Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Wednesday, July 01, 2020

Ubahsuai Rumah - Dari Siling Biasa ke Siling Plaster


Saya sebenarnya agak ragu-ragu untuk menggunkan siling plaster. Pertamanya ialah takut bumbung bocor merosakkan plaster siling ini. Tetapi setelah berbual dengan Wak Aswam yang menjalankan kerja-kerja renovasi rumah, saya jadi yakin untuk gunakannya. Selain cantik, ia membolehkan saya guna downlight. Kalau nak lebih lanjut maklumat kenapa kita guna plaster ceiling ini boleh layari website https://www.recommend.my/blog/why-install-plaster-ceiling/. 

Katanya, plaster ceiling tak mudah terbakar. Plaster ceiling menyenangkan kerja tukar bulb lampu sebab dia agak rendah berbanding siling biasa. Ianya juga bukan lagi asbestos. Kebanyakan siling rumah lama adalah asbestos termasuk rumah saya. Namun saya cuma install plaster ceiling di ruang tamu dan makan sahaja, ada rezeki nanti kita install di bilik pula. Plaster ceiling juga tahan dibalun dek anai anai. Dan menurut website diatas, ia menjadikan bilik lebih senyap. Walaupun ia tak tahan air kerana kalau kena air dia akan kekuningan, tetapi lepas kita repair bocor di bumbung, boleh je cat balik supaya kuning tu hilang. Paling menarik Wak Aswam kata, kita boleh ganti kawasan yang bocor tu kepada yang baru. Sikit sahaja. Ada gamnya. 

Cabaran utama install plaster ceiling di rumah saya, selain dari mencari duit ialah kerana kawasan ruang tamu dan makan dan penuh dengan barang-barang. So, kerja yang sepatutnya ambil masa 2 hari jadi 4 hari kerana mereka perlu buat separuh ruang dahulu. Separuh lagi digunakan untuk pindahkan semua barang-barang. TV yang dah fix di dinding mereka cover dengan plastik. 

Kerja dilakukan di separuh ruang dahulu.

Hari pertama dan ketiga, terpaksa berkurung di dalam bilik sahaja kerana mereka memecahkan siling asbestos. Mereka sendiri suruh kami berkurung di bilik, bahaya kata Wak Aswam dan pekerjanya yang merupakan sedara-mara beliau. Semua otai, umur atas 50. Selepas pecahkan siling asbestos yang lama, mereka akan install dahulu frame alumunium. Ia akan digunakan untuk ikat plaster siling. Ruang kipas angin mereka tinggikan sedikit dan diletakkan sedikit finishing. 
Tempat kipas. Masuk kedalam sedikit

Selepas selesai letak bingkai aluminium, barulah plaster siling dipasang. Selepas dipasang, dicat coating putih dahulu. Kemudian dibuat lubang untuk downlight dan kipas. Ruang tamu dan makan saya berkeluasan kira-kira 30 kaki panjang dan 14 kaki lebar. Saya meletakkan 10 downlight dimana 4 downlight di ruang TV, 4 lagi di ruang makan. 2 downlight diletakkan di tengah-tengah. Kedudukan downlight di ruang TV dan makan adalah selari sementara downlight di antara kedua-dua ruang tersebut tidak selari dengan downlight ruang TV dan makan. 

Dah siap. Lampu downlight tengah on 4.
8 downlight berwarna 6000k sementara 2 downlight di tengah-tengah berwarna 4000k iaitu kuning. Asal nak guna downlight Philips, tetapi di Coogoo Setia Alam takde size 6 inci. In the end settle for Osram LED 6 inci. Kipas masih menggunakan yang lama kerana ia masih berfungsi dengan baik. Selain itu lampu dinding asal masih ada. 3 malam juga la bergelap dengan hanya bertemankan lampu dinding. 

Selain itu, saya juga meletakkan aircond 1hp Inverter jenama Haier di bilik anak saya. Dia memang berhajat sangat nak aircond. Saya dapat harga RM 950 termasuk bracket dan upah pasang pula saya tak ingat berapa sebab harganya bercampur dengan tarik wiring baru khas untuk aircond berserta socket plug berkualiti tinggi serta wiring khas untuk 10 downlight saya. Rm 950 tu harga barang sahaja ye. Saya buat dengan jiran saya, Wan Amilin. Dia memang buat kerja elektrikal dan aircond. Semua saya suruh Amilin selesaikan, saya hanya bagi upah sahaja.

Aircond 1 HP inverter Haier dan bumbung baru
Masuk hari ketiga Wak Aswam buat kerja di rumah saya, terfikir nak tukar awning belakang kepada bumbung. Sebab awning ni agak sukar nak tutup bocor ditepi apabila hujan. Belakang yard kecil sahaja tapi disitu lah terletaknya kuali-kuali dan juga mesin basuh. Kompressor aircond baru Haier juga ada di yard tersebut. So I decided to put floor tile disitu. So dah bertambah kerja Wak Aswam. In the end, dari 2 hari ke 4 hari, kemudian ke 5 hari dan akhirnya Sabtu baru selesai semuanya. Sebenarnya Jumaat dah selesai tapi Sabtu ada last touchup everything. Khamis lampu plaster siling dah hidup. Cuma Jumaat malam baru kami semua susun kembali perabot di ruang plaster siling dan kemas serta lap dan mop dan sapu lantai. Sebenarnya pekerja Wak Aswam memang dah mop, sapu dan lap barang-barang kami tapi macam biasalah kami tetap juga mop,sapu dan lap barang-barang juga. 

Untuk ruang belakang, alhamdulillah lepas pasang bumbung dan guna floor tile gantikan simen, rasa sejuk duduk belakang tu. Sebelum ni nak keluar situ guna selipar, sekarang dah boleh lepas situ buat kerja. Wife pun memang ada tanam pokok-pokok di situ. So kira hadiah lah bumbung dan floor tile untuk bagi dia selesa berkebun di situ.

Floor Tile. Yang gantung gantung tu Wak Aswam pasang FOC
Sabtu which is the last day Wak Aswam buat rumah kami (dia juga dalam masa yang sama buat juga rumah jiran saya), dia offer kalau nak drill apa-apa bagitau. Dia bagi FOC. So kami beli macam-macam benda suruh dia drill. Tiang-tiang langsir kami yang sebelum ni installer pasang senget sedikit pun dia repair kasi straight. Itu kelebihan Wak Aswam, saya dah reno sikit-sikit rumah dengan dia since 2018. 

2018 saya bermula dengan simen tabletop dapur. Kemudian 2019 saya pecahkan tembok pagar depan dan ganti pagar selain dari repair bumbung  rumah yang bocor. 2020 plaster siling. Anyone nak suruh Wak Aswam buat kerja reno di rumah boleh hubungi dia sendiri di talian 0162939524. Wak Aswam asal Indonesia tapi dah jadi rakyat sini. Dah bercucu pun. Anak-anak semua lahir Malaysia dan bersekolah di Malaysia. Wak Aswam oldskool sikit, masih guna traditional phone call dan sms. Harga agak keras tapi kualiti kerja bagus. After sale service pun not bad. Saya kenal dia pun dari jiran saya, Wan Amilin sebab Wak Aswam ni kira macam sub con Wan Amilin. 




Friday, June 02, 2017

Buku Fobia


Buku ini saya beli pada 24 April lepas, menarik bukunya, ditulis oleh sekumpulan doktor-doktor dan kisah di dalamnya adalah 100% misteri dan 90% adalah kisah misteri di hospital. Gaya bahasa dan penceritaan adalah menarik dan adakalanya santai seperti membaca blog. Some of them even wrote in full English, some in 99% Malay and some are using mix language, like this blog. 
Overall, this book is good to read. Actually this is the third installment of the Diagnosis series, all written by a group of doctors. Yang lagi dua which is the earlier series, saya tak beli lagi, will buy soon. My first was the latest series. One of the writer is Fatin Liyana, dimana blog beliau kerap saya baca.

Monday, May 22, 2017

Celcom


Setelah kontrak saya tamat dengan Celcom, saya tercari-cari  pelan terbaik untuk talian bimbit saya. Saya mempunyai beberapa talian bimbit seperti Maxis, Digi dan Altel. One XOX juga ada tetapi telah lama tidak digunakan. Saya beli pun sebab nak support one of my student yang jual One XOX. Kebetulan diberi nombor yang agak cantik dan tempoh hayat adalah 2 tahun dengan hanya sekali topup sahaja. 
Kisah ketika dalam kontrak Celcom, ketika saya tukar dari pelan saya yang sangat lama ke pelan basic yang baru iaitu RM 38 dan android device, saya tidak perasan yang rupa-rupanya saya perlu juga bayar RM 10 Celcom Escape Movie Pass yang langsung saya tak pernah gunakan. Nasib baik apabila kontrak saya tamat, RM 10 tu pun stop automatically. Ini pun saya based on apa yang dicakapkan oleh Call-IN Customer Service dan juga Customer Service di dua Blue Cube, dan kemudian apa yang tertera di  Celcom Customer Service Apps serta Celcom Online Customer Service. Saya perlu tunggu dua cycle bil sebelum dapat memastikan RM 10 Escape tidak lagi wujud di dalam pakej saya. 
Pada mulanya cadang nak tukar ke Maxis One Plan 98 yang menawarkan unlimited call dan sms berbanding Celcom First Gold yang menawarkan unlimited call sahaja, SMS perlu bayar dua posen. Saya dan wife kadangkala guna SMS sebab ia lebih mudah dan kami cepat alert. Kadangkala bila kami berdua 'hilang' di kawasan ramai orang, call tak dengar, whatsapp pula memang kami matikan notification sound, SMS je lah yang dapat menarik perhatian kami. 
Ketika saya memegang Koordinator Latihan Industri, banyak panggilan telefon perlu dibuat kepada students dan juga organisasi. Masa kemuncak membuat panggilan tu, pernah juga bil mencecah lebih dari harga pakej First Gold. Tak termasuk SMS pemberitahuan yang perlu dihantar pada students. Mereka kadangkala tidak melihat Whatsapp, mungkin berada di kawasan yang tiada akses internet atau masih belum topup data mereka. Saya faham kerana mereka masih student, kewangan pun agak limited. Saya juga pernah jadi student.
Ketika itu, majikan dah beri akses line telefon pada telefon bilik saya agar saya dapat call organisasi dan students. Call organisasi senang sikit, call students ni pula, mereka agak sukar nak angkat panggilan dari bilik saya kerana number yang appear di handphone mereka adalah number umum ofis kami. Bila saya call guna number saya baru lah cepat berangkat, atau kalau tak angkat pun, mereka akan whatsapp atau call saya balik. Bila ditanya, mereka angkat number saya kerana number saya telah di save di dalam handphone mereka.
Saya terfikir, lepas ni ambil pakej unlimited call sahaja lah, senang. Dapat line phone bilik pun susah nak call sebab students berat sikit nak angkat. Masa tu masih belum ada pakej unlimited call ni sehinggalah apabila Celcom memperkenalkannya. Lepas tu semua telco berlumba-lumba turut serta. Saya pula nak tukar, rupanya kena bayar RM 500 sebab masih dalam kontrak. Terpaksa la bersabar hinggalah semalam apabila kontrak tamat. Banyak pula opsyen. Sebenarnya hati dah tergerak pada WEBE yang menawarkan unlimited data plus unlimited call plus unlimited sms. Ini yang saya mahu. Lagi-lagi as a UNIFI Subscriber dan pengguna device 4G LTE, saya akan dapat rebate sehingga bulanan saya menjadi RM 79. Tak boleh teethering pun takpe, tahun lepas tak sampai 5 kali teethering, itu pun masa wife tak pakai pakej Maxis macam sekarang.  Tahun ni tak pernah lagi teethering-teethering bagai. Walaupun baca dalam forum sebelum ini speed WEBE slow, tapi lately dalam forum mereka screenshot speedtest, speed dah setanding Maxis atau Celcom. Coverage pun not bad. Saya sendiri test rakan-rakan yang guna WEBE di tempat saya bekerja dan menetap, WEBE laju in terms of browsing and Youtube eventhough 480p sahaja, tengok kat henfon je kot. 
Satu je masalah, WEBE belum bikin call forwarding. Kacau betul. Saya perlu call forwarding kerana sometimes rumah saya ada drop call Celcom. Bilik saya di ofis pun sama sebab bilik saya berada dalam bangunan dan tiada tingkat menghadap keluar, hanya ada tingkap menghadap ke dalam.
Fikir punya fikir, Maxis saya dah ada, prepaid. Akhirnya, stay pada Celcom lah. So upgrade plan kepada First Gold di Blue Cube, balik singgah Nasi Kawok. Tengah makan nasi kawok dalam hujan lebat, dengar bunyi sms. Pakej dah diupdate. So sekarang ni tengah pakai pakej baru lah. 

Sunday, December 18, 2016

MediFeet and Me



Kaki kanan saya memang sudah lama sakit. Sakit apabila berjalan kaki dan juga sakit selepas membawa kenderaan. Kerap kali apabila sampai di pejabat, saya akan turun dari kereta dan menuju untuk thumbprint dahulu, kemudian baru cari parking. Ini sudah menjadi habit saya sejak 2003, sejak mesin punch card terletak di berhampiran parking. Sebelum ini, mesin punch card terletak di tingkat 4. 

Pernah juga saya cuba ubah habit ini dengan mencari parking terlebih dahulu barulah ketuk punch card, malangnya saya akan terlupa terus untuk ketuk punch card. Setiap pagi apabila sampai di pejabat, saya akan keluar dari kereta saya dalam keadaan kaki berdengkut dengkut, kadangkala terpaksa berjalan sebelah kaki. Sakit di kiri dan kanan heel sebelah kanan saya. Ada juga rakan sekerja yang ingat saya gout. Keadaan ini sudah berlarutan selepas sekian lama, seingat saya sejak dari tahun 2006. Namun ianya reda setahun dua terutama ketika saya menggunakan kasut Hush Puppies (atau Camel Active?) arch support. Kini, sakit tersebut kembali lagi terutama sejak saya menggunakan kedua-dua kasut Jeep yang saya amati insolenya tidak tebal. Saya ada beli insole tambahan namun tidak berkesan. Nak beli kembali kasut Arch Support yang pernah saya beli sebelum ini, saya lihat harganya dah hampir cecah RM400. Kopak abang. Kedua-dua kasut Jeep saya beli dengan harga diskaun, tak sampai RM 200 untuk setiap pasang di satu karnival SALES di Jusco. Saya juga ada melakukan kerja-kerja khidmat negara yang memerlukan saya berdiri selama sekurang-kurangnya 3-4 jam, namun ketika bertugas khidmat negara tersebut saya memakai but khas yang memang tebal sehinggakan bawa kereta pun macam tak terasa pijak pedal minyak dan brek. Takkan nak pakai but tersebut untuk kerja di pejabat? Lagipun but tersebut susah nak buka dan pakai berulang kali (Teringat Masa Ligamen Ankle Koyak, menangis nak pakai but ni sebab nak kena tekan kaki bagi masuk, terpaksa cuti dari bertugas menjaga keamanan)

Kenapa kaki sebelah kanan sahaja yang sakit? Why not left? Sebenarnya kaki kanan saya terutama di bahagian ankle telah menerima pelbagai bentuk musibah, bermula dari kemalangan motosikal ketika berumur 17 tahun sehinggalah koyak ligamen beberapa tahun lepas. Pernah juga koyak ligamen pada tahun 2002 di padang bolasepak SIRIM ketika beraksi melawan team SIRIM. Meletup ankle seolah-olah patah, cemas juga sehingga terpaksa ke DEMC untuk terima rawatan. Ligamen yang sama juga koyak ketika jatuh tangga pada 2014, meletup juga bunyinya. Check di KPJ Selangor, ligamen koyak. Pernah jatuh dari pagar setinggi rumah teres setingkat pada tahun 1999 sehingga bengkak tumit kaki kanan, masa ni tiada kesedaran nak terima rawatan, terbaring je lah di rumah bujang. Nasib baik kena pada Jumaat malam, Sabtu dan Ahad rehat sahaja di rumah. Masa eksiden motosikal ketika umur 17 tahun, impak pertama di kaki kiri tetapi impak jatuh memang di kaki kanan. Nasib baik kecederaan ketika bermain badminton pada tahun 2013, otot koyak di betis kanan, bukan ankle kanan. Tapi Kanan la jugak.

Kisah otot koyak ni pun haru juga, masa tu nak ambil shuttle drop depan net. Kaki sebelah kiri di depan dan kanan lurus kebelakang, tiba-tiba rasa macam partner bergu saya di belakang libas betis kanan saya dengan reket sekuat hati. Saya senyum je masa kena, ingatkan dia bergurau. Lepas dapat ambil dan matikan shuttle, saya toleh pada dia dan sambil gelak saya tanya dia, 'KENAPA KAU KETUK KAKI AKU? KAU INGAT AKU TAK BOLEH AMBIK KE?'. Partner saya terpinga-pinga. Dia tanya saya balik, 'KAU CAKAP APA NI?' . Masa tu saya pula pelik sebab jarak partner saya dengan saya agak jauh, memang tak mungkin dia kehadapan dalam sekelip mata semata-mata nak libas kaki saya. Terus saya angkat tangan dan duduk tepi. Masa nak jalan keluar betis kanan saya cramp. Macam-macam cara saya buat untuk kendurkan cramp tu tapi dia tetap cramp. Selepas berehat sebentar dan keluar minum, saya balik ke rumah dalam keadaan hairan sebab kaki masih rasa cramp. Sampai di rumah, mandi dan baring atas katil nak tidur, makin kuat rasa cramp. Dan malam itu, menahan sakit cramp saya sampai la saya tertidur. Bayangkan ketika tidur kita terjaga sebab kaki cramp, itulah yang saya rasa sepanjang malam. Ingatkan bila bangun tidur rasa cramp tu hilang, rupanya sama sahaja. Terus sahaja saya ke klinik dan klinik bagi surat refer ke KPJ. Di KPJ, baru tau otot koyak. Dapat ubat tahan sakit dan kena RICE. 

Tu semua kisah kaki kanan. Belum kisah jari kiri. So, apabila semakin kerap sakit di heels saya ini, saya mula mencari solusi demi solusi menerusi internet (which is not a good way, supposed to see the doctor). Bukan tak mahu jumpa doktor, tapi saya tahu saya akan di refer ke pakar dan rekod pakar dah menunjukkan ankle kanan ni dah melalui pelbagai tragedi, so why not try a good arch support shoes that is not as expensive as my previous one. Lagipun sejak dua menjak ni, masa tidur pun kiri dan kanan heel saya akan sakit terutama apabila waktu sejuk dan siangnya banyak berjalan. Another thing is, the problem with pain right after coming out from the car semakin kerap, almost a daily occassion. Yang anehnya, selepas kira-kira 100-200 steps, hilang dah sakit tu.

Nak jadi cerita, baru-baru ini saya tersinggah di Medi Feet di kampung saya sebab wife ajak pergi untuk tinjau kasut dan selipar kerana Mak saya juga perlukan selipar atau kasut yang bagus. Sampai sahaja di Medi Feet saya diperkenalkan dengan kasut yang sesuai dengan masalah saya dan terus jatuh cinta pada kasut tersebut, duit pulak tak mencintai saya. Terpaksa la tunggu balik ke bandar, korek tabung sana sini dan akhirnya kelmarin berjaya beli kasut yang saya jatuh cinta itu. 

Inilah kasut yang saya jatuh cinta itu, sangat selesa untuk masalah saya dan tadi saya dah gunakan selama 5000 langkah, heels tak sakit sangat. Mudah-mudahan heels saya boleh sembuh dengan menggunakan kasut ini. Harga dia je agak sakit, RM 279. Semoga poket saya cepat sembuh. Harap-harap ini satu pelaburan yang berjaya. Dibawah merupakan sedikit maklumat mengenai Medi Feet.

Saya cuba Google origin Medi Feet ni tapi balik-balik keluar Medi Feet Malaysia, ada la sikit-sikit Medi Feet di luar negara seperti India, Canada, New Zealand etc. Saya ada tanya staf yang jual kasut pada saya, katanya Medi Feet ini dari New Zealand. Saya rasa mungkin Medi Feet ni asal dari Malaysia dengan kerjasama pakar dari sana. Whatever it is, its a good product. Fell in love at first sight with its comfortness, kalau nak kira cantik, banyak lagi kasut lain yang cantik, yang penting selesa. Ini kisah review dari saya yang baru beli MediFeet tak sampai 48 jam. 

Sunday, February 14, 2016

Rasta Grill

  

Tadi, saya ke gerai burger rakan saya di Kg Melayu Sungai Buloh, betul-betul berhadapan kuarters pendidikan. Nama gerai dia, A&J Burger Grill. Wife ajak ke sana sebab nak makan Rasta Grill, satu kombinasi lamb steak, beef steak, beef grill burger, jumbo hot dog, chicken chop, fries dan juga mashed potato. Semuanya diadund dengan pelbagai jenis sauce. Ini sesuai untuk dua orang makan, dan memang kami makan berdua, anak-anak makan nugget dan juga fries.

Gerai kawan saya ini memang sentiasa penuh, namun tempat duduk masih ada, buka pun malam sahaja. Saya rasa dari petang pun dah ada, saya selalu datang malam. Harga sangat berpatutan, burgernya memang sedap sedap belaka. Boleh cari FB kedai dia, A&J burger Grill, saya rasa lebih kurang macam itulah nama FB tersebut.

Sebenarnya banyak lagi saya nak kupas mengenai kedai dia, tetapi malam semakin larut dan esok jam 7 pagi saya dah kena ada di ofis saya kerana esok saya kena mengajar student-student yang sudah bekerja. 

 

Thursday, October 15, 2015

Nasi Lemak Habibi

 

Jika anda ke Alam Jaya berhampiran Puncak Alam, singgahlah di Restoran Nasi Lemak Habibi. Saya tiada sebarang share dengan restoran ini, tokey nya pun saya tak kenal, tetapi saya suka nasi lemaknya yang sedap, wife pun sukakan tomyam disitu. Western pun ada.Harga berpatutan sesuai dengan konsep kedai yang nampak trendy, jangan bandingkan dengan harga nasi lemak tepi jalan. Datang dulu kesini untuk merasai nasi lemak habibi.


Saturday, July 25, 2015

A Visit to Mitsui


Tengahari tadi saya,wife dan anak-anak ke Mitsui Outlet di KLIA Sepang. Lokasinya ialah kira-kira beberapa kilometer sahaja sebelum KLIA dan KLIA2. Kedudukan yang berhampiran dengan kedua-dua KLIA ini meriangkan hati anak-anak saya kerana mereka seronok tengok kapalterbang terbang rendah.

Sebenarnya sebelum Ramadan lagi hajat nak ke Mitsui tetapi masa tidak mengizinkan dan minggu ini masih dalam mood cuti Hari Raya selepas turun dari holiday raya di Genting, barulah kami ke Mitsui. Berbekalkan kisah-kisah dari rakan-rakan tentang Mitsui seperti kedai tak banyak buka lagi, parking tak bagus, orang ramai sangat, saya gamble ke Mitsui. Lagipun, kalau orang ramai sangat, saya plan nak terus ke KLIA2 melihat-lihat shopping complex disitu. 

Apabila kami sampai di Mitsui yang berlokasi berhampiran masjid KLIA, saya dapati masih banyak lagi parking. Orang pun tidak terlalu ramai di Mitsui dan pada pandangan saya, 75% kedai sudah dibuka. Antara yang masih dalam rennovation untuk dibuka ialah Camel Active. Antara yang saya tinjau ialah kedai perfume dan sudah tentunya outlet seperti Puma, Nike, Adidas, New Balance, Timberland, Hush Puppies, Clark dan banyak lagi.

Hasil tinjauan saya mendapati bahawa :-

1. Perfume CH 212 VIP yang saya baru beli minggu lepas di sebuah pusat membeli belah dengan harga RM 214, di Mitsui harganya RM 160.

2. Beberapa perfume 50ml seperti CH, Bvlgari dan beberapa jenama lagi boleh didapati dengan harga bawah RM 150. 

3. Hush Puppies, kasut open shoes, saya tinjau di sebuah pusat membeli belah, seminggu sebelum hari raya, harganya rata-rata RM 3xx. Di Mitsui, selepas diskaun, harganya RM 139.

4. Saya beli kasut Nike untuk wife saya, harganya bawah RM100 iaitu Rm 80. Harga sebenar katanya RM 200.

5. Banyak juga pilihan barang-barang di Mitsui, itupun kalau kita tidak cerewet memilih. Tidak semua perfume ada di Mitsui, saya difahamkan bahawa ia bergantung pada stok yang sampai. Stok berubah-ubah. Barang-barang lain juga begitu, bagi saya yang tidak berapa cerewet ini, no problem. Browse sahaja apa yang ada, itupun sudah cukup banyak untuk dipilih.

6. Seorang rakan yang kerap ke Mitsui memberitahu bahawa harga boleh berubah-ubah. Yang ini saya tidak pasti kebenarannya kerana ini kali pertama saya ke Mitsui.

7. Parking luas. Ketika saya sampai tadi, masih banyak tempat parking yang kosong.

8. Ketika saya sampai di kedai Nike pada tengahari, kami bebas keluar masuk. Pada sebelah petangnya apabila kami ingin masuk kembali ke kedai tersebut untuk membeli kasut, terpaksa beratur panjang, hanya dibenarkan sejumlah customer yang berada di dalam kedai pada sesuatu masa.

9. Terdapat customer yang membeli beberapa pasang kasut Nike sekaligus, mungkin untuk dijual kembali atau memang gemarkan kasut Nike.

10.  Membeli backpack di kedai Adidas, ada kira-kira 6-7 pilihan beg, agak lama saya di sini kerana memikirkan yang beg yang cantik, size kecil, yang size besar dan cantik, warna cerah pula dan tiada tempat simpanan laptop. Akhirnya saya beli beg adidas F50 warna hitam.

11. Beg adidas yang saya beli, setelah saya check di internet, harga jualan ialah RM 229 di luar negara (setelah diconvert ke RM). Di Mitsui, saya beli dengan harga RM 160, harga asal RM 220.

12. Mesin parking tak banyak, saya parking di satu lokasi berhadapan dengan pintu masuk Mitsui (Mitsui ada beberapa pintu masuk), tak banyak kenderaan di sini dan saya sangka saya dapat tempat yang bagus, rupanya terpaksa berjalan jauh untuk bayar tiket parking di mesin.

13. Foodcourt harga ssperti di kopitiam, a bit expensive but its okay. Belikan anak dara saya fish and chips, harga RM 18. Fast food kegemaran anak-anak saya iaitu KFC dan McD tiada di Mitsui.

14. Kalau berkenan dengan satu kasut tu, nasib-nasib lah kalau ada size. Warna kasut pun tidak banyak pilihan. 

15. First time di Mitsui saya diperkenalkan dengan kasut Skechers. Size saya memang banyak di Skechers. Bakal saya kunjungi lagi untuk pembelian kasut akan datang. Kasut Skechers dari USA ini amat sesuai dengan jiwa saya kerana di outlet ini ada simpan stok size besar, ringan dan lembut serta sesetengah kasut yang tapaknya akan adjust sendiri mengikut kesesuaian tapak kaki kita, cuma harga Skechers sedikit mahal, namun Clark lebih mahal lagi dan kedua-dua jenama ini sudah pun dijual di Mitsui dengan harga DISKAUN.

16. Parking 1 jam Rm2. Tiket parking saya berharga RM 12 sebab saya spent 6 hours di Mitsui.

17. Surau disediakan.

18. I will be back kalau duit poket kembali cukup.

 
Hasil dari Mitsui

 

CH Men Sport, woody type of perfume, badan berbau kayu yang harum. Harga asal katanya RM 2xx, di Mitsui harganya RM 80. Terus saya beli buat stok perfume. Kasut Nike untuk wife, harga asal katanya RM 2xx, harga di Mitsui Rm 8x dan beg adidas F50, harga asal RM 220, harga Mitsui RM 160.  Memang tujuan asal nak beli backpack sebab backpack yang sediada dah putus tali (imitation Swiss Army), backpack F50 dipilih sebab ada compartment letak laptop, besar, zip pun smooth dan mantap serta nampak seperti waterproof, senang kalau hujan masa naik motor, tak lah basah laptop. Beg ni yang buat poket rabak sebab budget beg RM 150, nak beli beg Camel Active sampai 2-3 ratus tak mampu, lagipun Camel Active Outlet masih belum dibuka di Mitsui.

 
Budak-budak seronok main di Mitsui

Apa-apa pun, perkara yang paling wajib setelah ke Mitsui ini ialah, poket rabak. Apabila poket rabak, kena lah bekerja keras kembali untuk menjahit poket tersebut.


Monday, February 02, 2015

Petrol Punya Cerita

Apabila kerajaan mengumunkan pemansuhan subsidi petrol, ramai dikalangan kita yang kecewa dengan tindakan itu termasuklah saya namun kekecewaan saya tidaklah sampai berdemo. Sebenarnya, apabila bersembang dengan rakan-rakan penguatkuasa tentang aktiviti penyeludupan petrol, mereka ada menyatakan bahawa sistem subsidi petrol sekarang yang mengakibatkan aktiviti penyeludupan berlaku.
Ramai juga yang saya dengar gemar mengaitkan harga petrol dgn barang-barang. Katanya disebabkan harga petrol tinggi maka barang-barang naik harga. Bila petrol naik, barang-barang pun naik. Perkaitan antara harga petrol seperti yg disimpulkan ialah harga petrol naik maka harga brg naik dan kalau harga petrol turun maka turunlah harga barang-barang.

Sekarang harga petrol dah turun. Sewaktu saya menulis entri ini, harga petrol sudah mencapai paras RM 2 seliter untuk Ron 97 sementara Ron 95 lebih rendah lagi. Persoalan sekarang, harga barangan tidak juga turun, naik lagi adalah. Mungkin ada sedikit barang-barang yang turun tetapi bukan dalam senarai barangan yang saya selalu beli. 

Kelmarin saya beli Hot N Roll, wife saya bisik, harga dah naik la. Saya tak pasti kenapa perkara sebegini berlaku sedangkan harga petrol semakin turun. Seorang rakan ada memberitahu bahawa foreign investor tahu bahawa antara hasil utama Malaysia adalah petroleum. Rakan saya ini merupakan seorang yang kerjanya berurusan dengan saham mengatakan bahawa keuntungan Malaysia semakin turun kerana harga minyak yang dieksport menurun dan oleh kerana ini foreign investor sedikit takut untuk invest di Malaysia kerana ketidakpastian masa hadapan Malaysia yang dilihat bergantung kepada hasil petrol.

Saya bukan pakar ekonomi, mungkin ada kebenarannya kata-kata rakan saya itu. Tapi yang pasti harga kebanyakan barang tetap naik walaupun harga petrol semakin turun. Namun di celah-celah harga barang yang naik, saya jumpa juga harga barang yang turun. Itupun perlu ke kedai-kedai tertentu sahaja. Contoh adalah aksesori handphone. Baru-baru ini saya ke kedai telefon Ustaz di Kota Damansara dan mendapati bahawa barangan aksesorinya adalah murah. Ya, memang namanya kedai telefon Ustaz dan harga memang rumah. Casing handphone saya yang sama saya beli di Digital Mall dengan harga RM 50, di kedai Ustaz cuma RM 15. Benda yang sama, material yang sama.  Saya juga beli MicroSD card 8GB Class 10 Sandisk dengan harga RM 14 sahaja. 

Memang saya kerap dengar aksesori handphone tiruan dan microSD tiruan (akan saya kupas ini di entri akan datang), tetapi perlu saya ingatkan, banyak aksesori handphone sekarang ada fake dan penjual menjualnya dengan harga yang agak tinggi. Monopod set saya beli bersama dengan bluetooth remote untuk camphone, harganya RM 50 iaitu RM 30 untuk monopod set dan RM 20 untuk bluetooth remote, di kedai Ustaz cuma RM 10 untuk monopod set, bluetooth remote yang sama pula harganya RM 8. Memang %^&!3#@!^%^3!!!.

Apa-apa pun, petrol murah barang mahal lebih baik dari petrol mahal barang pun mahal. Sekurang-kurangnya dapat save duit petrol. Saya tidak jangka harga barangan akan kurang naik apabila petrol naik nanti. 

-Masa untuk berjimat-

Friday, January 16, 2015

Pustaka Wakaf




Sebenarnya dah beberapa kali saya ingin menulis tentang keunikan pustaka ini yang terletak di Wisma Mais Seksyen 3 Shah Alam, Selangor tetapi tidak berkesempatan. Saya memang sudah lama berkunjung ke sini terutama apabila kadangkala merasa ingin mencari mood baru untuk buat kerja-kerja penulisan dan penyelidikan saya. Pengurus library ini juga merupakan ex-student saya iaitu Hafiz. Dia pernah berkerja sebagai conservator di Muzium Kesenian Islam sebelum bekerja di Pustaka Wakaf ini. 

Alhamdulillah beliau berjaya menguruskan library ini dengan baik. Ini antara special library yang bukan sahaja untuk kegunaan staf tetapi juga dibuka kepada orang ramai. Menariknya di sini, selain patron library beragama Islam, Non Muslim juga mengunjungi library ini dan menjadi ahli library. Saya juga telah menjadi ahli library dengan bayaran RM 10 sahaja. Rm10 itu pun dimasukkan dalam waqaf. 

Selain menawarkan library services seperti library-library lain, Pustaka Wakaf ini menerima sumbangan buku-buku dari orang ramai dan buku-buku tersebut samada di simpan sebagai koleksi di library ataupun disumbangkan ke badan-badan amal yang lain. 

Di bawah merupakan maklumat lanjut mengenai Pustaka Wakaf. 



Thursday, October 30, 2014

Kuah Rojak Yang Lazat

Ya..seperti tajuk entri ini, memang kuah rojak ini sangat sedap. Sebenarnya kuah rojak ini berasal dari Perak. Di pos kepada kami sekeluarga oleh ex-student saya iaitu Asikah Dani. Seingat saya sebelum ini keluarganya mengusahakan perusahaan belacan di Setiawan, Perak. Harga yang dijual ialah RM 5. Tak tau la samada harga ini akan berkekalan pada tahun tahun akan datang. Tetapi ingin saya katakan bahawa kuah rojak ini memang sedap, rasa manis, kacang dan pedas semuanya sesedap rasa selembut bicara. Kesedapannya melebihi harga yang dijual hingga membuatkan saya order lagi dan dihantar melalui pos.

Pada sesiapa yang ingin mencuba boleh lah hubungi 016 345 1775 seperti yang tertera di bekas rojak ini. Mungkin boleh deal dengan dia untuk pos, postage ditanggung oleh pembeli. 

Saya bukan ejen, just promoting good stuff pada my blog readers, tetapi penangan kuah rojak ini menyebabkan hampir segala yang saya makan, saya cicah dengan kuah rojak ini. 

 

Wednesday, August 20, 2014

Custom Touch N Go

Anda bosan dengan gambar kad touch n go yang tak menarik? Kini ada perkhidmatan meletakkan gambar persendirian ke atas kad touch n go anda. Anda boleh letak gambar selfie sendiri atau gambar yang tersayang, gambar keluarga, gambar kucing, rumah, kereta atau apa sahaja as long as ianya tidak copyright.

Contohnya anda ingin meletakkan gambar logo kelab bolasepak EPL atau logo jenama kenderaan itu semua tidak akan dilakukan kerana imej tersebut adalah copyright. Saya tak pasti pula kalau anda ingin meletakkan logo kelab bolasepak kampung anda, mungkin dibenarkan. 

Baru-baru ini dengan harga RM 20 saya meletakkan gambar custom di kad touch n go saya. Semuanya kebetulan, sedang berjalan-jalan selepas pulang dari melakukan tugasan PhD, tiba-tiba terlihat satu kaunter seperti dibawah.


Kaunter tersebut lengkap dengan mesin print kad touch n go. Prosesnya senang dimana kita bluetooth gambar dari handphone ke notebook brader di kaunter tersebut dan dia akan print out atas kad touch n go yang kosong. Mudah sahaja proses tersebut, tidak sampai 1 minit.



Hasilnya seperti diatas. Ada seorang rakan whatsapp saya gambar isterinya untuk saya print di Touch N Go nya. Tiada sebarang balance dalam kad ini. Perlu ditopup untuk digunakan. Perkhidmatan topup juga disertakan sekali di kaunter tersebut.


Thursday, August 14, 2014

Altel

Sim kad Altel



Saya rasa sudah ramai dari kita yang mengetahui tentang kewujudan Altel iaitu salah satu telco di Malaysia. Altel merupakan MVNO iaitu Mobile Virtual Network Operator dan menggunakan sistem telekomunikasi Celcom. Diberitakan bahawa Altel akan mempunyai tower telekomunikasi mereka sendiri di masa hadapan. 

Saya sudah seminggu menggunakan Altel dimana saya melakukan MNP dari nombor Umobile 018 saya ke Altel. Setakat ini line Altel saya sentiasa Full Bar. Saya gunakan simkad Altel di telefon bimbit Nokia saya yang merupakan kategori Feature Phone dan setakat ini kawasan liputan yang saya lalui hanya di lembah klang sahaja. Altel dikatakan mempunyai kelajuan internet yang bagus. Saya masih belum menggunakan line mobile internet Altel tapi beberapa orang kenalan saya yang menggunakan Altel mengakui kelajuan Altel cuma kata mereka apabila kuota MB habis akan terus ke pay per use. Itu rungutan mereka dan mereka lebih gemarkan speed throttle dari pay per use. 

Apa-apa pun setakat ini tiada lagi masalah Altel kecuali diluar bandar agak sukar reload prepaid. Apa-apa maklumat terkini boleh rujuk terus laman web altel di sini. 

Berita dibawah menunjukkan bahawa Altel mempunyai perancangan untuk menjadi Full Telco dan mempunyai tower telekomunikasi sendiri. Berita diambil dari laman web NST.

ALTEL Communications Sdn Bhd, which plans to spend RM1 billion on network infrastructure over five years, has teamed up with Huawei Technologies (M) Sdn Bhd for the rolling-out of its own super-fast fourth-generation (4G) mobile broadband services. 
Altel is currently operating on the mobile virtual network operator (MVNO) model via a partnership with Celcom Axiata Bhd. The two telcos have pooled their blocks of 2.6-gigahertz spectrums to operate a wireless business using Long-Term Evolution (LTE) technologies. Altel expects to become a full-fledged telco once it has put in place its own infrastructure network for 4G  services.
    "As a MVNO, our LTE services are ready and we expect to launch our LTE prepaid products soon and LTE postpaid by year-end.
   "This collaboration with Huawei is to enable Altel to achieve full telco status and offer its own LTE services," the company said when contacted by Business Times yesterday.

The company, however, declined to disclose the contract value and its shareholding percentage. Meanwhile, its chief executive officer Nik Abdul Aziz Nik Yaacob said the extendable three-year contract is for the installation and commissioning of infrastructure for Altel's 4G services. He said Huawei was chosen as its technology partner in delivering the platform alongside Celcom. The partnership will see Huawei provide wireless, core, transport as well as billing services to Altel.
Huawei would also provide consultation services to help the company develop new competitive mobile services, including mobile virtual network, said Nik Abdul Aziz.
     "We understand that rolling out 4G network is not an overnight task. As such, we will be building our own radio network and leveraging on Celcom's network, as well as continuously investing over the next five years," he added.

Altel, which launched its maiden prepaid product in September last year, is a subsidiary of Altel Holdings Sdn Bhd, which in turn is a unit of the Albukhary group of companies.

Formerly known as Puncak Semangat Technology Sdn Bhd, Altel was among the eight companies that were awarded the LTE 2.6-gigahertz spectrum by the Malaysian Communications and Multimedia Commission last year.

The company plans to own mobile core network and business operations support systems by building 500 LTE radio-base stations in the first year and 2,100 in the next two to three years.

Altel,  which has 20,000 registered subscribers nationwide, has set up 10 exclusive stores within the Klang Valley, Johor, Penang and Kedah, as well as appointed more than 2,500 authorised dealers and 32 distributors nationwide.

Meanwhile, Huawei, through China-based parent company Huawei Technologies Co Ltd, has launched 118 commercial LTE networks and signed more than 280 LTE contracts globally.



Sunday, June 15, 2014

Pengenalan kepada CCTV

Sumber gambar dari signbypost.com

Akhir-akhir ini saya membuat sedikit kajian mengenai CCTV kerana ada beberapa permintaan dari kenalan untuk membantu mencarikan CCTV untuk kegunaan kedai, pejabat dan rumah mereka. Tidak dapat dinafikan CCTV membantu untuk mencegah jenayah. Selain itu CCTV juga boleh menyelesaikan masalah-masalah seperti misteri penyapu terjatuh sendiri dan keberkesanan jaring kucing di pagar.

Ada seorang kenalan yang meletakkan jaring kucing supaya rumahnya tidak dibolosi kucing namun rupanya kucing masih mampu membolosi jaringnya melalui satu sudut yang langsung tidak terfikir olehnya. Semuanya disaksikan menerusi CCTV.

Akan saya update entri ini untuk memberi sedikit gambaran mengenai apa yang diperlukan oleh seseorang yang ingin memasang CCTV dan segala maklumat ini adalah dari perspektif seorang newbies dalam bidang CCTV. Saya juga akan memberi recommendation pemasangan CCTV dari seorang installer yang saya kenali.

Ketika bersama kawan-kawan saya menyertai misi mencari CCTV untuk kegunaan rumah, kedai dan pejabatnya, kami terlebih dahulu mencari seberapa banyak maklumat tentang CCTV yang diperlukan supaya kami tidaklah nampak terlalu newbies sehingga menyerahkan secara total kepada penjual dan installer CCTV untuk menentukan halatuju CCTV terbabit. Perkara yang pertama sekali kami fikirkan ialah kos. Kawan yang ingin memasang CCTV di rumah amat particular tentang kos kerana dia hanya ingin monitor kawasan laman meletak kenderaan (car porch) dan juga pintu gate hadapan dan pintu hadapan rumahnya. Belakang lain hari jika budget mengizinkan katanya. 

Pencarian pertama kami ialah semestinya internet dan dia gemar meneliti harga-harga di laman sesawang seperti MUDAH, LELONG atau EBAY Malaysia. Tujuan utama ialah untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang kos. Terdapat CCTV semurah RM 80 berbentuk DOME dan bertulis indoor. Pada mulanya kami ingin mengambil kamera dome indoor untuk diletakkan di car porch kerana pada pandangan kami, car porch tersebut jarang basah, hanya apabila hujan terlampau lebat baru lah terdapat kesan-kesan lembab sehingga ke siling car porch. Rupa-rupanya hasil siasatan dan penyelidikan yang lebih mendalam, indoor cctv berbentuk dome ini amat sensitif pada air dan juga suhu. Apabila kami teliti pula harga outdoor, perbezaan harga sekitar RM 40 ke atas. Akhirnya setelah bermesyuarat meja mamak, rakan saya bersetuju memilih outdoor camera. Apa guna jimat RM 80 (untuk dua camera) andai kena air terus rosak. 

Maklumat kedua ialah, bagaimana kamera akan berfungsi dan dari mana ia mendapat sumber kuasa. Sudah tentu punca kuasa elektrik diperlukan dan apabila memasang CCTV jika tiada punca kuasa maka punca kuasa tersebut samada akan dipasang yang baru berhampiran kamera atau yang lazimnya ialah kabel punca kuasa akan ditarik ke dalam rumah dan disambung pada wall socket sedia ada. Untuk punca kuasa, rakan saya memilih untuk menggunakan wall socket sedia ada di dalam rumah. Oleh kerana 2 kamera diperlukan, maka wall socket akan diubah dari single socket kepada 4 wall socket di lokasi sama. Wiring elektrik, kami menggunakan khidmat saudara Zamree Masian dari Bukit Kapar yang menawarkan harga berpatutan serta kerja yang kemas. Wall socket 4 sebaris kami beli dengan harga RM 25 sahaja. Untuk khidmat pendawaian, Zamree Masian boleh dihubungi di talian 0132581415. Saya recommend pada kawan saya menggunakan khidmat Zamree kerana saya terlebih dahulu menggunakan khidmat dia. Dia lebih laju jika customer berlokasi di Meru, Kapar, Puncak Alam atau Shah Alam. 

Zamree Masian sedang menambah wall socket. Perhatikan wayar kamera CCTV terjulur ditepinya.
Okay, sebelum entri ini menjadi meleret-leret, kita kenali dahulu komponen utama yang perlu ada dalam satu sistem CCTV. Pertama adalah kamera CCTV sendiri. Kamera ini menentukan kehebatan gambar yang dirakam. Antara ciri-ciri kamera yang perlu dilihat ialah jarak penglihatan kamera, jarak wide angle kamera iaitu betapa lebar sudut rakaman kamera tersebut terutama jika kamera diletakkan di satu sudut yang sempit dan kita inginkan ia merakam hampir keseluruhan ruang terbabit. Kebanyakan kamera outdoor dan indoor sekarang mempunyai InfraRed iaitu boleh merakam dalam kegelapan dimana rakaman yang dihasilkan adalah dalam bentuk hitam putih. Kalau ada cahaya, ia akan merakam dalam warna. 

Komponen kedua adalah alat perakam video atau disebut sebagai DVR. DVR berfungsi untuk menyimpan rakaman dan juga menjadi 'orang tengah' untuk kita melihat rakaman CCTV terbabit.

Komponen ketiga pula ialah monitor. Jika kita ingin beli CCTV, perlu lihat pakej yang diberikan samada mengandungi monitor atau tidak. Jika tiada, kita boleh sambungkan terus ke TV. DVR rakan saya boleh disambungkan ke monitor komputer dan juga mempunyai sambungan kabel LAN atau network.

Jika kita ingin melihat menerusi internet rakaman CCTV kita samada live ataupun rakaman-rakaman sebelumnya yang disimpan, rumah kita perlu mempunyai sambungan internet seperti Unifi atau Streamyx dan sambungan internet tersebut mestilah dalam keadaan on iaitu modem tidak dimatikan. Dengan cara ini, rakaman CCTV boleh dilihat secara live atau remote playback (rakaman lama diputar semula)menggunakan smartphone atau di PC lain diluar rumah dengan syarat smartphone atau PC lain perlu mempunyai sambungan internet.

Bermakna jika kita bercuti selama sebulan dan ingin memerhati CCTV di rumah, internet di rumah perlulah dalam mode on, modem on. Dan lebih molek jika smartphone kita ketika itu berada dalam mode internet 3G, H atau H+. 

Untuk melihat rakaman melalui internet, DVR kita hendaklah mempunyai sambungan kabel LAN network yang akan disambungkan ke modem wifi kita. Installer CCTV akan membantu untuk setup DVR ke modem dan seterusnya ke internet. Bagi sesiapa yang faham network, port forwarding dan DDNS diperlukan ketika proses setup. 

Setelah disetup, kita perlu memasukkan username dan password DVR setiap kali kita connect ke internet untuk view CCTV kita. Jika kita menggunakan smartphone, apps yang digunakan hanya perlu minta sekali sahaja username dan password DVR kita. Untuk makluman, DVR mempunyai username dan password untuk kita configure setting dan username dan password ini lah yangd digunakan untuk view di internet. DVR kawan saya tidak perlukan password ketika melihat secara live rakaman CCTV tanpa menggunakan internet tetapi perlukan password jika ingin melihat rakaman terdahulu atau untuk tukar setting.

Timbul persoalan di hati rakan saya takutkan installer CCTV terbabit akan turut view CCTV di rumahnya kerana installer mempunyai password DVR. Saya kemudian meminta rakan menukar password di DVR, settle masalah. Untuk rasa lebih selamat, saya ajar kawan saya tukar password DDNS, nama DDNS dan juga IP DVR. Tetapi menukar password DVR sudah memadai. Cuma selepas ditukar, perlu juga ditukar password di dalam apps smartphone.

Hasilnya, rakan saya tidak perlu sentiasa melihat rakaman CCTV di TV di ruang tamunya (DVR disambungkan ke TV). Rakan saya hanya perlu melihat rakaman CCTV menerusi smartphone walaupun dia di rumah. Smartphone yang disambung ke wifi rumahnya tidak perlukan password atau connection 3G, hanya perlu tahu IP number DVR sahaja.  Jadi dia boleh monitor CCTV dimana-mana sahaja di dalam rumahnya.

Satu soalan saya kepada installer, jika orang berjaya masuk rumah dan ambil DVR, boleh tak kita view kembali rakaman terbabit? Jawapannya tidak. Sebab itu DVR biasanya disorokkan dari pandangan orang lain. Namun ada penyelesaiannya iaitu sentiasa upload rakaman ke Cloud iaitu rakaman akan dimuatnaik dan disimpan di lokasi lain menggunakan internet. Namun servis ini berbayar dan perlukan sambungan internet yang stabil.

Saya puas hati melihat hasil kerja Razlan di rumah rakan saya. Kerja yang kemas dan penerangan yang bagus diberikan. Pada sesiapa yang inginkan sistem CCTV mampu milik dan pemasangan yang kemas dan teliti boleh hubungi Razlan di 0193966617. Kata Razlan, jika ada masalah CCTV selepas selesai pemasangan, akan ada charges. Harga sistem CCTV Razlan amat berpatutan iaitu dua camera outdoor dan 1 DVR termasuk pemasangan serta tarik kabel network ialah RM 1130. Harga mungkin bergantung kepada saiz dan lokasi bangunan. Boleh runding dengan Razlan. Waranti satu tahun. 

Kamera yang dibekalkan juga cukup untuk melihat keadaan di tempat yang diinginkan. Razlan ada berkata bahawa kamera CCTV berwayar menggunakan signal analog sementara kamera CCTV IP iaitu tidak berwayar, hanya menggunakan wifi menggunakan signal digital. Signal analog diukur dengan TVLine, lagi tinggi TVLine, lagi cantik gambar. TVLine konsep sama dengan ukuran Megapixel bagi digital. ada 450 TV Line, rumah rakan saya menggunakan 800 TV Line. 

Bagi saya , ketajaman rakaman CCTV dan DVR bergantung kepada budget kewangan kita. Kalau budget ciput, cukup sekadar untuk melihat kejadian apa yang berlaku, tetapi kalau budget tinggi, boleh guna perkakasan yang berspesifikasi tinggi, boleh zoom nombor pendaftaran kenderaan. Kalau rumah ada simpan duit berjuta, apa salahnya melabur lebih. 

Akhir kata, selamat memilih CCTV jika ada budget lebih kerana CCTV membantu mengurangkan jenayah dan juga menyenangkan kita melihat siapa yang menjerit-jerit di luar pagar rumah kita. Saya masih belum cukup budget untuk CCTV, tumpang gembira tengok rakan pasang di rumah dan kedai sahaja.




Thursday, May 29, 2014

Bermalam Di Inap Desa

Inap Desa, begitulah perkataan sebenar Homestay di dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya konsep Inap Desa ini sejak beberapa tahun kebelakangan semakin popular. Saya kenal ada seorang rakan yang ingin membeli rumah ratusan ribu di satu prime location dan ingin menjadikannya sebagai Homestay atau Inap Desa dan sudah tentu lokasi yang dipilihnya itu bukan desa tetapi di kawasan bandar menjadikan perkataan Homestay lebih relevan baginya.

Berbalik kepada kisah Inap Desa, baru-baru ini saya berpeluang menginap di Inap Desa. Percaya atau tidak. ini merupakan kali pertama saya sekeluarga meginap di Inap Desa. Sebelum ini hotel atau chalet menjadi pilihan kami.

Inap Desa ini terletak di Simpang Pulai, Perak dan tidak terletak jauh dari persimpangan ke Cameron Highlands. Saya anggarkan jarak lebih kurang 3 KM ke persimpangan menuju Cameron. 

Inap Desa ini merupakan banglo setingkat berhadapan dengan sekolah dan terletak di kawasan perumahan lot. Jiran-jiran dan surau juga berdekatan. Kawasan kedai terletak tidak sampai 1 KM dari rumah tersebut. Jika naik kereta atau motosikal ke kedai, tidak sampai 5 minit tetapi jika jalan kaki, mungkin sekitar 15 minit. Terdapat pasar malam di kawasan kedai tersebut pada malam minggu. 

Inap Desa ini mempunyai 3 bilik tidur di mana bilik utama mempunyai penghawa dingin jenis Carrier dan bilik airnya sendiri. Sementara 2 bilik air terdapat di bahagian dapur. Dapurnya besar dan mempunyai kelengkapan dapur gas, peti ais, cerek elektrik, mesin basuh dan perlatan membuat air. Gelas-gelas, pinggan mangkuk juga disediakan. Apa yang menarik ialah ruang tamu nya yang besar, saya kira 5 orang boleh tidur di ruang tamu. TV juga disediakan walaupun tiada kemudahan Astro tetapi siaran FTA amat bagus penerimaannya. 
 
Ruang Tamu Yang Besar


Ruang Menonton Televisyen. Sini pun boleh tidur
Dapur yang besar. Isteri saya cukup suka.
Master Bedroom ada Penghawa Dingin dan Bilik Air sendiri
Mesin Basuh LG Turbo Drum disediakan
Bilik ketiga terletak berhampiran dapur. Bentuk dan size bilik kedua lebih kurang bilik ketiga
Untuk tempahan sila hubungi name card di atas
Dari segi harga, not bad for this big homestay, kira-kira RM2++ satu malam. Sebenarnya saya tak berapa pasti kerana ibu mertua saya yang booking untuk penginapan saya sekeluarga dan kedua ibubapa saya. Yang pasti ayah dan mak saya suka dengan konsep inap desa ini. Sesuai untuk yang travel dua keluarga ke atas.