Monday, September 18, 2017

Ancaman Pengganas terhadap Rekod.



Apabila saya membuka portal library institusi saya untuk mencari bahan-bahan ilmiah dan rujukan, terdapat begitu banyak ilmu di dalam portal tersebut sehingga kita boleh lemas di dalamnya. Lagi kita gali dan baca pelbagai jenis artikel di dalam portal tersebut, lagi kita sedar bahawa ilmu dan pengetahuan ini sangat luas. Sebagai contoh, apabila saya cuba kaitkan ancaman pengganas dan rekod, rupanya ada pelbagai lagi cabang yang para penyelidik telah bincangkan, antaranya kaitan pengganas dan penggubalan wang haram, pengganas dan sosio ekonomi semasa dan ada juga yang menulis mengenai workplace violent iaitu keganasan di tempat kerja yang antaranya termasuk ancaman pengganas. 

Ancaman pengganas terhadap sesuatu bangunan tidak boleh dipandang ringat. Terdapat banyak bukti yang telah berlaku menyebabkan kemusnahan bangunan akibat tindakan pengganas. Antara yang paling diingati ialah tragedy 11 September di mana World Trade Center di New York musnah. Turut sama musnah adalah rekod dan dokumen. Bagaimana untuk mulakan kembali operasi sesuatu syarikat jika semua rekod dan dokumen musnah?

Terdapat beberapa cadangan untuk mengelakkan sesuatu bangunan itu dari diancam pengganas sekaligus menyebabkan rekod dan dokumen turut musnah. Jika ancaman sukar dielakkan, dari sudut pengurusan rekod dan dokumen, perlu kita fikirkan bagaimana mengurangkan impak yang akan berlaku terhadap rekod dan dokumen tersebut.

Ada beberapa langkah preventive dan perlu juga satu pelan tindakan jika bangunan tersebut diserang. Nyawa sememangnya berharga namun rekod dan dokumen juga diperlukan agar organisasi yang diserang dapat memulihkan kembali operasi dalam tempoh yang singkat. Tak boleh terkejut terlalu lama.



Friday, September 08, 2017

Gitar Jackson




Setiap manusia mempunyai hobi. Adakalanya hobi bertukar menjadi sesuatu yang memberi sesuap nasi kepada kita dan adakalanya hobi kekal hobi. Hobi boleh kita definisikan sebagai sesuatu aktiviti yang dilakukan ketika masa lapang, dan bagi saya, boleh release stress. Kalau hobi tersebut menambahkan stress yang sedia ada hasil kerja hakiki, itu bukan hobi namanya.
 
Hobi bermain gitar ini bermula agak lambat dalam diri saya. Jika kebanyakan rakan-rakan bermula seawal umur 13-14 tahun, saya bermula pada umur 17 tahun. Minat tu dah ada sejak umur 13 tahun tapi tak pernah berkesempatan untuk belajar. Pegang tu ada lah. Ketika umur saya 16 tahun, saya dapat menyaksikan secara close and personal kawan saya dan adik nya bermain gitar, lagu Bad Company. Gitar yang digunakan adalah gitar kapok. Kagum sekejap saya. Kemudian di usia 17 tahun, seorang rakan sekolah saya pula offer ajar main gitar. Lagu pertama saya belajar, Wind Of Change dari kumpulan Scorpions. Juga guna gitar kapok. Umur 18 tahun, saya beli gitar kapok sendiri. Sampai bengkak-bengkak jari petik gitar kapok, tali kapok. Tukar pula ke tali elektrik tapi masih guna gitar kapok. Masa ni saya dah kerja di UTM. Berkenalan pula dengan student-student sana dan salah seorang ialah sifu gitar saya iaitu orang yang mula-mula kenalkan saya dengan gitar elektrik. Terpegun saya tengok dia solo macam-macam jenis lagu. Masa tu la saya kenal apa tu gajet, stomp box, distort, chorus, delay. Saya selalu ikut dia jamming, tapi masa tu sekadar jadi vokalis terjun. Suara ke laut. 
 
Bila dia upgrade gitar dia, dia jual gitar lama dia jenama Hohner. Mula la saya belajar main gitar. Saudara saya pinjamkan gitar amp dia. Gadget saya guna second hand Boss Overdrive Distortion. Beli dari sifu saya yang jual gitar Hohner tu. Mak saya jahit sendiri casing gitar, dari kain. Ingat lagi terkial-kial saya praktis intro lagu Sweet Child O Mine. Gitar Hohner itulah saya bawa ke ITM, main di ITM sambil-sambil jamming dengan kawan-kawan. Kebetulan ambil ko Muzik Malaysia, guna terus gitar Hohner dan gadget Boss saya. Amp saya sambung ke radio sahaja. 
 
Bila dah kerja, ada duit sikit, saya jual Hohner dan sambar Gitar Jackson JS30. Made In Japan. Sekali dengan efek Zoom 606 Made In Japan dan Amp Marshall. Bertahun-tahun layan gitar tu di masa lapang. Zaman bujang. Bila dah kawin, slow sikit. Dah ada anak, sesekali je layan. Dah tambah anak, terus stop. Gitar tersebut berhabuk, karat. Zoom 606 pun tak pernah on dah. Segala memori preset efek-efek gitar seperti chorus, distort dan delay tak pernah saya pakai. Tak pasti samada efek dalam memori masih tersimpan atau tak.


Baru-baru ini tiba-tiba datang mood balik. Terus saya keluarkan Jackson dari bawah katil, berhabuk, karat, tali karat. Dah 6 tahun dibiarkan. Jenuh juga google cari siapa yang boleh repair balik. Rupanya sekarang ramai yang offer service pro custom setup. So saya hantar kat satu kedai gitar ni, budak ni restore balik Jackson seperti sediakala. Harga not bad, RM 1xx termasuk tali gitar Elixir dengan coating. Budak yang repair ni kata tali Elixir dengan coating ni tahan lama. Berbulan tak karat. Dulu saya guna Ernie Ball. Bertahun tak main ni, banyak juga teknologi baru. 

Yang repair gitar ni kata sound gitar Jackson saya sedap sebab Made In Japan. Katanya kalau jual balik ni ada harga. Harga tak jatuh dari harga saya beli masa 15 tahun dulu. Katanya gitar Made In Japan dah rare, harga dah ribu riban. Masa saya beli dulu pun harga dah ribu riban. Tapi time tu ada banyak lagi harga gitar yang lebih ribu riban dari gitar saya. 

Dibawah merupakan spec Jackson saya. Ambik dari internet. Semua maklumat dah ada dalam internet. Senang.

  • Alder body
  • Maple bolt on neck
  • Rosewood fingerboard
  • Compound (12" to 14") Fingerboard Radius
  • 22 jumbo frets / 25.5"" scale / 1 11/16" nut width
  • Jackson CVR2 Humbucking pickups
  • Floyd Rose® Licensed Jackson® Low Profile JT580 LP Double Locking 2-Point Tremolo
Bawah ni pula merupakan spec Zoom 606. 606 merupakan discontinued model manual dia masih boleh didownload dari website Zoom.

Built-In Expression Pedal. 
Drive Selector & Gain +/-Key. 
35 Versatile Effects - 9 Simultaneously. 
Built-in Chromatic Tuner. 
3 Amp Cabinet Simulators. 
Battery or AC Operation. 

KEEP ROCKING !!

Tuesday, September 05, 2017

Futsal Sukan Sea 2017





Baru-baru ni masa Sukan Sea 2017 sedang berlangsung, memang ada plan nak bawa keluarga tengok apa-apa event Sukan Sea sebab kejohanan ni bukan selalu Malaysia anjurkan. Last anjur berbelas tahun lepas. So maybe next penganjuran pun berbelas tahun lagi. 

Kebetulan tengah round-round sekitar Shah Alam apabila saya ternampak signage event Sukan Sea di roundabout Seksyen 15. Terus saya follow signage dan akhirnya sampai di Kompleks Sukan Panasonic. Cadangannya nak tengok-tengok souvenir Sukan Sea dan nak beli buat kenangan. Jalan punya jalan ternampak kaunter tiket. Sukarelawan Sukan Sea terus tegur saya tanya nak kemana. Memang ramah budak-budak ni. Tak sia-sia jadi sukarelawan Sukan Sea. Terus sahaja saya beli tiket futsal. Game Malaysia malam tu dah sold out. Lagipun saya tak rancang pun. Apa-apa game pun tak kisah janji dapat merasa bawa anak-anak tengok Sukan Sea. So dapat la tiket Myanmar vs Indonesia.




Tiket murah je. Satu famili masuk tak sampai pun RM 50. Ada balance lagi untuk beli souvenir Sukan Sea. Masuk je dalam stadium futsal, baru tau ada aircond. Kami masuk awal, kira-kira 30 minit sebelum kick off. 




Nak masuk kena check dulu. Scanner yang digunakan macam di airport. Ketat kawalan. FRU yang jaga. Kalau belah dalam stadium, nampak ada GD dan juga anggota PDRM half uniform. Mungkin anggota JSJ atau STAFOC, STING atau STAGG atau UTK. Tak pasti saya.  Yang pasti ada yang guna Bushmaster/HK MP5.
 Itu dia lineup player Myanmar vs Indonesia. Kami tak sokong mana-mana pun. Siapa score kami sokong. Di belakang kami ada beberapa orang rakyat Caucasian yang saya agak berbangsa Belanda sebab mereka tidak berbahasa Inggeris.



Apa-apa pun sempat juga kami bersama-sama memeriahkan Sukan Sea 2017 ini. Yang penting dapat beri pengalaman baru pada anak-anak saya.




Wednesday, August 23, 2017

Sukan Sea 2017

Sekarang ini musim Sukan SEA. Masa tahun 2001 saya tiada di Malaysia. Masa tahun 1989, saya masih ingat final bola antara Malaysia vs Singapore. Masa tu Fandi masih main Singapore. Malaysia pula ada Lim Teong Kim, Zainal, Dollah. Highlight game tu ada di Youtube. Masa tu saya dengar di radio, beramai-ramai dengan kawan-kawan. Tempat kami masa tu tiada TV. Sukan SEA tahun 2001, saya berada di luar negara. Yang saya ingat, kita kecewa dalam final bolasepak di Bukit Jalil akibat kesilapan pemain. Apabila saya balik ke Malaysia, dapat juga saksikan di TV. Ketika tu belum zaman Youtube.

Sukan Sea kali ini, semuanya hebat. Penyiaran pun hebat. TV ada HD ada tanpa HD. Live Streaming Youtube pun ada. Kali ini, kalau Malaysia masuk final Bola, saya dijangka berada di lokasi percutian. Masih di dalam Malaysia, cuma saya kurang pasti bagaimana fasiliti penyiaran di sana. Harap-harap Siaran TV jelas. Yang pasti Astro yang diberikan di hotel tiada Astro Awani. Kena guna saluran free to air.

Wednesday, August 16, 2017

Slimline Mula Operasi


Alhamdulillah, PC HP Slimline 270 P005D saya telah mula beroperasi. Rujuk entri awal Slimline di sini. Proses migrasi dari Dell Optiplex ke Slimline ini berjalan lancar. Insya Allah jika diizinkan, Dell ini akan pulang ke kampung menemui tuan baru. Slimline saya menggunakan processor i5 7400@2.4 GhZ dan memori 4GB RAM serta beroperasi menggunakan Win 10 64bit. Saya difahamkan RAM saya menggunakan 4 GB DDR4-2400 SDRA, iaitu antara RAM terlaju.

Saya tidak berapa kisah samada PC ini high spec atau tidak kerana kegunaan utama hanyalah kerja-kerja pejabat yang menggunakan Microsoft Word dan sesekali Excel. Kadangkala ada juga keperluan menggunakan Power Point. Institusi saya telah melengkapkan kami dengan Licensed Microsoft Office Application. Kami juga diberi license Adobe application. 

Proses migrasi adalah straightforward. Backup di dalam Hardisk Western D My Book menggunakan Smartware dan kemudian retrieve di Slimline. Nampak mudah tapi ada juga masalahnya. Proses mengharungi sedikit liku-liku kerana Optiplex guna Windows 7, Slimline Windows 10. Beberapa fail saya ditelan oleh Windows Defender Win 10. Nasib baik saya ada buat backup di external HDD Touro saya dan juga di MBA saya. Kalau tak parah juga sebab fail-fail yang hilang itu adalah fail penting yang sepatutnya di hantar ke pejabat. 

Liku yang kedua adalah proses mendapatkan driver dan program untuk printer Samsung ML 2160 saya serta Canoscan LiDE 110. Nasib baik driver dan program sekarang semua boleh dimuat turun dari internet. Hanya perlukan connection yang laju sahaja. Di ofis saya, sementara cuti semester ini, internet sangat laju jadi proses memuat turun tidak ada masalah besar. 

Saya menggunakan wireless internet connection untuk Slimline saya. Hopefully tiada apa-apa masalah. So far so good. 

Slimline ini lebih kecil dari Optiplex. Berat Optiplex 7010 saya 6 kg sementara berat Slimline pula 4.4 kg. Saya guna wireless keyboard dan mouse Logitech untuk keselesaan menulis. Cuma monitor je ciput. Saya kena kumpul duit untuk beli monitor yang lebih besar. So far, saya puas hati dengan monitor ciput 17 inci ini kerana dia ada fungsi reduce blue light. Windows 10 pun ada. Tak kisah lah screen kuning, janji kepala tak pening.

Sedikit fakta mengenai Slimline yang saya ceduk dari website HP Malaysia.

Operating system
Windows 10 Home 64
Processor family
  • 7th Generation Intel® Core™ i5 processor
Processor
Intel® Core™ i5-7400T (2.4 GHz, up to 3 GHz with Intel® Turbo Boost Technology, 6 MB cache, 4 cores) 6, 7 
Chipset
Intel H270
 
Memory, standard
4 GB DDR4-2400 SDRAM (1 x 4 GB)

Memory Slots
2 DIMM
 
External drive bays
One occupied
Internal drive bays
One occupied
Internal drive
1 TB 7200 rpm SATA
Optical drive
DVD-Writer
Graphics
  • Integrated
  • Intel® HD Graphics 630
Ports
  • 2 USB 2.0
  • 3 USB 3.0
  • 1 USB 3.0 (Type-C™)
  • 1 audio in
  • 1 audio out
  • 1 microphone
  • 1 headphone/microphone combo
Video connectors
  • 1 VGA
  • 1 HDMI 1.4
Expansion slots
  • 2 M.2
Memory card device
3-in-1 memory card reader
Network interface
Integrated 10/100/1000 GbE LAN
Wireless
802.11b/g/n (1x1) and Bluetooth® 4.0 combo
 
Dimensions (W x D x H)
30.7 x 10 x 27.5 cm
Weight
4.4 kg

Di atas merupakan setup PC saya khusus untuk buat kerja-kerja di bilik ofis saya. Simple, affordable tapi cukup untuk buat kerja. Printer Samsung Laserjet ML2160 harga tak sampai RM 200 waktu saya beli. Toner dia lebih mahal dari harga printer. Sonic Gear Speaker sekali dengan Woofer harga pun tak sampai RM 200 waktu saya beli. Usianya rasanya sudah hampir 8 tahun atau lebih. TP Link modem saya beli dengan harga bawah RM 100. Usia yang ini rasanya 2 tahun kot dan yang akhir adalah scanner Canon. Saya banyak digitize paper material saya. Going paper less. 

Masa hari pertama guna Slimline, jiran sebelah bilik saya di ofis, Dr.Irwan masuk bilik saya nak tengok Slimline baru. Dia dah beli notebook skrin besar baru-baru ini. Dia cakap monitor 17 inci saya kecik. So, saya pun browse internet nak cari monitor besar. Harga semua luar kemampuan buat masa ini kerana duit banyak nak guna untuk benda-benda lain. Perancangan awal adalah untuk upgrade monitor hujung bulan hadapan dan saya dah set beberapa kriteria untuk monitor besar ni antaranya mestilah tak menyakitkan mata kalau guna lama-lama. Buka facebook nak check update kawan-kawan, ternampak pula sponsored post Topix Technology. Kedai komputer ni jual komputer used. Tengok lokasi, tempat yang saya selalu pergi. Terus saya wasap Tengku owner Topix Technology, tanya dia ada jual monitor used tak. Dipendekkan cerita, terus esoknya saya ke kedai dia dengan Kamarul Azwan. Macam-macam monitor ada. Sampai tergoda Kamarul Azwan nak beli macam-macam.

Akhirnya saya sambar monitor BenQ EW2440. Ini adalah monitor yang sudah discontinue kerana kalau kita tengok website BenQ, monitor ini dah discontinued. Masa mula-mula launch, harga agak keras. Kalau berdasarkan website ini dimana ada review berkenaan BenQ EW2440 ini,  hampir RM 1k juga harga nya. Tapi itu cerita awal tahun 2015 dulu. Sekarang monitor ni dah discontinue namun ianya masih boleh didapati di pasaran second hand. Yang ini pun saya beli second hand atau bahasa sedapnya, USED. Harga mampu milik, hampir sama harga dengan harga monitor 18 inci baru, tiga steng je. Tu pun kelam kabut duit dalam wallet ada tiga ketul je, terpaksa minjam dengan Kamarul Azwan sikit nak genapkan jadi tiga steng. Dengan saiz 24 inci serta ada HDMI input, ia boleh dikatakan value for money walaupun second hand. 

Harap-harap takde lah masalah. Monitor LCD lama saya yang bersaiz 17 inci pun okay je, cuma saiz kecil untuk penglihatan yang semakin tua ini. Lagipun BenQ ni dia ada blue light filtering. Selama ini kalau guna PC, kepala pening, kali ni nak try samada kepala akan pening atau tak. So far semua device saya telah di blue light filter kan. Smartphone saya ada blue light filter, Tab saya ada blue light filter dan kali ni monitor PC pun ada blue light filter. Windows 10 pun ada built in blue light filter.

Mudah-mudahan kerja akan lebih lancar dan cepat siap, terutama penulisan. Sekarang masih ada sikit-sikit yang saya install di Slimline, mengikut keperluan semasa. 







Tuesday, August 08, 2017

Bengkel di Muzium Negara


Alhamdulillah, kerja-kerja final exam dan proses kemasukan markah students telah selesai. Tiba masanya untuk universiti saya menjadi sunyi tapi tak sepi kerana 98% pelajar akan pulang ke rumah masing-masing. Hanya ada kira-kira 2% sahaja yang masih tinggal iaitu segelintir pelajar yang mengikuti program praktikal di industri dan juga pelajar semester pertama diploma.

Maka bermulalah kembali penulisan PhD saya yang perlu dilengkapkan segera. Di saat-saat pelajar cuti ini merupakan saat terbaik untuk saya tumpukan perhatian saya. Namun, terdapat juga beberapa perkara yang perlu saya lalui ketika cuti ini. Pelajar sahaja cuti, namun kami tidak cuti. Kalau nak cuti kena ambil cuti tahunan. Dan kalau nak ambil cuti tahunan kena tengok pula samada ada urusan kerja yang perlu dibereskan atau tidak. Kadangkala ada seminar, bengkel atau kursus yang perlu dihadiri. PhD perlu disiapkan juga. 

Baru-baru ini saya ke Muzium Negara berbengkel dengan kakitangan di situ. Saya dan beberapa orang rakan dijemput untuk memberikan input dari sudut akademik tentang pengurusan koleksi. Bengkel ini diberi judul bengkel pegurusan koleksi. Tujuannya adalah untuk menambahbaikkan sistem pengurusan koleksi Jabatan Muzium Malaysia. 

 

Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang prosedur dan polisi serta nombor pengkelasan. Dalam muzium, aspek pengurusan koleksi berkaitrapat dengan pengurusan maklumat. Banyak elemen dalam pengurusan koleksi bersangkut paut dan ber'sahabat' dengan elemen-elemen yang terkandung dalam pengurusan rekod. Pasukan saya yang terdiri dari PM Dr Aliza dan PM Dr Azman selaku 'orang lama' dan ketua bidang dalam pengurusan rekod,Puan Nik Azliza sebagai Ketua Pusat Pengajian, Encik Kamarul Azwan selaku pakar deskripsi, Encik Jafalizan pakar pelupusan dan saya yang melihat dari aspek keseluruhan pengurusan muzium dan pengurusan bencana dan risiko  bersama-sama boss dan staf pengurusan koleksi sama-sama 'brainstorm' tentang sistem pengurusan koleksi yang lebih efektif dan berkesan.


Saya dan sebahagian rakan-rakan mengambil kesempatan ini untuk menaiki MRT terus ke stesyen Muzium Negara. Perjalanan MRT mengambil masa kira-kira 30 minit. Sampai sahaja di stesyen MRT Muzium, kami keluar salah gate menuju ke KL Sentral. Terpaksa lah berpatah balik menghala ke muzium. Rupanya, nak lepas dari gate KL Sentral ke Muzium kena bayar 40 sen. Ini promosi 50%. Nanti dah berakhir tempoh promosi, 80 sen lah jawabnya. Maknanya kalau dari Muzium Negara hendak lunch di NU Sentral, kena bayar 80 sen sehala. Pergi balik, Rm 1.60. Jalan kaki pun dah kena tol sekarang ni. Mungkin sebab jambatan berhawa dingin tu selesa, dan memang memendekkan jarak perjalanan. 

Muzium Negara MRT Station. Underground.
We had a pleasant journey using MRT especially this Sungai Buloh line. Maklumlah benda baru, everything was beautiful. Surau di MRT pun bersih. Cuma saya agak terkilan sebab kad TnG saya tidak dapat digunakan di tempat parking kereta kerana saya pernah touch in tetapi tidak touch out ketika keluar. Bukan salah saya sebab waktu tu baru hari-hari awal di implement TnG di tempat parking, dan ketika exit, lorong TnG ditutup menyebabkan saya perlu lalu di tempat yang tak perlu scan TnG. Nasib baik banyak TnG. Lagi satu ialah mesin topup TnG belum berfungsi. Terpaksa topup di kaunter. Apa-apa pun, ia tidaklah satu masalah yang besar. 


 

Tuesday, August 01, 2017

Strength Under Control





Tertarik membaca seorang rakan forward mesej di bawah dalam group Whatsapp.

A seed grows with no sound, But a tree falls with a huge noise. Destruction has noise, But creation is quiet...This is the power of silence. Silence isn't weakness, it's strength under control. 

Cuma sometimes kena break the silence untuk dapatkan strength.

Friday, July 14, 2017

Kawad Cam




Ini cerita lama. Saya rasa lebih 10 tahun kot cerita ni. Saya ada muatkan di blog lama saya. Kisahnya seperti dibawah.

Sebelum perkara ini dilupakan begitu sahaja oleh saya, biarlah saya coretkan pengalaman yang saya lalui semalam supaya ianya boleh dikisahkan kembali jika diperlukan.

Segalanya bermula pada pagi semalam apabila saya dihubungi rakan saya, Nazrul yang meminta bantuan saya untuk ke sebuah IPD di Lembah Klang. Kebetulan pula kenalan lama saya bernama Johari merupakan anggota polis di IPD terbabit. Saya dan Nazrul tiba di IPD sewaktu makan tengahari kira-kira jam 1.30 dan kami makan bersama-sama Johari di restoran berhampiran IPD terbabit.

Rupa-rupanya di restoran tersebut terdapat sekumpulan lelaki dalam lingkungan 20-an ke 40-an sedang makan dan salah seorangnya merupakan rakan saya dan Nazrul, namanya Dino. Kesemua kumpulan lelaki terbabit merupakan orang-orang Dino.

Menurut Dino, kesemua mereka akan menghadiri kawad cam dalam satu kes pergaduhan. Johari mengakui bahawa rakan-rakannya ada menangkap beberapa orang suspek yang terlibat dalam pergaduhan di kawasan pentadbiran IPD tersebut. Dino merupakan rakan lama saya dan mereka yang ditangkap merupakan kenalan Dino.

Nazrul, Dino dan rakan-rakan mereka yang berada di restoran akan menjadi perserta kawad cam dimana mereka akan berdiri di celah-celah suspek sebenar dan mangsa atau pengadu akan diminta menunjukkan orang yang memukulnya kepada pegawai penyiasat. Kawad cam akan dijalankan dalam beberapa pusingan dimana kedudukan para peserta kawad cam akan berubah. Jika pengadu mengecam orang yang salah dalam setiap pusingan atau gagal mengecam suspek yang sebenar, maka kes akan menjadi lemah atau kes gugur, bagaimanapun ia bukanlah satu mekanisma yang muktamad untuk mengugurkan sesuatu tuduhan kerana saya juga tidak begitu arif dalam bidang perundangan, ini hanya penerangan asas yang diberitahu kepada saya sahaja.

Segalanya bermula apabila seorang detektif memanggil Dino, Nazrul dan rakan-rakan mereka untuk ke Bahagian Siasatan Jenayah yang terletak berhampiran. Ketika itu pula Johari meminta diri kerana perlu menghadiri mesyuarat. Ketika itu jam sudah menunjukkan angka 2.30 petang.

Masalah timbul apabila bilangan orang awam yang akan menyertai kawad cam tersebut tidak cukup. Saya tiba-tiba diajak turut serta dan memikirkan bahawa jika saya tolak, proses kawad cam tidak akan berlangsung, maka saya menerima tawaran terbabit. Lagipun tidak perlu berkira dalam soal ini kerana kita sendiri tidak tahu untung nasib kita satu hari nanti dan siapa yang akan menolong kita. Tidak perlu berlagak sombong.

Sebelum memasuki bilik kawad cam, MyKad kami diserahkan kepada detektif terbabit untuk difotostat. Saya dan rakan-rakan lain kemudiannya memasuki bilik kawad cam tersebut. Suasana ketika itu amat harmonis dan detektif-detektif yang bertugas juga amat professional dan berbual dengan kami. Ada antara detektif yang saya lihat amat menghormati saya, mungkin kerana kesanggupan saya turut dalam kawad cam terbabit yang sekaligus membantu melicinkan kerja mereka.

Apabila masuk sahaja dalam bilik kawad cam, rupa-rupanya kesemua suspek yang terlibat dalam kes pergaduhan terbabit ada di dalam bilik itu dengan baju lokap dan tangan bergari. Saya terkejut melihat salah seorang suspek kerana dia pernah bekerja bersama-sama saya. Dia juga kelihatan terkejut dan terpinga-pinga melihat saya berada dalam bilik kawad cam terbabit.

Perbarisan kawad cam dimulakan dan saya berada di nombor 8 sementara rakan saya Nazrul di nombor 9. Kami berbaris dicelah-celah kesemua suspek yang telah dibuka garinya dan baju lokap telah ditukar kepada t-shirt biasa. Mangsa/pengadu kemudiannya dipanggil dan diiringi pegawai penyiasat kes untuk mengecam kami dari luar bilik, di tingkap kaca. Sememangnya lucu apabila mangsa mengecam rakan saya Nazrul sebagai orang yang memukulnya. Selepas habis pusingan pertama, suspek-suspek lain pula dipanggil masuk (jumlah suspek dalam kes ini agak besar). Orang awam yang akan berbaris bersama suspek pula akan kekal.

Namun ketika inilah sesuatu berlaku. Salah seorang suspek tidak dapat memakai baju tshirt biasa untuk menggantikan baju lokap kerana badannya besar. Dan kebetulan badan saya besar, detektif meminta jasa baik saya untuk meminjamkan baju saya kepada suspek. Saya sebenarnya boleh menolak kerana ia bukan arahan tetapi dalam keadaan masing-masing inginkan proses berjalan lancar, tanpa gangguan dan dapat dihabiskan pada waktunya, maka saya memberikan sahaja tshirt terbabit pada suspek untuk digunakannya. Ketika itu suasana dalam bilik kawad cam amat tengik dan busuk serta panas dan tiada pengaliran udara kerana penghawa dingin rosak.

Maka berdirilah saya tanpa baju di tepi bilik kawad cam menunggu sehingga proses kawad cam selesai dan apabila saya menerima kembali baju saya, segala macam bau tengik dan busuk melekat. Dua kali saya terpaksa mandi sekembalinya di rumah, barulah bau tengik dan busuk itu hilang.

Selesailah sudah satu perkara yang saya pasti tidak ramai rakan-rakan ahli akademik saya akan lalui iaitu menjadi seorang perserta kawad cam. Semestinya ini akan menjadi satu pengalaman sepanjang perjalanan hidup saya.

Tentu anda tertanya-tanya apakah perjalanan kes ini. Oleh kerana kes masih baru dan dalam siasatan, saya tidak akan menceritakan lokasi kejadian.  Sebenarnya, pengadu/mangsa dalam kes ini telah melakukan sesuatu sehingga merosakkan akhlak remaja-remaja di satu komuniti. Telah beberapa kali pengadu/mangsa ditegur oleh komuniti di situ namun pengadu/mangsa hanya berhenti seketika, kemudiannya menjalankan kembali aktivitinya yang salah di sisi undang-undang. Saya difahamkan aduan telah dilakukan namun tidak diendahkan oleh pengadu/mangsa, mungkin kesalahan yang dilakukan kecil di sisi penguatkuasa namun ianya memberi impak negatif yang besar pada remaja di komuniti terbabit.

Berang dengan kejadian salah yang berterusan menyebabkan sekumpulan lelaki dari komuniti terbabit bersemuka dengan pengadu/mangsa. Saya difahamkan  berlaku provokasi hingga menyebabkan pergaduhan dan pengadu/mangsa yang pada mulanya merasakan dirinya kuat akhirnya tumbang dikeroyok oleh kumpulan lelaki dari komuniti tersebut.

Seorang lelaki dari kalangan komuniti tersebut bernama Pak Salim membawa pengadu/mangsa membuat laporan polis. Saya juga difahamkan Pak Salim memang tidak digermari oleh komuniti disitu kerana berperangai seperti samseng (mungkin juga samseng), dan pengadu/mangsa merupakan sumber kewangan tetap Pak Salim.

Apa yang didengar juga ialah pengadu tidak mengalami apa apa kecederaan serius, saya memang ada melihat sendiri pengadu ketika di IPD dan memang tidak kelihatan apa-apa kecederaan pada pengadu.

Apa anasir jahat yang pengadu/mangsa lakukan? Biarlah rahsia kerana kes masih dalam siasatan.

Sebelum kami balik, MyKad kami dipulangkan dan nombor telefon kami dicatit.

Dan ketika saya keluar dari IPD saya lihat anak-anak dan isteri-isteri kesemua suspek sedang menunggu bapa dan suami masing-masing. Timbul perasaan sayu kerana bapa dan suami masing-masing cuma ingin melindungi komuniti mereka dari anasir jahat, cuma mungkin tindakan mereka agak keras  dan diluar undang-undang.

Moral of the story:-

Yang ditangkap tidak semestinya jahat dan yang mengadu tidak semestinya baik.

Kalau nak masuk kawad cam, pastikan bawa baju tshirt dan seluar lebih, takut jadi insiden macam saya pula.

Jika anda adalah orang awam di kalangan kawad cam dan pengadu asyik menunjukkan bahawa andalah penjenayah, bukan bermakna anda akan ditangkap. Lebih-lebih lagi ketika waktu kejadian anda berada di kawasan lain seperti yang berlaku pada rakan saya Nazrul.




TERIMA KASIH kerana sudi membaca Nukilan FANTASI dan TAHYUL saya.  Segala diatas adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Sebarang persamaan dari segi nama, hati dan perasaan adalah kebetulan yang menakjubkan.

Friday, July 07, 2017

Time Is Crucial

Waktu-waktu yang mendesak akan dilalui dalam tempoh beberapa minggu ini. Semuanya untuk menyiapkan markah-markah students. Mungkin blog ini akan tergendala sebentar.

Wednesday, July 05, 2017

Raya Raya 2017


Alhamdulillah, 1 Syawal tahun ini dilalui tanpa sebarang insiden yang boleh menggugat kedamaian menyambut hari kemenangan. Biasanya insiden melibatkan perut terkejut akibat terlalu banyak makan dan minum. Sudah beberapa tahun saya control pemakanan saya pada awal Syawal kerana sebelum-sebelum ini pasti akan sakit perut. 

Syawal kali ini cuaca agak dingin di kedua kampung saya dan mertua, bukannya panas membahang. Anak-anak pun seronok cuma biasalah budak bandar, badan bengkak-bengkak kena gigit macam-macam benda seperti nyamuk dan serangga-serangga lain. 

Banyak juga persiapan untuk hari raya kali ini. Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk dikongsi bersama keluarga dan sahabat handai. Persiapan pun sederhana, kuih kami buat sendiri dan ada juga yang dibeli oleh rakan-rakan yang memang dah biasa beli dengan kami. Ada beberapa perkara yang saya observe untuk raya kali ini.

1. Servis kereta di service center seperti biasa menjelang syawal orang semakin ramai. Nasib baik dah kenal dengan Service Advisor, boleh selit booking. Mileage kereta lagi 2.5k nak sampai ke mileage servis tapi terpaksa juga masuk sebab takut nanti mileage banyak guna time raya. Recommended aircond service saya tangguh dulu sebab tak nak tunggu terlalu lama di service center. Mengantuk sangat waktu pagi Ramadan ni.

2. Balik raya merupakan satu pengalaman menempuh sesak di lebuhraya bertol setiap tahun jadi setiap kali nak balik beraya, perlu fikir macam-macam strategi untuk minimize kan impact. Tahun ini balik sehari sebelum Hari Raya, oleh kerana tarikh 1 Syawal dah fix atas kalendar, tak macam zaman sebelum ini dimana tarikh betul2 based on anak bulan, senanglah sikit nak atur strategi pulang raya. 


Sesak di Lebuhraya. Ini gambar Raya ke 4, masa nak menghala Utara. Sesak menghala ke KL


3. Kami balik awal pagi, selepas waktu sahur. Kenderaan masa tu dah macam pukul 8.30 malam hari minggu. Tahun ini pulang ke selatan dahulu. Sebelum gerak, check di Waze, Google Maps, Twitter Plus dan FB Lembaga Lebuhraya Malaysia. No incident, no traffic jam. Bila dah masuk Elite, agak risau sebab kereta banyak walaupun lancar. Kawan senegeri gerak pukul 0700 hrs bagitau dalam whatsapp, jalan dah start jem. 

4. Penggunaan internet di kalangan tetamu begitu obvious terutama di kalangan orang muda dan remaja. Datang ikut mak ayah beraya di rumah parents saya, mak ayah je berbual, anak-anak tunduk pegang smartphone. Saya jenguk jenguk juga smartphone diorang, majoriti ber whatsapp atau WeChat. Mak ayah duduk lama pun mereka tak kisah, janji ada mobile internet. Ada juga yang main Game. Anak-anak yang lebih kecil pegang tablet main game. 

5. Takbir rumah ke rumah di kampung saya masih diteruskan. Alhamdulillah. Kali ini lebih ramai peserta dan rumah yang dikunjungi ada dalam 10 buah rumah. 

6. Kebiadaban sesetengah pemandu pada musim raya kali ini nampak berkurangan. Mungkin faktor kos dan gaya hidup yang agak sempit tahun ini menyebabkan mereka berhati-hati untuk memandu dalam keadaan huru hara. Maklumlah, kalau dah berlanggar, sakit dapat, kereta pun kena repair, kos  semua tu.

7. Kehulu kehilir nak tukar duit di bank semakin ketara. Pergi bank ni katanya tarikh tak pasti bila boleh tukar duit, lepas tu kalau ada pun duit, ada pula waktu-waktunya, pagi sampai tengahari je. Pergi bank lain pulak, katanya awal puasa dah habis, tak tau bila stok baru sampai. Selidik punya selidik, tanya kawan sana sini, guna orang dalam bank lebih senang nak tukar duit. Hish, nak tukar duit raya pun nak guna kabel. Last-last saya dan rakan-rakan ofis pergi ke satu bank di kawasan penduduk cina ramai, bila kami masuk, kami sahaja customer melayu. No question asked, isi borang dan tukar duit. Takde masalah. Separuh hari bekerja habis nak tukar duit raya yang tak banyak mana pun. Makin lama makin susah pula, ini pun kena atur strategi macam nak berperang. 

8. Rumah-rumah yang saya pergi beraya waktu minggu pertama Syawal kuih raya dah tak banyak mana. Tak tau la kalau rumah-rumah saya tak pergi tu kuih setimbun. Isteri saya kata, harga mahal, sebab barang-barang buat kuih ni harga naik kaw kaw.

9.Balik dari cuti hari raya seminggu, macam-macam perancangan untuk jamuan hari raya. Ada jamuan raya sekolah kebangsaan anak, jamuan raya tadika anak, jamuan raya sekolah agama anak, jamuan raya ofis, jamuan raya taman dan macam-macam lagi. Ada yang datang bawa diri makan sahaja, ada yang kena hulur sumbangan, ada yang kena bawa makanan. 

10. Apa-apa pun, selamat hari raya. Sekarang masa untuk cari hari untuk lengkapkan Puasa Enam. Harap tahun ni dapat la penuh Puasa Enam, 24 Julai ni last Syawal. 

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Saturday, July 01, 2017

Misteri Di Lokasi Kemalangan


Kisah ini sebenanrya ada dimuatkan di blog lama saya pada 12 Mac 2013. Saya garapkan kembali di .com ini kerana ia merupakan salah satu perkara aneh yang terjadi dalam hidup saya. Ini bukan bererti saya cenderung ke arah perkara yang tahyul tetapi kisah-kisah sebegini mempunyai tarikan tersendiri kepada mereka yang membaca dan mendengarnya. Kebetulan ia benar-benar terjadi pada saya, so why not I blog about it. Ceritanya adalah dibawah. Tiada sebarang editing baru dilakukan. Saya ambil bulat-bulat dari blog lama saya.

Sebelum saya terlupa insiden ini biarlah saya coretkan agar menjadi salah satu pengalaman dalam hidup saya.

Ia terjadi beberapa minggu lepas. Saya ke satu kawasan taman perumahan untuk berjumpa dengan seorang rakan. Jalan ke taman perumahan rakan saya ini gelap dan panjang merentasi hutan namun terdapat beberapa simpang berlampu isyarat dan sebelum jam 12 malam jalan ini memang agak sibuk.
Dalam perjalanan pulang ke rumah melalui jalan gelap ini, kira-kira 500 meter dihadapan saya akan menempuh lampu isyarat simpang tiga di mana di kawasan ini agak terang dengan lampu jalan. Saya melihat beberapa buah kenderaan dari arah bertentangan memberikan lampu tinggi, tanda ada sesuatu. Pada pemikiran saya, mungkin ada sekatan jalan raya di hadapan. Apabila saya sampai di lampu isyarat, nampak sekumpulan manusia sedang berkerumun dan seorang lelaki terbaring. Rupanya ada kemalangan berlaku. Saya lihat jam tangan, 1o,45 malam.
Saya berhenti di tepi jalan, bertentangan dengan lokasi kemalangan. Ketika itu semuanya berada di seberang jalan mengerumuni lelaki terbabit yang sedang terbaring. Saya hanya berdiri di seberang jalan kerana risau jika ada kenderaan lain yang terbabas, maklumlah kawasan sekitar gelap dan hanya ada lampu jalan betul-betul di lokasi kemalangan.
Selepas saya berhenti, ada sepasang kekasih (saya duga) juga berhenti di tempat saya dan juga seorang lelaki india dalam lingkungan umur 50-an. Saya melihat mangsa kemalangan dalam keadaan nazak dengan darah begitu banyak mengalir dari kepalanya. Rupanya sebuah van telah merempuh motosikal mangsa. Di belakang saya adalah hutan belantara. Sesekali terdengar burung bersahutan. Jam 11.30 ambulans sampai dan membawa mangsa ke hospital.
Kini, hanya tinggal darah bertakung di lokasi. Ketika itu masih  ramai orang lagi di kawasan lokasi namun hanya kami berempat sahaja yang berada di seberang jalan, masih berbual sesama kami berkenaan kejadian kemalangan tersebut. Masih kedengaran bunyi burung dari hutan di belakang saya. Burung apa saya tak pasti tapi saya sering mendengar bunyi burung tersebut di kampung pada malam hari.
Saya nampak seorang pemuda dari kumpulan seberang jalan mengambil baldi besar berisi air. Darah di lokasi dibersihkan dengan dituang air. Tiga baldi penuh diperlukan untuk menghilangkan darah. Ketika air dari baldi pertama dicurah atas darah, bunyi burung di hutan belakang saya semakin hebat dan semakin banyak. Kami berempat di seberang jalan berpandangan. Lelaki India tadi melihat saya sambil memberikan isyarat kurang enak dengan situasi di hutan belakang kami. Begitu juga pasangan kekasih. Anehnya, habis sahaja baldi ketiga dicurah airnya bunyi burung-burung tersebut lenyap.
Kami berempat kemudian beredar. Dan saya seperti biasa terpaksa ke kedai mamak supaya tiada apa yang mengikut saya pulang kerana saya punya dua orang anak yang masih kecil. Ditakuti mereka diganggu.
Aneh tapi benar.