Tuesday, May 21, 2019

Bikin Moped



Salam 15 Ramadan. Alhamdulillah pejam celik pejam celik kita dah sampai ke 15 Ramadan. Sebelum ini saya langsung tidak ke bazar, tapi sejak beberapa hari cuti ini, saya berkunjung ke bazar untuk membeli roti john. Itu pun sebab anak saya suka makan roti john. Rasanya baru beberapa hari ini yang dia tiba-tiba suka makan roti john. Actually, saya pun tak pernah bagi dia rasa, ingatkan tak suka.

Back to tajuk Bikin Moped, dah 15 hari saya bersama-sama super moped saya. RS150. Kalau dilihat dari segi spec, memang powerful dalam kelas underbone 150cc ni. Terutama untuk kategori 4 lejang. DOHC memang terasa terutama waktu memotong. Top speed belum try lagi tapi ikut kawan-kawan yang dah guna, 130-140 itu biasa untuk top speed sebelum cut off. Saya lebih gemar pickup kerana penting untuk memotong di jalanraya urban. 

Membeli moped banyak benefit nya terutama jika kita kerap gunakan jalan-jalan yang sibuk dan sesak seperti di kawasan rumah saya. Bukan tak nak beli sports bike tapi saya bukan kerap pecut di highway. Lagipun moped lebih praktikal untuk letak box isi barang-barang.


So, setakat ini saya cuma bikin benda-benda yang safety sahaja. Safety dari konteks ini ialah untuk lindungi motosikal jika ianya terjatuh. Saya dah bikin lever guard jenama Espada, Lever set jenama Racing Boy dan engine slider Rapido. Semuanya saya bikin di kedai Racing Boy selepas saya semak list auhorized dealer terdekat dengan rumah saya. Engine slider ni ada yang kata tak elok sebab nanti kalau jatuh menekan enjin dan mengakibatkan ia bertambah hancur. Entahlah, pengalaman rakan-rakan yang jatuh motonya membuktikan enjin mereka selamat dari calar dengan adanya slider. 


Lever RCB menggantikan lever original. Bagusnya lever ini ialah, dia rasa lembut dan pemegangnya pun pendek. Ketika saya menggunakan lever original, jari saya sakit. Lagi-lagi ketika itu baru belajar bawak motor clutch, enjin pun senang mati. Masa mula-mula pasang lever ni, pomen RCB setting klac pendek. Lepas sikit pun moto bergerak. Tak lepas klac pun moto bergerak, dah macam moto cubprix. Di traffic light, saya terpaksa tekan brake sebab moto sentiasa nak kedepan. Nak free kan gear punya susah. Terpaksa matikan enjin atau pun tolak sedikit moto ke belakang. Saya ke kedai RCB kembali dan pomen setting klac saya seperti biasa. Alhamdulillah sedap dibawa sehingga sekarang. Lever sebelah klac pula saya jarakkan sedikit supaya klac saya boleh ditekan tanpa menyentuh lever guard.

Tak lupa radiator guard dan racing boy racun pasang engine cover depan sekali. Walaupun ada yang kata nanti takut enjin saya cepat panas, tapi saya bukan selalu long distance pun. Lagipun takde bukti kukuh angin kurang masuk sebab engine cover tu di design untuk masuk angin, cuma lubang angin di design agar susah sikit batu-batu nak masuk. Sebelum ni ianya terlopong sahaja. 

So far, dah beberapa kali ride dekat-dekat dengan kawan saya Amir yang menggunakan RS Repsol. Kadang-kadang ride sorang sorang merayau sana sini. Kedai moto ada bagi saya additional disc lock tapi saya tak gunakannya. Mula-mula macam malas nak guna, cukup sekadar handle lock. Lagipun setakat ini saya jarang ke kedai lama-lama. Banyak ride on the road sahaja. Lately, geng-geng YSuku di ofis saya pun dah start lock disck masing-masing. Lagipun dekat-dekat nak raya ni takut ada yang berkenan dengan moto saya. So saya ke Hole Shot untuk membeli Xena original Disc Lock. Harganya RM 140. Saya beli sekali dengan helmet and visor cleaner. Dapat lah diskaun sikit. Kebetulan owner pun satu sekolah dengan rakan lama saya. 


Xena ni nampak kukuh mangganya. Sekarang saya tiap kali berhenti saya akan guna kan Xena. Alang-alang beli mahal baik guna je. Lagipun saya nak train diri saya supaya tak lupa dengan kewujudan mangga ni di disc. Tak nak la terus naik moto dan lupa buka mangga. Kalau dah kerap guna lama-lama kita akan ingat.


Posisi mangga Xena ni saya ikut kesesuaian tempat dan masa. Kadang-kadang saya letak di belakang, kadang-kadang di depan. Ada yang kata lebih secure di belakang sebab susah nak tanggalkan. Ada yang cakap kalau letak depan, penyamun cuma perlu tanggal disc brake depan sahaja. Apa pun oleh kerana saya tidak tinggal di apartment, dan moto berada dalam kawasan rumah saya, saya tak kisah letak di mana-mana pun. Cuma ada ketika saya masuk kedai agak lama, jadi saya akan letak mangga di disc belakang. 

Warna yang terang akan menyebabkan sesiapa pun notice akan kewujudannya termasuklah yang berniat jahat mahupun tuan punya moto sendiri. Risiko disc nak sangkut taklah tinggi sangat.


Modenas saya masih lagi saya gunakan untuk jalan dekat-dekat. Sayang nak jual moto karburator ni. Ada juga perancangan nak ambil skuter Yamaha Ego untuk isteri ke masjid tapi buat masa sekarang, wang agak kecil. Lagipun sayang dengan moto karburator ni sebab senang sikit jaga. Saya pun membesar dengan enjin kaburator. Baru-baru ni saya ke kedai moto authorized Yamaha service center untuk servis Modenas saya ini dan juga mencari punca kenapa dia mudah mati enjinnya lately ni. Rupanya kabel choke hampir putus dan ini menyebabkan minyak banyak masuk sekaligus menghitamkan plug yang baru sebulan ditukar. 

So alang-alang terus cuci kaburator dan tukar minyak enjin Yamalube 10-40 semi. Beberapa hari kemudian, tukar pula side mirror Yamaha sebab side mirror asal dah patah. So sekarang dalam proses untuk kasi cantik moto ni samada dari segi enjin atau juga appearance. Yang ni kita kasi standard tapi indah. Nak cari coverset custom pun susah. Mungkin next maintenance nak tukar starter sebab starter dia nampak uzur walaupun masih boleh digunakan. Saya agak gundah bawa moto ni on the road sebab speed paling laju pun 80 kmh, itupun dah gegar satu badan termasuk lah badan penunggang. Yang kedua, brake tiada disc. Rasa tak secure. Whateva it is moto ni lah paling berjasa sebab bawa saya ke surau dan juga bawa wife saya ke tadarus. Rasa selamat park moto ni dimana-mana. 


Wednesday, May 08, 2019

Super Moped dah Sampai



Isnin hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa, time ni juga lah super moped saya sampai. Honda RS 150. Masih setia dengan Honda. Motor sebelum ni iaitu Honda Wave 125i saya trade in di kedai yang saya beli dahulu. 

Sebelum RS saya sampai, saya dah kaji di FB berkenaan dengan RS ni. Pada awalnya saya mempunyai pilihan samada nak ambil YSuku atau RS. Di ofis saya, lebih dari 5 orang pemilik YSuku. Macam-macam kaler. Tapi saya tak berkenan dengan YSuku v2 yang baru sebab meter dia digital sepenuhnya. Saya masih old school. Nak kan RPM tu ada jarum. 

Pecah tabung sambil tolak trade in, cukup juga duit nak beli YSuku. Malangnya V1 dah takde. Merata saya cari di kedai-kedai berhampiran rumah saya. Agaknya kalau saya gagah cari di segenap pelusuk Malaysia, boleh jumpa. Cuma saya tak lah terdesak sampai tahap macam tu sekali.

Jumpa rakan lama saya Amir, pengguna setia RS Repsol edition. Test moto dia. Ok not bad. Dalam FB kata tinggi, nasib baik saya okay, takde masalah. Orang kata, still can cope with the height. Tak dinafikan memang tinggi RS ni compare to YSuku.

Ysuku V2 pula kena tunggu. Paling cepat seminggu, paling lambat sebulan. Saya tak percaya seminggu kerana Ysuku memang tengah top. RS pun agak sukar dapat stok. Tapi at least ada dua biji ready stok di kedai saya nak beli. 

Kaji punya kaji, saya pilih RS. Lagi-lagi lepas jumpa kisah suami isteri ke London guna RS dan juga suami isteri ke umrah juga menggunakan RS. Ysuku sebab popular sangat dan lambat dapat, saya reject. Lagi-lagi v1 dah takde. Semua kedai kata cuma ada v2. Tup-tup nampak satu iklan di Mudah, satu kedai ni jual v1 dengan harga 12k. Di kawasan saya, rata-rata Ysuku harga 10k dan keatas, tapi tak la sampai 10.5k. Ada 1 kedai 9.8k. RS agak murah sedikit, boleh dapat bawah 10k.

So saya decide beli RS. Mula-mula pilih kaler merah, malangnya takde stok. Kena tunggu sebulan. Gila betul, dah macam Ysuku. Tanya kedai apa ready stok. Kedai jawab kaler hitam, ada dua. Masa saya datang ambil moto pada 1 Ramadan, sebijik lagi pun dah bertuan. Kencang betul jualan Super Moped YSuku dan RS ni.

Hari pertama bawa, faham-faham lah. Enjin mati sana sini. Maklumlah 28 tahun bawa moto, tak pernah ada moto klac. Kalau bawa pun, bawa kawan punya tu pun pusing-pusing taman.

Waktu saya menulis post ini ialah hari kedua saya bersama RS saya. Hari kedua nampak mula sesuai sikit klac ni dengan saya. Cuma saya perasan RS saya tak sedap bawa dalam taman. Lebih sedap on the road di jalan luar taman. 

Sekarang tengah light modification. Antaranya tukar lever clutch, footrest, UMA Racing Back Pressure ekzos, side mirror yang lebih cantik, crash bar di engine dan rantai O ring. Tengah tengok mana yang perlu dahulu. Kawan saya suggest tukar sport rim tapi for now, ia bukanlah priority. 

Kotak belakang saya guna kotak Givi Bold 32L saya yang lama, yang saya pasang di Wave. Monorack sahaja yang baru, heavy duty. Minta Givi dapat Kappa. Kedai kata satu company. Tak sempat nak siasat betul ke tak. 

Apa-apa pun, selamat menunggang and ride safely. 

Sunday, May 05, 2019

Selamat Berpuasa Dan Menyambut Ramadan



Selamat Menunaikan Puasa dan Menyambut Ramadan. Ingat, berpuasa bukan masa untuk melantak makanan ketika berbuka puasa. Ia lebih kepada kesederhanaan. 

Saya pernah melalui zaman melantak ketika berbuka puasa sehingga tersandar kekenyangan. Masa tu pula masih merokok. Lepas minum air manis satu kole besar, makan pula nasik dan lauk. Kemudian bedal pula kuih muih sebelum tersandar sambil merokok. Mata dah kuyu. In the end, tertidur tanpa terawih. Tersedar jam 10 malam, makan pula murtabak yang dibeli serta air panas seperti teh tarik atau milo. Lepas tu tak tidur sehingga jam 2 pagi. Sebelum tidur makan lagi nasik. Kononnya sahur awal.

Badan memang kaw-kaw naik masa tu. Orang lain puasa turun kilo, saya naik kilo. Tu belum kira sambut Aidilfitri. Macam-macam juadah di rumah orang. Memang langsung tak kawal kalori.

Apa-apa pun, first day Ramadan akan saya lalui seperti biasa. Super Moped saya juga dijangka akan diambil ada first day Ramadan. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan Super Moped saya selamat sampai ke rumah bersama-sama penunggangnya dengan selamat. 

Banyak yang saya baca berkenaan Super Moped baru saya ini di internet. Menggunakan motosikal injection tak sama seperti guna motosikal kaburetor. Apa-apa pun saya rujuk pada rakan-rakan yang lebih arif dan telah menggunakan super moped. 

Bazar ramadan merupakan satu fenomena yang biasa kita lihat pada bulan puasa. Dulu memang itu tempat favourite. Minggu pertama mesti sakit perut akibat makan juadah yang dibeli di gerai. Paling menakutkan adalah penjual-penjual yang tak berapa mahir meniaga tetapi mengambil kesempatan meniaga di bazar. Memang sakit perut. Kadang-kadang langsung tak sedap. Harga pula agak mahal. 

Setelah beberapa kali terkena, saya dah start pandai pilih gerai. Saya akan pastikan mereka adalah peniaga regular, atau pun restoran. Cuma masalah pembaziran tu tetap ada. Beli lebih dari yang sepatutnya. Kini saya jarang ke bazar ramadan. Tahun lepas pun 2-3 kali sahaja. Tahun ni pun mungkin sama. Beli pun benda yang penting sahaja. Kadang-kadang beli tauhu begedil je. Tu pun dah cukup kenyang. 

Insha Allah kita kawal juga nafsu makan ketika iftar. 

Thursday, May 02, 2019

TV Dan Nostalgia


Sambil-sambil tunggu internet banking diselenggara, saya layan movie di Astro. Cerita Transformers. Lately ni saya suka tengok cerita-cerita yang beberapa tahun kebelakang. Rasa best pulak. Itu tanda dah berumur, sukakan perkara yang mengembalikan Nostalgia.

Bercakap mengenai Transformers ni, teringat zaman sekolah. Kartun Transformers di TV petang-petang. Memang best betul tengok Autobots lawan Decepticon. Mainan Transformers masa tu laku sungguh. Saya tak berapa ingat harganya tetapi agak mahal. Ayah pun tak bagi sangat saya beli, seingat saya ada dua tiga sahaja mainan Transformers saya. Logo di robot tersebut pula apabila digosok akan berubah-ubah warna. Tanda original kononnya. Zaman tu susah nak cari mainan klon. Sekarang mudah sangat. Dijual merata. 

Antara kartun zaman sekolah waktu itu, selain Transformers, ialah Thundercat, He-Man, Captain Future, Voltron dan banyak lagi. Sekarang bila rindu nak bernostalgia, search at Youtube. Then buka Wikipedia and Google those title. Easily can refresh memory regarding those cartoon. 

One of the advantages of the internet is we can get back our child memories. So far all those cartoons semua ada dalam internet. Right now as I am watching Transformes the Movie on my LED TV, saya jamin TV saya ini akan menjadi nostalgia juga pada anak-anak saya. Maybe bila mereka dewasa, tiada lagi Satellite TV seperti Astro. 


Monday, April 29, 2019

Motor Super Moped

Semakin lama semakin ramai kawan-kawan saya samada yang sebaya, lebih junior ataupun yang lebih tua beralih pada motosikal kapcai yang agak berkuasa. Panggilan yang sesuai ialah super moped atau super kapcai. Kira high end tapi dalam kategori kapcai. Enjin pula 150cc dan berklac. 

Kenaikan kos bahanapi ditambah dengan kos alat ganti menyebabkan mereka memilih super moped. Bukan tak mampu memiliki superbike, mereka pilih praktikaliti untuk kehidupan seharian tanpa compromise power of the motorcycle. Ada rakan-rakan yang mempunyai motosikal atas 150cc pun kini memilih membeli super moped. Tak kurang juga yang sedang dalam proses mengumpul duit untuk memiliki super moped secara tunai. 

Sejarah penggunaan motosikal dalam hidup saya ini bermula dari saya sekolah menengah. Honda C70 ayah saya merupakan motosikal pertama saya. Digunakan untuk ke sekolah. Saya adalah antara beberapa pelajar yang naik motosikal sendiri ke sekolah. Ketika itu saya bersekolah di bandar raya. Kerap kali juga kena tahan polis sebab mereka nak check lesen. Ada juga kena marah sebab lesen L tapi bawa dua orang. Ini kisah saya Form 4.

Masuk Form 5, saya bersekolah di luar bandar. Kedudukan di selatan tanahair, tapi tak jauh dari bandaraya. Ayah saya belikan saya motosikal Yamaha 100 Sports. Lama saya guna motosikal ni. Hampir 8 tahun. Dari sekolah hingga ke zaman ITM. Pernah tergolek dua kali naik motosikal ini. Kali pertama tergolek  adalah yang paling teruk namun tak lah sampai masuk hospital. Cuma masuk klinik kesihatan sahaja. 

Zaman ITM saya kehulu kehilir dengan Yamaha 100 Sports saya. Tayar TT100 berharga sekitar RM 20 masa tu. Dapat pakai tayar tu letak di belakang, memang lap cecah lutut. Moto masa tu memang barai, jarang tukar minyak hitam. Pakai selagi boleh, maklumlah zaman student. Dengan seat koyak, ekzos pula tukar silencer, kasik bising. Moto zaman 2T, memang bunyi bingit. Sampai kena toreh seat moto sebab bising sangat. Absorber standard saya gantikan dengan absorber RXZ sampai terangkat bontot moto tu. Lama-lama tukar balik ke standard sebab merosakkan rantai dan sproket. Pernah sekali bawa moto tu tiba-tiba takde respon dengan pulasan throttle. Bila check tepi jalan, rupanya sproket belakang licin, nasib baik rantai tak tercabut. Memang aspek safety sangat zero zaman tu.

Time hujan lebat, saya redah je. Sampai traffic light, lampu hijau, pulas throttle, enjin mati. Plug basah. Dah kena tolak moto cari tempat teduh, dengan hujan lebat tak pakai baju hujan. Agaknya masa tu semua orang tengok saya rasa kasihan. Tapi masa tu saya tak kisah apa pun, yang saya kisah cuma rokok dalam poket seluar basah semuanya. Cuma saya perasan during that time, petir tak sekuat sekarang. 

Isi minyak dua ringgit pun boleh merata jalan. Kadang-kadang isi minyak seringgit. Tempat favourite isi petrol masa tu di stesyen minyak seksyen 3 Shah Alam. Dulu takde McD di situ. Kadang-kadang tuang sikit 2T dalam tangki petrol kasi asap banyak. Memang langsung tak peduli pasal pencemaran udara.

Paling legend, nombor plet depan belakang takde. Kehulu kehilir bawa moto tanpa nombor plet. Roadblock pun lepas, last-last sangkut kena saman dengan pengawal keselamatan ITM. 

Depan moto tu saya letak lambang tengkorak warna merah. Cover depan saya spray hitam. Body masih merah. Sampai sekarang rakan-rakan ITM ingat lagi. Bila jumpa saya mereka akan tanya, moto tengkorak ada lagi ? Saya jawab masih ada tapi sekarang dah suci murni. Moto tersebut ada di kampung digunakan oleh sepupu saya. 

Bila dah kerja, ambik Yamaha110 SS ayah. 100 Sports pulangkan balik. Masa tu saya dah ada Proton Saga 1.3 kelabu. Beli second hand, plet TN. Yang lucunya, dah sekian lama pakai, baru perasan plet depan dengan plet belakang tak sama nombor. Berbeza kedudukan dua nombor. Contoh depan 1234 belakang 1243. Kereta ni pun jarang saya guna sebab pergi kerja naik moto. Konvoi dengan kawan saya Amir Hamzah. Dia naik Ex5 masa tu. Kalau hujan je naik kereta. Keluar malam saya akan naik kereta sebab lampu moto zaman tu tak terang. Masa tu nak pakai moto klac, dapat 110SS suka dah, cuma SS ni klac hidup. Tak pakai klac pun dia boleh masuk gear.

Balik dari sambung belajar di UK, mak kasi kereta dia Proton Saga 1.5 putih. Megavalve. Power enjin dia zaman tu. Moto SS ayah ambil balik nak pakai. Time tu kerja pakai baju pejabat, nak pakai moto macam leceh sebab takut berdebu. Tapi memang dah set nak ambil moto klac macam Aprilia atau Cagiva Mito. Tinggal nak kumpul duit je. Tapi orang tua agak bising. Pejam celik pejam celik, bertahun-tahun la saya tak naik moto sampai jadi cuak nak naik moto on the road.

Tapi minat nak bersuperbike masih tak padam. Ada sekali hampir juga nak beli R1. Tapi bila tengok harga ditambah zaman tu takde sangat loan-loan macam sekarang, terus tak jadi. Sampai la beberapa tahun lepas bila saya angkat kembali motosikal baru. Modenas MR1 pilihan saya. Beli di Hiap Aik. Pakai 2-3 tahun, buat full settlement loan dengan tempat kerja. Saya upgrade ke Wave 125i. 

Masa tu wife pun guna moto untuk mengaji di taman perumahan kami. Bila saya nak upgrade dari 97cc ke 125, kami dah tinjau kedai moto yang ada. Wife dah pegang Y15 masa tu. Berkenan katanya. Saya pun dah seronok walaupun masa tu tak terfikir nak pakai super moped. Tapi bila tau ianya berklac terus dia tak jadi. So saya pun ambil la Wave 125i. Ingatkan nak jual Mr1, dah ada 3 orang ready buyer. Sekali wife tak suka pula naik Wave 125i, tinggi sangat katanya. Dah terpaksa maintain dua motor. Macam Bob YP pulak ada moto banyak. 

So baru-baru ni, tengok kawan-kawan pun semua dah beralih ke super moped samada Y15 atau RS150, saya pun ambil keputusan trade in Wave saya dengan kedai yang saya ambil. Ironi nya geran Wave ni saya lupa ambil dari kedai saya beli tu. So saya ke kedai tu cakap nak trade in sambil check geran. Setahun geran tu di tangan kedai. Dan tadi budak kedai tanya abang nak ambil balik ke, saya jawab tinggal je lah sebab nak trade in dengan super moped.

So.. sekarang tengah tunggu kehadiran Super Moped. Nombor plet dah tempah di JPJ tadi. Mungkin dalam minggu ni saya akan dapat motor klac saya. 





Sunday, April 21, 2019

Berus Gigi Elektrik vs Manual


Semalam saya ke iCity Mall untuk meninjau SOGO yang baru dibuka. Masuk ke Guardian dan ternampak berus gigi Oral B yang menggunakan bateri. Kita panggil dia electronic toothbrush. Ada 2 jenis yang dijual iaitu  Oral B Pro 500 yang berharga RM 249 dan Oral B Vitality yang berharga kurang RM 100 dari Pro 500. Jenuh juga belek packaging nak tengok apa kelebihan PRO 500 sehingga menyebabkan ia lebih RM 100 mahal. 

Tanya staf situ pun jawapan yang diberi kurang convincing. Tengok head brush kedua-dua sama je. Last-last terpaksa Google guna mobile data. So, main difference yang saya dapat dari Google is Pro 500 tahan 7 hari single charge while Vitality tahan 5 hari. The second one is Pro 500 ada 30 seconds timer interval untuk ingatkan kita supaya alihkan berus ke zon gigi yang lain. Vitality cuma ada 2 minutes timer. 

FYI, 2 minutes is the recommended minimum time untuk berus gigi. Sejak guna electronic toothbrush Guardian yang berharga RM 35 sejak beberapa minggu lalu, saya sering berus lebih dari 2 minit. I decided to buy the Oral B because my Guardian toothbrush dah tak berapa betul button on off nya. 

So after weighing kedudukan kewangan saya, I decided to go for Vitality and add one head brush. Lebur juga RM 200. Balik rumah terus charge for 16 hours and pagi tadi bangun dengan penuh semangat sebab nak try benda baru. Not bad because I come from a Guardian electronic tootbrush user. Masa mula-mula guna Guardian toothbrush tu, menyumpah juga sebab gigi rasa sakit. Tak biasa. Bila baca dalam internet, memang cenggitu rupanya jika kita beralih from traditional toothbrush to electronic. 

Since saya datang dari electronic toothbrush juga, so bila tukar ORAL B ni tak rasa apa pun. So, big question is, what is the benefit of using electronic toothbrush compare to the traditional one.

Healthline.com ada jawapannya. Saya ekstrak some of the answers from their website. The full version can be found here.

Antara kebaikannya ialah mereka claim guna electronic toothbrush menjadikan gigi lebih bersih sebab berus tu bergerak lebih pantas dari pergerakan tangan yang guna untuk berus secara manual. 

Memang kalau kita tengok pun ada kebenaran. Dah la lebih pantas, pergerakan lebih stabil. Tangan tak lenguh. Kadang-kadang saya sambil pejam mata layan kepala pun boleh berus gigi. Lenguh pegang je.

Harga mahal pula merupakan faktor utama kelemahan electronic toothbrush. Just imagine, alat pun dah mahal. Belum dikira brush head dia. RM 50 dapat dua. Lagi satu pula, permasalahan dari segi bateri dan charging. Guardian menggunakan bateri. Agak senang sebab kalau bateri habis masa tengah gosok, masukkan je bateri baru. Provided that you have a spare battery in hand la. But kalau yang charging ni, problem is kalau berus gigi mati masa tengah gosok, kena charge. Masa charge pula tak boleh guna untuk gosok. Shot nanti.

Kalau travel pula kena bawa charger sekali. Kalau guna bateri, just buy the batteries. Kalau tak guna apa-apa (manual toothbrush) lagi bagus. 

So the bottom line is, each ada pros and cons. For me, travel memang saya bawa berus gigi manual. Dalam setahun bukan kerap sangat pun saya travel, so no harm. Yang penting, keep on brushing your teeth. 

Monday, April 15, 2019

Pengalaman UMRAH v.1

Melukis Kaabah di dalam Masjidil Haram

Susulan dari entri sebelum ini dimana sambungannya saya coretkan di sini. Saya dan keluarga tiba di KLIA2 kira-kira jam 12 tengahari. Seminggu sebelumnya saya mengalami kecederaan otot betis kanan ketika bermain bolasepak untuk tempat kerja saya. So, memang bertongkat lah saya. Nasib baik di KLIA2 ada perkhidmatan buggy. Flight kami menaiki Air Asia X bertolak pada pukul 1845hrs. Sekitar jam 1400 hrs kita dah start check in dan urusan mengambil passport dari wakil travel agency. Saya menggunakan perkhidmatan Tiram Travel. Jangan ditanya bagus ke tidak sebab ini kali pertama saya menjalani ibadah umrah. So far, semuanya okay dan bagus. 

Di KLIA2 saya dan jemaah lain memakai ihram. Saya menukar pakaian ihram ketika waktu hampir masuk Asar. So, first time solat menggunakan kain ihram. Saya dan family saya antara yang lambat boarding. Maklumlah kaki saya terhencut-hencut menggunakan tongkat. Sepatutnya saya guna wheelchair percuma di terminal, tapi malas pula.

Perjalanan 9 jam ke Jeddah tiada apa yang menarik cuma saya agak kesejukan. Nasib baik kain ihram tebal. Dua kali makanan dan minuman diberikan di atas flight. Antaranya ialah the famous Nasi Lemak Pak Nasser. Not bad juga rasa nasi lemak tersebut. 

 Air panas as usual kena bayar. Saya tak order. Sepanjang perjalanan gelap sahaja sebab malam. Sehinggalah kami dikejutkan oleh pengumuman pilot yang kami akan melintasi miqat. Sebenarnya duration from the first announcement to sehingga melintasi miqat dimana kita perlu niat pun almost an hour. Kalau Air Asia X, tips dia ialah after our second meal, around 30 minutes kot akan ada first announcement on miqat.

So bila kami melintasi miqat, our mutawif dah lead baca niat. Sebelum tu pun dia akan pastikan kami semua dah memakai ihram.

We arrived in Jeddah around 2315-2330 hrs. Lepas turun flight kami kena naik bas. Ingatkan jauh perjalanan bas, rupanya dekat sahaja. Di terminal, kami melalui imigresen Saudi. Kena scan 4 jari kanan dan kiri kecuali ibu jari. Mereka suka betul dengan anak lelaki saya yang berusia 7 tahun. Anggota imigresen yang uruskan saya dan anak lelaki saya suka membuat lawak cuma saya tak faham sebab dalam bahasa Arab. English beliau very basic. Dia tanya nama kita, kita jawab. 

Di Jeddah, kami berjalan menuju ke tempat bas. Selepas boarding bas, kami meneruskan perjalanan ke Makkah. Kira-kira satu jam. Saya memerhati luar tingkap mencari padang pasir. Tapi cuma nampak kegelapan. Bas kami berjenama Yutong. 

Sampai di Makkah, saya rasa teruja apabila ternampak Clock Tower yang menandakan kami hampir sampai ke Masjidil Haram. Dah jadi kebiasaan saya kalau travel akan memerhatikan detail kawasan sepanjang perjalanan. Tapi disebabkan perjalanan malam, agak sukar nak tengok keadaan sekeliling kecuali bangunan berlampu. Sempat saya perhatikan bahawa kedai-kedai coffee takeaway agak banyak di sini. Stesyen minyak nya besar dan ada standalone drive thru ATM Machine. 
Construction di Makkah.

Tiba di Clock Tower sekitar jam 0230 - 0300 hrs. Saya jangkakan keadaan sunyi namun ianya meleset. Masih ramai manusia berjalan ke Masjidil Haram. Ada yang berjalan pulang. Senang cerita, manusia menjalankan aktiviti seperti siang hari. Cuma kedai-kedai sahaja yang tutup. Ini baru umrah bulan Februari. Tak dapat saya bayangkan Umrah Ramadan atau pun musim Haji.

Kami menginap di Royal Orchird Safwa Tower which is di Clock Tower. Memang tak jauh pun dari Masjidil Haram. Jalan kaki tak sampai 100 meter. Cuma bila dah sampai ke pintu Masjidil Haram tu kena jalan kaki lagi untuk ke ruang solat dihadapan Kaabah. 
Senarai menu di salah satu restoran di Safwa Tower

Makan minum semua included di Hotel Royal Orchird. Saya suka buah oren dia, manis dan besar. Anak-anak pula tak cukup makan di hotel sebab tak kena dengan tekak mereka, diajaknya pula makan diluar. Kita ni orang dewasa memang okay je makan di hotel. Selalunya kami makan di Safwa Tower. Kaki saya tidak mengizinkan kami keluar jauh dari Safwa Tower. Selalunya nugget ayam, fries dan shawarma menjadi kegemaran anak-anak makan di luar. Harga sekali makan kami semua kalau di Safwa Tower tak lari dari 30-40 Riyal. Sejujurnya tekak saya merasakan bahawa makanan arab di Bukit Bintang lebih sedap dari di Safwa Tower. Kalau nak McDonalds pun ada tapi lokasinya di sebelah Safwa Tower, berhadapan juga dengan Masjidil Haram. 
Aiskrim dalam peti di kedai runcit sebelah Masjid Hudaibiyah



Di Makkah, kami ziarah menaiki bas yang disewa oleh travel agency. Dibawanya kami melawat Arafah, Mina dan Jabal Rahmah serta tempat-tempat bermiqat yang lain seperti Jaranah dan Hudaibiyah. Ramai peniaga-peniaga Arab di Jaranah dan Hudaibiyah dan semestinya harga lebih murah dari peniaga di dalam Safwa Tower. Cuma kualiti agak berbeza. Aiskrim yang dijual di Jabal Rahmah amat menarik. Cuaca waktu ni agak dingin tapi kami makan juga aiskrim. 
Masjid Jin. Pemandangan dari dalam Bas. Bangunan sebelah tangga tu adalah masjidnya.

Dalam perjalanan, kami melalui Jabal Nur iaitu terletaknya Gua Hira. Tinggi rupanya Jabal Nur. Selalu baca dalam buku, bila tengok live baru rasa malu dengan Rasul Allah yang bersusah payah mendaki Jabal Nur sedangkan kita senang pula untuk melanggar suruhannya. Kami juga melalui masjid Jin. Dah moden masjid ni, lokasi pula terletak di celah-celah bangunan. Sekali pandang macam masjid/surau di stesyen MRT.

Cukup disini dahulu coretan pengalaman. Next akan ke Madinah pula.







Saturday, April 13, 2019

When Easy Things Goes Awfully Hard


Learning and educating people nowadays is much more easier than before. We have lotsa tools that can help us. Be it picture or sound, even videos and multimedias, these are the things that can be use in teaching and learning. 

Dengan kemajuan internet, in Malaysia we can have online  learning too. Saya sendiri boleh post soalan dari rumah sambil berenak-enak. Nampak mudah. Mungkin yang sedikit sukar ialah apabila software yang digunakan sebagai platform pembelajaran agak kurang user friendly. 

Dulu, speed internet di Malaysia agak kurang memberangsangkan. Saya pernah guna dialup, kemudian menggunakan broadband dan sekarang high speed broadband. Sekarang speed memang laju compare to connection sebelum ini. Speed zaman sekarang bersesuaian pula dengan content yang ingin dilihat.

Even though saya terjumpa complain speed tak cukup laju, but usually culprit dia adalah hardware kita sendiri yang tak bagus. Kadang-kadang modem panas dan jadi bengong. Ini saya alami sendiri sehinggalah saya tukar modem, baru lah dia stabil. Ada 3 kali sahaja connection saya putus. First disebabkan kerosakan hardware TM sendiri di luar rumah saya. Kedua, kontraktor rennovation rumah jiran patahkan wayar fibre optic saya dan yang ketiga, seluruh kawasan perumahan saya termasuk sebelah menyebelah connection down disebabkan hardware besar TM rosak.

Back to tools untuk educate, adalah sangat tidak berguna jika server untuk software tersebut bermasalah. Sebagai contoh, baru sebentar tadi saya post soalan pada student tetapi bila nak view balik, error. Rupanya site down. Dah terpaksa tunggu dia up balik. See what I mean? Patut reduce time to deliver but now have to wait. 




Friday, March 22, 2019

G Shock Tahan Lasak


Bila melihat keadaan GShock G9000 3V Mudman saya yang telah saya gunakan sejak dari tahun 2010, saya terfikir untuk mencari replacement strap dan bezel. Boleh rujuk entri jam tersebut di sini. Saya beli dengan harga RM 305. Keadaan jam masih sangat baik dengan baru sekali tukar bateri sepanjang hampir 9 tahun menggunakannya.

So, bergegas lah saya mencari kawan-kawan yang bermain GShock mencari strap dan bezel untuk diganti sebab colour dah mula pudar dan bertompok. I actually did not know that we can wash this G Shock. Selama hampir 9 years guna jam ni, bulan Mac 2019 baru lah saya tahu cara nak tukar waktu dan date. And the most funniest things is, baru tau jam ni ada World Time. Meaning that I do not have to adjust the time manually every time I'm out from my local time zone. Sebab tu di Saudi tempohari saya bawa jam Alba analog saya. Senang nak tukar waktu. And unfortunately, jam yang dibawa masuk ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tersebut pecah akibat terjatuh di RnR highway Madinah-Jeddah. Tali pula ketika itu baru diganti di Madinah.

So bila sampai Malaysia, rasa-rasa budget nak repair jam Alba. Time-time gini la I explored my Gshock. Downloaded the e-manual and suddenly I found out how to managed this watch. 

Back to the process of replacing the strap and bezel, I got some negative response from friends. Some said that they do not have the stock, others told me to contact some seller on the internet. I eventually tried searching Marco service center but the location is at KL which I tried to avoid. Tanya kedai, kena tunggu stock sementara diorang order and furthermore, diorang macam tak 100% willing to help us in ordering. 

In the end, terfikir nak jual. One of the reason is mata dah rabun dekat, figure pada jam Mudman ni dah agak sukar nak nampak. Need to find something bigger. Some friends kata G Shock ada harga kalau jual balik. So one morning, I went to my office wearing my Mudman and contact one the staff at my office to find a buyer for me. Dia terus call and asked me to sell my Mudman to him for RM 200. Gaji baru bayar. Katanya dia takde jam and dia memang cari Gshock. Dia datang bilik dan terus ambil jam saya. Now I am 'watchless'. 

So I drove to one of the Gshock authorized dealer nearby and bought myself a new G Shock which is the G6900 - 1DR Tough Solar. Jam ini menggunakan teknologi Tough Solar. Maknanya ada bateri tapi bateri akan sentiasa di recharge oleh kuasa solar.

Mula-mula reluctant juga nak beli sebab fikirkan kena berjemur setiap hari nak charge bateri. Sales girl tu cakap guna cahaya lampu pun takpe tapi macam tak percaya pula. Dalam hati ingat aku ni budak-budak ke kau nak tipu daya ni. Salesgirl tu sampai pelik dengan saya. Dia tanya Abang ni kerja dalam gelap ke. 

Then saya Google teknologi ni dan rupanya ini merupakan salah satu keajaiban Casio. Tough Solar memerlukan sedikit sahaja cahaya untuk charging. Kalau ikut spesifikasi dia, kena sikit cahaya dah tahan 10 bulan normal operation. Cahaya pula tak semestinya cahaya matahari. Cahaya lampu pun boleh. Google lagi user review yang dah gunakan Casio Tough Solar ini, diorang cakap memang tahan. Indicator charging tak pernah muncul di skrin jam mereka. Ada yang kata bateri dia kekal lama sepanjang hayat jam. So memandangkan jam ni size dah okay, design pun dah okay, saya pun beli dengan harga RM470. Ada lagi yang lebih besar dan design pun lagi cantik. Tapi atas lima ratus. Bajet ciput. Ini pun dah topup dengan duit jual Mudman. Ikut kata salesgirl tu, lepas ni Mudman dah discontinue. Memang ada harga. Bila tengok design petak Gshock ni macam menarik tapi harga melantun. Ada yang mampu milik tapi size display pula tak berapa pergi. We work on budget. Ikut kata para netizen, G6900 ni design universal dan paling ramai guna so mudah nak cari bezel dan strap. My next step is to find strap replacement and bezel for Baby G BGA200. Rare item juga ni sebab dah discontinue. 

Below are the specifications of this Gshock taken from Casio International Website.

  • Case / bezel material: Resin
  • Resin Band
  • Mineral Glass
  • Shock Resistant
  • 200-meter water resistance
  • Electro-luminescent backlight
    Full auto EL light, afterglow
  • Solar powered
  • World time
    31 time zones (48 cities + coordinated universal time), city code display, daylight saving on/off
  • 1/100-second stopwatch
    Measuring capacity: 23:59'59.99''
    Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times
  • Countdown timer
    Measuring unit: 1 second
    Input range: 1 minutes to 24 hours (1-minute increments and 1-hour increments)
  • Daily alarms
    5 independent daily alarms (4 one-time alarms and 1 snooze alarm)
  • Hourly time signal
  • Battery power indicator
  • Power Saving (display goes blank to save power when the watch is left in the dark.)
  • Full auto-calendar (to year 2099)
  • 12/24-hour format
  • Button operation tone on/off
  • Regular timekeeping: Hour, minute, second, pm, month, date, day
  • Accuracy: ±15 seconds per month
  • Approx. battery operating time:
    10 months on rechargeable battery (operation period with normal use without exposure to light after charge)
    27 months on rechargeable battery (operation period when stored in total darkness with the power save function on after full charge)
  • Size of case : 53.2×50×17.7mm
  • Total weight : 63gram

Monday, March 18, 2019

M Nasir Solo dan Hukum Karma

Semalam ke Aeon Big Subang Jaya untuk beli barang-barang dapur. Sempat singgah at one of the stalls dalam tu. Stall tu jual CD Muzik. The best thing is dia banyak jual CD Muzik Melayu zaman-zaman 80-an 90-an. Saya dah beberapa kali beli dengan dia. Kadang-kadang siap order lagi dan dia akan dapatkan. Auntie Chinese yang jaga ni nampak banyak knowledge mengenai music scene Rock Melayu. Saya biasanya cari CD muzik zaman kaset saya. Kaset dah rosak, so kena cari CD dia lah. 



Hasil sambaran semalam, dua CD iaitu M Nasir first album SOLO dan Wings Hukum Karma. Album M Nasir ni saya pernah beli zaman kaset. Lagu-lagu dalam tu waktu tu luar kotak. Sedap layan masa nak tidur. Ada satu lagi album M Nasir yang akan saya beli disitu. 


Yang ni pula agak ragu-ragu nak beli sebab kebanyakan lagu dalam ni saya dah ada. Ada certain lagu yang saya bawa jamming. Beli nak lengkap koleksi Album Wings. So sekarang ni ada Hukum Karma, Teori Domino, Jerangkung dalam Almari, Bazooka Penaka dan Naga Kramat. Baru saya perasan ada few songs yang saya takde lagi which is Jerangkap Samar dan Fotostat. Boleh layan jamming lagu Jerangkap Samar lepas ni.

 
 
 

Thursday, March 14, 2019

Pengalaman Umrah (Teaser- Stay Tuned for next Update)



Sedikit tergendala entri ini kerana saya sibuk dengan kerja-kerja akademik. Sekarang pun tengah prepare for my PhD Viva and handling exams questions as I am heading the exam committee. Ditambah pula dengan kecederaan otot tempohari yang, walapun semakin pulih, tapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. 

Saya titipkan dahulu sedikit catatan perjalanan kami sekeluarga ke Saudi untuk menunaikan umrah. Flight kami depart from KLIA2 jam 1845 hours dan sampai di Jeddah jam 2315 hours waktu Jeddah. 9 jam dalam AirAsiaX. Ayah saya yang tak pernah naik Air Asia sebab zaman dia travel cuma ada MAS, terpaksa bayar RM 6 sebab order air panas. Untuk penerbangan pulang pula, flight kami depart dari Jeddah jam 0100 hours (which actually dekat-dekat 0130 hours baru takeoff) dan sampai di KLIA2 jam 1455 hours. 

I will continue with the rest of the story nanti. Transfer dulu gambar plus edit. Cerita tanpa gambar tak menarik. 

Monday, March 04, 2019

Malaysian ATM Withdrawal in Makkah and Madinah


The original title actually says, Message from Boost as that was the early intention in writing this post but as the entry goes on, I began to membebel on ATM withdrawal at Makkah, so I guess that info is much more importang, so I edited the title. Apa pun, saya start juga this post with the boost message. Got this message thru my email from Boost. One of the steps untuk cegah scammer. Maklumlah dunia tanpa sempadan, semua online, so scammer pun semua IT literate juga. 

Scammer dan hacker adalah dua ancaman utama para penggemar online ni. Hacker tak perlu nak bersusah payah pecahkan password kita menggunakan software. Kadang-kadang mereka guna reverse engineering which is menyamar jadi official representative dari apps yang kita guna. Kemudian mereka guna teknik tipu helah sampai lah kita terpedaya nak dedahkan password.

Manusia zaman sekarang too lazy to pick up the phone and talk to someone or even write an email. Mereka dah dalam serba serbi mudah. Ada connection internet and they will text someone. Even customer service. So bila account apps mereka dah di compromise, tindakan yang diambil untuk repair the damage adalah lambat. Takes them some time to make a call (which receive a faster response sometimes), or even make it to the customer service building to lodge a report (if you happened to stay nearby la). 

For me, I've been using various kind of apps. Boost is the latest one. But honestly, I just installed and register my username. Guna belum lagi. Yang saya kerap guna adalah apps bayar resit parking and sometimes my internet banking apps. Mostly I still prefer using my MBA for internet banking unless its really important where time is so gold. So la sangat.

Remember last month when I was at Saudi, asyik hilang je ahli keluarga di Masjidil Haram. Masing-masing takde line phone. Kalau ada pun segan nak guna sebab roaming auto ni seminit Rm 5. Guna when its really necessary. Both my mom and dad pula tak on handphone. SMS send is RM 1 per sms. I know this because I also brought my Maxis and Digi prepaid along while my wife's using her Celcom prepaid. Luckily balance checking using shortcode tak kena tolak duit.

So in the end, I bought the Celcom 7 day roaming passport through the Celcom Apps. Dapat 6GB internet and unlimited call and sms to/from Malaysia and to/from Saudi. Whether its Saudi sim or Malaysia sim does not matter, its unlimited. The roaming partner is Mobily, Zain and STC. Itu sahaja Telco yang available di Saudi. Tapi harga pun agak hefty juga, RM 138 for 7 days. But my mutawif gelak sebab saya on that roaming passport a day before going to Madinah. Masa kritikal awal-awal di Makkah, tak on pula. Rate and offerings do change from time to time so check this link out for the latest offering. Kalau link tak work, just go to the Celcom website and find the roaming section or check it out at the Celcom Apps.

Managed to call my bank's customer service at number 03-xxxxxxxx dan bercakap dengan customer service dalam 10 minit juga including waiting for them to pickup my call. Ingat lagi my first intro was, Hi, I am Nizam and I am calling from Makkah right now. So kelam kabut la that guy at the end of the line to entertain me because it was an international call. The reason was, I tried to withdraw money using my ATM Card but it failed. The ATM machine at Safwa Tower gave me this notice, PLEASE CONTACT YOUR BANK. So I contact my bank..hahaha.

Rupanya bila that guy checked, my card had already been activated for overseas withdrawal. He suggested that maybe I tried to withdraw my money during the daily maintenance period at 0001hrs-0100 hrs. Maybe jugak la sebab at Makkah masa tu belum midnight. Minus 5 hours behind. The guy told me jugak yang based on the system, my ATM card had been activated. Yeah, I activated thru the internet banking a week before going to Saudi. I even changed to a new ATM card so my ATM chip will be a new clean one.

But one thing I forgot is sepatutnya I call the customer service a day before departing to Jeddah just to make sure. In the end, rupanya ATM di escalator Safwa Tower tu problem, bila turun bawah guna ATM di ground floor, senang je keluar. And mind you, the rate is good bila guna ATM withdrawal compare to moneychanger di Malaysia and Saudi. Dua-dua moneychanger saya dah guna. Cuma bila kenangkan withdrawal charges Rm 12, maybe plus minus almost the same lah. Cuma rasa safe sebab tak perlu bawa cash banyak sangat.

Time guna ATM dapat la seketul Saudi Riyal (SR) 500. Pening juga nak pecah semata-mata nak beli Shawarma SR 10. So that was my experience using my local bank's ATM machine. Another thing is my bank immediately sms me the amount of withdrawal in RM right after I finished my withdrawal at Makkah and Madinah. At that time I had bought my Celcom Roaming Passport 7 day. 

So that's some info on ATM withdrawal and roaming in Saudi.
 

Thursday, February 28, 2019

Februari 2019 Bulan Kecederaan


Ini bukan kali pertama saya mengalami kecederaan ketika bersukan ataupun terjatuh. Tangan saya sering terseliuh di pergelangan tangan samada terjatuh ataupun bersukan. Kali ini otot betis kanan saya pula koyak. Walaupun koyaknya tidak seteruk kecederaan kali pertama di betis kiri pada tahun 2012, namun kali ini saya rasa lebih azab. Ini kerana ia koyak 3 kali di tempat yang sama dalam masa tidak sampai sebulan.

Kali pertama ianya koyak adalah pada perlawanan bolasepak mewakili tempat kerja saya pada 29 Januari 2019. Terpaksa diusung keluar padang. Ketika saya turn, betis kanan saya bergegar seperti digoncang dengan tangan. Saya terus berhenti kerana sedar otot saya mungkin koyak atau sekurang-kurangnya stretch. Bahasa perubatannya ialah muslce sprain. Walaupun saya tau koyaknya tidak serius kerana ketika muscle betis kiri saya koyak pada 2012, saya merasa seperti dipukul dengan reket badminton dengan kuat. Kali ini ia cuma seperti digegarkan dengan tangan sahaja. 

Nak jadi cerita, selepas muslce saya sprain, waktu itu lah pula bola dihantar pada saya. Dapat juga saya pass kembali sebelum saya menjatuhkan diri. Pengadil datang bertanya permasalahan saya dan saya mengatakan bahawa muscle betis saya koyak. Saya diusung keluar padang. Physio pasukan kami membuat assessment awal. Hasil assessment beliau mengatakan bahawa otot saya tidak koyak, mungkin fiber ada sedikit koyak dan tegang. Rawatan awal diberi.

Malam itu saya tidur dan alhamdulillah tiada rasa sakit ketara pada betis. Cuma ia terasa tegang ketika berjalan dan apabila diregangkan kaki akan rasa sakit. Tahun 2012 sewaktu muslce betis kiri saya koyak, saya merasa sakit cramp yang tidak kesudahan ketika tidur pada malam hari. Mungkin kali ini saya meletakkan ais pada muslce yang sprain menyebabkan tiada kesakitan. Dulu tak gerak kaki pun sakit. 2012, muslce saya koyak gred kedua. Sebulan MC. Ini disahkan oleh pakar dari KPJ.

Namun kecederaan kali ini merisaukan saya kerana saya akan ke Mekah pada 7 Februari. Memang I was rushing to get at least 80% recovery. Dua kali mengunjungi physio di perubatan swasta namun masih gagal mengembalikan pergerakan kaki seperti asal atau sekurang-kurangnya berjalan tanpa tongkat. Solat memang tak boleh duduk. 

In the end, bertongkatlah saya ke Tanah Suci Mekah. Ketika hari pertama di Mekah, kaki saya dipijak pula oleh Pak Arab di eskelator Safwa Tower. Menjerit saya. Makin bengkak kaki saya. Rasa tegang sangat otot saya ketika dipijak. What happened during my Umrah akan diceritakan di entri yang lain. Ketika mahu pulang ke Malaysia, saya sudah boleh berjalan tanpa tongkat. Di airport Jeddah pun jalan semakin laju. Sehingga tiba di KLIA pun jalan laju. Tongkat tu dah jadi memori.

First day di Malaysia 18 Februari, saya selsema teruk sehingga hidung berdarah. Sebenarnya di Madinah pun dah macam tu. Cuaca sejuk di sana. Pada 19 Februari saya ke klinik berjumpa dengan doktor. Dia tersenyum sebab tengok kaki saya dah okay. Cuma ada sedikit jalan berdengkut katanya. 

20 Februari, saya ingin start motosikal saya. Sepatutnya guna starter tapi saya biasanya pagi-pagi memang saya guna kickstart. Kaki pun dah 80-90% elok. Saya jangkakan hujung minggu ni dah boleh start cycling slow slow. 

Sekali saya start moto, tendang kickstart, meletup kembali otot betis kanan saya. Terasa bergegar dari ankle hingga belakang lutut. Terus terduduk saya. Termenung memikirkan kesilapan besar saya. Kemudian saya masuk ke rumah dan letak ais. Masa tu kaki dah bengkak. Otot saya macam ada bengkak seperti batu keras. Dah kembali bertongkat. Memang sedih rasanya. Saya rasa kali ini lebih teruk kecederaannya tapi saya tak ke klinik. Guna ubat otot yang sedia ada. Kalau ke klinik ni mau lama juga MC. Kerja dah la banyak. So bertongkatlah saya kembali. Sekarang dah hari ke 8. Dah mula tak bertongkat cuma jalan masih dengkut cuma dah semakin laju. Tapi nak duduk solat masih sakit. Dah hampir sebulan tak dapat solat dengan sempurna.

Inilah bulan kecederaan saya. Di bulan ini juga saya berpeluang menjadi Tetamu Allah dan Rasulallah. Berpeluang hadir di Raudhah. Berpeluang bersolat di hadapan Kaabah. Walaupun dalam keadaan bertongkat. Semua itu ada hikmahnya, dan saya masih belum jumpa lagi, cuma saya yakin ia pasti hadir. 


Friday, January 11, 2019

Cabaran Awal 2019


Alhamdulillah selesai bayar yuran submit tesis PhD saya. Di dalam keadaan mamai, wife temankan ke kaunter pembayaran. Pada hari yang sama juga, co supervisor PhD saya last day bekerja. Ini antara demam saya yang paling lama sejak kena denggi beberapa tahun lepas. Ketika itu saya di peringkat literature review. Dan kini di peringkat submission, kena lagi demam virus yang memakan masa hampir 5 hari. 4 hari MC diberi dan satu hari tu saya sengaja tak lapor diri dihadapan doktor sebab ada acara wajib yang perlu dihadiri iaitu presentation LI student saya. Mereka datang dari jauh, kalau saya postpone sudah tentu menyusahkan mereka. Dalam keadaan tak berapa betul, saya gagahkan juga dengar presentation mereka. Nasib baik ada rakan sekerja yang turut sama jadi panel.

Ini cabaran di saat waktu kritikal kami yang bergelar ahli akademik, di saat nak marking segala macam tugasan dan assignment, dugaan akan datang. Dalam hal saya, ayah pula dimasukkan di hospital akibat suspek jangkitan kuman. Dia dalam keadaan mamai dan tak bermaya, mata tak boleh buka. Terpaksa dihantar ke hospital menaiki ambulans. Mak keseorangan di rumah. Saya balik pada Jumaat, teruskan tinggalkan keluarga saya menemani Mak dan ziarah Ayah. Nampak Ayah agak lemah. Saya suspek, Ayah demam sebab hari-hari duduk di kebun lama-lama. Kena pula cuaca di kampung memang panas sekarang.

Sepupu saya driver ambulans di hospital sama suruh saya balik temankan Mak. Dia akan jaga Ayah di hospital. Lagipun katanya dia bebas keluar masuk tanpa halangan.

Alhamdulillah, memang dia jaga Ayah. Saya hanya datang cover pada waktu siang. Ayah pula buat hal, asyik nak keluar hospital. Jarum drip air dicabutnya sehingga berdarah tangan. Akhirnya nurse terpaksa ikat tangan Ayah. Masa ni pula pihak universiti suruh saya segerakan submission tesis saya. Kusut pula kepala. Dengan final exam paper yang tak marking lagi. Mak pula lemah di rumah. Malam-malam saya tidur-tidur ayam jaga Mak di rumah. 

Akhirnya bila Ayah discaj saya lega. Mak pun bertambah kuat. Dah boleh gurau dengan menantu dan cucu-cucu dia. Adik Mak dari KL pun sampai nak stay jaga mak dan ayah hingga betul-betul kuat. Saudara mara lain pun ramai yang datang. Baru Ayah dan Mak tau sangat la ramai yang ambil berat. Bila keadaan dah agak stabil, saya pulang kembali ke rumah.

Hari pertama sampai rumah boleh lagi jalan-jalan dengan famili. Hari kedua, adalah hari pertama masuk tugas selepas cuti jaga Mak dan Ayah. Masa ni kewangan memang dah nipis sebab dah banyak habis duit beli barang-barang sekolah anak-anak. Tak lupa juga yuran-yuran mereka seperti Yuran Van, KAFA, Buku Sekolah. 

Bangun tidur rasa semacam kepala. Pergi ofis rasa pelik kenapa aircond ni sejuk sangat. Masuk toilet pun rasa sejuk. Saya seorang sahaja yang pakai jaket. Sejuk macam di Iceland. Tengahari saya decide ke klinik. Saya explain pada doktor apa yang saya telah lalui. Untuk makluman, sepupu saya seorang doktor klinik turut tumbang selepas hantar Ayah ke hospital. Kemudian Mak pula tumbang.

Doktor check tekak saya dah merah. Demam belum lagi. BP pula 117/76. Doktor bagi ubat dan juga antibiotik. MC Dua hari. Balik ofis terus submit MC tapi tak balik rumah sebab siapkan kerja. Kepala makin berat. Petang apabila sampai rumah, check suhu dah lebih 38.5c. Itulah hari pertama saya demam. First day boleh layan lagi. 

Second day demam. Bangun check suhu masih 38c. Pelik pulak tak nak turun. Masa ni dah start batuk. Takpe, hari ni masih MC boleh rehat. Petang check temperature turun sikit 37.8c. Malam dah telan ubat baru tidur. 

Third day. Bangun check temp, 38.3c. Makan ubat, dan tidur. Hari ni kena masuk kerja sebab presentation LI. Kesian students datang dari jauh. Dalam keadaan mamai saya hadiri juga presentation tu. Ini kalau repeat ke klinik mesti dapat MC lagi. Selesai present, stay di ofis lepas tu balik tidur. Di ofis satu hapa pun tak boleh buat. Kepala kembang, rasa macam duduk di Iceland. So cold. Malam temp maintain 38++. Makan panadol pun tak mau turun jauh. Kejap je naik balik. Ubat lain memang bedal dah, antibiotik, selsema, batuk dah reda masa ni. Running Nose

Fourth day. Terpaksa pergi klinik. Ini hari memang kena settlekan yuran submission tesis dan submit. Apa nak jadi jadilah. Pagi-pagi pergi klinik. Doc ambik darah. Dua kali dia dua tempat. Nampak macam banyak sangat darah walhal tempat pertama darah tak keluar banyak, tu yang terpaksa ambik tangan lagi sebelah. Tambah MC lagi sampai hujung minggu. Dapat ubat selsema baru dan ubat untuk muscle pain. Balik kepala rasa ting tong. Demam masih lagi on. Temp around 38++. Masih Running Nose.

Fifth day. Bangun dalam keadaan ting tong. Mamai. Macam dalam mimpi. Malam tadi saya macam rasa saya marah-marah. Lepas tu saya macam mimpi ada orang datang check kuku saya. Saya tidur dan langsung tak larat nak bangun untuk ke solat Jumaat. I took my second last antibiotik this morning. Memang luar biasa tidur saya hari kelima ni. Saya bangun sekitar 2.30 petang. Mandi dan bawa wife ke sekolah anak untuk beli buku di koperasi. Lepas tu pekena Shawarma di restoran arab. Balik rumah rasa macam dah sihat. Saya pun try buat exercise yang dah seminggu saya tinggalkan. Indoor cycling 15 minutes, then strength exercise for 10 minutes. Alhamdulillah lepas. Selsema pun dah hampir hilang. Ada la sikit-sikit.

Masa tulis post ni, malam the fifth day. Sebelum ni nak buka Macbook pun tak larat. Ni siap charge lagi. Harap dapat recover very soon. Banyak kerja nak dibuat. Esok kena pergi ofis siapkan kerja. Memang mencabar dugaan kali ni. Dengan Ayah masuk hospital, Mak tak sihat. Anak-anak baru masuk sekolah, duit pula di paras minima, diri sendiri lembik kena jangkitan virus. Kena pula push untuk submit tesis, kerja marking yang bertimbun, pengurusan exam lagi. Bab pengurusan exam, nasib baik team saya banyak bantu cover saya. 

Teringat kata sepupu saya yang doktor tu, Akak tak pernah rasa selembik ni kena virus lepas hantar Ayah masuk hospital. Bahaya betul hospital tu. Oh lupa nak bagitau, ujian darah saya tak menemui apa-apa yang bahaya pun. Sama juga dengan Ayah saya. Doc cuma suspek jangkitan kuman sahaja. 


Wednesday, January 02, 2019

Logitech K480 Bluetooth Keyboard


Di entri yang lepas, saya ada menceritakan mengenai Logitech Wireless Bluetooth Keyboard yang baru saya beli iaitu K480. Semuanya bermula apabila saya ingin membawa Macbook Air saya pulang ke kampung untuk membuat kerja. Tetapi, rasa malas pula nak usung dan jaga Macbook tersebut. Sedangkan saya cuma nak guna Microsoft Word untuk menulis. 

Ketika itu terfikir alangkah indahnya kalau banyak duit, boleh beli Surface. Lebih ringan dan nipis, mudah nak jaga sebab dia macam tablet. Sambil-sambil berangan, saya belek Samsung Tab A 10.1 plus saya. Baru terfikir ada juga Microsoft Apps didalamnya. Cuma leceh sebab kena touch di screen untuk menulis. Kalau lah ada wireless keyboard kan senang. Ha! Wireless keyboard, mesti dah ada orang yang cipta.

Dipendekkan cerita, rupanya pelbagai bluetooth wireless keyboard untuk tablet di pasaran. Google sahaja. Bab-bab wireless ni saya suka pilih Logitech. Wireless keyboard dan mouse saya semua guna Logitech. Logitech ni company Switzerland. Dah 38 tahun wujud. Produk awalnya adalah Mouse. Sekarang Logitech mempunyai barisan produk meliputi keyboard, mouse, webcam, speaker, game controller dan banyak lagi. 

Saya suka Logitech sebab ia mempunyai connection yang stabil. Hardware nya pun senang nak connect. K480 ini memang pilihan saya kerana ada dock untuk letak tablet saya. Tablet saya togel, tiada casing. So kalau nak menulis guna keyboard, saya letak sahaja di dock.

K480 tidak menggunakan built in battery. Sebaliknya ia menggunakan Bateri double A. Ada pro ada cons. Pro nya ialah kita tak perlu risau nak charging sebab kita cuma perlu beli bateri sahaja. Kalau lama tak guna pun takpe, hanya beli bateri baru. Kadang-kadang dah lama tak guna, tiba-tiba nak guna, bila on rupanya bateri kena charge dulu. 

Cons pula, kena beli bateri. Bila ada bateri ni dia berat. Lagi satu kena pastikan kalau lama tak guna, kena keluarkan bateri dia. 

Size keyboard ni agak besar, lebih besar dari Tab saya yang berukuran 10.1 inci. Saya ada jumpa other bluetooth wireless keyboard yang lebih kecil dan boleh dilipat. It's much more flexible to store. Keyboard besar ni pulak kelebihan dia sedap nak menaip. Cuma kalau nak bawa kehulu kehilir agak leceh. Saya perlukan beg yang lebih besar untuk meletakkan keyboard dan tab. B

Ada dua jenis varian, putih dan hitam. Hari tu, jenuh cari color hitam. Yang ada di kedai waktu tu ialah warna putih. Hampir give up saya. Jumpa juga color hitam terselit celah-celah kedai. 

K480 ini boleh connect ke 3 device serentak. Ada button untuk kita tukar dari device 1 ke device 2 dan device 3. Dia compatible dengan Android, Windows,Chrome OS, iOS dan MacOS. Entri ini saya tulis gunakan K480 dan disambungkan ke Tablet saya yang menggunakan OS Anroid Oreo. 

So far, ia amat memudahkan saya untuk menaip di mana sahaja. Yang penting Tablet saya boleh on. So far, 7300MaH memberi saya lebih kuasa untuk menaip. Mungkin Tablet pun belum sampai setahun beli. Macbook Air saya dah nampak tanda bateri kurang kuasa. Tak pasti sama ada dah dimamah usia atau pun sebab upgrade ke MacOS High Sierra.