Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, program loyalty “kumpul points” telah berkembang dengan pesat di pelbagai sektor, daripada kafe kopi dan restoran hingga ke pasaraya dan juga pelbagai bisnes lain. Setiap jenama berlumba-lumba menawarkan ganjaran menarik untuk mengekalkan pelanggan, menyebabkan pengguna kini mempunyai puluhan aplikasi loyalty di telefon pintar mereka. Walaupun matlamatnya ialah meningkatkan customer engagement dan meningkatkan pembelian berulang, ledakan ini turut menimbulkan cabaran baru seperti kebanjiran aplikasi dan kesukaran menjejaki mata ganjaran.
Saya tidak pasti samada Malaysia pernah mempunyai satu apps loyalty yang menempatkan pelbagai merchant. Tetapi seingat saya, sejak berakhirnya era kad loyalty dan diganti dengan apps ini, saya berhadapan dengan pelbagai jenis apps loyalty yang berbeza.
Saya sendiri mempunyai pelbagai apps loyalty yang berbeza di telefon saya. itu tak termasuk apps yang saya belum install dan purposely tak install sebab kena bayar yearly fee. Bayangkan satu telefon penuh dengan notification “You’ve earned 10 points!” setiap kali buka app. Adakalanya saya confuse nak check point balance kat mana, expired bila, atau nak redeem guna app yang mana. Dah la setiap apps berbeza-beza interfacenya. Ada yang langsung tak user friendly. Nak scan apps untuk collect points pun susah. Storage penuh, battery cepat habis, dan notification overload buat saya rasa app fatigue. Kalau saya tambah satu atau dua apps lagi sebab promo menarik, saya risau nanti susah nak manage semuanya, so sometimes I just ignore new loyalty offers altogether.
Kadangkala terfikir ada baiknya untuk buat satu apps yang boleh integrasikan semua apps loyalty di Malaysia ini. Lagi cantik kalau boleh integrasikan apps loyalty ini merentas sempadan negara. Antara beberapa perkara positif yang terhasil dengan penggunaan 1 apps loyalty untuk semua merchant ini ialah:-
Pengurusan Mata Ganjaran Yang Mudah
Pengguna hanya perlu buka satu aplikasi untuk semak baki, tarikh luput, dan tawaran terkini dari semua program loyalty. Tiada lagi perlu bertukar-tukar antara pelbagai apps atau risau terlupa ganjaran mana yang hampir luput. Kadang-kadang masa nak bayar di cashier, masa tu la kelam kabut cari apps loyalty kedai yang kita pergi tu.
Penjimatan Storan dan Prestasi Telefon
Dengan hanya satu aplikasi utama, storan peranti tidak akan cepat penuh dan prestasi telefon pintar kekal lancar. Ini juga mengurangkan penggunaan data dan bateri berbanding menjalankan berbilang aplikasi berlainan.
Insight & Tawaran Yang Lebih Personal
Penggunaan 1 sahaja apps boleh mengumpul data ganjaran dari semua merchant untuk membina profil pembelian pengguna. Ini membolehkan penawaran promosi yang lebih relevan dan waktu terbaik untuk double-points, sekali gus meningkatkan engagement dan kepuasan pelanggan.
Namun perlu diingatkan kepada apps developer akan beberapa cabarang yang perlu mereka hadapi. Saya sertakan 3 cabaran utama. Mungkin ada lagi cabaran yang wujud.
Berikut tiga cabaran utama bagi membangunkan dan mengoperasikan aplikasi agregator loyalty di Malaysia:
Integrasi Data dan API Merchant
Setiap jenama loyalty menggunakan sistem dan format data berbeza, mungkin ada yang tiada API langsung dan ini menyukarkan proses penyelarasan data secara real-time. Pasukan app developer perlu membina 'connectors' khusus, serta menguruskan perubahan berkala pada sistem merchant.
Keselamatan & Privasi Pengguna
Penggunaan satu platform untuk menyimpan maklumat peribadi, credential dan baki mata ganjaran melibatkan data sensitif. Menjamin data encryption, kepatuhan kepada PDPA, dan key management yang selamat adalah kritikal bagi mengekalkan kepercayaan pengguna.
Sokongan dan Kerjasama Merchant
Untuk memastikan kelancaran pengumpulan dan penebusan points, aplikasi perlu mendapat kerjasama aktif semua merchant terlibat. Ini memerlukan rundingan komersial, perjanjian revenue share, dan komitmen merchant dari segi teknikal dan operasi.
Dengan hanya satu aplikasi loyalty yang menempatkan pelbagai merchant, pengguna di Malaysia mampu menikmati kemudahan mengurus semua mata ganjaran dalam satu platform yang mesra pengguna, tanpa perlu risau tentang masalah mencari apps loyalty berbeza bagi setiap merchant, kebanjiran apps di skrin phone dan notifikasi berlebihan. Merchant pula dapat memfokuskan sumber kepada memperkukuh tawaran ganjaran dan analisis data pelanggan, bukannya menyelenggara pelbagai apps berasingan. Walaupun cabaran teknikal dan kerjasama dengan pelbagai jenama perlu diatasi, potensi untuk meningkatkan engagement pelanggan serta merangsang pertumbuhan ekosistem perniagaan tempatan menjadikan inisiatif ini sangat berbaloi untuk diterokai.