Monday, May 22, 2017

Celcom


Setelah kontrak saya tamat dengan Celcom, saya tercari-cari  pelan terbaik untuk talian bimbit saya. Saya mempunyai beberapa talian bimbit seperti Maxis, Digi dan Altel. One XOX juga ada tetapi telah lama tidak digunakan. Saya beli pun sebab nak support one of my student yang jual One XOX. Kebetulan diberi nombor yang agak cantik dan tempoh hayat adalah 2 tahun dengan hanya sekali topup sahaja. 
Kisah ketika dalam kontrak Celcom, ketika saya tukar dari pelan saya yang sangat lama ke pelan basic yang baru iaitu RM 38 dan android device, saya tidak perasan yang rupa-rupanya saya perlu juga bayar RM 10 Celcom Escape Movie Pass yang langsung saya tak pernah gunakan. Nasib baik apabila kontrak saya tamat, RM 10 tu pun stop automatically. Ini pun saya based on apa yang dicakapkan oleh Call-IN Customer Service dan juga Customer Service di dua Blue Cube, dan kemudian apa yang tertera di  Celcom Customer Service Apps serta Celcom Online Customer Service. Saya perlu tunggu dua cycle bil sebelum dapat memastikan RM 10 Escape tidak lagi wujud di dalam pakej saya. 
Pada mulanya cadang nak tukar ke Maxis One Plan 98 yang menawarkan unlimited call dan sms berbanding Celcom First Gold yang menawarkan unlimited call sahaja, SMS perlu bayar dua posen. Saya dan wife kadangkala guna SMS sebab ia lebih mudah dan kami cepat alert. Kadangkala bila kami berdua 'hilang' di kawasan ramai orang, call tak dengar, whatsapp pula memang kami matikan notification sound, SMS je lah yang dapat menarik perhatian kami. 
Ketika saya memegang Koordinator Latihan Industri, banyak panggilan telefon perlu dibuat kepada students dan juga organisasi. Masa kemuncak membuat panggilan tu, pernah juga bil mencecah lebih dari harga pakej First Gold. Tak termasuk SMS pemberitahuan yang perlu dihantar pada students. Mereka kadangkala tidak melihat Whatsapp, mungkin berada di kawasan yang tiada akses internet atau masih belum topup data mereka. Saya faham kerana mereka masih student, kewangan pun agak limited. Saya juga pernah jadi student.
Ketika itu, majikan dah beri akses line telefon pada telefon bilik saya agar saya dapat call organisasi dan students. Call organisasi senang sikit, call students ni pula, mereka agak sukar nak angkat panggilan dari bilik saya kerana number yang appear di handphone mereka adalah number umum ofis kami. Bila saya call guna number saya baru lah cepat berangkat, atau kalau tak angkat pun, mereka akan whatsapp atau call saya balik. Bila ditanya, mereka angkat number saya kerana number saya telah di save di dalam handphone mereka.
Saya terfikir, lepas ni ambil pakej unlimited call sahaja lah, senang. Dapat line phone bilik pun susah nak call sebab students berat sikit nak angkat. Masa tu masih belum ada pakej unlimited call ni sehinggalah apabila Celcom memperkenalkannya. Lepas tu semua telco berlumba-lumba turut serta. Saya pula nak tukar, rupanya kena bayar RM 500 sebab masih dalam kontrak. Terpaksa la bersabar hinggalah semalam apabila kontrak tamat. Banyak pula opsyen. Sebenarnya hati dah tergerak pada WEBE yang menawarkan unlimited data plus unlimited call plus unlimited sms. Ini yang saya mahu. Lagi-lagi as a UNIFI Subscriber dan pengguna device 4G LTE, saya akan dapat rebate sehingga bulanan saya menjadi RM 79. Tak boleh teethering pun takpe, tahun lepas tak sampai 5 kali teethering, itu pun masa wife tak pakai pakej Maxis macam sekarang.  Tahun ni tak pernah lagi teethering-teethering bagai. Walaupun baca dalam forum sebelum ini speed WEBE slow, tapi lately dalam forum mereka screenshot speedtest, speed dah setanding Maxis atau Celcom. Coverage pun not bad. Saya sendiri test rakan-rakan yang guna WEBE di tempat saya bekerja dan menetap, WEBE laju in terms of browsing and Youtube eventhough 480p sahaja, tengok kat henfon je kot. 
Satu je masalah, WEBE belum bikin call forwarding. Kacau betul. Saya perlu call forwarding kerana sometimes rumah saya ada drop call Celcom. Bilik saya di ofis pun sama sebab bilik saya berada dalam bangunan dan tiada tingkat menghadap keluar, hanya ada tingkap menghadap ke dalam.
Fikir punya fikir, Maxis saya dah ada, prepaid. Akhirnya, stay pada Celcom lah. So upgrade plan kepada First Gold di Blue Cube, balik singgah Nasi Kawok. Tengah makan nasi kawok dalam hujan lebat, dengar bunyi sms. Pakej dah diupdate. So sekarang ni tengah pakai pakej baru lah. 

No comments:

Post a comment