit. 

Tekak saya dan isteri masih meletakkan Satay Labis Bukit Jelutong sebagai yang terbaik diikuti oleh Satay Kajang Hj Samuri. Satay Station ni not bad juga, tak dinafikan seperti kata-kata dari blog-blog lain, memang satay di Satay Station besar, dan harganya juga besar. 

Mee rebus pula mempunyai banyak taugeh dan amat sesuai untuk pencinta taugeh. Saya pula memang amat kurang gemarkan taugeh dan mee rebus tersebut menjadi habuan isteri. 

Servis pula cepat tetapi tidak boleh menjadikan ukuran kerana saya datang pada hari kerja, bilangan customer pun tidak berapa ramai tapi pada pandangan saya untuk malam hari kerja, not bad juga bilangan mereka yang menjamu selera disini. 

Dari segi harga, untuk orang yang tidak bergaji besar seperti saya, agak terkejut juga dompet saya. Bagi mereka-mereka yang bergaji besar mungkin tidak mempunyai masalah. Tetapi mungkin kerana saya mengambil side order seperti mee rebus dan air-air premium. Harga sebenarnya telah ditulis dengan jelas di menu so kalau rasa kemampuan kewangan kurang, pilihlah menu dengan berhemah. Jangan jadi seperti saya. 

Kuah satay di sini kaya dengan kacang, sesuai dengan namanya sebagai kuah kacang atau sambal kacang. Bagi saya pengalaman makan disini menarik kerana kami duduk di bangku gazebo style. Ada yang tanya saya sedap atau tak satay disini, sukacita dimaklumkan bahawa tekak manusia lain-lain. Bagi saya satay disini not bad dan boleh datang lagi cuma saya lebih gemarkan Satay Labis walaupun sizenya kecik. Tapi ini tidak menghalang saya untuk datang lagi ke Satay Station.