Wednesday, November 20, 2013

Nasi Ganja

Minggu lepas saya balik Ipoh dan seorang rakan saya membawa saya pekena Nasi Ganja. Lokasi adalah di dalam Kedai Kopi cina di Jalan Yong Kalsum. Pada mulanya, saya tidak lah meletakkan harapan tinggi bahawa lidah dan tekak saya akan memberi two thumbs up pada rasa Nasi Ganja ini. Rakan saya bersungguh-sungguh mengatakan bahawa yang sedap ialah nasinya sendiri, bukan lauk.

Ketika saya sampai di kedai tersebut, orang ramai walaupun jam menunjukkan pukul 1500 hrs. Parking kereta agak sukar dan kami terpaksa parking di satu kawasan di belakang kedai. Senang cerita, anda tidak akan nampak kereta anda dari tempat anda makan. Ketika saya hendak keluar dari kereta, saya dihalang oleh seorang lelaki india. Dia berdiri betul-betul di pintu kereta saya. Berkali-kali saya menolak pintu kereta saya tetapi terhalang oleh lelaki india terbabit. Dengan perasaan geram campur lapar, saya jerit padanya suruh dia ketepi. Rupa-rupanya dia nak duit untuk makan. Saya cakap padanya 'Lu tunggu sini, nanti saya bawa nasi kasi lu makan lepas saya habis makan'. Bila saya balik ke kereta selepas makan, lelaki tersebut telah tiada.

Berbalik pada nasi ganja, saya order Teh Ais sementara rakan saya order Sirap. Katanya sirap disini sedap. Apabila nasi ganja saya sampai, ada lauk Ayam dan timun serta sambal seperti tempoyak tetapi rasanya sedap. Harga ialah RM 5.10 sepinggan. Setelah beberapa suapan, memang terasa kesedapannya tetapi tidak lah sampai ketagih. Saya ada dengar macam-macam kisah mengenai nasi ganja ini tetapi perkara tiada bukti sahih. Mungkin orang pelik dengan keadaan kedai sebegini mampu menarik ramai orang. Jika kedai tersebt ada aircond dan eksklusif dan pekerja semua cantik-cantik, saya rasa cerita sebegini tidak keluar. Apa-apa pun enjoy the meal dan saya tidak ketagih.

Nasi Ganja. Sepinggan RM 5.10. Makan hingga Licin.

Suasana dalam kedai Nasi Ganja di Jalan Yong Kalsom, Ipoh

Tuesday, November 19, 2013

Teknologi

Penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian sedikit sebanyak membantu saya untuk menjalankan tugasan tanpa terganggu. Antara teknologi yang kerap saya gunakan ialah aplikasi android iaitu Whatsapp. Perhubungan dengan rakan-rakan menjadi lebih mudah dan murah. Sebagai contoh, saya membeli insurans dengan rakan saya Zainul dimana urusan kami banyak menggunakan Whatsapp. Hanya 2 kali saya berjumpa dengan Zainul iaitu ketika menandatangani borang dan proses penyerahan polisi dan bayaran ezy pay.

Bercakap mengenai insurans, ramai yang approach saya menawarkan pelbagai jenis insurans tetapi saya memilih Zainul kerana di kawan lama saya di sekolah asrama penuh dahulu dan yang kedua dia boleh customize kehendak insurans saya dimana jumlah bayaran bulanan yang saya mampu. Kalau return tinggi tapi bulanan saya tak mampu pun tak guna juga. Lagipun Zainul adalah kawan saya yang memang saya selalu jumpa, ngeteh dan Whatsapp jadi walaupun pelaburan saya padanya adalah ciput tetapi interaction kami tidak putus. Apabila kami berjumpa, kami boleh menyembang hal-hal lain selain dari insurans. Saya ada mengambil satu lagi insurans dengan satu lagi syarikat juga dengan jumlah bayaran bulanan yang CIPUT tetapi return adalah cukup untuk cover keperluan saya. Apa yang berlaku ialah saya langsung tiada interaksi dengan ejen terbabit. Malah saya juga tidak ada sebab untuk berinteraksi dengan dia. Jadi, personal touch sudah hilang.


Ketika kali kedua hari ini Zainul berjumpa saya, dia terlupa pula memberitahu saya perlu fotokopi kad kredit saya untuk urusan Ezy Pay. Dengan teknologi, saya scan dan email salinan kad kredit saya yang telah dipalang dan ditutup nombor CVV belakang kad kepada Zainul Saya menggunakan HP 2060 dimana ianya murah, boleh scan, copy dan print black dan color dan yang penting Ink nya murah. Hanya RM 27 untuk satu katrij hitam dan RM 27 untuk katrij warna. Ye, saya masih boleh menjumpai kedai yang menjual katrij HP 2060 dengan harga RM 27.

Ketika saya ke Klang untuk membeli laser jet Samsung ML 2160 untuk diletakkan di bilik pejabat saya, penjual tersebut terkejut saya membeli katrij warna HP 2060 dengan harga RM 27 bulan lepas kerana di kedainya, harga katrij tersebut ialah RM 30. Mungkin dia menyangka kedainya adalah kedai paling murah di dunia.

Samsung ML 2160 saya beli kerana keperluan printing di pejabat lebih banyak, perlu lebih pantas dan hasilnya perlu lebih kualiti. Harga RM 199 sangat menarik perhatian saya mengenai printer laser jet ini dan ianya menggantikan HP Laser Jet yang telah saya gunakan since 2005. Dengan size yang kompak, printing speed juga cepat. Saya masih belum mencuba untuk print lebih dari 10 muka surat dalam satu masa, namun manufacturer claim bagi printer ini ialah 20 page per minute.

Harga toner compatible pula ialah RM 140, sedikit mahal berbanding compatible toner lain tetapi menurut Apple Toner iaitu syarikat tempat saya beli printer tersebut memberitahu bahawa compatible toner ini boleh print sebanyak 1500 pages. Original toner juga berharga RM 200 dan boleh memberikan output 1500 pages.

Buat yang mencari printer dan compatible toner tanpa perlu ke kedai (mereka boleh pos), boleh cuba layari laman web Apple Toner di www.tonersave.com.my . Saya telah ke kedai mereka di Bandar Botani, Klang dan mereka benar-benar wujud. Saya tidak mengatakan harga mereka paling murah di Malaysia tetapi antara yang termurah dalam survey saya.

Name Card kawan saya tempat saya membeli insurans dan melabur Public Mutual :)


Friday, November 15, 2013

Jatuh

Agak lama saya tidak post apa apa di sini. Post terakhir ialah mengenai pembelian HP Nokia Asha yang sehingga setakat ini saya gunakan sebagai second phone, tidak memberi apa apa masalah. Cuma sesuai dengan harga, maka processor dan RAM nya berada pada kelajuan yang minima atau ngam ngam soy. Cukup untuk Whatsapp, SMS dan Phone Call. Biasanya selepas connected to Unifi, terpaksa saya menunggu sedikit supaya semua text dalam Whatsapp saya loading.

Pada 19 Oktober 2013 bersamaan hari Sabtu merupakan satu hari dimana dalam keadaan tergesa-gesa hendak ke Kedah, ketika enjin kereta sudah dihidupkan dan semua keluarga saya sudah berada di dalam kereta, saya terjatuh tangga.

Ketika sedang menuruni tangga rumah jam 0555 hrs dalam keadaan lampu sudah ditutup, saya terlepas 2 anak tangga dan kaki kanan saya landing di lantai lalu terdengar bunyi Praak! pada ankle kanan saya. Berderau darah apabila mendengar bunyi seakan patah. Saya terduduk seketika dan perlahan-lahan saya cuba gerakkan kesemua jari kaki. Alhamdulillah jari-jari semua boleh bergerak walaupun perlahan. Masa ni, terasa panas di ankle kaki dan perlahan-lahan kesakitan terasa.

Saya cuba call Wife di dalam kereta untuk memaklumkan keadaan saya namun handphone dia off. Agaknya melihatkan saya terlalu lama di dalam rumah, wife saya keluar dari kereta dan menjenguk ke dalam rumah dan apabila melihat saya terbaring di tangga, dia sudah boleh menduga apa yang berlaku.

Wife kemudian mematikan enjin kenderaan dan membawa keluar anak-anak yang masih terpinga-pinga dengan perjalanan yang begitu 'sekejap'.

Trip ke Kedah terpaksa dibatalkan dan jam 0800 hrs saya dihantar ke klinik dimana doktor telah mendiagnose ligamen ankle saya koyak. 3 hari yang pertama memang memedihkan di mana selain memakan ubat doktor, tuaman air batu, pergerakan minima, penggunaan tongkat (saya masih simpan tongkat ketika otot betis kiri saya koyak akibat bermain badminton), saya juga terpaksa menahan kesakitan ketika tidur di malam hari.

Sehingga kini kaki saya masih belum pulih sepenuhnya walaupun sudah boleh berjalan dan memandu kereta namun pergerakan kaki agak tidak normal dan masih ada bengkak di kawasan ankle. Kadangkala pada malam hari ketika tidur akan terasa sedikit sakit, kalau dilanggar kawasan ankle memang meraung. Biasanya apabila bangun dari tidur akan terasa sakit.

Secebis kisah jatuh tangga, yang penting terus tuam dengan air batu. Saya bernasib baik jatuh di rumah.
 
Gambar 15 minit selepas jatuh.