Wednesday, October 21, 2020

Mandatory WFH Again?

 


Semalam, saya membaca laporan media tentang pengumuman tentang larangan bekerja di pejabat (WFO) yang dijangka melibatkan ratusan ribu pekerja di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya. Walaupun perincian masih belum diumumkan setakat entri ini ditulis tetapi ia memberi gambaran jelas bahawa ramai yang akan terlibat.

Antara penyebab utama larangan ini dibuat ialah kemunculan kluster tempat kerja. Tidak dinafikan bahawa ini adalah satu cara untuk mengekang kemunculan kluster tempat kerja namun tidak bagi kluster lain. Umum mengetahui bahawa bukan semua kerja boleh dilakukan di rumah. Malah bukan semua rumah mempunyai suasana kerja yang kondusif. Ada juga yang perlu constant communication dengan colleague ketika bekerja. 

Laman web Forbes ada menceritakan tentang disadvantage working from home. Saya tidak sempat untuk mencari research papers tentang kesan work from home pada pekerja tetapi berdasarkan pengalaman rakan-rakan, mereka yang impikan work from home ni adalah mereka yang terpaksa commute ke tempat kerja setiap hari. Lagi jauh jarak mereka commute, lagi mereka suka work from home. Mereka yang tidak suka work from home ini pula adalah mereka yang tidak mempunyai ruang kerja kondusif di rumah. Ada yang rumahnya anak ramai, bising serta tiada tempat khas untuk menjalankan kerja dengan tenang. 

Saya pula ada masa saya suka WFH, ada masa saya suka WFO. Skop kerja saya sekarang termasuklah menyelesaikan masalah manusia dan agak sukar saya lakukan tanpa peluang bersemuka. Penggunaan Whatsapp agak kurang menyelesaikan masalah sebegini kerana text interpretation seseorang itu berbeza.

Ada masa pula saya suka WFH apabila saya memerlukan internet yang laju dan stabil serta tidak memerlukan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh insan. Terutamanya jika menulis atau mengajar menggunakan forum. Jika perlu Google Meet, saya lebih sukakan di ofis kerana di ofis saya ada bilik sendiri. 

Apa yang saya lihat sebenarnya yang boleh berlaku disini ialah jika diteruskan arahan mandatori WFH, maka akan penuh cafe-cafe dan restoran-restoran dengan pekerja-pekerja dan laptop mereka. Saya tak hairan kalau Starbucks, Coffe Bean dan seumpama dengannya akan penuh dengan pekerja-pekerja ini. Mereka kadangkala perlukan tempat untuk berbincang sambil bekerja. Dan mungkin akan wujud kluster lain pula. Lagipun tiada sebarang larangan dine in di restoran. Hanya penjarakkan sosial dan satu meja 2 orang. 

Teringat seorang rakan yang sangat marah kenapa di suruh datang kerja, katanya bahaya covid ni. Tetapi bab makan, dia akan dine in di restoran dan lepak bersembang dengan kawan-kawan, lama pulak tu. Siap ngeteh lagi petang-petang. Time kerja pula dia duduk senyap sorang-sorang. Terfikir juga mungkin dia rasa bahawa virus tiada di tempat makan tetapi ada di pejabatnya. Sedangkan boleh je dia bungkus makanan tu. Di sini kita dapat lihat bahawa jika benda tu mendatangkan manfaat kepada dirinya, maka rules SOP akan dia sendiri relaxkan. Tetapi jika benda tu dia rasa menyusahkan dirinya, secara automatik dia akan menjadi manusia yang paling patuh SOP walaupun ketika itu SOP terbabit belum di enforce kan.

Satu lagi kes yang saya jumpa, ada seorang kenalan yang begitu menyokong SOP Covid dan PKP. Sekarang dia lah yang paling marah kalau PKP kena laksanakan semula sebab dia dah book hotel bercuti di luar Selangor. Dulu membebel kalau dengar orang nak cuba rentas negeri balik kampung. Mentang-mentang kampung dia dekat. Sekarang bising betul dia sebab katanya sepatut diberi kelonggaran untuk yang nak bercuti kerana dah booking. Kesian sektor ekonomi katanya. 

Saya teringat rakan-rakan saya yang kerja sendiri masa zaman PKP fasa satu. Mereka hampir tersungkur nak sara famili sebab kedua-dua suami isteri tak dapat kerja cari rezeki. Kini mereka baru nak kembali bernafas. 

Bukan semua orang yang bersifat begini. Masih ramai di luar sana yang patuh pada SOP dan bersungguh memerangi Covid 19. Mereka ini membantu usaha kerajaan untuk putuskan rantaian Covid 19. Namun dicelah-celah manusia ini ada karekter yang saya ceritakan diatas. 

Lagi sekali, sama-sama kita doakan agar dapat diputuskan rantaian Covid 19 ini serta semoga usaha pihak berkuasa memperolehi kejayaan. 


No comments:

Post a Comment