Friday, January 10, 2020

Orang Asing dari Wings


Antara album lama zaman saya di IPTA yang dicari-cari. Dulu dengar guna kaset, kemudian beli CD. Saya masih ingat waktu ni saya agak curious sebab Wings kali ni adalah yang pertama tanpa Awie. Dah biasa sangat dengar suara Awie, bila dengar Mel, agak janggal. 

Tapi makin lama dengar, makin sedap pula. Lagu yang sudah pasti saya ulang-ulang ketika itu adalah 3 lagu pertama iaitu Ranjang Mawar, Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Masa zaman CD saya dah hujung-hujung nak grad IPTA, saya auto replay lagu Semalam Yang Hangat sampai tertidur. 

Semalam Yang Hangat merupakan antara lagu yang saya pernah bawa jamming, waktu tu jamm di Kompleks PKNS. Walaupun lintang pukang kami main waktu tu, tapi seronok dan kami rakam guna kaset dan perakam suara. Sekarang jamming rakam video terus samada guna gopro atau handphone.

Lama juga saya cari kembali CD ni, akhirnya jumpa di Aeon Big Subang Jaya, gerai satu auntie chinese ni. Kalau pergi sana, memang akan singgah ke gerai dia.

Basically, album Orang Asing ni sedikit lain dari album Wings yang lain. Ada satu dua lagu style dia macam album Bazooka Penaka. Lagu dalam Orang Asing tak seheavy lagu dalam album-album sebelumnya, tapi tetap menimbulkan mood tersendiri yang pada awalnya agak sukar diterima tapi bila dah lama-lama sedap pula.

Now after so many years, bila dengar balik album ni, rasa macam baring atas katil di rumah sewa sewaktu my degree days... 

Friday, January 03, 2020

2020 And The Wawasan



Melangkah ke tahun baru 2020, after 3 days into it baru saya berkesempatan untuk melakar coretan dalam blog ini. Di hujung-hujung tahun 2019, pelbagai perkara yang saya lalui. Antaranya kerja menguruskan peperiksaan akhir yang bermula pada Isnin 30 Disember 2019. But one of the most memorable incident yang berlaku a day before the first exam is a very tragic one. I just could not bring it inside this blog now as I have post some of it in my Facebook, but it will always remain in me. Sehingga saat ini ditulis saya masih belum 100% recover from the post trauma incident and both me and my wife are still occupied in the recovery process. I will put the tragic incident here when I am ready enough. But to cut it short, it does not directly happened to me or my wife, but to my next door neighbour.

Bila berbicara mengenai 2020, saya masih ingat pada tahun 1991 apabila ia dilancarkan oleh PM ketika itu iaitu Dr Mahathir. Ketika itu saya masih bersekolah. Apa yang saya gambarkan ketika itu ialah Malaysia on par with negara yang maju dengan pelbagai teknologi hebat. And I did a calculation on how old I would be at that time and will I be enjoying the 2020 to its maximum.

So now 3 days into 2020. Finally I had completed my PhD, officially. Saya masih ingat-ingat lupa apa yang saya gambarkan diri saya pada tahun 2020.

1. I visioned myself to be a working adult with a good job and salary. I am now a senior academician, something yang saya tak pernah terfikir oleh saya pada tahun 1991. Salary yang saya visioned myself in 1991 untuk dicapai pada 2020 berjaya digapai, but cukup-cukup cover expenses. Yang ini pun saya tak tercapai dek akal waktu tahun 1991. Cuma fikir gaji but not the expenses. 

2. Membayangkan ada rumah sendiri, own family dan sepasang anak, lelaki dan perempuan pada 2020. Surprisingly bab anak ni memang saya memiliki seorang boy and seorang girl. Rumah ada satu, actually dua tapi satu dah let off. Tak berapa pandai bab properties ni. 

3. Membayangkan ada kereta sendiri pada 2020. Tercapai, tambah lagi 2 motosikal. 

4. Membayangkan dah ada degree masa tahun 2020. Alhamdulillah, habis PhD.

5. Membayangkan dah naik Haji pada 2020. Belum terlaksana, tapi berjaya menunaikan umrah pada 2019.

6. Membayangkan KL ada monorel pada 2020. Bukan sahaja monorel, ada sekali LRT dan MRT. Selalu juga saya guna LRT dan MRT ni, monorel baru first time naik pada Disember 2019.

7. Membayangkan telefon rumah boleh dibawa kemana-mana pada 2020. Realiti sekarang hampir semua ada handphone, majoriti besarnya smartphone. You can ask the internet anytime anywhere. Mobile and internet penetration sangat tinggi.

Basically almost all the things yang saya visioned masa Wawasan 2020 dilancarkan pada 1991 dah tercapai except some thing yang saya tak terjangkau nak forecast pada waktu tu such as rising of the cost of living. Oh yes, masa tu saya tak sangka saya akan merokok, but now saya dah lama quit smoking. 

If you ask me whether Wawasan 2020 dah tercapai atau tak? I would say yang ia masih belum tercapai but not 100%. We have more highways compared to 1991. In KL we also had various expressway to ease traffic congestion, though road vehicles had rise as well, so we still have heavy traffic jams during rush hour. 

Another thing that I had not visioned in 1991 was that in 2020, physical money is slowly giving away to electronic payment such as TnG e Wallet, Maybank QR Pay, Boost, online shopping, Grab Food etc, ehailing and other such services. 

This may see a reduce number of ATM's. We had already see the closure of several branches of banks.