Friday, September 10, 2021

Pengalaman Menggunakan JPJ eBid

 


Baru-baru ini saya mencuba membeli nombor menerusi sistem JPJ Ebid. Saya dah lama ada username dan password. Saya buat selepas mendaftar di Mysikap. Sebelum ni memang tak minat pun guna sistem ebid ni sebab number yang saya perolehi di Mysikap pun tak kurang menarik.

Sebelum wujud semua sistem-sistem ni, saya ambil number dengan jumpa Pengarah JPJ di Padang Jawa. Dua kali juga lah dah merasa buat macam ni. Kedua-dua nya nombor kapit dan merupakan balance siri lama-lama yang mungkin tak dijual ataupun dipulangkan balik atas sebab tertentu. Rakan-rakan saya pun buat cara macam ni setelah saya ajar. Seronok juga sebab dapat berbual dengan Pengarah.

Caranya, pergi JPJ, tanya kaunter pertanyaan nak ambil nombor balance dan ikut je prosedur. Sekarang ni tak tau la samada cara ni valid atau tidak. Lagipun dah guna sistem ni senang, tak perlu ke JPJ. Dari rumah sambil baring kunyah makanan pun boleh beli nombor. Cuma harga tak tahan la, kalau ambil nombor balance ni saya bayar RM 310 je. Tapi ni harga 2016 dimana last saya ambil nombor cara ni. Lepas tu saya guna portal MySikap je cari running number yang cantik. Saya jenis tak minat buat interchange number, kedua-dua number balance saya jual sekali dengan kenderaannya sekali. Orang kata rugi sebab number tu sahaja boleh jual 3-4k, tapi saya tak kisah, rezeki ada dimana-mana.

So kali ni first time guna JPJ eBid. Kalau ambil number di portal MySikap, memang fix RM 310. Tetapi di sistem ebid, ia bergantung pada kategori number kita nak. Kalau number 1-10, buka je dah RM 20,000. Number menarik macam 22, 7777, 666 ialah RM 3000. Number popular pula ialah RM 800 sementara number biasa RM 300. Ini semua harga permulaan, untuk naikkan harga bida setiap kategori tu tak sama.

Saya ambil satu number yang dalam kategori biasa iaitu RM 300. Masa saya buka sistem ebid tu (guna Android apps je, nak guna website pun boleh), saya terus letak RM 300. Kena bayar RM 10 duit pendaftaran. Bayar guna kad kredit. Yang RM 10 ni terus caj dalam kad kredit. RM 300 tu pula dia caj juga tapi akan direfund balik kalau kita kalah bida. 

Pada hari terakhir bida, saya dapat notifikasi yang ada orang dah atasi saya dimana saya jatuh ke number 2. Geram punya pasal, saya naikkan harga pada RM 320 tetapi apps kata jumlah saya lebih rendah dari harga orang yang leading. Apps tak bagitau ye berapa jumlah orang tu letak, kita kena try masukkan amount je. Lepas masuk amount yang kita nak letak, akan keluar screen kad kredit, kita batalkan transaksi. Cara ni membolehkan kita bida dengan harga yang tak terlalu tinggi dari harga orang yang lawan kita tu.

So bila saya letak RM 350, bida saya diterima dan saya tekan YA untuk caj kad kredit saya. Dalam hati rasa puas. Jam 9 malam hari penutup (tutup jam 10 malam), saya dapat notifikasi di handphone saya, Bidaan anda telah diatasi oleh orang lain. Panas pula hati ni, saya buka apps JPJ ebid dan cuba masukkan amaun RM 370, tapi keluar mesej amaun masih rendah dari pembida lain. In the end saya letak RM 3000 mengatakan saya boleh teruskan caj kad kredit saya. 

Saya try kaedah yang saya terangkan sebelum ini dan saya dapati jika saya letakkan RM 2200, saya akan berjaya caj kad kredit saya, tetapi jika letak RM 2000, amaun dikatakan rendah dari pembida. So saya rasa pembida atas saya ni mesti letak RM 2100.

In the end saya backoff, sebab budget saya cuma bawah RM 400, tak kuasa saya nak habiskan duit banyak-banyak untuk number, dah la takde makna apa-apa number tu pada saya. Di akhir proses bida, saya check di apps bahawa pemenangnya adalah seseorang berumur lewat 20an, dan jumlah yang dibayar adalah RM 2500. Ini untuk number biasa, cuma number ni 3 angka dan kalau digabungkan dengan Abjad depan, jadi cantik. Nak pula guna number plet yang tak memenuhi spesifikasi, memang cun.

Pada yang baru nak mencuba tu, JPJ ebid ni buka 5 hari untuk proses bida sesuatu siri number. Siri number bukan keluar hari-hari ye, ada masa-masa tertentu je. Kena rajin tengok notis awam di FB JPJ atau twitter JPJ. Medium lain saya tak pasti. Jangan kecoh pulak apabila buka JPJ ebid tu cuma ada number negeri yang kita tak minat. 

Lagi satu setakat hari ketiga atau keempat tu kita masuk bida number cantik dengan harga minimum tu, jangan kagum sangat. Itu baru permulaan. Otai-otai ebida ni akan masuk pada hari kelima dan lebih sadis lagi mereka mampu memintas kita pada saat-saat akhir sebelum tutup sistem pukul 10. Kalau kita sanggup letak duit yang banyak, mungkin kita akan menang tanpa cabaran. Nak berentap dengan company, geng runner, geng jual number, belum tentu kita boleh menang tanpa duit banyak.

Esoknya saya ke portal dan dapat plet wilayah yang numbernya sama dengan kenderaan saya yang lain. Harga cuma RM 310 sahaja. Lebih murah dan mempunyai makna. 


Sunday, September 05, 2021

Post Covid Syndrome


 

Alhamdulillah, setelah lebih sebulan saya diserang covid 19, iaitu 13 Julai hari pertama bergejala dan 21 Julai hari dimasukkan ke hospital, kesihatan dan tubuh badan saya hampir 95%. Kenapa saya kata 95%, ini kerana ada ketikanya saya rasa sedikit letih dan stamina saya belum sampai 100% ketika bersenam. 

Yang membuatkan saya teruja untuk menulis entri perkembangan ini ialah dalam minggu ini saya agak agresif dan aktif melakukan pelbagai rutin exercise yang saya lakukan sebelum saya kena covid, dan sudah tiada lagi tanda-tanda keletihan ketara.

Saya teringat 2 minggu lepas apabila saya start exercise petang, malamnya saya tidur awal akibat keletihan yang amat sangat. Dan apabila saya tukar ke malam hari, saya tak mampu nak habiskan rutin exercise saya. Kecungapan ketika exercise pun hadir lebih awal. Heart rate saya juga tinggi dari biasa, 7 minit exercise sudah 15x bpm. Saya monitor guna jam Samsung Watch.

Kadar BPM nak turun pun slow. Selalu ianya cepat turun ke bawah 100bpm selepas saya exercise, kali ini agak slow.

Namun saya konsisten slowly exercise, disamping menjaga kembali pemakanan dan mengambil madu, habbatus sauda serta vitamin C Shaklee, and minggu ini keadaan kembali normal. Samada akibat supplemen dan pemakanan saya ataupun sebab saya sudah kembali kerap melakukan exercise, itu sesuatu yang tidak dapat saya kenal pasti. But for sure, keadaan badan dan stamina saya hampir pulih. Waktu tidur pun seperti dah kembali ke zaman sebelum covid. Mood untuk update blog ini pun dah kembali.

Apa pun biar saya cerita sedikit keadaan yang saya alami selepas keluar hospital. Saya simpulkan ia sebagai sindrom post covid. Perkara yang seakan sama juga terjadi pada 2 orang rakan baru saya di hospital. Saya kenal mereka kita sama-sama ditempatkan di wad low risk (asrama doktor Hospital Klang). Wad low risk ni adalah untuk pesakit yang dah masuk wad covid dan hampir pulih, tapi belum dibenarkan discaj.

Minggu pertama saya balik ke rumah, memang kerja saya tidur. Tidur lebih 12 jam sehari. Malam pukul 9 malam dah tidur, bangun sharp pukul 6 pagi. Lepas sarapan tidur lagi hingga tengahari. Lepas makan tengahari tidur lagi hingga petang. Nak tunggu waktu isyak adalah sesuatu yang sangat sukar kerana lepas maghrib dah mengantuk.

Memandu kenderaan juga sukar. 15 minit pemanduan membuatkan saya akan tidur selama hampir 2 jam. Letihnya seperti bawa kereta non stop dari KL ke JB. Keadaan ini berlarutan hingga minggu kedua. Motosikal-motosikal saya langsung saya tak sentuh. Hanya hidupkan enjin sahaja. Minggu ketiga baru saya berani bawa motosikal saya. Ketika ini saya dah pun berjaya membawa kenderaan saya ke kedai berhampiran yang jaraknya tidak sampai 3 KM. Apabila pulang, saya rasa tidak letih dan ini membuatkan saya yakin saya boleh membawa motosikal.

Saya pilih skuter Yamaha Solariz wife saya untuk saya bawa sebagai percubaan. Hampir juga terbabas ketika mengambil selekoh di taman perumahan saya. Kepala masih pening terutama apabila pakai helmet. Motosikal saya yang berklac pula saya hanya bawa selepas sebulan, ketika saya benar-benar yakin saya dah okay over 75%. 

Vitamin dan supplemen saya amalkan setiap pagi. Tak lupa juga mengenakan diri pada cahaya matahari pagi. Kadang-kadang tak perlu keluar rumah kerana tingkap-tingkap di rumah saya memang senang cahaya matahari memancar.

Selain simptom fatigue, saya juga mengalami simptom sakit kepala. Berpusing kepala terutama selepas balik memandu, seperti nak muntah pun ada. Sejak keluar hospital, nafsu makan saya agak tinggi. Mungkin badan nak recover balik everything setelah amat kurang makan dan minum selama kira-kira 15 hari.

Pada minggu pertama dan kedua saya pulang ke rumah, saya diserang gastrik. Itu juga mungkin penyebab kepala saya pening sangat pada masa-masa tertentu terutama ketika memandu kenderaan. Perut sentiasa rasa ada angin. Ketika saya diserang Covid, memang saya mengalami cirit birit, selain demam 38c (adakala naik 38.5), selsema ringan, sore throat ringan dan batuk yang semakin teruk sehinggalah hari saya dikejarkan ke hospital (sebab level oksigen turun).

Mungkin disebabkan cirit birit ini saya akhirnya diserang gastrik selepas keluar hospital (mungkin sahaja). Pada minggu kedua saya ke farmasi Alpro berjumpa pharmacist dan saya diberi ubat buang angin serta ubat probiotik. Sejak itu pening kepala saya mula susut dan angin dalam perut berkurangan banyak. 

Kini antara perkara-perkara yang saya lakukan ialah menguatkan imun badan dengan memakan supplemen, madu serta habbatus sauda. Banyak tips saya perolehi dari rakan-rakan yang sememangnya mengamalkan pemakanan sebegini. Selain lengkap vaksin, kita kena jaga juga imun badan kita. Ketika diserang, vaksin kedua saya baru berusia sehari. Namun dengan vaksin dos pertama juga saya tak sampai ke tahap 5 dengan izin Allah, hanya sampai ke tahap 4, dan tiada oksigen diperlukan, doktor yakin paru-paru saya boleh melawan. Saya diberitahu doktor paru-paru dan liver saya infected sedikit. Diberi ubat untuk dimakan selama 7 hari selepas pulang ke rumah. 

Saya juga elakkan diri dari stress berlebihan terutama bab kerja. Walaupun ianya tidak dapat dielakkan namun boleh dikurangkan. Malam memang off whatsapp kerja. Handphone pun switch off. No more work during weekends. 

Motosikal saya yang berklac pun saya dah bercadang nak let go. Nak pergi pada skuter pula, nak easy ride sahaja. Memandangkan segalanya akan dibuka kembali hujung tahun ini, wife akan kembali menggunakan skuternya ke masjid, saya pula perlu mencari alternatif motosikal lain untuk ke pejabat. Sebab itu saya mencari satu skuter yang lebih sesuai dengan faktor umur saya iaitu Nmax, Xmax atau Forza. Mungkin lebih kepada Nmax dari segi faktor harga dan juga handling di dalam town. Xmax dan Forza mungkin last alternatif kerana berat dan saya juga tak main highway banyak. ADV, NVX atau Vario agak ranggi dan stylo untuk umur yang dah senja macam saya. 

Nanti saya akan ceritakan pengalaman Covid saya serta kisah di hospital Klang. Stay Safe everyone, dan seperti yang orang kata, Covid is Real.

Sunday, August 15, 2021

Saya Masuk Hospital, COVID

 


Maaf, blog ini tergendala kerana saya masuk HTAR Klang bulan lepas kerana Covid. Sekarang slowly ambil masa untuk recover semula. Badan dah hampir 80% okay. Cuma masih cepat mengantuk dan tidur. 

Saya akan ceritakan my experience kena Covid Tahap 4 sehingga saya dikejarkan ke hospital di entri akan datang.

Doakan saya dapat recover 100%. Sekarang nak stay up malam untuk siapkan kerja pun sukar, sebab malam saya lagi cepat letih dan mengantuk. 

Tuesday, June 15, 2021

HP 2336 dan Macbook Air 2020

 


Banyak sikit dugaan di musim PKP ini sejak dari hari pertama PKP 7 Jun hingga sekarang. Dengan sinki dapur sumbatnya, power surge dari TNB sehinggalah proses membeli/ganti barang-barang yang perlu pakai segera sementara tunggu gantirugi dari TNB. Beli barang online ni kena sabar. Tak boleh dapat instant. 

Pembelian pertama saya adalah Printer HP 2336 yang saya rasa range printer termurah di pasaran. Harga di website HP atas sikit RM 200 tapi di online official store dah habis stok. Yang ada seller-seller lain dan harga dah up ke RM 300 (paling murah saya dapat termasuk shipping). Barang kedua yang saya terpaksa beli segera ialah microwave Samsung 23L Solo. Solo maknanya dia ada function microwave sahaja. Yang dah meletup akibat power surge sebelum ini ialah Samsung 32L microwave campur grill campur convection. Yang ketiga ialah modem AX10 TP Link. Yang lama juga AX10 Archer TP Link. Baru pakai 2 bulan dah kong akibat power surge. Saya beli model yang sama tapi dengan harga yang lebih murah dari pembelian pertama. Beli di Ookas. 

Printer dan Microwave dah sampai. Yang belum sampai modem. Slow sikit ninja van kali ni. Cuti Umum dia tak bergerak. Microwave yang dibeli di website Samsung sampai dulu. Beli Khamis, Sabtu dah sampai. Samsung guna City Link. Petang tu pula, DHL call kata dah depan pintu pagar rumah nak hantar Printer. Yang ni order Rabu malam. 

Ok back to the main story, masa beli printer HP 2336 saya tak pula Google compatibility dan kesukaran dengan Macbook Air 2020 (MBA2020) saya. Masa guna HP lama iaitu 5075, steady je sambung dengan MBA 2020. Plug and Play. 

Even dengan MBA 2013 pun boleh print tanpa sebarang permasalahan. Apatah lagi kalau disambung dengan Windows based punya laptop. Tiada langsung masalah. Ini membuat saya leka, tidak membuat research dahulu sebelum membeli. Mungkin sebab nak cepat kerana ada perkara yang perlu saya cetak.

Bila dah sampai printer ni, hati excited. Relek-relek dulu, tak terus setup. Ingat malam nanti baru nak setup dan print. Malam tu saya sambung ke MBA 2020 dan seperti biasa, prosedur add printer di system preference saya laksanakan dengan hati yang senang. Sebelum tu dah pasang katrij siap-siap. Sambung cable. Dalam hati, apa je pun yang akan berlaku, dah banyak kali beli printer. Sedangkan HP 5075 yang besar dan lebih canggih tu pun senang je pasang, inikan entry level HP 2336 ni. 

So, saya try print 1 document word, lampu printer berkelip-kelip tapi takde kertas yang keluar. Saya ingat kena reset dulu, so saya restart MBA dan printer. Macam tu juga. So bermulalah Googling saya mengenai permasalahan ini. Dalam hati mula bengkek sebab kita nak cepat, tapi lambat yang dapat.

Macam-macam kisah dalam google. Ada yang kata printer ni support usb2.0 sahaja dan MBA 2020 cuma ada USB 3.1 tapi setahu saya USB ni backward compatible. 

Ada yang kata HP 2336 memang tak boleh bekerja dengan USB 3.1. Ada pulak yang kata MBA 2020 yang tak boleh bekerja dengan USB 2.0. Tapi pelik, device saya yang guna USB 2.0 elok je bekerjasama dengan MBA 2020 saya. Ada yang kata salah adapter, tapi adapter USB to USB C saya keluarkan Ugreen, steady juga digunakan dengan device lain. 

In the end, I found out this workaround. Saya install HP Printer drivers for MacOS yang saya perolehi dari link ini . Nama file dia adalah HP Printer Drivers v 5.1 for MacOS. Ia adalah link dari website Apple. Selepas saya install driver tersebut, saya kembali ke bahagian printer and scanner di system preference. Saya ambil HP Deskjet Ink Advantage 2540 sebagai driver dia. 

Selepas itu, dah boleh print. Cuma scanner saya tak try lagi. Dari pembacaan di forum-forum di internet, scanner masih tidak boleh digunakan. Saya tak kisah sangat sebab saya dah beli apps scanner di handphone saya. I will use my phone for scanning purposes. Di library pun boleh scan guna handphone. Copier berfungsi seperti biasa, tak payah nak pergi fotostat. 

So I hope kalau ada any major MacOS update, my HP driver masih boleh digunakan lagi. Next time kalau nak beli printer, need to bring my MBA 2020 and test it terus di kedai. Dengan syarat, dah bukan PKP and kedai dah boleh buka macam biasa. 

Kenapa saya tidak cari di website HP untuk driver for my MBA 2020? Well, nothing much there. Dia suruh install guna HP Smart and I found out that it is not smart enough to connect my printer with my MBA 2020. 

So for now, it works on my MBA 2020. I haven't try it on my MBA 2013 and Fujitsu. 

Wednesday, June 09, 2021

TP Link Wifi 6 Archer AX10

 



Modem saya telah selamat sampai di rumah semalam. Order di Shopee pada 3 Jun dari Ookas dan seller ship the parcel pada 4 Jun. Mengambil kira cuti umum pada 7 Jun, pihak Ninja Van akhirnya deliver pada 8 Jun.

Sebelum ini saya menggunakan modem gantian saya which is from TP Link juga. Modem gantian yang saya gunakan ialah TL WR841HP. Boleh jadi range extender. Detailnya boleh dilihat di link ini. 

Modem 841HP ni saya dapati tidak mampu untuk mencapai speed lebih dari 100 Mbps. Paling laju speed test yang dibuat menggunakan wireless MBA saya di lokasi berhadapan dengan modem ialah 78 Mbps. Modem ni pun dah discontinue. Ia merupakan modem yang hanya mempunyai mode wifi 2.4 Ghz menggunakan standard Wifi 4. Walaupun dalam spesifikasi yang dikeluarkan oleh TP Link, ia mampu mencapai 300 Mbps namun saya tak pernah lagi dapat capai speed tersebut.

Apabila speed Unifi saya diupgrade oleh TM, saya diberi satu modem yang mempunyai dual band iaitu 2.4 Ghz dan 5 Ghz. Modem ini dari TP Link iaitu Archer A7 AC1750. Cuma saya lihat modem ini agak cepat panas dan agak slow untuk reboot. Dari segi speed, not bad. Boleh capai 300++ Mbps menggunakan 5ghz. Dan ia bukanlah dalam kategori Wifi 6. 

Wifi 6 ni secara mudahnya ialah, ia membolehkan wifi hantar data pada semua device yang connect dengan router wifi 6 ini secara konsisten. Banyak device yang connect pada router, speed tak akan drop. Lebih kurang macam tu lah kelebihan Wifi 6 ini. Dan di rumah saya, ada banyak device yang connect pada router saya. Ada handphone saya, laptop saya, laptop anak-anak saya, tablet anak saya, handphone isteri dan anak-anak saya, Android TV saya dan juga PS saya.

Dan perlu diingat, zaman PKP ni mereka amat jarang keluar. They also utilize their devices much more than usual. Anak bongsu saya sambil main Star Wars online di PS4, sambil tu lah dia on youtube di Tablet. Kadang-kadang kakak dia on netflix di Android TV sambil buka Youtube di smartphone. Mak diorang pulak layan K Drama di Netflix. Dan sekarang ada pula Disney Hotstar. 

Saya pula sering berada dalam SOHO saya, online meeting atau online discussions. So memang akan ada beberapa device yang connect serentak pada router ini. Jadi Wifi 6 memang diperlukan. Beberapa hari sebelum ini ketika saya guna modem gantian yang tiada Wifi 6, memang terasa drop dalam connection apabila semua berjalan serentak.

In order to fully use this Wifi 6 and 5Ghz, kita perlu ada device yang compatible dengannya. Boleh google untuk lihat what are the devices yang compatible. 

My mobile and MBA can support both 5ghz and Wifi 6 while most of the other devices can connect to 5ghz. My Panasonic Android TV could only connect to 2.4Ghz, but Astro Ultra Box can support 5Ghz. My PS can also support 5Ghz.

Once dah dapat TP Link AX10, terus saya setup. Smooth sahaja proses setupnya sebab ini kali kedua saya setup modem yang sama dalam masa 2 bulan. Kali ini masa setup saya pilih profil Malaysia-Unifi siap-siap. Sebelum ni saya lupa nak pilih, jenuh la setup tapi tak dapat, siap call Unifi Customer Service tanya adakah password Unifi saya dah diubah. Rupanya salah setup di router TP Link, tak pilih profi Unifi. Thanks to Ookas, saya beli modem ini murah RM 70 dari di kedai. 




Malam tadi saya setup my AX10, and terus speedtest using my MBA, located betul-betul depan router. Sebelum tu saya configure my SSiD to use separate setting for both 2.4Ghz and 5Ghz. Each of them ada different SSiD and password. Kalau router standard Unifi dia auto SSiD untuk yang 5ghz, contoh kalau SSid kita letak nizam for 2.4Ghz, untuk 5Ghz dia auto jadi nizam_5g, tapi di AX10 saya boleh set SSiD 2.4Ghz as nizam and SSiD 5ghz as nizamthegreat tanpa tulisan _5g dibelakangnya. Password pun berbeza. 

The result of the speedtest is a whooping 501 Mbps for download. Terkejut sebenarnya sebab tak pernah sampai 500 Mbps sebelum ini. Ping ialah 6ms dan upload lebih sikit dari 100 Mbps. Ini speedtest guna wireless. Saya tak pasti samada kebetulan ketika itu connection memang laju ataupun modem ni tau ianya pertama kali digunakan, so dia nak bagi good impression pada saya. Mungkin juga sebab saya dah update my MBA 2020 kepada the latest update software sebelum ini dan my new AX10 pun dah diupdate firmware ketika saya sedang setup. 

Apa-apa pun memang terasa kelajuannya. Hopefully tak berlaku lagi permasalahan luaran yang mengakibatkan AX10 ni rosak. FYI, ada berlaku power surge by TNB di rumah saya sehingga merosakkan router saya.

Doakan yang terbaik. 




Monday, June 07, 2021

MCO dan Tragedi Arus Elektrik Tinggi Masuk Rumah

 


Dan seperti yang diduga, negara ini kembali ke dalam PKP, namun ianya tidaklah seperti PKP fasa 1 tahun lepas. Namun, walaupun kecoh di media sosial tentang sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi, saya mendapati jalanraya di kawasan saya lebih lengang dari biasa.

Saya tidak menyokong mahupun membantah apa juga langkah PKP kali ini, bagi saya setiap perkara mempunyai pro and cons. Namun saya lebih mengidamkan agar vaksinasi dipercepatkan. Ramai rakan-rakan saya dah mengeluh tak dapat vaksin lagi. Rakan-rakan yang frontliners semua dah dapat. Even though dah dapat vaksin still kena jaga sop, but it will enable our country to create herd community much more faster.

Serangan covid untuk kali ini menyaksikan orang-orang sekitar saya menjadi mangsa. Ibu bapa rakan-rakan juga tidak terkecuali. Ada yang meninggal dunia. Sesuatu yang saya tak alami pada tahun lepas. Tahun lepas saya cuma dengar kisah serangan covid terhadap orang-orang yang jauh sahaja, yang tak dikenali terutama yang viral di media sosial. 

Untuk kali ini, keluarga rakan-rakan, jiran-jiran, pendekata orang yang kita kenal. Ada kakak rakan dan parents rakan yang meninggal dunia akibat covid 19. Ada jiran yang dihantar ke pusat kuarantin.

Sebenarnya banyak juga orang-orang sekitar dan kenalan yang kena covid ni dari tempat kerja. Sebab itu kita kena faham kenapa orang marah di media sosial apabila banyak sektor yang mereka rasa tak perlu, tetap dibuka. Saya tidak dapat menafsirkan apa yang perlu apa yang tidak, kadangkala perkara yang saya rasa tak perlu itu rupanya perlu kerana ia merupakan rantaian kepada yang lebih perlu.

Pada hari pertama PKP, kawasan perumahan kami kena power surge. Arus elektrik berlebihan masuk ke setiap rumah di lorong saya. Ada kira-kira 10 rumah terlibat. Kejadian sekitar jam 11 pagi, tiba-tiba lampu-lampu malap. Kipas makin perlahan. Macam nak blackout. Then dia okay balik. Lepas tu dia jadi balik. Then dia okay balik, Lebih kurang macam tu kira-kira 2-3 minit, then suddenly kipas berpusing sangat laju dari biasa, makin laju makin laju. Ketika itu saya teringat kisah rakan-rakan yang pernah kena power surge ini. Simptom yang sama. 

Masa tu wife dan anak-anak ingatkan ada gangguan bekala elektrik which is literally true. Cuma gangguan kali ini lebih bahaya kerana arus elektrik yang masuk ke rumah melebihi paras normal.

Cepat-cepat saya jerit suruh anak-anak dan wife tutup segala peralatan letrik. Lampu, kipas, aircond semua kami tutup. Peti ais pun sama. TV saya yang baru baik selepas disambar petir pun saya offkan suis di socket belkin. Socket belkin tu bersambung dengan astro dan decoder cctv sekali, so once kita offkan semua akan off. PS4 anak pun saya offkan. Oven besar dan mixer roti memang dah dicabut plugnya. Aircond semua saya offkan terus di main wall plug.

Hanya modem wifi sahaja yang masih on sebab disambung dengan 1 lagi belkin power surge socket. Turut bersambung ialah printer. So kira-kira 30 saat after sempat saya offkan, terdengar letupan. Letupan dari rumah jiran-jiran dan terdengar orang menjerit. Bekalan dah terputus. Rumah kami dah tendang di DB. Termasuklah rumah saya. 

Orang pertama yang saya call ialah jiran lorong belakang saya iaitu Amilin. Dia memang pandai buat wiring. Saya tanya dia rumah dia terbabit tak, dia cakap tak. Dia kata ini mesti ada power surge pada kotak TNB lorong rumah saya.

Saya call TNB dan kira-kira 20 minit first TNB responder datang dan check. Memang sahih, cable neutral di box TNB lorong kami rosak. Staf TNB yang datang check tu beritahu saya yang dia dah laporkan kejadian ini dan minta saya dan jiran-jiran call TNB untuk claim kembali semua barang-barang elektrik yang rosak.

Kerosakan di rumah saya ialah microwave (tak sempat nak tutup) dan juga semua item yang bersambung dengan belkin saya yang saya tak tutup iaitu modem wifi TP LINK AX10 saya, BTU Unifi (nasib baik plug dia sahaja yang rosak) serta printer HP 5075 saya yang bersambung dengan belkin tetapi saya tak on kan pun. Mati-mati saya ingat Belkin ni boleh protect power surge, rupanya tak boleh. Mahal je lebih. Paling sedih adalah kitchen hood Firezzi. Yang ni memang tak sempat nak tutup. Yang ni item paling mahal, dekat 2k lebih. Fungsi untuk mengeluarkan asap memasak. So sekarang kalau masak memang bau teruk dan asap semua di dapur, siap masuk ke bilik.

Jiran-jiran ada yang rosak peti ais, extension wayar, lampu pecah dan macam-macam lagi. So kami call TNB untuk lapor kerosakan. Alhamdulillah, TNB dah ambil maklum kes kami dan repot sudah dibuka. Sekarang tengah tunggu staf TNB datang untuk assess kerosakan, which saya rasa lama lagi baru dia datang sebab tengah PKP. TNB memberi jaminan bahawa mereka akan membayar gantirugi, cuma berapa nilai gantirugi itu tidak diputuskan. Ianya bergantung pada penilaian pihak TNB.

Saya juga baru perasan kemudiannya bahawa salah satu kamera cctv saya juga rosak. Yang ini saya tak masukkan dalam laporan. Mungkin nanti bila penilai TNB datang, saya akan lapor terus pada dia. 

Sekarang yang pening ialah mana nak beli alat-alat elektrik yang rosak. Sudahlah hari pertama PKP, kedai elektronik semua tak buka. In the end saya order online sahaja, itupun selepas saya tanya seller samada mereka boleh hantar barang saya ataupun kena tunggu habis PKP. Sebab ada item yang saya perlu gunakan urgent seperti printer, modem wifi dan microwave. Microwave saya order online dari Samsung, printer order dari Shopee seller, modem Wifi saya beli kembali yang sama jenis iaitu AX10 which is saya dapat dengan harga lebih murah dari seller Ookas di Shopee. Website dia juga yang mengajar saya tentang Wifi 6 modem ini. Kitchen Hood je kena tunggu after PKP habis (tak mungkin 14 Jun, kebiasaanya bersambung hingga Julai). Ini kerana technician tak dapat datang kerana PKP. 

Saya bernasib baik kerana peti ais dan mesin basuh selamat. Aircond saya kesemuanya selamat. Alhamdulillah. Mungkin ada sedikit ujian di sini untuk saya sekeluarga. Adik saya sekeluarga ditimpa ujian yang lebih dahsyat dari saya apabila rumah beliau di Sabah musnah terbakar. Kejadian yang memusnahkan lebih 20 rumah itu berlaku tengah malam. Ketika saya call dia petang selepas kejadian, dia cakap 'Bang, spender aku pun takde'. Memang betul-betul sehelai sepinggang. Alhamdulillah adik beradik semua sumbang duit sorang sikit untuk cover kos dia sekeluarga. 

Kadang-kadang dugaan yang kita alami ini tak sehebat dugaan yang dialami orang lain. Bersyukur dengan apa yang ada. 

Sunday, May 16, 2021

Salam Aidilfitri

 


Setelah masuk syawal ke 4 barulah saya ada mood nak update ruang maya ini yang nampak sedikit bersawang setelah entri terakhir pada 20 April di mana saya kisahkan berkenaan hikayat me'renew' domain ini.

Sebenarnya, mood Syawal kali ini agak hambar, selain dari larangan kembali ke kampung buat tahun kedua berturut, larangan ziarah raya, larangan itu dan ini juga menyebabkan ia jadi hambar. Sembang dengan jiran-jiran sebelah mendapati mereka juga dalam mood yang sama.

Bagaimanapun, saya tidaklah menyalahkan pemerintah atas apa yang berlaku. Ini kerana saya melihat keadaan pandemik covid 19 akan menjadi malapetaka besar jika ianya tidak dikawal sebegini. Saya akui sukar untuk kita menjaga SOP apabila dah berkumpul raya. Lagi-lagi bila berjumpa dengan orang yang dah lama kita tak face to face berjumpa, memang confirm duduk rapat dan bersentuhan.

Saya sendiri menerima amaran kedua saya tentang Covid 19 ini dimana My Sejahtera saya bertukar warna risiko kepada Kontak Kasual (warna kuning). Ini kerana My Sejahtera saya detect saya check ini di waktu dan tempat yang sama dengan seseorang yang positif. Tidak diberitahu lokasinya tapi berdasarkan pemerhatian, ada 2 tempat saya check in pada hari tersebut. Saya digalakkan kuarantin kendiri selama 10 hari dan kena declare health screening saya everyday selama beberapa hari. Alhamdulillah saya tiada simptom apa-apa. Ketika entri ini ditulis, masih ada beberapa hari sebelum status risiko saya kembali hijau. 

Hari pertama raya sebenarnya mengejutkan saya, dan mungkin jiran-jiran lain. Maaf, bukan hari pertama, tapi malam hari raya, atau lebih tepat malam terakhir berbuka puasa (esok hari raya). Kenapa saya terkejut? Sebab meja saya dipenuhi pelbagai juadah dari jiran-jiran. Dan kami juga membalas juadah pada mereka. 

Orang-orang kampung bukan main ambil gambar mereka beraya di kampung dan di post dalam whatsapp, saya kata pada mereka, raya di bandar nampak lebih meriah dari kampung. Dengan ledakan mercun seperti hari merdeka, ditambah pertukaran pelbagai juadah, serta orang ramai bakar lemang depan rumah, rasanya lebih meriah raya di kawasan taman saya, setidak-tidaknya lebih meriah dari kampung saya.

Video call berkumpulan antara acara di pagi raya bersama adik beradik. Saya dan adik beradik saya video call berkumpulan menerusi Whatsapp pada tengahari. And disebabkan ada diantara mereka berada di kawasan yang line tak berapa kuat, jadi ada audio yang tak berapa memuaskan. 

Teringat saya sambutan hari raya saya pada tahun 2000. Saya di Paris, seingat saya hanya beberapa hari selepas sambutan Krismas. Ada snow sedikit di Paris ketika itu. Zaman tiada whatsapp, tiada mobile internet. Kamera pun zaman tu pakai filem. Rakan-rakan Singapore yang bersama saya pada masa tu dah guna Digital Camera. Saya solat aidilfitri pagi itu di masjid di Paris. Tak silap saya masjid besar mereka. 

Depan saya ada satu orang agak berumur, toleh ke saf saya dan arahkan seseorang masuk ke hadapan, bersebelahan dia. Untuk memenuhi saf, dalam hati saya. Entah macam mana, berlaku pertengkaran antara brader saf depan tu dengan seorang anak muda yang berada di saf saya. Anak muda ini rasanya sebaya atau muda sikit dari saya. 

Saya tak faham bahasa yang mereka guna, saya andaikan mereka berdua ni asal dari afrika utara, samada Algeria atau Morrocco. Ada iras-iras bangsa Zinedine Zidane. Walaupun saya tak faham tapi saya tau mereka bertengkar sebab pelawaan brader saf depan untuk isi ruang kosong sebelah dia. Mungkin si muda ni nak solat raya sebelah kawan baik dia. Dan setelah beberapa ketika bertengkar, keadaan hampir bertukar fizikal. Masing-masing dah tolak menolak dan nak bertumbuk sebelum dileraikan oleh jemaah bersebelahan.

Insiden selesai begitu sahaja apabila kedengaran suara imam angkat takbir. Tapi di hati saya masih terngiang-ngiang walaupun sedang solat raya. Tak khusyuk terus saya. Dalam kepala terbayang yang mereka berdua ni time dekat solat raya pun nak bertumbuk, dan yang bestnya ia seolah-olah insiden kecil bilamana yang leraikan pun hanya rakan jemaah sebelah mereka sahaja. Kalau jadi kat tempat kita ni, dah ramai berkerumun ni. Silap-silap dua dua kena belasah. 

Dan habis solat, saya perhati kedua-dua yang nak gaduh ni, tertunggu juga whether akan ada repeat. Tapi tiada, seolah-olah tiada sebarang insiden sebelum solat tadi. Saya tepuk pipi saya beberapa kali untuk pastikan saya tak bermimpi di pagi aidilfitri. Adakah saya berkhayal sebelum ni. 

Itulah secebis pengalaman solat di Paris pada tahun 2000. Kalau tak 27 Disember, mungkin 26 Disember tarikh Eid Mubarak pada ketika itu.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


Tuesday, April 20, 2021

9 Tahun Nizamyunus.com

 


Pada tahun ini, genap 9 tahun domain nizamyunus.com dimulakan. Still going strong. Pada asalnya, nizamyunus.com bernama nizamyunus diikuti organisasi tempat saya bekerja. Seingat saya, bermula sekitar 2008-2009. Namun bernaung domain dibawah organisasi kerja ni mempunyai peraturannya tersendiri. Antara yang saya ingat ketika itu ialah tidak boleh sebarangan membuat promosi terhadap pihak luar. 

Risaukan jika terlanggar peraturan tersebut membuatkan saya beralih ke domain luar iaitu .com. Pada mulanya saya ingin mengambil domain .my atau .com.my tetapi kos tahunannya sedikit tinggi dari .com. So terlahirlah nizamyunus.com. Konsep asal yang masih dikekalkan ialah penulisan santai berkisar tentang pelbagai isu kehidupan, general knowledge, akademik and also pengalaman diri sendiri. Yang saya cuba elakkan ialah isu politik, perkauman atau ekstremis agama. Kalau ada sedikit pun mungkin tanpa saya sedar dan terlebih dahulu saya pohon maaf. 

Proses update blog ini juga menggunakan pelbagai jenis device. Maklumlah dalam masa 9 tahun, teknologi banyak yang berkembang. Namun, kebanyakannya menggunakan Mac dan juga Desktop PC. Ada juga beberapa entri menggunakan Laptop Windows dan juga Android. Tapi tak sebanyak guna Mac dan Desktop PC. Lately ni banyak entri saya guna Macbook Air. Butterfly keyboard memang sedap untuk digunakan. 

Tahun lepas dan tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum. Sedikit sebanyak, kebebasan kita agak terbatas kerana pandemik covid 19. Mungkin juga selepas ini, kita akan dibelenggu dengan covid 19 dan juga kesan-kesannya. Yang pasti ia mengambil masa untuk hilang sepenuhnya. Yang dirisaukan pula jika wujud lagi pandemik lain seperti atau lebih dahsyat dari covid 19.

Proses kerja saya juga sedikit sebanyak berubah. Banyak di atas talian dari bersemuka. Terutama proses kerja hakiki saya iaitu delivering my lectures. Even kerja-kerja pentadbiran pun ada yang guna online. Pada awalnya agak kekok, namun sekarang hampir 85-90% dah boleh adjust. Few friends boleh meeting online dalam kereta. For me, I still need to find some place yang sesuai.

Sesi temuduga saya dengan prospektif students pun guna online. Awalnya guna Google Meet eventhough temuduga one to one. Now kalau sesi one to one, saya guna whatsapp video call sahaja. Cuma temuduga online sebegini akan ada sedikit lag, kena tunggu few seconds candidates kita selesai cakap baru kita boleh soal balik. 

Ada satu kes ketika saya membuat promosi program Masters yang saya uruskan. Session promosi dijalankan secara Live di FB. Dan seperti medium-medium lain, ada sedikit lag eventhough connection internet dah bagus. Ketika rehearsal, moderator akan bertanya soalan dan saya akan jawab. Namun ketika sesi Live, belum sempat moderator tanya, saya dah melulu memberi penerangan non stop.

Namun, seperti kata orang, Life Goes On. 

Friday, April 09, 2021

Kisah Rumah Kena Petir





Kisah ini berlaku pada minggu akhir Mac 2021. Lebih kurang 2 minggu lepas. Hujan lebat turun di kawasan rumah saya serta petir. Kebetulan saya tertidur ketika itu selepas penat keluar bawa famili jalan-jalan. Jarang saya tidur petang. Masa tidur tu saya perasan bilik saya jadi amat gelap, macam malam. Dan dengar guruh serta petir. Rasa macam dekat je dengan rumah. 

Tak lama kemudian, saya dengar bunyi guruh kuat. Bunyi macam meletup. Dan dalam beberapa saat kemudian saya dengar satu lagi letupan petir yang sangat kuat, lebih kuat dari yang pertama. Bunyi seperti atas bumbung tempat saya tidur. Dengar macam batu-batu kecil jatuh ke bumbung rumah saya. Terus saya bingkas bangun dan berlari keluar ke ruang tamu.

Rupanya isteri saya dah kelam kabut tutup segala suis elektrik. Anak saya pula sedang relaks bermain PS4 nya seolah tiada apa yang berlaku. Saya yang dalam keadaan mamai melihat lampu standby TV Panasonic saya tidak menyala. Lampu Astro Ultra Box juga padam. Kemudian saya melihat lampu decoder CCTV juga dah off. Saya lihat socket yang sambungkan kepada kesemua alat tersebut, ianya dah dioffkan oleh isteri saya.

Agak lega saya. Beberapa minit kemudian, bekalan elektrik rumah saya trip. Dengar bunyi elcb saya jatuh. Elcb ni stands for earth leakage circuit breaker. Kalau ikut kata kawan saya yang kerja electrician, kalau voltage lebih masuk, elcb akan putuskan sambungan, kira safety lah. 

Saya tunggu keadaan reda, dalam setengah jam. Setelah tiada lagi kedengaran bunyi guruh dan hujan pun dah stop, saya on kan balik elcb saya. Sebenarnya risau juga sebab pernah sekali hujan lebat, elcb jatuh dan bila saya onkan balik elcb, dia jatuh balik. So saya kena offkan satu-satu fius untuk check lokasi yang trip.

Bila elcb sudah saya onkan, benda first yang saya check adalah Astro Box saya sebab biasa dengar petir hentam Astro dulu. Astro saya berlampu, maknanya berfungsi. PS4 dan TV Samsung saya juga berfungsi. Ia terletak sebelah kabinet TV Panasonic saya cuma menggunakan wall socket yang berbeza.

Rupanya TV Panasonic saya tiada power, decoder CCTV juga sama. Astro ada. Kesemuanya menggunakan wall socket dan extension yang sama. Saya check keadaan extension, semua socket berfungsi. Bila saya ganti adaptor TV Samsung ke TV Panasonic saya, masih tiada power. Decoder CCTV pula berfungsi kembali apabila saya tukar adaptor lain. Sah memang TV Panasonic saya tiada power.

Mangsa selepas ribut petir

Then bila saya check pula internet, rupanya modem wifi Unifi saya pun tiada power. Dah ganti adaptor pun sama. So saya keluarkan modem TP Link lama saya dan gantikan sementara dengan modem Unifi yang dah kong. 

Saya juga check di FB untuk cari orang repair TV. Jumpa seorang yang duduk tak jauh dari kawasan rumah saya, saya contact dan keesokannya hari Ahad saya hantar pada dia. Payah juga nak angkut TV 50 inci ini walaupun ia tak berat tapi besar dan kena hati-hati takut terlanggar.

Lepas jumpa brader tu saya terus ke All IT dan beli modem yang baru. Kali ni saya beli modem TP Link Archer AX10. Harganya below RM 300. Lebih laju bila boot dari modem standard Unifi. Kurang panas dari modem standard Unifi. 

Tercapai impian tukar modem standard Unifi

Isnin petang saya whatsapp brader TV tanya keadaan TV saya dan dia cakap nanti dia check dan akan maklumkan pada saya. Selasa saya call dia dan dia explain TV saya model baru, tiada lagi sparepart IC di board TV saya, dia cakap kalau ganti di service center mahal sebab diorang ganti board seketul, dia pula cuma ganti IC di board. Dia cakap IC TV saya kena order dari luar negara dan makan masa berminggu juga. Itupun dia tak jamin 100% masalah akan selesai. Dan lagi satu dia kata TV saya model baru, masih tiada datasheet di Google.

Lepas call dia, saya call Panasonic. Lepas terangkan pada customer service, mereka maklumkan bahawa power board dan mainboard TV saya berada dalam satu board, tidak asing. Harga lebih kurang RM6xx. Mereka check detail saya dalam sistem mereka dan mendapati saya ada beli extended warranty. Saya pun tak ingat extended warranty tu cover apa lagi selain dari display. Saya cakap pada Panasonic saya suspek board bermasalah sebab tiada power but saya request mereka datang rumah dahulu check apa masalah. 

Hari tu juga saya ambil balik TV saya dari brader tu dan dia minta upah RM 50 which I paid sebab kenangkan penat lelah dia angkat TV saya naik atas rumah dia.

Proses menukar board TV


Rabu pagi someone call saya memberitahu dia dari Panasonic, akan datang ke rumah saya untuk check. Apabila sampai rumah, setelah berbual lebih kurang bertanyakan masalah TV saya, mereka terus buka panel belakang TV saya, keluarkan board lama saya. Mula-mula saya ingatkan mereka nak bawa balik kilang board lama saya. Sekali tu, salah seorang keluarkan board dari dalam beg dia dan ganti terus ke TV saya. Katanya nak check dulu. Dia tutup panel TV, dirikan panel TV di kabinet dan sambung TV saya di socket Belkin saya. Belkin ni saya beli sehari selepas insiden petir yang saya ceritakan di atas.

TV Panasonic saya terus befungsi, terus ada power. Lepas tu technician tersebut bagi saya satu form untuk saya sign dan kemudian mereka pun balik.

Just like that, TV Panasonic saya dah berfungsi seperti biasa. It took 10 minutes je untuk technician tu ganti board. Rupa sama macam motherboad komputer. Cara ganti pun lebih kurang sama. Saya tak bayar duit apa pun. Ada yang tanya saya,kena petir pun cover warranty ke? To be honest, saya pun tak pasti samada TV Panasonic saya tu tiada power akibat petir sebab dah beberapa hari kami semua tak tengok TV. TV tu cuma dalam standby mode dan adakala saya offkan power dia di socket. So nak betul-betul kata TV takde power akibat petir tu saya tak boleh pastikan 100%. Mungkin sebelum hujan pun power dah takde. Saya memang tak perasan pun hari tu samada lampu standby dia menyala ke tidak. Yang saya pasti lepas saya on kan balik wall socket, memang tiada power.

TV Samsung saya pula ketika petir, steady je sampai sekarang, so maybe asbab TV Panasonic saya tiada power bukan disebabkan petir. Apa-apa pun saya ambil langkah berhati-hati lepas ni. Saya dah beli dua extension Belkin. Satu untuk TV dan Astro, satu lagi untuk modem saya. 

Lepas ni kalau ada apa-apa permasalahan, saya akan terus call hotline/careline jenama terbabit. Dalam hal ini, saya dapati Panasonic bertindak baik dalam memberikan support pada saya. Mungkin saya duduk di lembah klang, menyebabkan semuanya cepat. Tapi yang pasti Panasonic telah memberikan yang terbaik. 

Before this pun saya dah alami beberapa perkara positif dengan customer care barang-barang yang saya beli, antaranya Samsung dan Khind. 

So sekarang, kami kalau nak keluar rumah memang offkan semua di TV dan internet. Hanya peti ais je yang kami biar on. Masih fobia lagi dengan insiden petir. Kalau hujan lain macam pun kami dah offkan semua termasuk Astro. No standby mode lagi dah. 


Saturday, March 27, 2021

Masalah TP-LINK dan UNIFI

 

Sebelum saya terlupa, biarlah saya simpan sini. Wifi Modem saya dipanah petir semalam bersama-sama TV dan juga CCTV Decoder saya. Nasib untuk CCTV cuma plug je problem. Decoder Astro nampak masih berlampu lagi.

So, saya terpaksa keluarkan modem backup TP Link saya yang ada 1 band sahaja iaitu 2.4ghz. So pada mulanya, just plug and play sahaja. Maknanya cabut cable dari modem wifi Unifi original yang dah kong kena petir, dan plug in ke modem backup TP Link single band saya. Everything went smoothly sampailah saya tertekan satu button di atas modem tersebut menyebabkan connection hilang. Butto tu sebenarnya menukarkan modem tersebut kepada repeater.

So saya terpaksa factory reset dan setup kembali modem lama tersebut. Masukkan username, password unifi, set ppoe, masukkan kembali nama SSID, password wifi bla bla and then tunggu dia reboot. Tapi dia tak reboot. So bila check connection, yilek. Bila check status connection, asyik connecting. Berbelas kali lah saya masukkan username dan password, masih sama connecting. Nak save pun tak boleh. In the end contact Unifi Customer Care thru chat. Pihak Unifi confirmkan username saya dan password masih sama.

Search punya search, rupanya saya kena buat apa tau tak? Saya kena...

ACTIVATEKAN IPTV Option di ADVANCE OPTION di modem wifi TP LINK saya dan PILIH UNIFI MALAYSIA. Lepas saya activekan, terus modem saya reboot sendiri dan connected.

Saya lupa yang modem ni modem lama zaman Unifi 50 MBPS. Dan masa tu memang saya ada connect dengan IPTV. Sekarang semua guna apps je tu yang dah tak peduli pasal IPTV ni. So bottom line is, kalau still tak leh connect, cuba try tick option IPTV connection tu dan pilih Unifi Malaysia.  

Berpeluh beb tengah malam buat benda alah ni.  

Friday, March 19, 2021

Headphone dan Earbuds - SONY WH1000-XM4, REALME AIR NEO, SONIC GEAR.

 


Antara cabaran bekerja dari rumah ialah apabila terlibat dalam sesi online discussions, sama ada meeting atau kelas. Bukan sahaja persekitaran perlu kondusif, tetapi juga kestabilan internet. Hardware juga memainkan peranan. Ada beza jika kita guna laptop, handphone atau tablet untuk terlibat dalam online discussion ini. 

Saya lebih selesa guna laptop kerana jika ada perkara-perkara yang perlu saya tunjuk, semuanya ada dalam laptop. Senang saya nak share pada participant yang lain. Untuk saya yang bekerja dari ofis dan kadangkala rumah, ada masa saya terlibat dengan online sessions lagi-lagi jika participants tidak dapat datang ke ofis. 

Some of my colleagues pentingkan camera yang cantik dan berkualiti. Ada guna camera handphone mereka menggantikan camera laptop. Saya tak nafikan bahawa camera built in yang ada pada laptop MBA 2020 yang saya pakai ini boleh dikatakan cikai sahaja berbanding jenama gah Apple pada laptop ini. Kadangkala jika lighting tak cukup, penuh 'noise' dalam video. So kalau nak nampak visual yang sharp, seeloknya gunakan external camera yang lain. 

But my priority sebenarnya lebih pada sound yang dihantar dan diterima. So far my MBA berfungsi dengan baik. Saya gunakan built in speaker dan mic. Cuma ada sekali tu saya online dari rumah dan kebetulan di dapur ada aktiviti menggoreng, so participants yang tengah online kata mereka boleh dengar bunyi menggoreng, cuma bau je tak masuk.

Another thing is I need to be near my laptop kalau nak suara saya jelas. Kalau saya beredar jauh, for sure suara akan jadi jauh. Kena kuatkan suara saya. So, saya terfikir nak cari bluetooth headphone. Besides using it for my online meets, saya ingat nak gunakan juga headphone tersebut for my Sony High Res Audio Player. Saya ambil konsep satu item boleh cover 2-3 kegunaan. I went to my nearest Sony Center and saw this one Bluetooth headphone, harga agak keras. Sekitar RM6xx. My budget maksimum pun is RM5xx. So I went back home, nak study sikit pasal headphones. 

Bila buka internet, most websites recommend the SONY WH1000-XM4 Noise cancelling. Katanya bila dah pakai headphone ni dah tak dengar bunyi sekeliling. Ragu-ragu juga sebab harga more than my budget. Kalau tengok di center yang saya pergi tadi, RM 1599. Saya nak pegang demo unit dia pun ketar. So kaji lagi, dapat satu hardcase. Menarik juga ni, beli mahal-mahal ada beg free nak protect headphone. So saya ke Harvey Norman website and saw they are selling it much cheaper than Sony Center. Still RM1xxx juga. 

When I arrive at Harvey Norman, terus beli that headphone. Balik rumah baru try, memang betul power dia punya noise cancelling. Tak dengar apa dah kat luar. Tapi kita boleh adjust ambient sound (bunyi luar) masuk, ada mode-mode dia. Kita boleh pilih samada nak fully sekat bunyi luar dari masuk ataupun benarkan bunyi luar masuk. This feature memang I Like. Dari segi sound quality, which I tested with my Sony High Res Audio, bila guna bluetooth, bunyi sedap tapi tak berapa kuat. Kalau nak kuat, guna wired connection. Headphone ni boleh wireless or wired. Cable diberikan sekali. 

I also tested with my mobile devices, nak tengok whether lag atau tak guna bluetooth bila tengok youtube. No lag. Same as my buds. Oh I forgot, I also bought two earbuds for me and my wife. Actually this is my first time using buds. Before this nak beli Air pods, harganya mahal. Samsung Buds pun harga mahal. Rasa macam tak berbaloi just for a tiny piece of wireless earphones yang terletak betul-betul dalam telinga. But lately some online sessions ada yang terpaksa guna mobile devices, so I decided to give buds a try. Lagipun tak best nak on loudspeaker mobile device. Kalau beli earbuds yang bukan brand Apple or Samsung, harga dah agak mampu milik. 

So first I bought the Sonic Gear TWS3+ earbuds from its official store via Shopee. Harga around RM100 termasuk shipping. It's actually for my wife, untuk dia gunakan ketika mengaji online via whatsapp or dengar ceramah online. Kadangkala sambil memasak dia gunakan buds untuk dengar ceramah di FB.

When I tried the buds, not bad. So I decided to have one for me too. I bought the Realme Air Neo Buds. Di Shopee boleh dapat RM 100 from its official store masa promosi. Di outlet, the price is RM 199. 

Of course those two buds could not be at the same level with my Sony XM 4 Headphone. My XM4 has superior quality, you can just google it for plenty of reviews. Most of em says it is the top noise cancelling headphones in 2021. Bila dah guna, memang betul once dah pakai terus tak dengar apa-apa bunyi dari luar.  Bateri dia pun power, more than 25 hours. Charging pula lebih kurang 3 jam untuk full. Masa mula-mula keluar kotak, tak sampai 3 jam pun. So far saya baru charge sekali sahaja sejak beli. Waktu-waktu begini agak jarang ada online session. Tunggu nanti early April, online sessions will return.

But buds ada kelebihan especially it is more mobile than headphone. Bawa kereta boleh on bluetooth with buds. Janggal kalau letak headphone kat kepala sambil bawa bluetooth. Naik moto pun boleh on buds connected to bluetooth but saya tak pernah try lagi. Dangerous. 





Friday, February 26, 2021

Aircond Midea dan Haier

 



Sejak dua menjak ini, musim panas dan kering melanda kawasan saya. Bila tanya rakan-rakan di negeri lain pun, mereka cakap dua kali lima sahaja. Jabatan Meteorologi pun dah keluarkan statement tentang musim panas ini. Cuaca yang bercahaya matahari saya tak kisah kerana saya memang sukakan cahaya matahari, hari mendung membuatkan mood saya juga mendung. Namun apabila tidak berangin dan panas membahang sehingga berhari-hari lama menyebabkan rumah saya bahang. 

Rakan-rakan yang duduk di rumah berbumbung pun bercerita perkara yang sama. Nasib baiklah bilik saya ada aircond. Aircond jenama York yang dipasang pada tahun 2015 masih setia. Sekarang dah susah sangat nak cari aircond baru jenama York sebab semuanya dah bertukar ke Daikin. Ini kerana Daikin telah takeover York Malaysia since 2014. Namun teknologi dan peralatan tetap sama. Difahamkan masih lagi York cuma tukar nama ke Daikin sahaja. Daikin ni company Jepun, HQ di Osaka. York ni pula asalnya bermula di sebuah tempat bernama York, Pennsylvania, US. Since 1874 company York ni dan ianya membuat pelbagai peralatan penyejukkan such as peti ais dan penghawa dingin. Tapi saya tak pasti pula penghawa dingin tu dah dibuat since 1874 or later. 

York kemudian dibeli oleh Johnson Controls. Company ni senang cerita adalah company yang provide better environment untuk bangunan. So ketika aircond Panasonic di bilik saya rosak pada tahun 2015 setelah genap 6 tahun digunakan, saya beralih pada York. Ketika itu rosak pada musim yang sangat panas dan bahang. Masa rosak tu saya tak kenal sahabat saya Amilin walaupun dia dah lama duduk di taman saya. Rosak board tak salah saya. Aircond hidup sekejap dalam 2-3 minit lepas tu kong. 

Saya bergegas ke kedai aircond berhampiran dan technician dia confirmkan masalah board. Nak tunggu sparepart memang lewat. Harga masa tu boleh tahan juga. Rumah memang bahang tahap super waktu tu. In the end tanya kedai tu ada tak aircond 1hp brand new. Kedai cakap semua habis kecuali York ionizer plasma ape benda ntah. Oleh kerana terdesak dah berminggu kepanasan, saya pun korek tabung dan ambik sahajalah. Harga waktu tu boleh tahan juga sampai hampir koyak poket. Now after almost 6 years guna York ni, ada sekali dia buat hal iaitu compressor luar cepat sangat cut off, baru 10-15 minit on dah cut off. Lama-lama air mula menitik dalam indoor unit. Masa ni dah kenal Amilin dekat 4 tahun lebih, so dia datang beberapa kali nak memikirkan apa masalahnya. Based on pengalaman di repair dan service aircond orang lain, maka dapatlah detect permasalahannya iaitu untuk cut off, ada fius problem di compressor. Dan yang kedua pula, untuk masalah air menitik dalam, dia buat full service cabut semua compressor, indoor dan juga hose saluran. So selesai masalah.

Then in 2020, selepas PKP fasa 1, saya pasang aircond di bilik anak saya. Memandangkan dia pun duduk rumah sahaja tak ke sekolah, kesian pula dia. Kebetulan ada duit lebihan mora automatik yang saya terima dari bank. Untuk kesejahteraan anak-anak saya cari satu aircond inverter sebab budak-budak ni merupakan heavy user aircond. Risau bil melambung banyak. Bincang punya bincang saya ambil Haier Inverter model HSU09VNR18. Harga dapat masa tu RM 950. Ini aircond rakyat, harga marhain habis. Mula-mula cuak juga nak pakai jenama China ni, tapi kawan saya yang memang kerjanya servis dan repair aircond bagitau, setakat ni tiada masalah besar pada aircond Haier ni. 

Now, almost 8 months guna, okay je. Sejuk. Maybe sebab rajin buat regular maintenance kot. Kadang-kadang saya bersihkan sendiri air filter, sometimes saya panggil kawan saya bersihkan dan dia akan guna blower, buka habis casing indoor unit. Cuma remote dia awal-awal pening sikit nak guna sebab tak sama dengan York terutama untuk setting timer on off. 

Sebabkan dah ada pengalaman dengan aircond jiwa rakyat ni (murah dan sejuk), saya beranikan diri beli Midea untuk bilik SOHO saya. Bilik ni kat belakang sekali dan akan jadi bilik anak bongsu saya bila dia dah besar. Setakat ni si kecik ni masih duduk dengan bilik Kakak dan guna aircond Haier bilik tu. Bilik belakang yang saya jadikan SOHO ni bila lepas tengahari memang panas dia tahap dewa sebab matahari seolah-olah memancar direct. Tu pun nasib baik ada rumah lain di belakang. Kalau takde agaknya lagi panas suhunya. Terpaksa beli sebab selalu online meeting atau ODL berjam-jam. Kalau petang memang berpeluh. Nak buka baju susah juga sebab camera kerap kena on. Ada masa peluh menitik hampir nak kena MBA. 

Midea saya ambil yang inverter. Namanya Midea Inverter Xtreme Save MSXS-10CRDN8. Harga dibeli RM 990. Kawan saya yang kerja repair servis install aircond belikan di kedai tempat dia biasa ambil. Katanya Haier habis stok. Daikin pula seribu lebih. Midea ni lepas saya tambah upah pasang dia dan juga buat point baru dari DB rumah, RM 1520. Saya dah plan dengan dia nak buat DB yang besar lagi dan perkemaskan wiring dalam tu. 

Lepas install, run test, memang sejuk cepat bilik SOHO saya. Keluasan dia kecil sahaja. Maklumkan bilik belakang. Kalau letak katil Queen Size dah separuh bilik. Kalau ada aircond 1/2hp memang saya dah beli sebab bilik ni kecik. So bila guna 1HP ni memang cepat je sejuk. Hopefully Midea dan Haier ni tahan la, takde kerosakan board macam Panasonic atau kerosakan fius compressor macam York.  

Monday, February 22, 2021

Resuming School : To or Not To





Pengumuman pembukaan sekolah baru-baru ini disambut dengan reaksi berbeza oleh orang ramai. Maklumlah pandemik covid 19 ini telah mengubah lanskap pendidikan negara. Bukan sahaja sekolah tetapi juga IPT. Saya sendiri terkesan dimana terpaksa ubah pelbagai kaedah pengajaran ke online classes. Students IPT masih okay lagi kerana mereka dah biasa dengan penggunaan laptop and mereka pun dah dewasa, cepat tangkap penggunaan aplikasi-aplikasi online classes ni. Cuma some of them juga terkesan dengan permasalahan online learning such as limited internet connectivity, hardware and also learning surrounding. Tapi mereka cepat adopt and adapt to situation.

Untuk sekolah pula, jika sekolah menengah mungkin ramai juga yang dah biasa dengan laptop dan internet. Namun bila sekolah rendah pun kena belajar online atau dipanggil pdpr, ia satu cabaran. Saya menjalankan Online classes bersama IPT students dan ia sangat lah berbeza dengan anak-anak saya  yang menjalani online class mereka. 

Anak bongsu saya yang darjah tiga mengharungi kelas online yang saya istilahkan sebagai 'meriah'. Dengan hiruk pikuk rakan-rakan dia yang semuanya on mic dan bercakap sehinggalah apabila mereka ingin memanggil cikgu, sampai menjerit dalam Google Meet. Memang macam dalam kelas di sekolah. Sangat beza dengan online class yang saya conduct. 

Online class yang saya conduct, sunyi, sometimes rasa macam saya bercakap berseorangan. Actually dalam dunia sebenar pun sama, but we have our students in front of us, and sometimes bila kita buat jokes or ask them to discuss, keadaan akan jadi agak riuh, which saya istilahkan sebagai riuh yang terkawal. Selepas beberapa kali mengharungi online class, guru-guru anak saya dah semakin bijak untuk mengawal keadaan. But the first few classes tu memang saya pun ketawa tengok gelagat budak-budak kecik ni. Memang pening kepala cikgu. 

For my kids, I do see some of advantages in their online learning journey. First of all, mereka semakin pandai guna laptop. Kanak-kanak gen sekarang mahir guna touch screen sahaja, which is tablet and smartphones. Bila suruh operate laptop, di sentuhnya skrin seolah-olah boleh touch (mine is not touch enabled, still mouse oriented).

After few classes and work being done in google classroom, mereka dah mahir upload and download files from their teachers. Pegang mouse pun tak kekok. Luckily saya tak jual my Macbook Air mid 2013 (which I gave my wife after buying my new MBA 2020) and also my Fujitsu Laptop (yang ni tebal zaman dinosaur, bought it around 2011 or 2012). I even changed my Fujitsu to SSD, kalau guna the old HDD, memang merangkak la nak open Windows 10. Lagipun saya dah standby backup with their phones and yang bongsu masih simpan tablet lama dia even though dah ada henfon Oppo (free with my Celcom changed of package). Saya juga standby with my tab yang saya guna untuk membaca just in case kalau jadi apa-apa dengan those laptops.

And luckily I still have my HP Color Printer cuma drawback dia ialah susah nak cari ink 680. Few of the stationaries near my house habis stok. I managed to find one at a computer shop. The guy told me semalam order 20 ink 680, hari ni tinggal 2 je. Memang laris betul ink HP 680 ni. Nak beli online takut lambat sampai.

I do know parents yang struggle to provide their kids with all the equipments for online classes. Yang anak ramai dan pengajian kelas serentak, memang bermasalah. Not only dari segi hardware but also dari segi connection internet. Then there is this unsuitable environment for learning. 

Like I said, I am lucky enough boleh provide my kids with enough hardware and also my Unifi is stable and fast. Cuma suitable environment for both my kids je agak subjektif because mereka berkongsi meja dan bilik. Masing-masing berlonggok dalam satu bilik sebab bilik ada aircond. So far mereka happy lagi, saya je kurang happy sebab meja satu kerusi pun satu. Sorang online di meja study sorang lagi di meja jepun tanpa kerusi, duduk atas lantai. Yang duduk meja study pun guna kerusi meja makan je. Bila saya tanya mereka, okay je diorang janji duduk dalam aircond. Kita sebagai bapak ni la rasa tak sedap sebab tak dapat bagi anak suitable conditions nak belajar.

As in resuming school, it's hard to voice out whether I agree or disagree. Frankly speaking, saya 50/50. And saya juga dalam keadaan 50/50 whether sekolah akan maintain buka atau tutup apabila wujud kluster-kluster sekolah. Some of my friends yang jadi cikgu agak keberatan dengan cadangan buka sekolah, bukan sebab mereka dah selesa kerja dari rumah but mereka baru nak merasa kemanisan online class yang kami di IPT dah rasa since last year. They also know it is difficult to maintain SOP terutama pada budak sekolah rendah. This is what they've told me.

If you ask me, both ada kebaikan dan keburukan. Dan dalam usaha menyambut terma new normal, I'd would love to conduct my classes as hybrid as possible. Few classes face to face including test, practical and exams, or presentations. Let's say this week class face to face, next week online classes, then face to face. Alternate mode of delivery. Or perhaps 30% face to face and 70% online classes. 

Untuk buat di sekolah agak sukar sebab some parents both are working, so anak-anak kecik nak tinggal mana. I do know some of the parents yang anak-anak ada 5-6 orang and both of them are working. Anak-anak semua sekolah. Diorang ni memang antara pengeluar statement menyokong buka sekolah di facebook Menteri Pelajaran. 

Apa-apapun now I need to fork out some money to buy clothes and shoes for my kids untuk naik sekolah. Luckily tak perlu banyak sangat because pakaian masih boleh muat. Cuma si Kakak kaki dah panjang, kasut dah ngam-ngam so jalan kaki sakit. Tadi pun dah beli kasut jalan Slazenger di Sports Direct. Terbang RM 8x. Budak tengah membesar.


Wednesday, February 10, 2021

Mouse Pebble M350

 


Tak dinafikan even kita ada touchpad di laptop kita, penggunaan mouse tetap kita dambakan. Ia memudahkan kerja. Lebih-lebih lagi generasi saya yang memang membesar dengan kewujudan mouse dan keyboard di komputer yang bersaiz besar. Zaman floppy disk besar, monitor tube besar kebelakang, size skrin pula kecil, tak sebesar sekarang. Cuma yang kecil adalah hardware dalam pc tu sendiri seperti speed, memori, size hardisk. Tapi zaman tu dah kira besar. Saya ingat lagi PC saya ada 4 MB RAM, hardisk saya pula 80 MB. 

Generasi sekarang semua main touch screen. Anak-anak saya terkial untuk gunakan mouse. Namun sejak ada online class untuk sekolah mereka, sedikit sebanyak dah reti guna mouse. Tapi saya predict one day they will be using touch screen for their work. Sekarang pun dah ada. Cuma saya sedikit kekok. Espcially when I am using my tab for some work. Kekok betul nak touch. Tapi kalau guna phone okey pulak nak touch touch bagai.

Before this saya gunakan Logitech M337 bluetooth mouse. Lebih bulky dari this new Pebble, but sedap nak pegang. Mouse Pebble ni landai je, kena biasakan dengan norma baru mouse ni becoz dah biasa pegang mouse bulky. Why did I changed? If i'm not mistaken my M337 dah more than one year, I just could not remember the accurate age if it. Grip dia dari getah. Kaler merah lawa. Malangnya getah grip dia dah menggelembung. Makin lama pakai makin tak best rasa. Lagipun its a bit bulky kalau nak sumbat dalam my special pocket di beg thule saya. 

So, I decided to settle for something much more slimmer. After Googling, I came across this Pebble. I do came across the Pebble thing masa nak cari bluetooth mouse but first I thought it uses USB connection, and secondly nampak macam tak sedap pegang sebab halus. 

But when my M337 ada defect fizikal, I thought of trying using Pebble. You can see the product specs here at this link. The main advantage of Pebble is the quietness of it. Takde bunyi klik bila kita press our mouse button. Well, actually ada but very soft. Nak compare to other mice, Pebble memang senyap. The other thing is ianya bluetooth. My MBA tak guna conventional USB, dia guna USB C so basically I need an adaptor. So might as well use bluetooth. Another thing is this pebble ni slim sized. Senang nak bawa dalam beg. At the last thing is ada juga USB Adapter dalam mouse ni, so kalau nak connect to a device yang tiada bluetooth, I can use wireless USB. 

I guess nowadays developer tend to built both. Currently I am looking for a good headphone/speaker for my online sessions and some of the wireless headphones have AUX cables untuk pilihan samada nak guna wireless or wired. 

Pebbles do have various color to choose from. When I went to Harvey Norman earlier, that store has only pink color. I went to Thunder Match and they have few color to choose from. I chose a eucalyptus green. 

So far as I am writing this entry, it is easy to pair with my MBA using bluetooth, low noise when clicking and less expensive for RM 109. I think you can get it less somewhere. And it functions just like any other mouse. 

Off for now, have a dizzy head after a cup of iced latter earlier at Starbucks. 

Sunday, January 31, 2021

Another year of Online Learning?

 

Image by Free-Photos from Pixabay

Pada hari ini, hampir setahun saya ber ODL bersama my students. I remember last year we had couple of weeks face to face classes. At that time, it was just a routine class. First class, introduction to subject, assignments explanations, introduce yourself. Say something nice about yourself, your hometown bla bla bla. And then it was the Q&A session, students asking me about myself, subject, assignments. 

Same old routine but enjoyable. Get to know them. Now, it seems quite a distance memory. Saya masih ke ofis untuk menyiapkan kerja as pentadbir akademik walaupun not daily. And this time round, my ofis sangat sunyi. Tiada kelibat students hanging around doing their daily routine. Even my colleagues pun dah susah nak nampak. Most of them WFH. Kalau ada yang datang nak ambil dokument etc, masa tak sama. So tak berjumpalah juga. 

Menyaksikan anak-anak saya online learning dengan guru mereka sebenarnya memberikan kesyukuran pada saya. Kenapa saya bersyukur? Sebab berbeza cara untuk conduct online classes dengan para guru. Kami sama-sama guna Google Meet. Audience saya adalah orang yang dah dewasa dan memahami apa itu online class serta tatacara online class. Anak-anak saya yang sekolah rendah pula, online class mereka riuh. Masa awal-awal, budak-budak ni semua on mic ramai-ramai dan bersembang dalam Meet. Yang menjerit panggil cikgu macam dalam kelas fizikal pun ada. Sakit telinga dengar suara nyaring budak-budak ni. 

Ada yang bila cikgu panggil untuk jawab soalan, terus left Google Meet. Ada yang mute cikgu sendiri. Ada yang chat merepek dalam Meet. Pendek kata macam-macam ragam lah, yang memang tak akan saya jumpa dalam Meet bersama student IPT. Satu cabaran yang bagi saya, sukar saya nak handle. That's why saya tabik cikgu-cikgu ni. Kalau sekolah menengah pula, seorang rakan guru SPM memberitahu saya bahawa setiap kali dia cuba adakan session kelas online, adalah 2 orang student dia yang masuk. Yang lain ada pelbagai alasan, kerja, internet tiada, tiada device.

Saya sudah melalui perkara ini pada awal-awal ODL. Dalam satu kelas, akan ada 2-3 orang yang tidak dapat hadiri ODL ini kerana pelbagai faktor. Saya tidak suka menggunakan perkataan alasan kerana ia seolah-olah menyatakan bahawa students tersebut cuba menipu. Ini kerana setelah siasatan dibuat, memang genuine permasalahan mereka ini. Antara faktor-faktor yang saya dengar adalah internet lemah, internet habis dan device yang digunakan bermasalah.

I do admit their problems are genuine. Ada student epjj saya terpaksa drive kenderaan mereka ke pekan terdekat untuk hadiri kelas online. Bila on camera nampak dia dalam kereta sambil pakai Mask. Ini zaman PKP awal-awal dahulu. Ada juga yang duduk bawah pokok depan rumah. Tak kurang juga yang menelefon saya selepas kelas memberitahu laptop rosak dan mengambil masa nak repair. Lagi pula masa tu kedai komputer pun kena tutup. Handphone pula dalam keadaan azab. 

This year, nampak kondisi bertambah baik. Mungkin mereka dah berpengalaman conducting online classes last year. Even saya dan rakan-rakan pun dah semakin cekap untuk mengatasi masalah students hadiri online classes tapi tak duduk depan laptop/handphone. Most students yang saya tanya pun dah pandai on hotspot phone pada laptop mereka. Mereka juga dah start guna unlimited line. Walaupun still ada yang mempunyai masalah internet, tapi kami juga dah pandai guna multiple platform.

Tak dinafikan, after this it is much more easier for us to blend our learning. My place ada our own forum, which seems to be much more stabile than last semester/year. Our work attendance pun guna online sekarang. I think this pandemic had brought also some positive things.

Antaranya meeting and online classes. We learn on using various online platforms such as Google Meet, Cisco Webex, MS Teams and Zoom. For me, our workplace subscribe Google and Webex, so most of our work is using both two. MS Teams is being used by my work attachment organization while ZOOM pula kalau kami ada event dengan pihak luar negara especially from USA, UK or South Korea. They seems to enjoy using Zoom. 

For me, 85% of my online activities uses Google Meet as most of my contacts have it in their phone/tab/pc. 12% lagi guna Webex especially kalau melibatkan meeting dengan unit lain dalam organisasi saya. While the rest percentage goes to MS Teams and Zoom. 

You can see each pro and cons from the internet. Cuba try link ni tengok apa yang dia tulis. As for me, saya cuba compare ikut pengalaman saya, using it with my MBA 2020 Intel version. For me, the best is MS Teams. Saya baru guna 2-3 kali. Nampak video dan audio dia sangat clear. But maybe participants ada 3 orang je kot. And all of us do have a very good internet connection. But accroding to the host, dia dah try various platforms and MS Team yang paling kurang sedut data. This is what he says lah. Second is Cisco Webex. Kipas MBA saya tak berbunyi sepanjang meeting yang kadangkala mengambil masa hingga 2 jam lebih. Tapi Cisco ni saya tak berapa familiar sangat layout button dia. Lagipun saya tak pernah lagi jadi host, just participant sahaja.

Google Meet pula, kipas MBA saya sering berbunyi selepas 30 minit ke atas. Tapi susah juga nak kondem Google Meet ni sebab saya selalu jadi host dan participants saya biasanya antara 10 hingga 30 orang. Dan saya perasan kalau saya bercakap sambil on video plus background, kipas akan berbunyi. Saya tak ingat samada Zoom atau Webex yang tak support MBA saya untuk blur background. Tak cukup power katanya. Sedih saya, beli dekat 4k harga, tapi dikata tak cukup power. Redho je lah. 

So in the end, even Google Meet bukanlah yang terbaik, tapi sebab ramai yang ada account Google dan saya pun dah terbiasa guna layout dia, tetap juga menjadi pilihan. Lagipun organisasi saya ada subscribe Google, so kita layankan sahaja guna Google Meet. Microsoft pun organisasi saya ada subscribe tapi tak ramai pula yang on MS Teams ni. Webex eventhough organisasi saya ada subscribe tapi untuk mendapatkan privilege user especially nak create meeting, saya kena lalui beberapa prosedur untuk memohon ke unit ICT, so malas nak lalui proses tu. Lagipun some students complain leceh nak on webex guna android phone mereka sebab terpaksa download apps. Yang ni saya tak pastilah sebab selalu kalau meeting guna webex, saya on dari MBA saya. Boleh je guna browser tapi saya dah download apps dia siap-siap. Tak silap saya kalau guna browser pun dia akan downloadkan apps dari browser tu. Tak ingat sebab ini cerita tahun lepas.

So back to positive things yang pandemic ni dah create for us, kita tiba-tiba aware dan guna terus pelbagai online tools untuk online learning. From meeting platforms into accessories, such as headphone, external webcam, cloud storage, drawing board and others. Kita bukan sahaja didedahkan dengan benda-benda ni tapi terus guna on the spot. Learning using it through experience, bak kata orang putih. 

Ada banyak lagi positive things yang boleh kita ambik but I do see that we still need to have some face to face classes. Maybe ia boleh dikurangkan hingga separuh dari sekarang, and the rest is online. Classes that have lab sessions or hands-on session perlu face to face. In fact I still like the old concept of having final test physically in class.

Tapi yang pasti, ODL ni sangat banyak menjimatkan kertas, tapi menaikkan bil elektrik. So for now, my prediction is I will be saving more paper this year because the soonest we will be back to normal is maybe on September 2021. Itupun face to face classes maybe dikurangkan. 



Wednesday, January 20, 2021

Samsung Bluetooth Keyboard EJ-CT800

 





Hari ini, saya menerima bluetooth keyboard ini yang saya beli di Shopee. Penjualnya adalah KTS Cellular, salah satu dari Samsung Authorized Seller. Saya biasa beli dengan mereka di Setia Alam City Mall. 

Kali ini saya beli produk keyboard Samsung Tab S 10.5 inch atau nama produknya EJ-CT800. Terkejut juga bila lihat harga ditawarkan ialah RM 63 termasuk postage. Seingat saya keyboard ni dulu harganya RM tiga angka, hinggakan bluetooth keyboard Logitech saya yang berharga RM 1xx jadi sangat berpatutan compare dengan keyboard Samsung ini waktu mula-mula di release ke pasaran.

Bila saya google, rupanya produk lama. Tahun 2015 dah launch. Bermakna dah 5 tahun dalam pasaran. Not bad lah dengan harganya.

Cuma oleh kerana saya padankan dengan Samsung Tab A 10.2 inch saya, so keyboard ini bukannya tak boleh guna dan masuk ke dalam ruang yang disediakan, namun tak boleh tutup. Sepatutnya kalau dipadankan dengan tab yang khas untuknya, memang boleh katup macam laptop. 

Anyway saya tak kisah sangat. As long as boleh digunakan untuk menaip pun dah gempak. Lagipun harganya sangat cun hingga tak mampu saya nak tolak. 

So, entri ini saya type gunakan keyboard samsung ini dan dibluetoothkan dengan Tab A 10 saya. Oleh kerana saya juga mempunyai keyboard bluetooth Logitech, saya boleh lah compare sedikit antara kedua-duanya.

Dari segi saiz, keyboard Logitech lebih besar dari keyboard Samsung ini. So bila besar automatik jadi lebih berat dan bulky bila nak bawa kehulu kehilir. Keyboard Samsung pula ringan dan senang nak bawa. Tapi drawback dia pulak, keyboard Logitech senang nak type, keyboard Samsung ni pulak, kecik dia punya keypad dan rapat berbanding Logitech. Saya type entri ini agak slow, maybe belum biasa dengan layout yang sedikit kecil. 

Dari segi stroke keypad, dua-dua ada kelebihan. Samsung lebih lembut sementara Logitech lebih kasar. Tapi frankly speaking, saya suka yang keystroke Logitech. Cuma bila menaip malam-malam agak bising. Jari saya pula sedikit lenguh menggunakan keyboard Samsung sebab dia kecik. 

Masa menaip pulak, gegaran terasa di keyboard Logitech. Kalau type lagi laju, lagi gegar tablet saya. Ini tidak berlaku pada keyboard Samsung. Cuma kedudukan tablet saya agak kebawah compare to Logitech. Maybe keyboard ini bukan untuk tablet saya tetapi di design untuk Tab S 10.5. 

Dari segi design, Samsung lebih cantik. Sekali pandang macam kita guna laptop sebenar. Logitech dengan kaler hitamnya dan besarnya, memang nampak ianya keyboard bluetooth. Dari segi compatibility, tak boleh cerita banyak sebab device saya semua Samsung. Saya ada terbaca bahawa keyboard Samsung ini sesuai untuk device Samsung sahaja dan tak compatible dengan yang lain, but don't trust me on this because saya tak test lagi dengan device selain Samsung. Maybe dengan Android device lain okay kot. Logitech dah terang-terang ada button Android and iOS but saya juga tak test dengan device lain except Samsung. 

Material Logitech benar-benar rasa plastik while keyboard Samsung ni walaupun rasa plastik tapi tak nampak macam plastik. So far jari saya agak lenguh menaip entri ni tetapi saya rasa maybe saya belum biasa. 

In the end, dengan harga yang ditawarkan, memang value for money. So kalau rasa nak beli, beli je. KTS Cellular pun bungkus dengan baik produk ni.

Dah lah bungkus dengan bubble wrap, rasa secure masa postage. Postage pun laju. Rumah saya dengan tempat benda ni dipos tak jauh mana, daerah sebelah je. Maybe itu pun ada efeknya juga. Saya place order petang Ahad, Selasa pagi dah sampai kat saya. Value for money punya produk. Saya pun tak la kerap nak pakai keyboard ni. Maybe nanti kalau dah boleh hari-hari WFO, ada juga kegunaannya. Kadang-kadang malas nak bawa Macbook, kita bawa ini sahaja. 

Lupa lagi satu, Logitech guna bateri. Kalau lama simpan, keluarkan bateri. Bila nak guna pasang je bateri tu. Samsung guna built in bateri. 200 mAh katanya. Charge 2 jam boleh guna 120 jam. Tapi kalau 4 bulan sekali baru nak guna, rasanya kena charge balik juga. Itu satu saya tak berapa suka dengan built in battery ni. Time nak guna time tu pula bateri kong.