Tuesday, July 01, 2014

Salam Ramadhan

Ini merupakan posting pertama bulan Julai 2014 dan juga posting pertama setelah 3 hari berpuasa. Kali ini kita di Lembah Klang berpuasa dalam keadaan panas dan kering akibat fenomena El Nino. Bagaimanapun rakan-rakan di Utara memberitahu bahawa tempat mereka dilimpahi hujan.

Saya pada mula menjelang Ramadan agak khuatir dengan keadaan kesihatan di mana saya disahkan Doktor mempunyai gastrik dan juga GERD atau Acid Reflux sampai satu ketika saya agak kurang selesa untuk bernafas kerana terpaksa menarik nafas lebih, semuanya kerana gas di perut telah naik ke atas. 

Simptom berlaku selepas makan, dan apabila saya kurangkan makan dengan cara skip meal, gastrik pula berlaku. Alhamdulillah selepas mengambil supplemen Shaklee, keadaan perut saya semakin pulih. Saya yang sebelum ini tidak langsung boleh sentuh makanan berasid tinggi dan juga pedas, kini boleh sedikit sebanyak menikmati sedikit makanan berempah, pedas atau masam namun saya masih fobia dengan sakit yang saya tempuhi sebelum ini menyebabkan saya mengambil makanan-makanan tersebut dalam kuantiti yang sikit. Boleh dikatakan, pola pemakanan saya 50-60% berubah akibat sakit ini. 

Sehari menjelang Ramadan, saya diserang pula Flu dan kini pada Ramadan yang ketiga, FLU masih tidak lari.
image from fineartamerica.com

Kebiasaannya, pengambilan clarinase adalah cukup kuat untuk menghilangkan flu, kini sudah masuk 2 clarinase tablet dan 1 tablet ubat selsema mengantuk ditelan, flu masih belum hilang. Harapan agar Flu ini hilang.