Wednesday, December 14, 2022

Youtube dan Covid 19

 



Youtube merupakan satu medium yang popular dikalangan pengguna internet. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga menggunakan Youtube. Walaupun pada masa ini terdapat pelbagai aplikasi media sosial lain yang dilihat boleh menyebabkan pengguna lari dari Youtube, namun Youtube masih mampu meraih jutaan pengikut. Satu laporan dari TheVerge menyebut bahawa bilangan subscriber kepada Youtube Premium telah meningkat dari 30 juta pengguna pada Disember 2020 kepada 50 juta pengguna pada tahun 2021. 

Saya juga adalah salah seorang subscriber Youtube Premium yang saya langgan sendiri, pembayaran bulanan menggunakan ewallet saya. Kalau kosong ewallet saya, tak dapatlah saya memperbaharui Youtube Premium saya. So far sudah beratus jam saya menonton Youtube secara Ad Free. Saya tak berminat nak komen kenapa saya tak beli one off akaun youtube premium yang murah-murah di Shopee atau yang seangkatan dengannya. Yang itu boleh cari sendiri jawapannya di internet.

Terdapat juga kajian-kajian ilmiah berkenaan dengan Youtube. Antaranya satu kajian berkenaan kesan Youtube terhadap pengiklanan pandemik Covid 19 kepada penggunanya. Tujuan utama kajian yang dijalankan oleh Zarqa Shaheen Ali dari dan Xuening Yang dari Auckland University, New Zealand ini ialah untuk melihat sikap manusia terhadap Covid 19 selepas melihat iklan Covid 19 di Youtube. Umum mengetahui bagaimana Youtube mengambil inisiatif untuk menyalurkan maklumat penting berkenaan Covid 19 menerusi kempen iklan mereka.

Seramai 205 responden telah menjawab borang soal selidik secara online dimana sebahagian adalah lelaki dan sebahagian lagi adalah wanita. Majoritinya adalah berumur dalam lingkungan 18-30 tahun. 44.9% dari keseluruhan responden menonton video di Youtube sekurang-kurangnya 2 jam sehari.

Apa yang menariknya, 60% dari responden berpendapat bahawa untuk iklan berkenaan Covid 19, mereka beranggapan bahawa Youtube patut mengeluarkan button Skip Ad. 72.6% dari responden pula percaya akan ketepatan maklumat berkenaan Covid 19 di dalam iklan yang disiarkan oleh Youtube. 78.4% dari responden juga menyatakan bahawa kempen pengiklanan Covid 19 oleh Youtube menyebabkan mereka mengambil berat akan kesihatan diri sendiri. 71.7% setuju bahawa Youtube membantu menyebarkan nasihat tentang pentingnya penjarakan sosial untuk mencegah penyebaran Covid 19. Namun begitu, 53.4% responden tidak setuju tentang penggunaan face mask. Mereka tidak percaya bahawa face mask mampu mencegah dari penyebaran Covid 19. Ini sekaligus memberi gambaran bahawa iklan Covid 19 di Youtube gagal mempengaruhi lebih separuh dari responden untuk memakai pelitup muka.

Kajian yang dimuatkan di Online Journal of Communication and Media Technologies ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa kempen Covid 19 di Youtube mempunyai impak terhadap pengguna Youtube. Walaupun dilihat lebih separuh dari responden menyatakan bahawa pelitup muka tidak mampu menahan penyebaran topeng muka, namun dari aspek lain membuktikan bahawa kempen pengiklanan Youtube berjaya.

Pada pendapat saya sendiri, kajian seperti ini merupakan satu usaha yang baik dan boleh diperluaskan sampel populasinya. Kita mungkin tertanya-tanya tentang hasil pengiklanan Covid 19 di Youtube terhadap pengguna di negara kita. Kita juga boleh menggunakan model kajian ini untuk melihat keberkesanan iklan Covid 19 di platform lain seperti Facebook, Tiktok, Twitter dan banyak lagi. Bagi yang ingin membaca kajian ini boleh search The Impact of Youtube Pandemic Advertising on People’s Attitude Towards Covid 19 yang diterbitkan di Online Journal of Communication and Media Technologies, 2022 12(3). Saya tidak simpan artikel ini, hanya baca menerusi publisher’s website. Boleh dapatkan akses dari institusi anda.

Thursday, November 24, 2022

Ventura




Pada posting lepas, saya ada memberitahu bahawa saya akhirnya update MBA saya ke Ventura. Kini setelah dua minggu bersama Ventura, saya mendapati bahawa tiada perubahan signifikan pada MBA saya yang menyebabkan kesusahan seperti slow boot, atau slow load. Malah apa yang saya lihat ialah operasi MBA saya smooth. 

Saya pernah lalui saat dimana selepas update MBA, ianya tidak smooth sebelum update menyebabkan saya rasa bengang. Namun untuk Monterey ke Ventura, ianya memang smooth baik dari segi loading OS sehinggalah ke loading software. Cuma Microsoft Word saya akan slow ketika startup dan ini berlaku bukan sahaja ketika Ventura, tetapi ketika Monterey juga. Sebenarnya Microsoft Word saya akan melalui proses verifikasi Microsoft 365 setiap kali saya load kali pertama kerana saya menggunakan akaun original dari ofis saya. 

Walaupun saya tak dapat mengecapi nikmat kelebihan Ventura seratus peratus kerana MBA saya dari Intel serta saya bukanlah berada di dalam ecosystem Apple sepenuhnya, namun kelancarannya ketika load dan startup menyebabkan saya puas hati. 

Saturday, November 05, 2022

Ventura or Monterey?



When I booted up my Macbook today, I found an alert urging me to install a new operating system. I assumed it was a glitch, but it turned out that Apple had released a new operating system. 

MacOS Ventura, known as MacOS 13, is the name of the operating system. I'm not too familiar with the newest MacOS, Ventura, because I only recently upgraded to version 12.6 of Monterey. Considering that it has only been a month since I upgraded to Monterey, I am hesitant to update my Mac to Ventura. 

So I went to the internet to find some more information on Ventura. One of the biggest thing that I found is that only models from 2017 are supported by Ventura. Another thing is that to gain the full benefit of Ventura, my Macbook need to use Apple's own processor. Mine was the Macbook Air 2020 Intel Version. 

I had found some comments from users stating their problems in using Ventura with Intel but most of it could be resolved. Some do notice their Macbook fan are getting louder, maybe a sign of the Macbook getting hotter much quicker than before As for me, I will wait for some time before upgrading the OS. 

According to what I've read online, only Apple processors are completely supported by Ventura. If it is manufactured by Intel, certain functionality will be absent. 

Will Wait.

Tuesday, November 01, 2022

Gunting Rambut

 


Antara tugas rasmi saya sebagai seorang bapa ialah membawa anak bongsu saya (gambar diatas) untuk gunting rambut. Kedai rambut kegemaran dia adalah kedai rambut yang menawarkan servis mencuci rambut. Setakat ini cuma sekali sahaja dia pernah dibawa ke kedai mamak. Lepas tu dia dah tak mahu lagi gunting di kedai mamak dengan alasan tukang gunting di kedai mamak kasar sehingga kepala dia sakit. Sebenarnya dia tak suka pisau cukur yang digunakan di kedai mamak tu.

Sebelum ni saya bawa ke salun tapi sejak wujudnya pelbagai kedai barbershop, dia lebih suka ke barbershop. Cuma nak cari barbershop yang ada servis cuci rambut agak susah, itu yang kadangkala tetap kembali ke salun. Ada satu barbershop yang diusahakan oleh barber dari Asia Barat berhampiran rumah saya. Rupanya anak saya suka ke sini. 

So baru-baru ini saya bawa lagi dia kesana. Tapi tukang guntingnya kali ini semua dari Asia Tengah. But the service is still tip top. Dan mereka guna mesin cukur dan bagi anak saya, ianya tak sesakit guna pisau cukur biasa.

Saya pernah ke Joe's Barbershop dan mesin cukur yang digunakan sangat sesuai untuk budak-budak, lembut rasanya. Ajak anak saya ke Joe's tapi dia refuse. In the end dengan saya sekali gunting rambut di barbershop bersekali dengan anak saya. Cuma kurang minat disini sebab tukang gunting bukan warga, di Joe's area saya, tukang guntingnya warga kita. Senang nak bersembang. Ini kalau dapat yang bukan warga, english mereka pun limited. 

Friday, October 07, 2022

Pelawat dari Universiti Mizoram

 


Beberapa minggu lepas, saya telah ditugaskan oleh boss saya untuk membawa pelawat dari sebuah universiti di India iaitu Universiti Mizoram. Universiti ini terletak di sebuah bandar bernama Aizawl. Aizawl beriklim tanah tinggi kerana ianya terletak 1000 meter lebih dari aras laut.

Kesemua pelawat ini merupakan pelajar PhD mereka dan ada 3 orang kesemuanya iaitu 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Saya banyak berkomunikasi dengan ketua mereka yang bernama Maya menerusi Whatsapp sebelum mereka hadir ke Malaysia. Seorang lagi pelawat wanita bernama Boro sementara yang lelaki namanya Basu. Buat mereka semua, ini perjalanan pertama mereka ke luar negara dan sudah tentu pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia.

Pada mulanya, flight mereka yang bernama Indigo dijadualkan tiba di KLIA pada jam 10 malam namun flight mereka dibatalkan menyebabkan mereka terpaksa mencari flight baru iaitu Air Asia terus dari Kolkatta ke KLIA 2 dengan ETA jam 0715 keesokan harinya. 

Ketika mereka keluar dari KLIA2 saya telahpun siap menunggu dan membawa mereka sarapan pagi. Rupanya mereka mencari lauk ikan dan ikan kembung menjadi pilihan bersama nasi. Walaupun tidak banyak beza makanan mereka dengan kita, namun ikan merupakan sesuatu yang agak rare bagi mereka. Kenapa? Ini kerana universiti tempat mereka belajar dan juga kampung asal mereka terletak jauh dari pantai/laut sekaligus menjadikan hasil laut mahal harganya.

Setelah bersama mereka selama seminggu banyak juga perkara baru yang saya pelajari. Benda paling utama yang akan ditanyakan oleh semua rakyat Malaysia pada saya ialah raut wajah mereka tidak seperi orang india. Hal ini juga saya ajukan pada Maya, Basu dan Boro ketika breakfast kali pertama. Mereka hanya ketawa mendengar soalan saya. Menurut mereka, terdapat begitu banyak etnik di India. Selain itu terdapat hampir 16,000 dialek di India. Maya kata mereka bertiga adalah dari etnik majoriti di sebuah negeri di Assam, yang terletak di bahagian timur laut. Mereka lebih kelihatan seperti orang di Asia Tenggara. 

Mereka menyambung belajar di Universiti Mizoram, Aizawl kerana PhD dalam bidang mereka ada di sana, tiada di negeri mereka iaitu Assam. Mereka juga mengatakan bahawa kos hidup di Aizawl, Mizoram lebih tinggi dari Kuala Lumpur. Namun kos kehidupan di Assam lebih rendah dari Kuala Lumpur.

Di Malaysia, pelbagai aktiviti yang mereka sertai termasuklah perbincangan akademik dengan pihak saya. Saya juga ditugaskan untuk membawa mereka melawat pelbagai tempat. 

Selamat Jalan Maya, Basu dan Boro


Pelbagai perkara baru saya belajar dengan mereka, terutama tentang Assam dan Mizoram serta India. Saya juga observe yang mereka suka makan yogurt. Dan setelah hampir seminggu mereka di Malaysia, mereka mula kembali mencari makanan India di Brickfields. 

Setelah seminggu di Malaysia, mereka pun pulang ke Mizoram, tempat mereka belajar. Saya hantar mereka jam 1600hrs hari Ahad dan mereka masuk ke terminal jam 1920hrs. ETD flight mereka ke Chennai adalah jam 2200 hrs. Apabila sampai Chennai, mereka akan ke Kolkatta sebelum menaiki flight ke Aizawl, Mizoram. Pada Isnin jam 1800hrs, Maya whatsapp saya bahawa mereka telah selamat sampai di Universiti Mizoram. Satu perjalanan yang jauh. Menurut mereka, perjalanan dari Assam ke Mizoram menaiki flight adalah 1 jam lebih namun jika naik bas, mengambil masa 18 jam. Ini kerana jalanraya menuju ke Aizawl di Mizoram berliku dan berbukit. 

 

Thursday, September 01, 2022

Colmar Tropicale Berjaya Hills

 



Baru-baru ini saya telah outstation ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang. Bermula dari hari Ahad 28 Ogos hingga 30 Ogos, saya dan sebilangan rakan-rakan di tempat kerja saya berkampung di Colmar untuk 'berbengkel' berkenaan penulisan jurnal berindeks.
Saya pernah ke Colmar, seingat saya sekitar 10 tahun lepas. Cuaca tidak sesejuk sebelum ini, mungkin akibat kesan global warming ataupun kerana saya telah pergi ke Fraser Hill tahun lepas. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Bukit Fraser lebih sejuk. Nak kata musim hujan, sewaktu di Colmar pun hujan juga.
Saya ditempatkan di bilik twin single bed. Malam hari pertama terasa sejuk juga seperti Fraser. Rupa-rupanya saya dan rakan sebilik saya on aircond. Malam kedua saya off aircond dan buka kipas. Baru rasa nyaman.

Balkoni bilik saya


Dari segi kebersihan, not bad. Cuma saya dapat perhatikan kesan-kesan penuaan di luar dan dalam bangunan. Agak berbeza dengan kunjungan saya kira-kira 10 tahun lepas. Dalam bilik pun dah mula nampak sedikit usang terutama di toilet. 
Saya tak berkesempatan langsung mengunjungi kedai-kedai di Colmar kerana occupied dengan kerja. Malam pun tidur lewat buat kerja. Saya ada nampak 7 Eleven, kedai souvenir, kedai bakery, kedai permainan arked dan Starbucks. Starbucks saya sempat beli Hot Latte dan semestinya harga lebih mahal dari Starbucks di tempat rendah. Tempat tarikan lain seperti Taman Jepun pun saya tak sempat nak pergi. Itulah masalah utama saya kalau pergi outstation, memang tak sempat nak pergi mana-mana. Orang lain elok je sempat. 



Line Celcom disini agak teruk. Ada tempat dalam bangunan yang langsung tak dapat line. Mobile internet Celcom pula tidak kuat. Langsung tak dapat 4G atau 4G+. Hanya simbol E sahaja. Tapi Maxis kuat. Nasib baik saya ada dua sim dalam phone saya. 
Tapi jika kita menginap di Colmar, dalam bilik dah ada modem Wifi yang diletakkan di atas dinding berhampiran siling bilik. Ianya percuma. Memang kami guna Wifi sahaja. Di bilik mesyuarat tempat kami bekerja pun sama, ada Wifi. Speed pun laju. Saya test guna Speed Test apps di handphone saya, kelajuan Wifi Colmar ialah 113 Mbps download dan 136 Mbps upload. Streaming game Live JDT vs Melaka United sangat smooth. Kalau Maxis mobile pula, speedtest result di Colmar adalah 50.4 Mbps download dan 5.08 upload. 

Masing-masing sibuk kerja


Breakfast Colmar biasa-biasa sahaja. I am not into food sangat, ada telur, roti dan air pun dah okay. Ada sausage, chicken slice, roti, muffin, nasi dan 1 lauk, air panas dan sejuk, porridge dan buah. Bagi saya breakfastnya sama dengan hotel 3 bintang yang lain. Tiada omelette di sini.



Apa pun Colmar masih lagi tempat yang menarik untuk dilawati terutama yang nak rasa udara segar tanah tinggi. Lagipun jaraknya tak jauh dari Shah Alam. Saya cuma ambil masa kira-kira sejam lebih sikit untuk pulang dari Colmar ke ofis saya di Shah Alam. Itupun saya berhenti beli lemang di RnR Gombak. Jalan naik Colmar dari simpang Highway Karak kecil sedikit dari naik Genting. Bagi saya yang dah pernah naik Fraser Hill, jalan naik ke Colmar jauh lebih baik dari segi turapan jalan, keberangkalian tanah runtuh, kecuraman dan ketajaman selekoh. Namun jalan turun- naik bukit masih perlu pemerhatian lebih ketika memandu. 
Secara ringkas, based on pendapat rakan-rakan sekerja serta saya sendiri, Wifi di sini memang superb. Celcom line agak teruk. Maxis okay. Bangunan sedikit tak terjaga. Breakfast biasa-biasa sahaja. Kalau datang untuk kerja memang sesuai sebab tak boleh lari pergi mana-mana. 

Wednesday, August 24, 2022

Makan Makan di Muar Station

 



Last weekend, saya dan keluarga saya sekali lagi menjalani aktiviti biasa kami iaitu ronda-ronda naik LRT/MRT/Monorel. Kali ini selepas membeli tiket City Pass, kami bercadang untuk naik LRT dari stesen Ara Damansara ke Putra Height, kemudian tukar line menaiki LRT Bukit Jalil terus ke Masjid Jamek sebelum tukar ke LRT Kelana Jaya dan kembali ke stesen Ara Damansara. Kiranya kami buat satu pusingan besar, pergi lalu route lain, pulang lalu route lain. 

Disebabkan musim hujan, kami bergerak awal pagi. Namun atas beberapa faktor, kami terlewat. Terdapat kesilapan di kaunter untuk aktifkan City Pass kami. Sebenarnya bukanlah kesilapan manusia tapi lebih kepada masalah gangguan sistem komputer stesen tersebut. Kami terpaksa ke stesen Glenmarie untuk aktifkan City Pass setelah hanya sebahagian sahaja kad TnG dalam keluarga saya yang diaktifkan.

Kami agak terlewat tiba di stesyen LRT Putra Height, iaitu hampir tengahari. Planning asal, lunch di KL namun akibat permasalahan City Pass tadi, perut dah berbunyi seawal tiba di Putra Height. Tujuan asal kami nak turun bawah stesyen untuk cari kedai serbaneka seperti MyNews atau 7E, tetapi saya ternampak signage restoran Muar Station yang terletak lebih kurang 150 meter sahaja. So saya ajak wife dan anak-anak ke Muar Station.

Mee rebus daging.

The menu was superb. Harga pun not so bad. Saya ambil mee rebus daging, wife layan mee bandung. Anak-anak saya order nasi, western food pun ada. Kalau tengok menu tu, sate pun ada. Kami juga order kopi 434 panas. Overall makanan situ sedap. Mee rebus dan mee bandung pun sedap. Lokasi pun within walking distance from stesyen LRT Putra Height. Tak berpeluh pun ketiak kalau jalan kaki kesana. 

Mee Bandung. Maaf Gambar bergegar sebab tak sabar nak makan

Suasana dalam restoran


Kami stranded lama juga di Muar Station sebab hujan turun dengan lebat ketika kami hampir selesai makan. Lupa pula musim hujan. In the end, bila dah reda sikit kami redah hujan untuk kembali ke stesyen LRT. Nasib baik tak basah kuyup.