Monday, November 16, 2020

Work From Home Setup - Setup Bekerja Dari Rumah

 


Work From Home (WFH) atau Bekerja Dari Rumah (BDR) merupakan satu istilah yang semakin sinonim dengan pandemic Covid 19 pada tahun 2020 ini. Jika sebelum ini, WFH merupakan impian kebanyakan orang, kini ia semakin menjadi realiti. Konsep WFH sebenarnya telah dipraktikkan sebelum-sebelum ini namun ianya tidaklah hampir menyeluruh seperti sekarang. Saya ada rakan yang dah WFH selama beberapa tahun. Beliau bekerja dalam bidang architectural design, banyak bermain dengan Autocad atau software design seumpamanya. Datang ofis seminggu sekali sahaja. Janji kerja siap. Namun kini, hampir semua bidang WFH termasuklah bidang-bidang yang kita tak sangka boleh WFH seperti pendidikan.

Tahun 2020 masih ada juga yang Work From Office terutama bidang essential services. Namun kebanyakan bidang adalah bekerja dari rumah. Kalau kena datang office pun ada hari-hari tertentu mengikut penggiliran. Saya sendiri datang office mengikut kesesuaian. Yang lain bekerja dari rumah. Dalam seminggu, dua hari saya akan datang ke office atau apabila boss panggil.

Saya melihat salah satu kebaikan WFH ini ialah pekerja dapat cut off travelling time lagi-lagi yang kerja jauh-jauh ni. Ada rakan-rakan saya yang travel 200km pergi balik dari kerja sahaja. So sepanjang era WFH ini, dia dah cut off budget travel dengan banyak. Office pun dapat cut off electricity and water expenses. Yang ini saya tak dapat jenguk bil office saya, so tak tau berapa banyak actually they managed to cut their expenses, but I really believe that they do make some savings.

Another thing yang saya tengok kebaikan WFH is pekerja tak perlu grooming rapi seperti ke ofis. Saya hanya berbaju pagoda dan berkain pelikat sahaja sambil buat kerja. Kalau perlu attend online meeting, barulah pakai kemas sikit.

Some drawback yang ada pada WFH ini ialah suasana persekitaran yang tak berapa kondusif seperti di ofis. Lagi-lagi rumah comel macam saya ni. Nasib baik saya ada bilik belakang yang sepatutnya khas untuk anak bongsu saya, tetapi sebab dia boleh tidur merata, bolehlah saya pinjam bilik dia untuk buat kerja, attend online meetings atau conduct classes.

One of the reason saya lihat WFH kini agak berjaya dan dipraktikkan di rumah is most of the employees terutama in educational sector ada pc or laptop sendiri. Paling kurang pun ada smartphone. And secondly is ada connection internet. Saya mengkhusus pada bidang education sebab saya berada dalam bidang ini. Most of my colleagues ada connection internet yang stabil which is home fibre broadband. Whether it is Unifi, Maxis or other ISP, they managed quite a stabile connection for working purpose. In our education field, kita perlu quite a good connection sebab nak conduct webinars, online meetings, classes. 

Some of my friends yang sebelum ni guna their mobile internet for WFH pun sekarang dah berkira-kira nak masukkan Unifi. So I do see that internet is one of the main factors in ensuring WFH is a success. 

While my colleagues in Klang Valley do not have so much trouble in internet (minus few of them but it is mainly due to their ISP's), my friends out of Klang Valley do face some difficulties in their internet connection. This also applies to the students. This can be seen when doing online sessions with them especially when we transmit our videos and voices. 

Besides internet, they are other things that need to be considered for a proper WFH setup.

1. Hardware - Desktops, Laptops. Everyone wants a good computer but it depends on the individual's budget. Saya guna laptop saya, Macbook Air 2020. Ia bukanlah satu laptop yang powerful tapi memadai dengan tugas dan kerja saya. Janji dapat buat word processor, power point, online meetings, excel and browse the internet. Tapi serious menaip guna Macbook Air 2020 ni best sebab keyboard dia. Most of my colleagues pun macam tu. And most of em are using laptops. Desktop saya, ada di office. Lagipun ruang rumah kecil, tak sesuai bawa balik desktop. 

2. Additional Hardware - selain laptop, saya juga ada printer untuk print apa-apa yang difikirkan perlu. Setakat ini saya tak print anything for my work but selalu print homework anak saya. Anak-anak saya pun school at home. I am using a HP color printer, bulky printer ni sebab sekali dengan scanner tapi reliable. Asalnya saya tukar sebab nak print wireless, tapi sungguh tak stabil wireless printingnya, so I use a cable instead. So far ink HP 680 nya jimat, harga pun murah cuma nak cari ink katrijnya terpaksa merayau ke satu dua kedai baru jumpa. Itupun sekarang banyak jual bundle pack hitam dan kaler. 

3. Tablet - Saya ada satu tablet yang saya guna untuk baca ebooks/emagazines. Sometimes saya akan browse guna tablet tu tanpa gangguan Whatsapp sebab whatsapp ada di handphone. Ada kala saya online meeting guna tablet. But mostly saya membaca guna tablet ni. 

4. Persekitaran dan kelengkapan - Yang ini saya agak tewas. Walaupun ada meja yang agak besar untuk menulis, tapi agak penuh dengan printer HP saya yang agak besar serta modem router Unifi saya. Persekitaran bilik belakang ini pula, lokasi bilik tepi tingkap. Matahari memang memancar masuk ke sini. Nasib baik ada langsir tebal. Itupun kalau dah sejam online meeting, berpeluh juga. Lagi-lagi kalau saya yang sentiasa bercakap.  Aircond belum pasang di bilik ni, bilik lain dah ada. Nak guna bilik sendiri pula anak-anak keluar masuk bilik tu, wife pun keluar masuk juga. Mau tak mau kena juga guna bilik belakang ni. Kadang-kadang nak online meeting terpaksa tutup tingkap, takut jiran belakang dengar. Kerusi pula memang tak sesuai untuk duduk lama. Kerusi saya standard kerusi kedai mamak. Nak beli kerusi yang lebih ergonomik takut rugi sebab saya tak rasa akan WFH selamanya. 

5. Internet - yang ini sepatutnya naik ke nombor 2, tapi sebab saya dah ada connection Unifi yang stabil so saya letak nombor 5. So far saya guna Unifi since 2011, cuma beberapa kali Unifi saya down. Ada 3 kali down di rumah saya sahaja, dan yang lainnya down keseluruhan kawasan. 3 kali down di rumah saya ni pun sebab cable luar. Satu putus sebab kontraktor jiran rennovate rumah dan patahkan wayar fiber luar rumah. Satu kali sebab tikus gigit wayar luar rumah dan satu kali lagi sebab kontraktor pasang port baru di kotak lorong belakang rumah, terlanggar wayar saya. Saya bernasib baik sebab salah sorang jiran saya kontraktor fiber optik untuk projek mega. Setakat fiber rumah ni mainan dia je. Dia dah cakap kalau jadi lagi panggil je dia. Nak tunggu TM agak lama sebab kena lalu macam-macam prosedur. Kadang-kadang kita dah tahu apa masalahnya tapi still kena call TM, then CS dia suruh tutup bukak modem, lepas tu buka report, tunggu 2 hari atau lebih sampai kontraktor TM call set appointment. Panjang prosedurnya. Modem router standard Unifi saya, saya akan pastikan untuk saya on off selepas seminggu dua penggunaan. Sebab bila saya biarkan lama sangat nanti dia macam pening, time tu la internet terputus-putus. Setakat ni 500Mbps Unifi saya tak menghampakan. Malah lebih pantas dari office saya (kalau ramai orang, setakat ni time Covid 19, office sama laju dengan rumah).

That's all for my work from home setup. It's not that ideal compare to my office. I believe that some of you may have better working condition than mine while some may not. Whatever it is, some businesses do have a increase in sales because of WFH ni. Ketika PKP fasa awal, saya ada keluar ke kedai IT untuk beli SSD supaya laptop dan pc saya dapat 'dilajukan'. Staf kedai memberitahu saya mereka kehabisan stok printer mampu milik kerana ramai parents datang beli untuk anak. 

Malah stok SSD pun berkurangan kerana tiba-tiba ramai yang datang beli. Ketika beratur nak masuk kedai (waktu ni masuk kena beratur sebab SOP tak bagi ramai-ramai dalam kedai), saya terdengar perbualan orang-orang dalam barisan saya. Ada yang nak beli modem router yang lebih bagus untuk kelas online, ada yang datang nak cari laptop sebab kena WFH, ada yang nak beli SSD macam saya, nak beli printer pun ada.

Ada rakan-rakan yang upgrade internet mereka. Ada juga yang beli phone baru semata-mata untuk WFH. Yang beli laptop baru pun ada. Beli rumah baru je saya tak jumpa lagi. 


No comments:

Post a Comment