Thursday, November 05, 2020

Pengalaman Melakukan Penyelidikan PhD

Image by Konstantin Kolosov from Pixabay


Menjalankan penyelidikan tak kira dalam apa jua bentuk merupakan part of my job description. Hanya penyelidikan di dalam makmal sahaja yang bidang saya mungkin tidak terlibat. Namun penyelidikan menggunakan makmal komputer masih ada dalam skop kami, cuma setakat ini kajian saya tidak melibatkan 100% duduk sahaja di dalam makmal. Kajian saya meliputi pergerakan fizikal keluar dari pejabat dan berjumpa responden.

Pengalaman paling banyak dan lama ketika menjalankan penyelidikan ialah sewaktu saya berada dalam pengajian PhD saya. Maklumlah tempoh masa dan responden pelbagai di tiga organisasi membolehkan saya mengutip pelbagai pengalaman. Ketika di PhD lah saya berkenalan dengan MacBook Air dan kini saya menulis entri ini menggunakan Macbook Air 2020. 

Apabila menjalankan penyelidikan, saya melalui pelbagai perkara dan kesemua ini menjadi pengalaman berguna kepada saya. Apa yang saya lihat ialah mempunyai satu tajuk atau bidang kajian yang mudah difahami oleh orang ramai membolehkan penyelidikan kita di fahami. Baru-baru ini saya menghadiri Viva Voce calon PhD sebagai minute taker, saya mendapati bahawa calon PhD tersebut mempunyai tajuk yang mudah difahami. Ini sebenarnya secara tak langsung membantu juga untuk topup error-error lain yang ada dalam PhD kita.

Berbalik pada kisah pengalaman melakukan penyelidikan, pelbagai kisah pahit, manis, seram, ngeri saya lalui. Saya mulakan dengan yang manis-manis. Antara yang saya rasa manis ialah pengetahuan saya bertambah lagi-lagi apabila pergi sendiri ke research site. Bukan sahaja pengetahuan tentang perkara yang nak dikaji tu bertambah, tetapi juga perkara-perkara lain. Contohnya saya tahu bagaimana nak mendapatkan kelulusan untuk melakukan penyelidikan di tempat yang ingin dikaji. Lain tempat lain ragam. 

Kisah seram juga tak ketinggalan dalam pengalaman saya ini. Saya masih ingat pada satu petang kira-kira jam 4 petang, saya bergerak pulang dari research site saya, sebuah hospital lama. Ketika itu saya masih guna GPS Garmin letak di cermin kereta. Smartphone internet dah ada cuma rasanya Waze tak meluas lagi dan Google Maps pun tak sehebat sekarang.

Sebenarnya saya dah berada di hospital tersebut dari pagi. Parking di bawah pohon besar berhampiran kawasan van jenazah. After lunch pula saya interview boss unit research site saya selepas selesai interview staff-staff dia sebelum tu. Responden saya ni bagitau selepas jam 6 petang memang semua orang di unit dia akan balik rumah. Kalau stay lagi alamat akan ada bunyi cakaran di dinding dan pelbagai lagi gangguan.

Kira-kira jam 4 petang saya bergerak keluar dari hospital tersebut dan berhenti di traffic light sebelah hospital. Tiba-tiba icon gps saya bergerak sendiri dan terus menuju ke kubur lama berhampiran. Terkejut saya sebenarnya kerana GPS saya tak pernah pula macam tu. Seolah-olah kereta saya bergerak ke kubur tersebut sedangkan kereta saya elok je tunggu lampu merah. Kubur tersebut pun saya tak nampak sebab terlindung di balik bukit belakang hospital. Dalam keadaan pelik tu, saya pun bacalah ayat-ayat Quran mana yang teringat. Risau juga sebab di rumah anak-anak masih kecil, takut meragam tak sudah. Apabila lampu hijau, saya nampak cursor GPS saya dikembalikan semula ke lokasi sebenar sejurus kereta saya bergerak kehadapan. 

Saya singgah dulu di kedai makan tak berapa jauh dari rumah saya, antara petua orang dulu-dulu kalau rasa macam ada gangguan ketika dalam perjalanan balik. Alhamdulillah tiada sebarang insiden di rumah. Sampai rumah pun dah lewat asar. 

Ada satu kisah lagi dimana saya ke research site saya di lokasi yang lain dari yang diceritakan di atas. Sebuah hospital yang usianya hampir sama dengan hospital yang saya pergi sebelum ini. Kebetulan di sana ada library yang bossnya merupakan kawan lama saya. So, everytime saya ke sana, memang saya akan jadikan ofis dia sebagai 'base' saya. Di lokasi research site saya ini saya melalui dua pengalaman. Kedua-duanya seram, cuma satu lebih bersifat paranormal dan satu lagi menyeksakan saya. 

Pengalaman pertama, one fine day after finishing my interview and observation di unit yang menjadi responden saya, saya kembali ke library kawan saya ni. Pagi tu saya dah letak barang-barang saya dan berbual dengan kawan saya ni before proceed to do my research. Around 1500hrs I went back to the library untuk ambil barang-barang saya and go back home. Usually saya akan berbual-bual dengan rakan saya dahulu. When I arrived at the library, saya tengok staf dia yang jaga kaunter depan takde. Library sunyi je. Saya pun masuk seperti biasa dan terus ke bilik kawan saya. Rupanya kedua-dua staf kaunter ada dalam bilik kawan saya. I thought that they were having a meeting. Rupanya tak. Kawan saya ajak saya keluar bilik dan bisik dengan saya supaya ikut dia ke satu lokasi di antara rak buku di library dia. Sampai situ dia suruh saya rakam video dan ambil gambar-gambar. Saya tanya kenapa? Dia cakap tadi beberapa minit sebelum saya sampai ke library dia, tiba-tiba kedua-dua staf di kaunter meluru masuk ketakutan ke dalam bilik dia. 

Kata staf-staf tu, waktu mereka sedang jaga di kaunter, mereka ternampak seorang nurse berpakai baju putih uniform zaman dulu-dulu sedang duduk bersimpuh di antara rak buku sambil membaca buku. Kata staf-staf tu, semua orang dah keluar dari library sebab dah lepas waktu lunch time. Mereka dah check sebab rutin diorang lepas lunch time dan semua patron dah keluar balik bekerja di unit masing-masing, staf akan kemaskan kembali majalah, newspaper dan buku-buku yang dibaca. Then diorang akan kembali bertugas ke kaunter. Sesiapa yang keluar masuk akan lalu kaunter diorang. Lagipun library tu tak besar mana pun. Memang akan tau ada orang ke tak. 

Another thing is uniform yang nurse tu pakai memang uniform yang dah tak digunakan lagi dah. Zaman 70's kata diorang or maybe earlier. Dah la pakai baju lama, bersimpuh atas lantai pula tu sambil membaca buku. Lokasinya pula bolehd dilihat dengan jelas dari kaunter. Kata staf-staf tu, mereka sedang berbual apabila masing-masing pandang ke lokasi tersebut yang dan nampak 

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang ye Tuan Tuan dan Puan Puan. Dan saya berdiri bersama kawan saya which is the boss of the library di lokasi nurse tu kelihatan duduk bersimpuh atas lantai. Sedangkan sebelum tu tempat tu clear. Jarak kira-kira 20 langkah je dari mereka. Itu yang berterabur mereka lari masuk bilik kawan saya. Sampai sekarang saya dan kawan saya fail to detect buku apa yang dibaca oleh cik misi dari zaman dahulukala itu. 

Another story di site ni ialah one day saya arrive dekat-dekat noon. While I was walking to my 'base' di library kawan saya tu, saya memang perlu lalu di celah-celah ramai orang and most of them datang nak terima rawatan. Ada this bloke, rambut kerinting, rupa macam orang dari Flores. Dia batuk-batuk dan masa saya lalu depan dia, sambil batuk-batuk tak tutup mulut dia senyum kat saya. Saya agak marah sebab jarak memang agak hampir. Then when I finished my work, balik rumah, tidur macam biasa. Saya tak ingat whether keesokannya harinya atau lusa, but saya bangun tidur pagi, saya batuk non stop for almost a month. Pergi klinik ambil ubat pun reda sekejap je then batuk-batuk kembali. Saya tak ingat what exactly yang membuat batuk saya kembali ok, but it was almost one month. Setiap kali batuk memang saya teringat muka orang tu.

But, benda paling ngeri ialah bila kejar dateline PhD work. Ada macam-macam pecahan PhD work yang telah saya dan SV saya setkan. Luckily, kelam kabut macam mana pun saya berjaya siapkan ikut dateline. Kadang-kadang lewat lah sikit. Cuma taklah sampai langsung tak buat. Yang penting bergerak PhD walaupun slow sebab dari slow tu dia akan jadi laju balik. 

Waktu tu saya ada pelbagai research tools saya. Of course yang paling penting laptop. Eventhough saya dah ada satu desktop, but still laptop pun penting sebab ianya mobile and easy to carry to my research site. At the beginning of my course of research, saya guna Asus Eeepc. Kecik je. Then saya beralih ke Macbook Air. I need something yang ringan dan kecil. Saya try Samsung Tab but untuk simpan pdf files boleh lah but untuk menulis susah. I don't need a super laptop, just basic spec for writing, powerpoint and some document viewing and internet browsing pun dah sufficient. 

Besides my laptop, I do bring my Sony audio recorder for recording the interview. My Samsung smartphone will be my secondary audio just incase masa interview to ada problem di Sony Audio Recorder saya. In terms of sound clarity, memang Sony Audio Recorder to terbaik. Until now saya masih simpan perakam audio digital tersebut. 

Then, saya bawa juga my pencil case yang ada various stationaries and juga notepad kosong. Old skool lah katakan, tetap ada elemen menulis secara manual. Eventhough sometime during my research saya dah start guna Samsung Note with S Pen, tapi certain times saya tetap guna method old skool saya iaitu tulis guna pen atas paper. And my smartphone will also act as my video recorder/camera for taking video and images at my research site.

Everyone has its own unique experience to share masa collect data PhD mereka. For me, semua ada kat atas. And of course those yang saya tulis tu adalah yang unik dan bagi saya menarik untuk di share. Ada juga pengalaman macam mana nak obtain permission to collect data at my chose site. So far each of my site did not deny my request, but I need to follow certain procedures. Adakalanya procedure to bersifat repetitve. For example I was given clearance from the relevant authorities higher than the site itself. But I still need to apply back for permission to do research at the site itself. 

Ada sesetengah orang dah stress dah, but saya anggap ini semua experience and process yang perlu dilalui. I even prepare my simplified PhD research proposal to give to them sebab saya tau itu yang setiap dari mereka nak untuk expedite the application process. Paling best sebenarnya, saya pergi sendiri berjumpa mereka face to face rather than just calling them or emailing them. Saya dapat jumpa boss-boss yang luluskan permohonan saya. 

Ada satu tempat ni, masa berurusan dengan staf dia nampak agak sukar, then I decided untuk turun sendiri ke unit tu, bila sampai sana staf dia terkejut saya ada depan mata, terus dia suruh saya jumpa boss dia. Jumpa je boss dia, sembang lebih kurang pasal PhD saya, and the boss suka betul dengan topic saya. Jadi menarik pula topic yang kami bualkan. So in the end, boss terus endorse my application. Siap cakap kalau you need anything just call my number, I am willng to help. 

Good PR is one of the key in winning something. 






No comments:

Post a Comment