Showing posts with label Motosikal. Show all posts
Showing posts with label Motosikal. Show all posts

Monday, December 13, 2021

Topi Keledar a.k.a Helmet

 



Tidak sah kalau menunggang motosikal tanpa membicarakan tentang topi keledar atau lebih senang dipanggil helmet di kalangan rider motosikal di Malaysia. Seperti semua sedia maklum, helmet direka untuk melindungi kepala. Ia bukan sahaja digunakan ketika penunggang motosikal, basikal pun ada yang menggunakan helmet. Malah ketika kita bekerja terutama di area construction pun kena pakai safety helmet. Rakan-rakan saya racing kereta (masuk track) pun pakai helmet. Kalau dari segi sukan, bukan sahaja sukan bermotor perlukan helmet sebagai syarat wajib, American Football pun kena pakai helmet. Ice Hockey tak terkecuali. Tentera dan agensi keselamatan juga guna helmet untuk protect kepala mereka. 

Ada pelbagai jenis helmet dan yang paling lazim dipakai adalah helmet open face bervisor. Full face pula boleh kita lihat pada rider-rider motosikal yang ride long distance atau rider motosikal kuasa besar. Kadang-kadang nampak helmet style demi jet atau istilah mudah, helmet 'steng' (setengah). Saya kalau nak bawa di sekitar taman memang pakai helmet steng je. Tapi steng helmet saya ni bukanlah betul-betul steng macam helmet kura-kura. Helmet kura-kura ni setahu saya dah tak legal atas jalanraya, mungkin kerana ia tidak menawarkan perlindungan sepenuhnya kepada kepala.

Di Malaysia, adalah wajib untuk kita memakai helmet jika kita naik motosikal. Samada tukang bawa moto atau bonceng moto, pakai helmet adalah wajib. Saya pernah ditahan polis waktu muda remaja dulu sebab tak pakai helmet, saya cakap saya tak pakai sebab dalam taman, polis tu cakap kalau atas jalanraya je kena pakai sebab kalau jatuh kepala terhantuk tar, parah nanti jadinya. Walaupun dilepaskan dengan amaran, tapi itu sudah cukup menakutkan saya. Sekarang kalau setakat ke lorong belakang rumah memang saya tak pakai sebab bawa pun slow macam kayuh basikal. Tapi kalau lebih dari itu memang saya sarung helmet steng saya. 

Dulu-dulu masa ride moto, tak banyak sangat brand helmet yang saya jumpa di pasaran. Ada helmet Apollo dan SGV. Dua jenama ni paling banyak di kedai moto, mungkin kerana harganya yang marhain dan sesuai dengan pengguna motosikal kapcai. Saya juga guna helmet Apollo masa baru-baru naik moto. Bila dah bujang sikit, pakai SGV. Ada juga helmet yang bangsawan (dan sampai sekarang pun masih bangsawan) iaitu Shoei, Arai dan Bell. Jenama Magnum pun ada tapi waktu tu saya tak berapa suka guna sebab helmetnya berat. 

Sekarang ada macam-macam brand yang masa dulu-dulu tahun 90an saya tak pernah nampak di Malaysia. Ada KYT, NHK, MHR, Givi, Lazer, LS2, Gracshaw, AGV, Shark dan banyak lagi. Apa yang menarik, helmet keluaran negara Asean serta Malaysia pun dah banyak dan dipasaran dan kesemua melepasi standard ketat helmet. Saya dengar, helmet fake pun ada di pasaran dan sudah semestinya standard diragui. Oleh itu dapatkan yang original. Google sahaja authorized dealer. 

Saya memang minat helmet yang cantik. Bagi saya helmet bukan sahaja melindungi kepala tetapi juga perlu cantik dan bergaya serta punyai warna yang terang. Helmet yang cantik dan colourful akan menjadikan pemandu lain alert pada kita dan ini secara tidak langsung membantu menjadikan keadaan di jalanraya lebih selamat. 

Minat pada helmet ini menjadikan koleksi helmet saya lebih dari dua. Itu tidak campur helmet free setiap kali beli moto (helmet free ni saya dah beri pada rakan-rakan di pejabat). Sudah semestinya saya kriteria helmet saya ialah samada ianya cantik ataupun ianya selesa. Selesa pada takrifan saya ialah padding tidak terlalu mencengkam terutama dibahagian atas kepala. Ini kerana saya sering gunakan sarung kepala untuk lindungi helmet dari cepat berbau. Walaupun saya dah ada beberapa spray inner helmet untuk wangi, tapi saya tetap guna sarung kepala tu sebagai perlindungan. Saya juga perlu memikirkan ruang kelegaan untuk spek saya. Pemakai spek memang susah sikit nak cari helmet sebab kalau helmet tu ketat sangat di bahagian tepi, boleh patah frame spek. 

Gambar dari Shopee


Helmet yang paling lama saya pakai setakat ini ialah helmet Givi Cielo M30.1. Helmet ini warna putih. Asalnya saya beli warna putih sebab ingat nak bawa bertugas RCJ PVR saya namun disebabkan kekangan kerja hakiki, sukar saya nak commit pada tugasan PVR. Givi Cielo tersebut amat selepas dipakai. Dan warna putihnya itu memang cantik. Saya padankan dengan visor smoke yang agak gelap,original givi. Bagi saya Givi Cielo ni harga mampu milik dan selesa. Kadang-kadang kalau kepala saya pening-pening atau tak berapa cukup tidur, saya akan guna Givi Cielo. Kalau pakai Givi Cielo, saya boleh pakai spek yang agak besar dan lebar. Givi warna ni dah tiada dalam product list di website Givi. Givi ni company Italy tapi ada kilang di Malaysia. 

Gambar dari website Givi Malaysia


Satu lagi Givi yang saya ada merupakan helmet double visor. Tapi in the end saya jual pada kawan saya sebab tak tahan pipi sakit kena himpit dengan padding. Masa tu pipi saya bam bam. Jarang sangat pakai. Kawan saya punya seronok dapat beli Givi M30.2 Presto tu dari saya. Dia cakap, ini helmet paling cantik dia pernah ada. Lagi satu Givi M30.2 Presto design yang saya miliki ini agak ramai juga yang pakai on the road. Waktu ni saya masih guna Honda Wave. Rasanya saya lah pengguna motosikal paling kecil guna Givi Presto ni kerana rata-rata saya tengok yang pakai adalah penunggang motosikal 250cc ke atas. Givi design ni masih lagi available di website Givi.

Gambar dari Shopee


Bila dah takde double visor, saya mula mencari pengganti. Kali ni kena try betul-betul dulu. Time ni dah pakai Honda RS150 dan dah mula ada kedai-kedai specialist helmet mampu milik di kawasan berhampiran. Sebelum ni jumpa di kedai motosikal sahaja. Saya ke sebuat kedai helmet and riding apparel iaitu motogear dan jumpa helmet NHK. NHK ni helmet dari Indonesia. Banyak sponsor sukan bermotor. Logonya berdiri sama megah dengan Shoei dan Arai, kalau di sukan bermotor. Pandai diorang market. Lagi satu dari Indonesia ialah KYT. KYT lagi lama bertapak berbanding NHK. Design padding KYT saya tak berapa ngam berbanding NHK. Ini kerana saya pakai spek dan juga sarung kepala, selain dari bentuk kepala yang agak besar. 

Di Motogear, saya beli NHK G10 warna yellow. Entah kenapa saya suka warna terang kuning ni. Mungkin nak bagi pemandu kereta alert dengan kehadiran saya sebab kalau saya bawa kereta pun saya akan alert pada helmet cerah-cerah ni. Cuma minta maaflah pada NHK sebab saya mendapati bahawa Givi lebih elok pembuatannya, dari segi smoothness double visor turun naik tu memang menang kat Givi. Dari segi harga, lebih kurang sama. Cuma helmet NHK ni saya tak jumpa di websiete pengeluar iaitu helmnhk.com. Risau juga kalau tak jumpa di website pengeluar ni. Tapi so far dah 2 tahun lebih guna, padding pipinya paling padu dikalangan semua helmet yang saya ada. 

Gambar dari Shopee


MHR helmet diatas ni saya tak rancang pun nak beli. Pergi servis Honda RS saya di kedai moto yang saya selalu servis, ada sale pula. Harga memang tak boleh bincang, nak kata murah sangat tak, tapi mampu milik. Ada macam-macam design helmet MHR dijual, tapi yang muat kepala dan sedap serta selesa adalah yang diatas. Ada lambang redbull warna biru. Nama official helmet ni ialah MHR Beatz OFF 622 Tech 3. Panjang betul namanya. MHR ni company Malaysia. Kilang di Penang. Boleh usya website rasmi mereka iaitu mhrracing.com. Mula-mula confuse dengan helmet terkenal China iaitu LS2. Sebab bila kita type MHR Helmet, akan keluar website mhr helmet yang berpangkalan di China. Mula-mula saya ingatkan MHR ni dari China, tapi bila saya kaji rupanya LS2 memanggil helmet mereka MHR. Cuma saya tak pasti samada MHR Malaysia ada link dengan MHR LS2 atau tidak. Apa-apa pun yang penting ada Sirim Approval. 

Gambar dari Shopee


Nak round-round taman dan taman sebelah-sebelah perlukan helmet yang sempoi lagi-lagi bila saya dah naik skuter Solariz. Saya beli helmet XDOT Cruise AEIOU. Harga murah, antara helmet marhain yang saya selalu nampak on the road. Cuma design je berbeza. Helmet XDot ni merupakan produk dari syarikat pembuatan helmet Malaysia yang bernama 2X-Site. Boleh tengok website mereka di 2X-Site.com. Syarikat yang diasaskan sejak 2006 ini juga mengeluarkan produk helmet lain iaitu jenama Gracshaw (cantik-cantik design) dan juga Grayfosh. Yang selalu saya jumpa ialah Gracshaw. Tapi Xdot ni agak sempit sikit kat telinga kalau saya pakai spek saya yang frame agak besar. Dan ianya rasa sedikit expose mungkin sebab design dia yang agak berbentuk separuh helmet. Macam saya cakap lah, sesuai bawa pergi kedai depan atau ke taman sebelah. Kadang-kadang kena buat delivery roti by my wife, so saya guna helmet ni je. 

Gambar dari Roda Kota Garage


Zeus helmet merupakan produk dari Taiwan. Saya beli helmet Zeus ZS-381 seperti di atas kerana ianya vintage serta sesuai dengan skuter. ZS-381 ni sesuai untuk urban ride. Dan 80-90% ride saya adalah urban ride. Kebetulan pula warna sama dengan body skuter Nmax 155 saya. Ada orang cari helmet sama warna dengan moto. Saya pula secara kebetulan sahaja. Harga memang mampu milik. Menurut laman web Zeus helmet...

ZS-381C is mixed design between a Jet and Open-Face. Its retro look, great fitting, and multiple features combine perfectly with the necessities that every motorcyclist needs and desires. Breaking away from the conventional Open Faces, ZS-381C is equipped with a highly durable sun visor to protect users from eye-straining.ZS-381C inner liner is made of breathable mesh fabric which provides perfect fitting and comfort. It can be removed and washed.ZS-381C inner liner is made of breathable mesh fabric which provides perfect fitting and comfort. It can be removed and washed. Upgrading to the maximum comfort without losing its characteristic vintage style, ZS-381C is designed with one front vent and two exhaust vents to help with heat dissipation and coolness inside the helmet.

Zeus Helmet telah lama bertapak di Taiwan sejak 1988. Boleh lihat website Zeus di sini. Ada banyak produk Zeus dan yang saya beli di Roda Kota ialah antara lineup produk mereka yang terbaru. 

Basically saya lihat kemunculan pelbagai jenama helmet terutama dari rantau Asia Tenggara seperti Indonesia dan negara kita Malaysia memberi pelbagai opsyen kepada pengguna. Jika dulu kalau nak kelainan design dan extra safety kita hanya ada Shoei, Arai atau Bell tapi sekarang ada pelbagai jenama di pasaran. Saya secara jujur melihat kualiti pembuatan helmet Givi dari Italy masih yang terbaik tetapi dari segi kualiti keselamatan, kesemua helmet memiliki standard piawaian keselematan yang diperakui samada oleh badan standard di Malaysia atau luar negara. Saya ada dengar bahawa pihak berkuasa boleh check samada helmet kita ini diperakui oleh agensi kita atau tak dan kalau tak mungkin tindakan boleh dikenakan. Namun so far setelah melalui pelbagai roadblock dengan kesemua helmet ini (kecuali Xdot yang memang saya jarang bawa keluar ke main road), tak pernah lagi standard helmet saya dipertikaikan. 

Bagi saya, jenama-jenama NHK, Zeus, MHR dan juga yang saya tak miliki (lagi?) seperti Gracshaw, KYT mempertaruhkan design helmet yang cantik dan pelbagai. Setiap tahun pasti ada group of designs yang menarik perhatian. Helmet pada masa kini bukan sahaja merupakan aspek wajib dalam penunggangan motosikal, tetapi design helmet yang menarik menjadi identiti pada seseorang. Bak kata orang, Safety with Beauty. 


Thursday, December 09, 2021

Hampir Sebulan Bersama Nmax 155

 



Hampir sebulan saya bersama Yamaha Nmax 155, skuter yang saya terpaksa tunggu 2 bulan lebih. Sedikit reviu setelah menunggang di 250 kilometer yang pertama. Boleh dikatakan keselesaannya sama seperti yang dibicarakan oleh para penunggang Nmax yang lain. Hari pertama saya keluar, saya dah test lalu line putih di atas jalan. Tujuannya adalah untuk uji teori tayar standard tak bagus. Pengalaman dengan RS yang guna tayar size 17 saya aplikasikan dengan Nmax.

Memang dapat rasa ada geli-geli di line putih. Bukanlah bermakna tayar standard yang dibekalkan itu langsung tak bagus. Boleh je buat jalan-jalan sana sini. Cuma sebagai pengguna 5 motosikal dalam masa 5 tahun ini, memang ada perbezaan di antara tayar standard keluar kedai dengan tayar aftermarket. Itupun kena buat research sedikit tayar apa yang bagus. 

And then saya try ambil lap dengan kelajuan sederhana. Ada sedikit goyang-goyang. Nak compare dengan RS yang monoshock, memang agak bergoyang Nmax ni sebab dia dual shock. Beza rupanya dari segi layanan selekoh. Dan apabila saya lalu di garis kuning, terasa bergegar kepala. Itu baru garis kuning, garis merah apatah lagi. Untuk makluman, line putih, selekoh lap, garis kuning dan garis merah adalah laluan yang sama dimana saya akan lalu disitu setiap kali keluar rumah. So saya boleh rasa perbezaannya apabila saya tukar item-item di Nmax.

First step, saya tukar tayar. Niat dihati nak tukar Pirelli Angel Scooter. Ride jauh sikit sebab nak ke kedai tayar yang dikatakan ada pelbagai tayar skuter. Nmax guna size 13, agak rare nak compare dengan size 14. Sebelum datang dah whatsapp. Sekali sampai rupanya takde satu set Pirelli Scooter. Ada belakang je, depan habis for my size. Di suggest kan supaya guna kacuk, depan jenama lain belakang jenama lain. Tapi saya refuse, sebab tak pernah lagi try kacuk-kacuk ni. 

In the end terpaksa guna Corsa. Masa zaman RS memang pernah nak try Corsa tapi kedai tempat servis cuma ada Pirelli Diablo Rosso. Nawaitu ingatkan lepas puas guna Pirelli nak try pakai Corsa, last-last sampai jual moto pun masih elok Pirelli tu. 

Alang-alang mengCorsa, saya pilih tayar jagung. Corsa Cross S, dual purpose, off road dan on road. Dah macam tayar ADV pula. Setakat ni dah dekat 250km guna, tiada masalah. Haritu masuk jalan tanah merah, berdesup juga perginya. Masa atas jalan tanah merah tu saya macam pelik, smooth moto aku. Lupa yang saya memang guna tayar Cross S. Atas tar pun tiada masalah. Keluar kedai terus cari line putih, Alhamdulillah tiada geli-geli. Baru-baru ni bawa dalam hujan lebat pun, lalu line putih Alhamdulillah tiada geli-geli. Mungkin tayar baru kot. 

Next project, pergi ke kedai moto belakang rumah. Kedai ni dapat penarafan Yamaha Service Center. Memang authorize dealer dan service center. Pomen dia muda lagi, dah kenal saya. Saya beli RCB Absorber VS Premium Black sekali dengan tapak side stand Rapido. Absorber ni boleh adjust hi lo dan soft hard. Compression je takde. Balik layan lap depan rumah, tak goyang dah. Steady je rasa. Garis kuning dah tak rasa, yang ni memang menakjubkan. Garis merah masih rasa tapi tak seteruk masa guna absorber standard.

Cuma walaupun dah ada tapak side stand besar, saya masih ragu nak park lama tanpa guna double stand. Berat juga nak letak double stand ni. Agaknya kalau XMAX macam mana la ye berat dia. Lagi-lagi lutut kanan masih injured kesan badminton. 

Sekarang bila keluar bawa Solariz, rasa macam naik broom stick dalam cerita Harry Potter. Halus je Solariz ni. Tapi yang best sebab dia halus, nak menyelit lagi sedap. Menyelinap sana-sini kalau guna Solariz Red. Nmax Power Grey pula rancak disana, rancak disini. Yang penting dua-dua buat cari rezeki dan berbuat kebaikan. 



Friday, November 19, 2021

Registered (New Scooter)

 



Motosikal di Malaysia merupakan antara kenderaan yang sangat kerap kita jumpa. Ada yang menyelit celah-celah kenderaan di laluan sesak. Motosikal juga dapat dilihat parking di merata tempat. Kalau di masjid waktu solat, memang penuh motosikal. Student di IPT pun ramai guna motosikal. Rakan-rakan saya yang dulu kerja naik kereta pun semakin ramai tukar ke motosikal. Di rumah mereka ada je kereta sedan, SUV atau MPV.

Motosikal di Malaysia ada pelbagai kategori. Dari moto kecil sampai ke besar. Pengalaman naik moto ni, kalau di kawasan bandar, elok naik yang size kecil. Senang nak menyelit. Tapi kalau kerap masuk highway, better cari yang besar sikit. 250cc bagi saya dah cukup memadai. Tapi ada je yang bawa moto yang lebih besar dari 250cc untuk daily ride. Untuk saya, kalau setakat pergi balik kerja dengan jarak sederhana, sesuai 250cc. Tapi kalau lokasi kerja pun dekat, tak masuk highway, lebih banyak lalu laluan sesak dan lampu isyarat, serta kejap-kejap nak ke kedai beli barang atau ngopi, below 250cc is the best.

Saya mula naik motosikal secara sah di sisi undang-undang pada awal 90an. Sebelum tu bawa secara haram. Motosikal Honda C90 merupakan yang pertama bila saya dah ada lesen. Sebelum tu bawa Yamaha CDI 80cc. Pergi sekolah bawa Honda C90. Rasa macam dah bujang sangat bila bawa moto sendiri pergi sekolah. C90 ni warna maroon, lampu depan petak, belakang pun petak. Ada bakul. Zaman tu takde box givi lagi.Helmet pun Apollo. Saya lenjan cukup-cukup motosikal ni. Brake sampai mencicit bunyi. Memang rabak lining brake. Tapi apa peduli masa tu. 

Paling tak boleh lupa bila ada kawan sekolah bawa Kawasaki KIPS ke sekolah, hijau warnanya. Rasanya 150cc. Terus pasang impian dah kerja nanti nak beli KIPS. Honda C90 saya 4 lejang. Tak guna 2T. Yang lain semua guna 2T. Masa tu moto 4 lejang ni tak selaju moto pakai 2T. Bunyi pun bass kuat, tak nyaring macam nyamuk seperti motosikal 2 lejang.

Honda C90 saya kalau langgar lubang akan kedengaran bunyi cit cit tikus di absorber belakang. Berenjut-enjut sebab absorber dah kong. Zaman tu takde lagi absorber ada subtank. Dengan keadaan daif moto tu, merata juga la pergi di kawasan Petaling Jaya. 2-3 kali juga kena tahan bawa pembonceng sebab lesen L lagi. Dah la pamer L besar, bawa pula pembonceng. Salah seorang rakan pembonceng yang pernah kena tahan di roadblock dah pakai Harley Davidson sekarang ni.

Lepas tu saya beli Yamaha Sport Merah. Yang ni jadi lejen. Banyak melalui pelbagai kisah dengan saya. Saya guna dari zaman SPM hinggalah selesai universiti. Dengarnya masih ada lagi di kampung, sedara saya guna. Kalau ada rezeki saya ingat nak beli balik moto ni. Ada terlalu banyak kisah dengan moto ni. Dari berbentuk sopan standard kilang hinggalah berbentuk seperti modifikasi yang tak siap. Spray cover depan dari putih ke hitam. Letak sticker tengkorak merah. Rakan-rakan semua gelarkan moto saya ni Yamaha Tengkorak. 

Ada suatu masa tu, nombor plet depan belakang takde sebab patah. Tayar guna TT100. Servis jarang. 2T je jaga. Kadang-kadang tuang sikit 2T dalam tangki petrol nak dapatkan efek asap banyak. Langsung tak mesra alam masa tu. Ekzos, saya guna silencer kosong. Memang memekak. Ada sekali tu duduk di rumah flat, seat saya kena toreh, mungkin sebab ada orang marah ekzos saya bising. Rakan serumah gelarkan ekzos saya ekzos motobot. Bising tapi tak laju. Pernah sekali masa tengah bawa tiba-tiba takde response dengan throttle. Rupanya sproket belakang dah haus gila sampai rantai tak boleh tarik. 

Pernah sekali bawa musim hujan lebat ribut petir. Motor lain semua berhenti tapi saya jalan je tanpa baju hujan. Zaman tu takde lagi baju hujan full suit macam sekarang. Di traffic light, moto saya mati. Terpaksa tolak moto tu dalam hujan ribut. Dah la takde kawasan teduh situ. Saya nampak orang-orang dalam kereta semua simpati tengok saya. Nasib baik lagi 5 km nak sampai rumah. Tolak lah saya dalam hujan ribut tu hingga sampai rumah sewa.

Yamaha Sport ni masa beli zaman SPM pernah jatuh langgar kereta. Cedera saya di lutut, kaki dan tangan serta siku. Bawa robust masa tu, kereta dah bagi signal masuk simpang kanan pun saya masih nak memotong sebelah kanan. Dah la bawa laju. Kesudahannya saya jatuh dan terbaring di depan restoran kopi cina. Saya dengar pengunjung kedai tu jerit pada saya 'Bawa laju-laju!'. Ada polis off duty yang tolong saya angkat moto dan bawa saya ke klinik kesihatan. 

Tuan punya kereta tu, uncle cina, siap minta maaf, katanya dia lambat bagi signal. Saya pun minta maaf kat dia sebab saya potong kanan. Masing-masing  nak mengaku salah. In the end polis off duty yang tolong saya tu marah saya, dia kata 'Kau yang salah'. 

Selesai belajar di ITM, saya ambil arwah Ayah punya Yamaha 110 SS. Moto yang pakai klac tapi klac hidup. Lepas klac enjin tak akan mati. Saya guna ni berulang alik kerja. Jarak pergi balik dalam 30-40km. Konvoi dengan kawan sekerja (juga sekelas di ITM). Dia guna EX5. Bila saya pulang dari UK lepas sambung belajar dan bekerja di tempat sekarang, terus tak guna moto.

Masa tu ada juga rancangan nak guna superbike. R1 masa tu tengah top. Dalam hati masa tu samada nak ambil R1 atau Ducati 916. Tapi lepas tengok harga dan maintenance, terus tinggal angan-angan. Lagi pula zaman tu tak semudah nak buat loan motosikal. Downpayment pun tinggi gila. 

Hampir 15 tahun tak naik moto lagi-lagi on the road. Sehinggalah saya kembali beli motosikal Modenas MR1. Saya dan 2 rakan lagi sama-sama beli di kedai sama iaitu Hiap Aik. Tapi jarang saya bawa on the road. Setahun mileage tak sampai 200km pun. 2 tahun juga rasanya saya guna MR1 tu, isteri saya pun guna dalam taman. Selepas kabel throttle putus, kemudian CDI rosak, saya pun trade in di Hiap Aik dengan Honda Wave 125. Yang ni pun jarang on the road. Kadang-kadang je bawa pergi ofis. Time guna Wave ni lah keluarnya super moped iaitu Yamaha Y15 dan Honda RS. Terus berminat dengan possibility nak bawa moto klac 150cc. Sebelum tu belikan wife skuter Yamaha Solariz, saya pula beli Honda RS sebab ready stock. Juga di Hiap Aik. Bila dah guna Honda RS baru start banyak guna on the road. Skuter pun saya bawa on the road. 

Lepas kena covid saya dah rasa tak berapa sedap bawa moto klac. Mungkin dah selesa bawa skuter Solariz. So saya decide nak tukar ke skuter yang lebih besar iaitu NMAX 155. Rujuk post sebelum ini di sini.  Kena pre order. Orang lain hampir 6-7 bulan. Saya kira-kira 2 bulan setengah. Mungkin nasib saya baik kerana saya order apabila kilang kembali dibuka. Tadi saya check JPJ Portal, NMAX saya telah didaftarkan. Dah ada geran. Tinggal tunggu skuter tu wujud di kedai sahaja. 

Jika dikira dari janji kedai, ia lewat kira-kira 15 hari dari dateline 2 bulan mereka. Kira okaylah. Honda RS saya pun dah selamat di trade in beberapa hari lepas. Duit je belum masuk lagi. Nama dah tukar pada nama kedai. So now, waiting for kedai untuk deliver pada saya sahaja. Maybe next week. Saya mungkin ambil lambat sebab ada banyak kerja saya kena siapkan minggu depan. Biarlah parking di kedai dahulu.

Saturday, September 25, 2021

Booking Motosikal Baru

 


Selepas saya keluar hospital akibat Covid tempohari, saya decide nak tukar motosikal klac Honda RS 150 saya kepada skuter. Saya sudah pun memiliki skuter Yamaha Solariz yang saya berikan pada isteri untuk kegunaan beliau ke masjid. Dan sebelum saya kena Covid pun, minat saya untuk menggunakan RS semakin pudar lagi-lagi saya hanya banyak jalan di town serta ke kedai. 

Saya mendapati skuter amat praktikal untuk urusan saya. Walaupun Solariz ini tak selaju RS, cut off pun 100kmh (dengan berat badan saya), itupun turun bukit, namun saya selesa dengannya. Cuma saiz comelnya menyebabkan tak banyak barang boleh letak underseat.

Baru-baru ni saya servis Solariz saya menggunakan Rock Oil Semi Syn. Saya guna Semi Syn sebab saya tak bergerak jauh. Mileage 2 tahun pakai baru 2 ribu lebih KM. Lately ni je kerap bawa Solariz merayau. Walaupun mileage kurang, tapi setiap 6 bulan saya akan tukar minyak hitam dan gear oil. Hantar servis di authorized Yamaha dealer. Servis terakhir saya adalah di Yamaha Authorize Dealer yang terletak berhampiran dengan rumah. Sejak ada jalan short cut di taman sebelah, nak kesana tak sampai 15 minit. Kalau tak kena masuk highway, boleh cecah 30 minit. 

Ketika servis, saya ambil kesempatan untuk tukar tayar depan belakang kepada saiz yang besar sikit, mula-mula nak beli Tayar Pirelli tapi cuma ada satu je saiz yang saya nak iaitu untuk tayar depan. Kedai offer jenis lain untuk belakang, in the end saya ambil FKR depan belakang. 

Agak skeptikal juga untuk guna FKR tapi bila dah pakai ni so far not bad lah. Cuma belum bawa masa hujan sahaja. Tapi masa jalan licin dah bawa. Kalau nak reviu penuh tayar ni, saya tak boleh nak beri sebab saya takde test ambil lap atau bawa laju dalam hujan. Just daily ride like your average Joe je. FKR yang saya guna ialah dari series RS900, size 80/90 14 dan 90/80 14 untuk belakang. Rasa skuter sedikit mantap. 

Ada yang tanya, okay tak pickup sebab tayar dah upsize. Saya jawab, takde rasa beza sangat, cuma top speed saya lewat sikit nak capai 100kmh kalau jalan straight. Turun bukit no hal. Tapi takde masalah sangat pada saya sebab still boleh capai 90kmh. Skuter Solariz ni comel, bawa 80 pun rasa nak terbang. 

So back to the title of this blog, booking motosikal baru. Saya ke kedai motosikal tempat saya selalu servis RS saya untuk booking satu skuter yang agak popular sekarang selain Honda ADV dan juga NVX iaitu Yamaha NMAX. Saya jarang nampak on the road NMAX ni, sebab tu saya gunakan terma agak popular. Saya lihat style dia adalah style uncle-uncle punya moto. Dan saya tak kisah sebab saya pun dah masuk usia Uncle-uncle. Yang penting, NMAX which is under kategori Maxi Scooter ni nampak sesuai untuk pekerja pejabat ke tempat kerja. Kalau nak ranggi-ranggi, yang sesuai adalah NVX.

Sebenarnya saya ada beberapa opsyen untuk gantikan motosikal klac saya ni. Saya dah letih main klac, sedap memang sedap tapi zaman Rossi saya dah berlalu. Baru-baru ni lumba dengan budak GRAB yang guna motosikal sama dengan saya, saya tewas. Lumba di traffic light. Gear satu dan dua saya leading sebab saya pakai ekzos UMA, budak GRAB tu ekzos standard. Rupanya gear dua saya tarik sampai RPM Merah, budak Grab tu tukar gear 3 saya masih gear 2. Terus makan asap saya. 

Antara opsyen saya selain NMAX ialah Honda ADV, Vario dan NVX. Pergi kedai moto baru-baru ni, Vario ready stock. Yang lain tiada stok. Kilang Honda tutup masa PKP dan baru buka masa Pulau Pinang tukar ke fasa 2. Kilang Yamaha tutup lama, buka pun sebab kerajaan ubah polisi fasa 1 Selangor. Hari-hari tengok FB orang marah pada Yamaha dan Honda sebab walaupun kilang dah buka tapi shipment moto lewat. Yang saya tengok bergerak pantas adalah Honda ADV. NMAX minggu ini baru ada segelintir dapat moto baru, sikit sangat (at least yang saya tau dalam grup FB, mungkin ada lagi yang luar grup FB yang dah dapat moto). Saya masuk banyak grup skuter di FB so dapat tengok luahan mereka.

Agak lucu melihat kedai-kedai motosikal dipenuhi oleh motosikal Benelli, SYM, Modenas dan WMoto ketika itu. Tiada Yamaha dan Honda. Kalau ada pun sikit sangat. So back to pemilihan skuter saya, Honda ADV saya terpaksa reject sebab design dia walaupun cantik tetapi ranggi sangat, jiwa uncle-uncle macam saya tak sesuai. NMAX dan Vario pun sama. Vario design macam Solariz saya, cuma besar sikit dan cc 150. In the end NMAX jadi pilihan saya sebab dia ada sikit-sikit macam skuter pilihan saya bila nak pencen esok iaitu XMAX. Nak beli XMAX tak mampu, mahal. NMAX murah, lebih murah dari NVX dan ADV. Bentuk uncle-uncle dan paling rare, masih guna kunci disaat motosikal lain dah keyless. Saya suka sebab oldskool.

Bila saya ke kedai tempat saya book dan kemudian berurusan dengan satu amoi ni, dia kata saya manusia pertama yang booking Nmax di kedai dia. Saya macam tak percaya sebab kedai moto dia ni top, sebut je semua orang tau di majlis perbandaraan saya ni. Takkan la saya orang pertama book Nmax. Kemudian saya tanya bila boleh dapat, dia sebut sebulan. Kalau paling teruk pun dua bulan. Saya cakap 'You Jangan Tipu Sama Saya, di FB orang tunggu dari bulan April pun belum dapat NMAX'. Amoi tu cakap 'Aiyaa Abang, kilang sudah bagitau kita sekarang mereka cuma dapat parts skuter banyak, jadi mereka buat skuter dulu'. Gaya amoi tu cakap sambil toleh kiri kanan konon rahsia besar lah ni. 

Saya sebenarnya 1 sen pun tak percaya apa dia cakap. Tapi saya tak kisah sebab saya tak urgent pun. So saya berpegang pada konsep dengar boleh percaya jangan. Yang buat saya tak percaya ialah bila saya kata saya mungkin berubah nak ambil ADV dan dia kata, itu ADV lagi teruk production tiada siapa lagi yang dapat moto. Saya nak tergelak dengar statement ni sebab dalam grup ADV dah semakin ramai yang dapat moto mereka. Malah ada kedai yang dah ada stok. 

-Sabar Menunggu-

Tuesday, December 17, 2019

Solariz Dah Sampai


Seperti yang diduga memang berlaku hiccup dalam pembayaran loan tempat kerja ke kedai. Dan seperti diduga loan tempat kerja tidak bermasalah kerana release payment tidak sampai 24 jam selepas menerima semua dokumen saya. Ini bukan kali pertama saya berurusan and they kept on getting better time to time. 2019 mereka lebih pantas kerana semua urusan online termasuklah untuk mendapatkan ehakmilik, payment and also application.  

Whatever it is, moto dah selamat sampai di rumah semalam. Staff kedai yang berurusan sejak dari awal pun tiada kelihatan. Nak jadi cerita 2-3 hari ni hujan di sini kesan dari limpahan hujan non-stop di negeri-negeri jiran. So standby lah nak meredah hujan. Dah lah terpaksa bawa dokumen MR1 untuk di trade-in dengan kedai.

In the end, saya naik kereta and minta bantuan one of my student bawa MR1 dan ambil Solariz sebab takut dokumen basah. Merasa la dia pergi bawa moto lama dan balik bawa moto baru. Masa balik slow je dia bawa sebab nak running in. 

Sampai rumah saya tengok cuaca cerah, terus saya pula takeover Solariz dan bawa ke stesyen minyak. Dari dulu lagi beli moto kat kedai tu, petrol dia bagi ngam-ngam soy, boleh nampak dasar tangki. Saya dah standby bawa petrol siap-siap dalam kereta guna portable petrol container saya sebab memang dah duga. 

Pengalaman first few hours guna Solariz ni is it is nice. Pickup memang menakjubkan. Saya jarang guna skuter, balik kampung baru beberapa kali naik Honda Beat. Semalam masa nak keluar simpang sibuk depan taman perumahan saya, mudah je nak lolos. Of course tak boleh compare dengan RS saya sebab kategori berbeza. Number plate saya ambil sama dengan RS, cuma satu plet V satu lagi plet B. 

Cuma Solariz ni kena hati-hati tertinggal kunci sebab bila berhenti letak stand enjin terus mati. Takut lah kalau terlupa bila enjin dah mati terus tinggal moto. Antara safety dan cuai ada garis sempadan yang agak nipis. 

Hopefully my new Solariz will be nice to me. Sekarang tengah survey monorack and maybe a new Box. Tengok dulu macam mana, budget etc. Bawah seat pun dah ada tempat simpan walaupun tak besar. Bincang dengan wife yang juga akan guna Solariz untuk ke masjid dan kawasan sekitar taman, dia pun tak boleh decide nak guna atau tak. 


Friday, December 13, 2019

CDI Up And Running


Image by Couleur from Pixabay
In my previous post, MR1 saya mengalami masalah CDI. Pergi bawa ke bengkel di satu kampung berhampiran dan Alhamdulillah, semua settle. CDI sahaja kena RM 55. Upah RM 15 dan ganti sekali plug RM 6. 

Sebenarnya, hasil pemerhatian saya mendapati masalah bermula dengan problem regulator sebelum ini dimana regulator tersebut tidak berfungsi dengan baik sehinggalah bateri saya dua kali kong. Mungkin juga kualiti regulator tersebut juga yang dah tak berapa tahan disebabkan usia moto 5 tahun. So bila regulator dah cantik, tiba pula giliran CDI. 

Nak jadi cerita masa bawa ke kedai moto untuk dinilai harga sebelum nak tukar ke skuter, moto dibawa kehulu kehilir jalan-jalan. Selalunya saya guna RS saya untuk kesana-kesini. Mungkin CDI tertekan dan akhirnya give away.

Image by Tania Aviles from Pixabay
So bila CDI dah okay kembali, Jadilah untuk di bawa ke Masjid berhampiran. Kalau nak tunggu skuter yang saya pesan, memang berjanggut lah. Dengan pelbagai karenah urusan yang melibatkan pihak-pihak lain, saya menjangkakan awal Januari 2020 baru saya dapat naik skuter tersebut. Actually macam dah malas nak pakai skuter tersebut sebab MR1 dah berfungsi dengan baik. Tapi sebab roadtax dan geran pun dah keluar atas nama skuter tersebut, terpaksa la juga ambik.

Lagipun kalau keluar minggu depan atau dua minggu lagi, saya memang tak dapat ambil sebab saya tiada di dalam kawasan. Kerja luar dan kemudian cuti pulang ke kampung. So better early Januari sahajalah bila semua dah lapang. 

Whatever it is, sayugia diingatkan bahawa urusan yang bergantung atas ihsan manusia lain adalah satu urusan yang paling sukar kerana ianya diluar kawalan kita. Kalau dalam dunia research, ia dikatakan sebagai dependant variable.