Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Monday, March 05, 2018

Ibanez Talman



Pada hari ini, dah sebulan lebih saya gunakan Ibanez Talman TCY12E. Gitar akustik ini saya beli di Bentley Music dengan harga RM 1021 termasuk Ibanez Soft Case, 1 double stand dan replace standard strings dengan D Addario Coated Strings Size 10. Sebenarnya tak terniat nak tukar tali tetapi bila melihat tali yang sedia ada pun dah ada karat-karat sikit, terus saya tukar. Lagipun saya kurang berminat nak guna tali yang size besar.





Nasib baik upah pasang free, cuma kena bayar harga tali. Double stand saya beli sebab nak letak gitar Jackson saya bersama-sama dengan Ibanez Talman akustik. Talman saya ini mempunyai pickup. Ia boleh lah dikategorikan sebagai gitar semi akustik. Saya amat jarang menggunakannya dengan amp marshall saya,cukup sekadar petik kosong sahaja, layan lagu-lagu rock kapak. 

Berpuluh tahun main gitar, ini kali pertama saya beli gitar akustik ada nama. Sebelum ni guna gitar kapok kedai mamak je. Saya masih ingat gitar kapok tu saya beli dengan harga tak sampai RM 100. Tahun bila beli tak ingat, tapi seingat saya masa tahun 2004 saya dah guna gitar kapok tersebut. 

Ibanez Talman ni tidak mempunyai tone yang sehebat gitar-gitar akustik yang berharga RM2k ke atas, tapi sudah cuba menggembirakan telinga saya. Sebagai seorang amatur, cukuplah Ibanez Talman dengan budget yang ada.

Janji rock.





 

Friday, September 08, 2017

Gitar Jackson




Setiap manusia mempunyai hobi. Adakalanya hobi bertukar menjadi sesuatu yang memberi sesuap nasi kepada kita dan adakalanya hobi kekal hobi. Hobi boleh kita definisikan sebagai sesuatu aktiviti yang dilakukan ketika masa lapang, dan bagi saya, boleh release stress. Kalau hobi tersebut menambahkan stress yang sedia ada hasil kerja hakiki, itu bukan hobi namanya.
 
Hobi bermain gitar ini bermula agak lambat dalam diri saya. Jika kebanyakan rakan-rakan bermula seawal umur 13-14 tahun, saya bermula pada umur 17 tahun. Minat tu dah ada sejak umur 13 tahun tapi tak pernah berkesempatan untuk belajar. Pegang tu ada lah. Ketika umur saya 16 tahun, saya dapat menyaksikan secara close and personal kawan saya dan adik nya bermain gitar, lagu Bad Company. Gitar yang digunakan adalah gitar kapok. Kagum sekejap saya. Kemudian di usia 17 tahun, seorang rakan sekolah saya pula offer ajar main gitar. Lagu pertama saya belajar, Wind Of Change dari kumpulan Scorpions. Juga guna gitar kapok. Umur 18 tahun, saya beli gitar kapok sendiri. Sampai bengkak-bengkak jari petik gitar kapok, tali kapok. Tukar pula ke tali elektrik tapi masih guna gitar kapok. Masa ni saya dah kerja di UTM. Berkenalan pula dengan student-student sana dan salah seorang ialah sifu gitar saya iaitu orang yang mula-mula kenalkan saya dengan gitar elektrik. Terpegun saya tengok dia solo macam-macam jenis lagu. Masa tu la saya kenal apa tu gajet, stomp box, distort, chorus, delay. Saya selalu ikut dia jamming, tapi masa tu sekadar jadi vokalis terjun. Suara ke laut. 
 
Bila dia upgrade gitar dia, dia jual gitar lama dia jenama Hohner. Mula la saya belajar main gitar. Saudara saya pinjamkan gitar amp dia. Gadget saya guna second hand Boss Overdrive Distortion. Beli dari sifu saya yang jual gitar Hohner tu. Mak saya jahit sendiri casing gitar, dari kain. Ingat lagi terkial-kial saya praktis intro lagu Sweet Child O Mine. Gitar Hohner itulah saya bawa ke ITM, main di ITM sambil-sambil jamming dengan kawan-kawan. Kebetulan ambil ko Muzik Malaysia, guna terus gitar Hohner dan gadget Boss saya. Amp saya sambung ke radio sahaja. 
 
Bila dah kerja, ada duit sikit, saya jual Hohner dan sambar Gitar Jackson JS30. Made In Japan. Sekali dengan efek Zoom 606 Made In Japan dan Amp Marshall. Bertahun-tahun layan gitar tu di masa lapang. Zaman bujang. Bila dah kawin, slow sikit. Dah ada anak, sesekali je layan. Dah tambah anak, terus stop. Gitar tersebut berhabuk, karat. Zoom 606 pun tak pernah on dah. Segala memori preset efek-efek gitar seperti chorus, distort dan delay tak pernah saya pakai. Tak pasti samada efek dalam memori masih tersimpan atau tak.


Baru-baru ini tiba-tiba datang mood balik. Terus saya keluarkan Jackson dari bawah katil, berhabuk, karat, tali karat. Dah 6 tahun dibiarkan. Jenuh juga google cari siapa yang boleh repair balik. Rupanya sekarang ramai yang offer service pro custom setup. So saya hantar kat satu kedai gitar ni, budak ni restore balik Jackson seperti sediakala. Harga not bad, RM 1xx termasuk tali gitar Elixir dengan coating. Budak yang repair ni kata tali Elixir dengan coating ni tahan lama. Berbulan tak karat. Dulu saya guna Ernie Ball. Bertahun tak main ni, banyak juga teknologi baru. 

Yang repair gitar ni kata sound gitar Jackson saya sedap sebab Made In Japan. Katanya kalau jual balik ni ada harga. Harga tak jatuh dari harga saya beli masa 15 tahun dulu. Katanya gitar Made In Japan dah rare, harga dah ribu riban. Masa saya beli dulu pun harga dah ribu riban. Tapi time tu ada banyak lagi harga gitar yang lebih ribu riban dari gitar saya. 

Dibawah merupakan spec Jackson saya. Ambik dari internet. Semua maklumat dah ada dalam internet. Senang.

  • Alder body
  • Maple bolt on neck
  • Rosewood fingerboard
  • Compound (12" to 14") Fingerboard Radius
  • 22 jumbo frets / 25.5"" scale / 1 11/16" nut width
  • Jackson CVR2 Humbucking pickups
  • Floyd Rose® Licensed Jackson® Low Profile JT580 LP Double Locking 2-Point Tremolo
Bawah ni pula merupakan spec Zoom 606. 606 merupakan discontinued model manual dia masih boleh didownload dari website Zoom.

Built-In Expression Pedal. 
Drive Selector & Gain +/-Key. 
35 Versatile Effects - 9 Simultaneously. 
Built-in Chromatic Tuner. 
3 Amp Cabinet Simulators. 
Battery or AC Operation. 

KEEP ROCKING !!

Thursday, September 10, 2015

Front Headlight Dosun

Malam tadi berkesempatan untuk mencuba Dosun SF300 LED Front Light untuk MTB saya. Memang terang menyuluh ke hadapan. Even, Amir Janggut Otai punya LED Front Light pun tak seterang Dosun ni. Saya beli Dosun di Wheelsman Cycle Shah Alam. Saya recommend tempat ini kerana sales person dia friendly. Masa mula-mula masuk, muka dia ketat, mungkin kerana muka saya pun ketat. Tapi selepas berbual seketika, rupanya friendly. Asalnya nak beli V stand untuk MTB, tapi akhirnya settle down dengan stand yang lebih senang iaitu L shape stand. Dosun ni harga dia RM Tiga Angka, sesuai dengan kualitinya. Dan saya beli L shape stand dan Dosun SF300 dengan harga RM Tiga Angka. 

Dosun saya warna merah


Dibawah merupakan spefikasi Dosun SF300 yang saya ceduk dari cycletaiwan.com



Dosun SF300 LED USB Rechargeable Front Safety Light

The Dosun SF300 LED USB Rechargeable Front Safety Light is the ideal light for all types of bicycle, whether it  be an MTB, Road, Fixie or Folding. The unit itself is made from aluminium which helps with the heat dispersal from the single LED bulb. Supplied with a strap, that is able to fit from 20mm up to 40mm diameter bars and a USB cable to recharge the unit.

It has five mode functions, making the Dosun SF300 LED USB Rechargeable Front Safety Light  a very versatile light indeed. This model is available in three colour options either  Black, Red or Silver. 

Included:  Light unit, USB cable.

Features:

  • Water resistant
  • Strap fits bar 20mm - 40mm diameter
  • Quick to fit 

Specifications:

  • Make: Dosun
  • Model:  SF300 LED USB Rechargeable Front Safety Light
  • Lumens: 300 lm
  • Battery: 500 mAh Li-Polymer
  • Charging time: 2.5H by USB
  • Functions: High, Mid, Low, Flash, Quick flash,  Off
  • Running time: High mode 1 hour, Mid mode 3 hours, Low mode 6 hours, Flash mode 12 hours, Quick flash mode 60 hours
  • Water resistant: IPX4
  • Material: Alunium ally/ PC/ABS
  • Weight: 50g per unit
  • Size: L 66mm x W 29mm x H 22mm
  • Mounting: Strap 20mm-40mm
  • Colour options: Black, Red, Silver
  • Type: Front

Wednesday, September 09, 2015

Louis Garneau

Namanya seperti jenama perfume, tapi ia sebenarnya ialah Mountain Bike. 


Baru cuba berjinak-jinak dengan dunia kayuhan. Sebelum ini sudah memiliki folding bike GTA. Warna Deep Pink menjadi pilihan kerana ianya rare bagi Mountain Bike. Nampak lembut sikit. 

Dibawah merupakan spesifikasi Louis Garneau siri XC Casper Pro keluaran 2009 ini. Beli brand new dengan harga yang hampir mampu milik, sempit poket dibuatnya namun fikirkan sebab minat dan sihat, beli juga. Sihat tapi tak minat tak guna juga, minat tapi tak sihat pun sama tak guna juga.

So far geng kayuh semuanya dah berpengalaman, so banyak timba ilmu dari mereka. 

FRAME
LG 7005 ALUMINUM
REPLACE END: YES
FRONT FORK
SR SUNTOUR SF9-XCR LOCK OUT
REAR SUSPENSION UNIT
NIL
HEADSET
INTERNAL
HANDLE BAR
LG ALLOY (600mm)
HANDLE STEM
LG ALLOY 6-DEG (60/350mm, 70/400-450mm, 90/500mm, 130/550mm)
BRAKE
SHIMANO BR-M416 MECHANICAL DISC BRAKE
BRAKE LEVER
SHIMANO BL-M421
FRONT DERAILLEUR
SHIMANO ALIVIO
REAR DERAILLEUR
SHIMANO ALIVIO
SHIFT LEVER
SHIMANO ACERA RAPIDFIRE PLUS
BOTTOM BRA CKET
SHIMANO BB-ES25 SHELL:68mm / AXLE:118mm
CRANKSET
SHIMANO ALIVIO 42/32/22T (170/350-400-450mm, 175/500-550mm)
SPROCKET
SHIMANO CS-HG-40 11-32T 8 SPEED
HUB
SHIMANO CENTER LOCK DISC HUB
RIM
MAVIC XM117 32H
TIRE
MAXXIS LARSEN TT 26x2.0"
SADDLE
SDG BEL-AIR RL
SEAT POST
LG ALLOY (300/350mm, 350/400-450-500-550mm) DIAMETER:27.2mm
PEDAL
WELLGO ALLOY
ACCESSORIES
-
FRONT WHEEL TRAVEL
100mm
REAR WHEEL TRAVEL
NIL
SIZE
350mm, 400mm, 450mm, 500mm, 550mm (C-T)
COLOR
LG WHITE, BLACK, AQUA, DEEP PINK, YELLOW
WEIGHT
13.6kg (450mm)
 

Sunday, June 01, 2014