Monday, August 19, 2019

Viva Around The Corner


Hi All, currently busy preparing power point slides for my Viva presentation. This is where I will present my PhD thesis. Basically, thesis saya telah pun dibaca oleh examiner which is dua orang dari Malaysia dan seorang dari luar negara. Jujur cakap, debaran di dada memang ada bila dah tahu tarikh Viva. 

So sekarang tengah busy siapkan power point, banyak sangat nak di cover sampai tak tahu mana nak mula dahulu. Setelah mendengar nasihat dari pelbagai pihak termasuk lah supervisor, dapat lah juga sedikit sebanyak idea agar tidak terlalu sedikit presentation saya dan tidak pula terlalu berlebihan. 

Kebetulan pula baru balik dari seminggu bercuti bersama keluarga. Percutian yang sememangnya telah lama dirancang sebelum keluarnya tarikh viva. Pada mulanya memang saya bercadang untuk menangguhkan percutian tetapi setelah dinasihati oleh rakan-rakan yang lebih tua, saya teruskan juga. Lagipun kata mereka, kenapa nak babitkan keluarga dengan masalah kita. Bila melihat muka anak-anak ketika mereka tidur, sayu pula rasanya. So I decided to carry on my vacation. 

Alhamdulillah balik vacation terasa lapang sedikit. Moga-moga ada sinar di sebalik pengorbanan ini. Will post again after finishing my Viva. Still have correction and formatting to do after the Viva. Good Luck to me.

Monday, August 12, 2019

Ikut Trend


Jika kita lihat di negara kita Malaysia, manusia sentiasa bergerak ikut trend. Maksud saya, akan ada musim dimana semua orang sebegini. Ada yang kata viral. Saya berada pada zaman awal-awal viral iaitu Facebook. Sekarang ada instagram.

Kita lihat makanan. Dulu viral kuih keria, sekarang merata dah ada. Ada satu masa tu kecoh pasal nasik kak wok dan nasi berlauk. Sampai nasi tu naik flight dari Kelantan ke Lembah Klang. Sekarang mungkin masih ada cuma dah tak hype macam dulu. Ada juga time gerai-gerai kopi ice blended bertaburan di mana-mana. Sekarang dah tak berapa nampak. 

Suatu ketika heboh zaman vape. Kedengaran istilah Vape On. Kedai vape tumbuh merata. Macam-macam flavour keluar. Kawan-kawan saya pun ada yang meniaga vape. Yang hisap vape pun ramai. Sekarang dah tak banyak kedai vape. Masih ada lagi cuma bilangan kedai dah kurang.

Zaman kayuh basikal pun ada. Saya pun beli satu MTB, kayuh. Sekarang pun masih ada cuma jumlah dah tak macam dulu. Dulu macam-macam jamboree ada. Now saya tengok trend masuk acara lari. Acara ni dah lama, cuma lately ni orang yang tak pernah masuk pun dah mula join lari 5 km lepas tu upload dalam socmed. Macam-macam acara ada. Yang ni kita tengok berapa lama tahan. Acara larian memang akan sentiasa ada, cuma kekerapan dia tu kita tengok adakah akan sustain for the next 5 years, berkurangan atau bertambah.

Another trend is riding kapcai yang suku-suku. Contoh adalah Y Suku. Memang sangat trending ini barang. Yang ni saya pun terjebak. Haritu cari Y Suku tapi kena tunggu 2 minggu paling cepat. Last-last ambil Honda RS150. Kapasiti sama dengan Y Suku. Power malas nak compare sebab saya beli bukan untuk lumba.

Zaman-zaman muda memang saya main moto. Stop agak lama lepas tu dan sekarang naik moto balik. Dah kawan-kawan ajak ride. Trending pula ride kapcai ni jauh-jauh semata-mata nak makan. Before this superbike tapi tak semua mampu beli. So disebabkan kapcai standard 150cc pun boleh cecah atas 130kmh, ramai la yang beli.

Ini trend sekarang, untuk lelaki. Kalau for food/drinks, air ala-ala tealive. Dah mula macam-macam brand keluar. Kita tengok sejauh mana benda alah ni. Cuma untuk moto ni agak sukar menurun sebab ianya adalah keperluan juga. Kalau nak menurun pun, orang maybe beralih pada transportation lain. Maybe one day diorang ni semua jual moto dan naik MRT ramai-ramai. Sebab before zaman kapcai 150 ni, orang layan ex5 atau 125z. RXZ tu zaman saya muda. And then ada satu masa tu ramai pulak orang layan skuter. Kalau budak muda layan skuter yang kecik sikit, orang tua pula layan skuter 150-250cc yang besar. Masa tu banyak rumah saya nampak ada skuter. 

Sekarang kita tunggu trend untuk 2020 ni apa pula. So far saya tengok kapcai 150 tengah hot item. Kedai moto performance muncul merata. Tenggelam kejap kedai moto yang biasa kita datang tukar minyak hitam. Saya sendiri sanggup naik moto jauh sikit nak servis di kedai moto yang canggih, ada mesin boleh angkat moto. Dah macam service center kereta. Siap ada aircond di tempat menunggu. Bayar pun pakai kad. 




Friday, August 09, 2019

Cool Office



Saya sudah hampir 20 tahun menjadi ahli akademik atau bahasa mudahnya pensyarah di salah satu IPTA. Sepanjang berkhidmat, saya telah 3 kali bertukar lokasi pejabat. Maknanya, fakulti saya berpindah sebanyak 3 kali dan sekarang pun masih belum settle down kerana masih sentiasa ada ura-ura untuk dipindahkan. Kita tolak tepi isu itu dahulu.

Creating a comfortable environment in my workplace merupakan sesuatu yang penting kerana kami ini banyak berfikir untuk melaksanakan dan menyelesaikan tugas kami. Jarang kami guna kekuatan fizikal. Bukan sahaja bilik kami perlu selesa, kelas juga perlu selesa agar pelajar pun dapat menyerap segala yang kami syarahkan dengan lebih berkesan.

Malaysian climate is hot and humid. Ada masa hujan, banyak masa pula panas. Hujan atau panas, cuaca paling sejuk pun cuma boleh cecah 24 celsius. Itupun ia berlaku di luar waktu kami di ofis. Bukan untuk merungut dengan cuaca yang saya telah hadapi sejak lahir, tetapi cuaca yang sedikit sejuk boleh menjadikan bilik di ofis saya comfortable, selesa. Tidak mahu sesejuk winter, cukup ianya menyegarkan seperti musim Spring. 

Di tempat saya bekerja memang ada penghawa dingin. Cuma permasalahannya ialah apabila ia rosak, proses repair memakan masa. Sempat lah merasa iklim di gurun. Tukang repair tak salah, mereka tunggu duit dan peruntukan baru buat kerja. Di tempat saya pula, duit masuk, tukang repair ada. Malangnya sparepart pula seksa nak cari. Sistem penghawa dingin yang lama, sparepart pun dah susah nak dapat.

So, pihak pengurusan kami ambil inisiatif untuk tukar the whole sistem. Sekarang proses pemasangan aircond VRV. Satu kompressor boleh tampung banyak indoor unit. Bilik saya telah dipasang, sekarang menunggu bilik-bilik lain dipasang barulah mereka running semua aircond. Saya telah kaji sistem ini dan ianya bagus. Indoor unit yang dipasang pun besar.

Cuma saya sedikit gusar, ditakuti bila semua dah siap, tiba masa untuk test aircond dan ada pula error. Ini menyebabkan bilik saya tidak sejuk. Masa yang diperlukan untuk pasang aircond ini juga agak lama kerana orang yang pasang pun tak ramai. Kesian juga kadang-kadang tengok mereka bertungkus lumus. 

Hopefully everything's fine. Banyak nak menulis di ruang yang selesa. Menulis di rumah kena tunggu semua tidur. Masa semua dah tidur, kita pun dah layu. Umur dah meningkat ni dah sukar nak stay up lewat. Kepala boleh berdesing.

Kadang-kadang kesian tengok kawan-kawan yang tak tahan panas. Saya sendiri pernah nak demam dan selsema akibat duduk dalam bilik ofis. Dah la panas, kipas yang saya bawa sendiri dari rumah pun keluar angin panas sebab bilik kami tidak mempunyai ventilation yang bagus. Tingkap pun tak boleh buka. Kalau boleh buka pun tak berguna sebab ianya menghadap ke dalam bangunan.

Sekarang apa yang boleh dibuat adalah tunggu. Hopefully barang yang dibekalkan ada spare sebab nanti kalau sistem dah di on kan, ada suis atau indoor yang rosak, boleh terus ganti one to one. Kalau nak tunggu return pada supplier memang lambat.

Pengurusan dah keluarkan bajet, kontraktor dah hantar unit-unit aircond, pekerja tengah dalam proses pasang aircond. Apa lagi yang saya boleh buat kecuali menunggu. Seperti saya katakan, janganlah ada error sebab tiada testing dibuat phase by phase. Tunggu semua siap baru nak run. 

Whatever it is, thanks to the management for allocating a big budget for replacing our aircond with a new one. Luckily my work colleagues semua ceria. They are my motivation.

Wednesday, August 07, 2019

Update Windows 10 - PC Lag



Actually dah beberapa kali saya perhatikan setiap kali ada update dari Windows 10, PC saya akan jadi slow dan lag. Contohnya nak type words, dia akan slowly appear those alphabets one by one, seconds at time. One of my PC lab technician suggests that I use SSD for my Windows OS but I may have to sacrifice my CD ROM drive. Which make me think twice because sometimes I do use my CD ROM drive. 

And sometimes, after I managed to download the so called forced updates, tiba-tiba dia pending sebab ada issue. This latest update berlaku ketika saya sedang dalam proses nak siapkan something critical. Tiba-tiba PC jadi lembab sangat. I was suspicious as I know my PC does not lag when doing my work which just involves mostly Microsoft Words and sometimes excel.

So I enter the windows update center and saw that it was attempting to install its update but unfortunately could not do so. The reason is that I need to manually update something called Intel RST.

So basically I never knew what it was until I manually update at the advice of Mr Windows 10. Then selepas manually update that RST thing, need to restart my PC and now need to install the Windows update again. It took an enormous time juga nak install benda alah ni. Dari segi download tiada masalah as my office has a fast connection.

Last 2 night, I downloaded Mac OS Mojave and installed it on my MBA. Smooths as butter, download speed was superb, less than 3 minutes I think as I was using my home Unifi connection. Installing it took less than 20 minutes although it says it may took more than 20 minutes. And that was on my mid 2013 MBA, mind you. An almost obselete machine.

Today, saya sedang cuba untuk update Windows 10 saya on my 2018 HP PC, which has an i5 processor. Kalau dikira dari segi performance, should be without any issue. Yet, they found the Intel RST thing.

Comparing MAC and Windows is like comparing an Apple (?) with an Orange. Not to say that Windows 10 is a failure. I admit that it has faster startup process than my previous Windows. I’ve used windows since Windows 3.1 . Vista was the most annoying. 7 was good but could not compete with the startup process of my Mac. Then when 10 came, I was delighful because eventhough Mac was much more faster but 10 startup speed did not dissapoint me. Then came forced update thing. For me it was good as it kept my PC secured but than came the errors plus various issues in the update process.

Lama-lama jadi takut pula setiap kali forced update ni muncul. Paling menyampah bila dia muncul waktu saya nak siapkan kerja penting. Memanglah secara teorinya sepatut update ini tak menganggu tapi that is not the case for me and my pc. Some minor updates memang tak menganggu but major update were all disturbing.

Saya difahamkan selepas ini Windows akan memberi option whether we want to install the update or not. I don’t see the option in my PC yet. In the meantime my Mac tadi benar-benar memberi kelegaan untuk menyiapkan kerja-kerja saya. And this new Mac OS Mojave memang nampak laju dari my previous Mac OS. Boot time pun pantas, almost identical to my Samsung Tab.

So now it was almost 35 minutes since I started installing my Windows and it shows only 73% installing. Slow compared to Mac. 

If all my officemates are using Mac, I may have abandon Windows.