Thursday, November 01, 2018

Luar Kawasan


Hari Pertama di Bulan November, teringat lagu November Rain dari kumpulan Guns N Roses. Gaya Slash memetik gitar solo dalam muzik video begitu memukau. Dan di awal November ini saya dan keluarga akan ke negara jiran menaiki flight. Bukan sekadar untuk mengunjungi kawan lama sewaktu belajar di Leicester, tetapi juga ingin mendedahkan anak-anak dengan pengalaman international flight, dengan pemeriksaan kastamnya, imigresennya dan pengalaman berada di negara orang. Flight pula jam 0600 hrs. Memang tidur di airportlah kami.  Bak kata orang tua, jauh pemandangan luas pandangan bertambah pengalaman. Apa pun motif utama selain dari pendedahan pada anak-anak ialah untuk berjumpa rakan lama. Semoga perjalanan lancar dan dilindungi segalanya.