Friday, December 04, 2020

My Father My Hero

 

Sepanjang bulan November saya agak sibuk kerana terpaksa melalui pelbagai urusan kerja serta keluarga. Ayah saya kembali ke rahmahtullah pada 26 November 2020 jam 11.53 am di Hospital UKM, Cheras. 

Sebenarnya dia telah dimasukkan ke HUKM sejak early November akibat masalah sakit kuning (jaundice) yang dihidapinya sejak Mac 2020. Ketika itu dia kehilangan selera makan. Hanya ubat pembuka selera makan yang diberi ke klinik. Di saat wabak covid 19 menggila ketika itu, serta PKP fasa 1, ayah hanya duduk di rumah. Dia masih kuat ketika itu buat kerja kebun. Pergi klinik kesihatan checking rutin pun doktor tak dapat diagnose lebih sebab masa tu SOP pun ketat. 

Sehinggalah dia jatuh di kebun, tangan retak dan pergi ke hospital untuk rawatan. Doktor syak ada sesuatu pada Ayah dan result awal checking darah ada something wrong. But then lagi sekali PKPB dan SOP hospital kembali ketat. Next appointment agak lewat. Sebulan lebih kemudian, Ayah buka simen di hospital dan kami decide masukkan dia ke KPJ untuk buat full test. Result yang dapat tak cantik. So refer back to hospital and after some discussions with doctors, they decided to send him to JB for further treatment as sana ada pakar yang lebih hebat.

Di JB tiada sedara mara, so kami hantar ke HUKM Cheras since on of our relatives pun specialist disana. When he was admitted di sana, the first week he was very cheerful. Saya beberapa kali juga dapat tengok dia despite peraturan yang ketat untuk melawat (ikut SOP PKPB). Then dia menjalani minor operation untuk buang kuning. Ada satu saluran dimasukkan dalam perut dia. A day after the operation, I went to see him and he was still cheerful. Few days then I was back and I noticed that dia semakin lemah. Nak makan pun saya terpaksa suap. Doc kata kena sepsis. 

And his condition began to deteriorate fast until he passed away. 

Dad, you made me. Thank You for guiding me to become a somebody now. Ada beberapa kali saya hampir membuat langkah yang salah dalam kehidupan but he was there to guide me. I remember when I refuse to enter ITM sebab dah seronok bekerja, he was there to persuade me to continue my studies. He waited patiently for me to finish my PhD. Alhamdulillah I managed to complete it he was there to see me. 

Ayah, banyak yang saya nak tulis tapi masih belum terzahir. Semoga Roh Ayah dicucuri rahmat. 17/09/1944 - 26/11/2020.

No comments:

Post a comment