Setelah beberapa ketika menggunakan Mac Mini 4 bersama wireless bluetooth mouse dan keyboard dari Logitech, ada satu masalah yang kerap saya kesan. Masalah tersebut ialah ada delay untuk aktifkan mouse dan keyboard. Kadangkala mouse dah boleh gerak, keyboard pula belum boleh taip.
Berlaku delay beberapa saat (dalam kes saya sehingga 10 saat) sebelum ianya boleh digunakan. Kena tunggu dulu kalau nak type password nak masuk dalam desktop. Kena tekan-tekan keypad di keyboard (kejutkan dia dari tidur), baru lah ada respon. Mouse pun sama, kena tekan button di bawah mouse Logitech tu, baru lah seolah-olah dia pair. Adakala saya on off je mouse tu.
Dah macam-macam saya cuba, on kan devices sebelum turn on Mac Mini, on kan Mac Mini dahulu baru on kan device, sama sahaja. Sedikit pencarian di internet memperjelaskan kenapa berlaku problem ini.
1. Bluetooth Adalah Servis Terakhir Diaktifkan Selepas Boot
Semasa Mac dihidupkan, sistem akan memulakan banyak komponen secara berturutan:
CPU - GPU - WiFi/Network - Audio - Bluetooth (paling akhir)
Akibatnya, keyboard dan mouse masih dalam mod memanaskan enjin walaupun skrin login sudah muncul. Itulah punca kelewatan beberapa saat tersebut.
2. Sambungan Bluetooth Perlu Mengulangi Proses Keselamatan
Peranti Logitech menggunakan encrypted pairing untuk melindungi input seperti kata laluan.
Apabila komputer dihidupkan atau bangun dari sleep:
• Peranti perlu mengesahkan identiti
• Menjana kunci keselamatan baharu
• Connect semula secara selamat
Proses ini mengambil masa bersaat-saat, bergantung pada model dan tahap bateri.
3. Peranti Logitech Masuk Mod Jimat Kuasa
Untuk memanjangkan hayat bateri, kebanyakan keyboard dan mouse Logitech:
• Akan 'sleep mode' lebih cepat
• Hanya bangun apabila ada input (contoh: klik atau tekan)
Masalahnya, semasa login, kita belum sempat tekan apa-apa, jadi peranti bangun lambat. Ini menambah beberapa saat sebelum ia bertindak balas.
4. Semasa Sleep, macOS Menutup Radio Bluetooth
Untuk menjimatkan tenaga, macOS akan:
• Mematikan Bluetooth secara separa
• Melepaskan sambungan peranti sekejap
Apabila kita gerakkan tetikus atau tekan keyboard, komputer bangun dahulu, tetapi Bluetooth mengambil masa untuk hidup semula.
5. Gangguan USB 3 & SSD Mempengaruhi Bluetooth
Peranti USB 3 seperti external SSD, pendrive dan dongle boleh menghasilkan gangguan gelombang 2.4GHz, iaitu frekuensi yang sama digunakan oleh Bluetooth dan Logitech Bolt.
Jika peranti disambung terlalu dekat dengan Mac mini:
• Sambungan Bluetooth menjadi perlahan
• Pairing mengambil masa lebih lama
• Respons jadi delay selepas boot
Point nombor 5 untuk diri saya mungkin tidak mempengaruhi kelewatan 'bangunnya' keyboard dan mouse Logitech saya kerana tiada sambungan aktif dari external SSD atau benda lain di Mac Mini saya.
Kesimpulannya, kelewatan keyboard dan mouse Logitech selepas cold restart atau bangun dari sleep bukan disebabkan kerosakan device. Ia berlaku kerana:
- Bluetooth aktif lambat selepas boot
- Perlu melalui penyulitan keselamatan
- Peranti Logitech berada dalam mod jimat kuasa
- Gangguan USB 3/SSD memperlahankan pairing
- macOS menutup Bluetooth ketika sleep
Dalam erti kata mudah, komputer bangun lebih cepat daripada papan keyboard dan mouse.
Cara Kurangkan Delay bluetooth mouse dan keyboard di Mac mini
1. Guna Logi Bolt (kalau guna Logitech devices). Ia lebih laju daripada Bluetooth.
2. Jauhkan SSD/USB 3.0. Elak gangguan signal.
3. Kejutkan awal. Tekan keyboard/gerakkan mouse sebelum login.
4. Aktifkan “Allow Bluetooth to Wake Mac” (jika ada).
5. Pastikan bateri keyboard & mouse tinggi. Elak deep sleep oleh device tersebut.
6. Simpat backup keyboard berwayar untuk login selepas restart.
p/s: Seperti keyboard tanpa wayar, keikhlasan pun tak perlu kabel. Cuma ia mungkin sampai perlahan, tapi lebih tenang.

No comments:
Post a Comment