Dalam dunia yang serba sibuk hari ini, ramai antara kita cuba seimbangkan kerja, keluarga, dan gaya hidup yang lebih sihat. Kadang-kadang, kita perlukan satu 'device' yang boleh tolong kita pantau apa yang berlaku dalam badan, dari langkah harian sampai ke degupan jantung ketika jogging.
Di sinilah smartwatch memainkan peranan. Ia bukan sekadar jam untuk tengok masa, tetapi sudah menjadi alat kesihatan peribadi yang sentiasa berada di pergelangan tangan. Jam terbabit mengumpul data yang mungkin kita tak perasan. Contohnya kadar denyutan jantung, tahap stres, tidur, langkah, kalori, dan macam-macam lagi.
Dan salah satu model yang paling mesra pengguna, ringan, dan sesuai untuk newbies hingga ke pengguna aktif ialah Garmin Forerunner 55. Jam ini direka untuk mereka yang nak mula aktif, nak faham tubuh sendiri, atau nak kekalkan gaya hidup sihat, tanpa rasa pening dengan features yang terlalu rumit.
Forerunner 55 dalah sebuah smartwatch atau running watch yang tidak menggunakan AMOLED skrin seperti sesetengah jam pintar premium. Forerunner 55 memenuhi definisi smartwatch dimana ia punya GPS terbina, mengesan kesihatan dan aktiviti sukan, dan boleh disambung ke telefon pintar. Walaupun skrin tiada ciri “sentuhan penuh” atau paparan AMOLED yang sangat berwarna-warni, ia masih smartwatch (atau lebih tepat “running smartwatch”) sebab fokusnya pada aktiviti sukan & pemantauan kesihatan.
Spesifikasi rasmi menyebut bahawa Forerunner 55 menggunakan paparan “sunlight-visible, transflective memory-in-pixel (MIP)”. Transflective MIP mempunyai kelebihan dimana ia sangat baik dibaca di bawah sinar matahari terang. MIP juga menggunakan kuasa bateri lebih rendah (bagus untuk kegunaan panjang).
AMOLED biasanya lebih mewah, skrin berwarna terang, kontras tinggi. Namun ia biasanya makan bateri lebih cepat.Dalam ulasan, ada disebut bahawa skrin Forerunner 55 agak klasik dan bilangan piksel tidak sebanyak model premium, tetapi ia masih mudah dibaca dan cukup untuk fungsi sukan.
Dalam mod “Smartwatch Mode” (penggunaan biasa: langkah, kesihatan, pemberitahuan) Forerunner 55 mampu bertahan hingga 2 minggu. Dalam mod GPS mode seperti menggunakan GPS secara aktif: larian, trek) ia boleh bertahan kira-kira 20 jam. Jadi dalam konteks aktiviti harian dan sukan ringan, kita boleh pakai hari-hari tanpa risau mengecas setiap malam.
Sebagai perbandingan: Jam pintar “mainstream” seperti Apple dan Samsung. Apple menyatakan bahawa model Apple Watch standard mengekalkan bateri kira-kira 18 jam penggunaan biasa sehari. Untuk Samsung, contohnya satu ulasan menyebut model Galaxy Watch 7 (yang guna skrin AMOLED) memberi hingga 40 jam di spesifikasi, tetapi dalam ujian sebenar dengan banyak fungsi aktif, pengguna perlu mengecas hampir setiap malam.
Kesimpulannya: jam pintar yang bertumpu kepada banyak fungsi (apps, skrin penuh warna, sentuhan, pengeluaran data besar) biasanya mesti dicas setiap 1-2 hari.
Selepas seminggu isteri saya pakai Garmin Forerunner 55, ada beberapa benda yang memang ketara berbeza berbanding smartwatch Samsung dia sebelum ini. Pertama sekali, jam ni memang ringan, sampai kadang-kadang dia lupa pun yang dia tengah pakai jam. Untuk orang yang banyak bergerak, buat kerja rumah, urus anak dan nak jogging petang, rasa ringan ini memang sangat penting.
Satu lagi yang dia suka: tak perlu kerap cas. Kalau sebelum ini dengan Samsung, hampir setiap hari kena cucuk charger. Tapi Forerunner 55 ni boleh tahan lama tanpa fikir pasal bateri. Pakai pagi, malam, tidur, esok pun jam masih hidup. Untuk orang yang sibuk, ini satu kelegaan besar.
Dari segi sukan pula, isteri saya nak satu jam yang boleh capture data penting masa jogging simple tapi tepat. Forerunner terus bagi apa yang dia perlukan iaitu Heart rate, Distance larian, Tempoh masa (duration), Pace setiap kilometer.
Tak ada fancy apps atau skrin berwarna terang. Betul, skrin Forerunner tak secantik Samsung. Tak ada AMOLED yang bersinar. Tapi bila berlari, yang penting bukan cantik yang penting fungsi berjalan dengan baik, data jelas, dan mudah baca di bawah matahari.
Bila saya compare dengan Garmin Instinct saya sendiri, memang data pada Instinct lebih banyak dan lebih detail. Tapi untuk keperluan harian isteri saya, Forerunner 55 memang sudah lebih dari mencukupi. Yang paling best, kami sama-sama perasan satu benda. GPS Forerunner sangat accurate. Track yang dia lari memang betul-betul ikut jalan yang dia lalu. Tak lari jauh, tak bengkok pelik. Nak tengok balik route dalam apps Garmin Connect pun memang puas hati sebab map dia tepat.
Pendek kata, walaupun Forerunner 55 ni simple, ringan dan tak glamor dari segi skrin, ia sangat praktikal. Semua data penting ada, bateri tahan lama, dan GPS tepat. Untuk sesiapa yang nak mulakan gaya hidup lebih aktif tanpa pening kepala, ini memang jam yang sesuai.
Jika anda aktif dalam sukan, suka larian atau aktiviti HIIT dan nak satu jam yang fokus pada aktiviti dan kesihatan serta tak nak risau mengecas selalu, Forerunner 55 adalah pilihan yang bagus sebab baterinya tahan lama. Jika anda lebih ke arah full smartwatch (apps, skrin sentuh besar, warna penuh) dan penggunaan sehari-hari biasa (tidak semata untuk sukan), maka pilihan seperti Apple atau Samsung memberi fleksibiliti lebih, tetapi dengan kompromi: anda akan mengecas lebih kerap.
Walaupun Garmin Forerunner 55 ni memang best untuk kegunaan harian dan aktiviti larian, ada juga beberapa kekurangan kecil. Skrinnya jenis MIP, jadi paparan taklah secantik AMOLED macam Samsung atau Apple Watch, warna pun lebih sederhana. Selain itu, saiz skrin yang kecil buatkan maklumat agak limited kalau nak tengok banyak data serentak. Fungsi pun tak selengkap model Garmin yang lebih mahal, contohnya tiada altimeter atau peta laluan terperinci. Tapi jujur cakap, untuk pengguna biasa yang nak lari, rekod pace, tengok heart rate dan guna GPS yang tepat, kekurangan ni sebenarnya tak kacau pun. Forerunner 55 tetap ringan, tahan lama, dan cukup power untuk kebanyakan orang.
Saya beli Forerunner 55 untuk isteri sebab saya puas hati guna jam Garmin Instinct saya. Lagi pula sekarang harga dia bawah tiga angka saja, rugi kalau tak sambar. Walaupun model ni dah agak lama sejak dilancarkan pada Jun 2021, tapi masih sangat berbaloi. Jam ni ringan, tak payah cas selalu, dan untuk jogging semua data penting ada: heart rate, jarak, tempoh larian dan pace. Skrin mungkin tak secantik Samsung yang dia pakai dulu, tapi fungsi semua cukup. GPS pun memang tepat bila mapping route. Pendek kata, untuk harga dan fungsi, Forerunner 55 memang tak mengecewakan.
Akhir kata, tak kisahlah kita pakai jam mahal ke, jam bajet ke, yang penting jangan pakai jam orang lain sudah.

No comments:
Post a Comment