Wednesday, October 21, 2020

Mandatory WFH Again?

 


Semalam, saya membaca laporan media tentang pengumuman tentang larangan bekerja di pejabat (WFO) yang dijangka melibatkan ratusan ribu pekerja di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya. Walaupun perincian masih belum diumumkan setakat entri ini ditulis tetapi ia memberi gambaran jelas bahawa ramai yang akan terlibat.

Antara penyebab utama larangan ini dibuat ialah kemunculan kluster tempat kerja. Tidak dinafikan bahawa ini adalah satu cara untuk mengekang kemunculan kluster tempat kerja namun tidak bagi kluster lain. Umum mengetahui bahawa bukan semua kerja boleh dilakukan di rumah. Malah bukan semua rumah mempunyai suasana kerja yang kondusif. Ada juga yang perlu constant communication dengan colleague ketika bekerja. 

Laman web Forbes ada menceritakan tentang disadvantage working from home. Saya tidak sempat untuk mencari research papers tentang kesan work from home pada pekerja tetapi berdasarkan pengalaman rakan-rakan, mereka yang impikan work from home ni adalah mereka yang terpaksa commute ke tempat kerja setiap hari. Lagi jauh jarak mereka commute, lagi mereka suka work from home. Mereka yang tidak suka work from home ini pula adalah mereka yang tidak mempunyai ruang kerja kondusif di rumah. Ada yang rumahnya anak ramai, bising serta tiada tempat khas untuk menjalankan kerja dengan tenang. 

Saya pula ada masa saya suka WFH, ada masa saya suka WFO. Skop kerja saya sekarang termasuklah menyelesaikan masalah manusia dan agak sukar saya lakukan tanpa peluang bersemuka. Penggunaan Whatsapp agak kurang menyelesaikan masalah sebegini kerana text interpretation seseorang itu berbeza.

Ada masa pula saya suka WFH apabila saya memerlukan internet yang laju dan stabil serta tidak memerlukan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh insan. Terutamanya jika menulis atau mengajar menggunakan forum. Jika perlu Google Meet, saya lebih sukakan di ofis kerana di ofis saya ada bilik sendiri. 

Apa yang saya lihat sebenarnya yang boleh berlaku disini ialah jika diteruskan arahan mandatori WFH, maka akan penuh cafe-cafe dan restoran-restoran dengan pekerja-pekerja dan laptop mereka. Saya tak hairan kalau Starbucks, Coffe Bean dan seumpama dengannya akan penuh dengan pekerja-pekerja ini. Mereka kadangkala perlukan tempat untuk berbincang sambil bekerja. Dan mungkin akan wujud kluster lain pula. Lagipun tiada sebarang larangan dine in di restoran. Hanya penjarakkan sosial dan satu meja 2 orang. 

Teringat seorang rakan yang sangat marah kenapa di suruh datang kerja, katanya bahaya covid ni. Tetapi bab makan, dia akan dine in di restoran dan lepak bersembang dengan kawan-kawan, lama pulak tu. Siap ngeteh lagi petang-petang. Time kerja pula dia duduk senyap sorang-sorang. Terfikir juga mungkin dia rasa bahawa virus tiada di tempat makan tetapi ada di pejabatnya. Sedangkan boleh je dia bungkus makanan tu. Di sini kita dapat lihat bahawa jika benda tu mendatangkan manfaat kepada dirinya, maka rules SOP akan dia sendiri relaxkan. Tetapi jika benda tu dia rasa menyusahkan dirinya, secara automatik dia akan menjadi manusia yang paling patuh SOP walaupun ketika itu SOP terbabit belum di enforce kan.

Satu lagi kes yang saya jumpa, ada seorang kenalan yang begitu menyokong SOP Covid dan PKP. Sekarang dia lah yang paling marah kalau PKP kena laksanakan semula sebab dia dah book hotel bercuti di luar Selangor. Dulu membebel kalau dengar orang nak cuba rentas negeri balik kampung. Mentang-mentang kampung dia dekat. Sekarang bising betul dia sebab katanya sepatut diberi kelonggaran untuk yang nak bercuti kerana dah booking. Kesian sektor ekonomi katanya. 

Saya teringat rakan-rakan saya yang kerja sendiri masa zaman PKP fasa satu. Mereka hampir tersungkur nak sara famili sebab kedua-dua suami isteri tak dapat kerja cari rezeki. Kini mereka baru nak kembali bernafas. 

Bukan semua orang yang bersifat begini. Masih ramai di luar sana yang patuh pada SOP dan bersungguh memerangi Covid 19. Mereka ini membantu usaha kerajaan untuk putuskan rantaian Covid 19. Namun dicelah-celah manusia ini ada karekter yang saya ceritakan diatas. 

Lagi sekali, sama-sama kita doakan agar dapat diputuskan rantaian Covid 19 ini serta semoga usaha pihak berkuasa memperolehi kejayaan. 


Friday, October 09, 2020

Samsung Tab A7 2020 - Acceptable Price and Performance

 


Entri ini ditaip menggunakan Samsung Tab A7 yang baru dilancarkan pada bulan September 2020. Saya connect pada bluetooth keyboard Logitech K480 untuk memudahkan proses menaip. Boleh lah berangan macam pakai Microsoft Surface.Nak beli Surface tak berapa mampu. Maklumlah marhain. Saya jual Samsung Tab A6 10.1 saya kepada seorang rakan dan dengan menggunakan hasil jualan tersebut, saya topup sikit duit saya sendiri dan pergi ke Samsung Setia City Mall berjumpa Nadia untuk beli Tab A7 saya. 

Saya memang dah kerap berurusan dengan Nadia sejak 4-5 tahun lepas di kedai yang sama. So untuk Tab A7 ini, saya contact dulu Nadia tanya ada tak Tab tersebut di kedai. Ini kerana Tab tersebut baru launch di Malaysia, so takut takde stok. She told me that ada 2 sahaja stok baru masuk besides display set so saya terus book 1. Then when I reached the store,Nadia dah uruskan everything termasuk standby nak tekan enter on her warranty system. Just tunggu saya buat payment je. I told her that I do not need to set things up as I will do it on my own. 

So here I am, after 3 days of usage. Frankly speaking, saya berpuas hati dengan pembelian saya kali ini. Eventhough wife saya remind bahawa saya tak mahu dah beli produk Samsung ( as shown by my new TV purchase which I chose Panasonic instead of Samsung), but I told her this Tab does not use an Amoled display. 

I already explain clearly in my blog on why I still use tablet besides my smartphone. One of the main reason is because it is used for reading my e-content such as ebooks and pdf files. Dengan size 10.4 inch (my previous tab A6 was 10.1), it's almost as identical as holding a book. Dan nampak jelas bila membaca. 

Another thing is I like to use it as my information storage tool during meetings and my classes. It's a magic place where I like to use to refer things when the need arises. Dan kalau di rumah, saya prefer guna tablet untuk browse internet, kalau guna phone nanti dapat gangguan whatsapp.

Ok back to my experience guna Tab A7 2020 ni, as my previous Tab is A6 10.1 which was released on 2016, you can surely expect the speed difference between both tabs. For sure saya dapat merasakan bahawa my new A7 Tab is much more faster. Startup a bit faster, but in terms of reading heavily graphic pdf files, using A7 Tab is much more smoother and loads extremely well. My previous A6 Tab tak smooth in reading those heavy pdf's. For example when I scroll the pdf pages quickly, A6 hanya bertahan few pages and then you will see empty pages. Kena tunggu few seconds baru nanti slowly text and graphics akan load. Meanwhile this new A7 Tab tiada masalah seperti disebutkan. Semua smooth. 

For gaming purpose, I don't play games on my tabs so I could not compare anything. Browsing the internet is much more faster and smoother with my A7. Battery I do not know yet but I do see that it has some similarities with A6. It's much more long lasting than a smartphone. This A7 claims to have quicker charging time as it uses type C Usb.



Graphic is still the same as it uses a non Amoled display. It is acceptable to me. The drawback is it does not come with a S Pen. Kawan saya yang beli saya punya Tab A6 suka betul dengan S Pen yang ada. Guess I need to find an independent stylus pen. But frankly speaking, sepanjang saya guna A6 Tab, amat jarang saya keluarkan S pen untuk menulis. I am more to reading using tablet than writing using it. Even my Note 10 Lite saw its S Pen being very rarely used. 

I think you can find the spec comparison between both and also some better hands on review for this new Samsung Tab A7. As for me, the speed is sufficient enough for me. Minus the lack of S Pen, it can be a handy tool for meetings and presentation. Another big thing for me to upgrade is the A6 has only 16gb storage on board while this A7 has 32gb which leaves me with a lot of room to install apps. All of my documents and other media files are stored in my 32GB SD Card.

Eventhough this new A7 tab boast a 10.4 inch size, bigger than the 10.1 inch A6, but the A7 is a bit smaller than A6. I had compared both tabs and saw A7 is much more vertically oriented than A6. It is more suitable to use it horizontally. The speaker is much more louder than A6 as it had more speakers on board. A7 pun ada option on Dolby Atmos tapi saya tak nampak ke Dolbyan nya, compared to my old Note 9. Note 10 Lite speaker memang hampeh. 

So the bottom line, saya upgrade sebab speed and storage on board. Dan 1 lagi main thing is A7 yang saya beli ni wifi version. My previous A6 Tab is LTE version. Tapi jarang letak sim. Lagi-lagi phone sekarang dah boleh mobile hotspot so just connect to my hotspot sahaja. 

The price is RM 999. Get it from the nearest Samsung Store. And this is not a paid review, but I have to fork out my own money to buy the device. 


Tuesday, October 06, 2020

ODL WFH WFO

 

source: pixabay

Awal bulan Oktober setiap tahun sebelum ini adalah tenang walaupun sibuk. Tahun-tahun sebelumnya, ketika ini saya sedang sibuk mengendalikan kelas bersama pelajar-pelajar. Ketika ini timetable pun telah stabil, tiada perubahan. Pelajar pun dah stabil, tiada perubahan dalam senarai kelas. Assessment telah diberikan, pelajar pun dah mula faham tentang kursus yang mereka hadiri. Tinggal untuk mendalami kursus itu sahaja. 

Aktiviti pelajar pun mula rancak. Sebelum ini ada macam-macam aktiviti. Ada pameran, ada aktviti keusahawanan, ada lawatan, ada program talk atau bicara ilmiah samada dari ahli akademik dalaman atau jemputan dari luar. Senang cerita, keadaan di tempat saya bekerja ni sepatutnya meriah dan happening. 

Namun, tahun 2020 ini keadaan agak sunyi. Tiada kehadiran pelajar. Kelas masih belum bermula kerana dilewatkan waktu permulaan kelas. Dan pada awalnya kelas sepatutnya ada waktu bersemuka iaitu perjumpaan dengan student secara face to face, nampak gayanya telah ditukar kepada fully online (ODL). 

Dan sekarang rakan-rakan sekerja sedang tertunggu-tunggu pula samada kena Work From Home atau tak. Semuanya kerana kes Covid 19 kembali naik. Walaupun telah diberitahu dalam sidang media bahawa majoritinya berada dalam penjara, namun kita lihat kes luar penjara pun ada peningkatan, terutama di Selangor.

Saya secara peribadi menyukai kelas gabungan class Face to Face dan ODL. Namun untuk fully ODL ini agak menyukarkan. Pertama ialah kesukaran sesetengah pelajar sendiri untuk akses ke platform ODL. Antara permasalahan semester lepas yang sempat saya kutip dari luahan student saya ialah persekitaran pembelajaran mereka yang tak kondusif. Masalah internet pun menganggu pembelajaran ODL mereka. Di pihak saya, Alhamdulillah masalah internet saya ok, cuma rakan-rakan lain yang berada di cawangan juga mempunyai permasalahan yang sama dengan para pelajar. Ini saya dapat saksikan apabila mengadakan meeting online bersama mereka.

Ini semua merupakan satu cabaran dalam melaksanakan tugas di zaman Covid 19. Segala perancangan boleh berubah sekelip mata. Oleh kerana ianya bukan berlaku setiap tahun, maka akan terjadi juga kekhilafan dalam membuat keputusan. Sometimes, we need to sacrifice some things in order to save many.

Apabila melaksanakan ODL atau WFH, sedikit sebanyak kita perlukan pengurusan maklumat dan rekod yang mantap. Ini kerana jika kita tidak dapat ke ofis, perlu ada kaedah untuk mendapatkan bahan-bahan kerja yang diperlukan. And it is advisable that all of it must be in digital form. Senang nak akses, update and send it back to our superior. 

ODL juga memerlukan kami ahli akademik mempunyai pengurusan maklumat dan rekod yang mantap. Attendance list must be managed. Student assignments and assessments must be well kept. We must have a good email management in order to sort out our student's assignment. Some ODL platforms ada sistem tersendiri for assignment submissions and assessments. But some of our students pula sukar nak guna disebabkan line internet. Ada juga yang mempunyai masalah hardware seperti laptop rosak atau slow. And ada yang terpaksa guna smartfon untuk type assignment sebab laptop problem. Time-time macam ni juga baru tau mungkin ada student yang memang tiada laptop. Selama ini pinjam laptop kawan di kolej.

Whatever it is, everyone has its own difficulties during this pandemic. Even though the level may differ, but still one needs to overcome those obstacles. 

Wednesday, September 23, 2020

Pengalaman Menggunakan ASTRO ULTRA BOX

 

Sumber : Website Rasmi Astro

Sebenarnya sejak lebih kurang sebulan ini, saya agak sepi dari keluar malam berjumpa rakan-rakan. Bukan kerana saya sombong atau isteri marah, tetapi mungkin kerana faktor usia. Lagipun saya masih seronok explore pelbagai content menggunakan Android TV saya yang saya pernah post di blog ini.

Bila sampai di ofis pula sibuk dengan kerja lagi-lagi diberi tanggungjawab baru mengendalikan kursus Sarjana Pengurusan Maklumat mod FLP atau Pembelajaran Fleksibel. Akan saya kupas program ini di entri akan datang. 

Berbalik pada kisah sebenar entri ini iaitu Astro Ultra Box. Ketika entri ini ditulis, belum genap sebulan lagi saya gunakan decoder baru ini. Basically, Astro Ultra Box ni kalau nak senang faham ialah decoder terkini Astro yang sizenya lebih kecil. Masih boleh digunakan untuk rakam siaran, cuma rakaman akan disimpan di server cloud Astro. Senang cerita, Astro Ultra Box memerlukan sambungan ke internet untuk tujuan rakaman siaran. Kalau tak nak rakam, tak perlu internet. Siaran Astro masih boleh dilihat di TV, kerana satellite dish masih digunakan. Installer cuma gantikan satu alat pada dish tersebut. 

Kalau kita nak akses content Astro Video On Demand(VOD), ia lebih smooth menggunakan Astro Ultra Box. Saya akses Astro VOD ketika masih menggunakan decoder lama dan terasa perbezaannya. Dekoder Ultra Box lebih smooth.

Untuk akses Astro VOD ini pula perlukan sambungan internet. Sama macam Netflix dan ia lebih banyak local content dari Netflix. Saya pun ada subscribe pelan Netflix dan boleh compare dengan Astro VOD. For local content, memang Astro menang. For documentaries pun saya rasa content Astro lebih banyak. And the best thing using Astro VOD ni ialah, siaran tanpa iklan. Cuma contentnya adalah content yang dah disiarkan secara live oleh Astro. Ada thousands of content di Astro VOD yang saya masih explore. Ini sebenarnya yang membuat saya dah tak berminat nak keluar malam. Itu tak termasuk lagi content di Netflix dan Android TV yang saya download seperti Vidio dimana ada channel-channel live Indonesia. 

HBO Go merupakan satu lagi tarikan Astro VOD. Ada macam-macam movies dan miniseries dalam tu, content pun tak lah lama sangat usianya. Oleh kerana saya subscribe superpack, majoriti of the Astro VOD content percuma pada saya. 2 minggu lepas saya mengalami kecederaan left ankle sprain ketika bermain futsal mingguan. Berbalut kaki, pergi klinik doc suruh amalkan RICE which is Rest Ice Compression and Elevate. Oleh kerana sports injury is part of my life, saya dah tahu apa yang perlu dibuat selepas sahaja saya injured. Masa kena tu dah panas ankle, masa keluar boleh jalan lagi. But based on past experience, saya terus balik rumah dan letak ice pack.

At the clinic, nurse baru lepas bandage

Gambar atas adalah balutan pada kaki yang dibuat oleh nurse, selepas berjumpa doc. Doc tanya nak mc ke? Saya jawab takpe sebab saya ada training Arduino esoknya. Doc pesan jangan banyak jalan. Agaknya sebab banyak jalan ni lah kaki saya masih belum 100% pulih after 2 weeks ni. Now I put my recovery phase at 85-90% but I won't do sports until I am fully 100% recover. Just some stationary bike and some simple workouts.

Back to the Ultrabox, what I do admire is the smoothness of the Astro VOD and also the content of the VOD itself (can be accessed by older decoders as long as it can be connected to our internet). I also like it's size. It is small. Just see the picture below.

The Ultrabox with a red light on. Small in size.


It is surely much more smaller than my previous decoder. And it uses a simcard as the Astro card. I am not sure whether this box can be carried to other places to be connected with other dish. Tak pernah try but I notice the installer changed something on the dish itself. Ada yang kata hujan dah takde masalah siaran. Ketika entri ini ditulis, musim hujan melanda kawasan saya and setakat ni tiada gangguan siaran. Lagipun saya banyak stream Astro VOD, jarang on live TV. 

What I do not like about this Ultra Box is, eventhough dia akan bagi satu channel untuk siaran dalam 4k UHD which is 780, but kalau tengok live football matches, sometimes ada glitches sikit. And then, TV bukan HD dah tak boleh guna decoder baru ni sebab semua siaran Astro yang menggunakan SD akan automatik terminate. Hanya siaran non Astro yang masih guna SD seperti TV1,TV2,TV3 etc sahaja yang available.

Another thing is saya rasa dia agak hangat, dah sama macam my previous decoder yang ada hardisk dalamnya. Suppose not to as tiada hardisk inside Ultra Box. Maybe sebab connected to my home wifi kot. Dia hangat macam my Unifi 5g router. Ada one time ada error message HDCP 2.2 di TV dan vision blank, just sound sahaja. So I need to restart back my TV and the decoder.

And the last one is it is too dependable on our internet availability. Sepanjang saya guna Unifi Fibre ni, dalam 2-3 years mesti akan ada down. Sometimes just my house, sometimes the whole area. So kalau down, all the recorded content tak boleh akses. Plus no akses to Astro VOD and HBO Go. 

As I always said to my students, we can have all the technology available for us to use but in the end it will go down to the internet speed and stability. 



Monday, August 10, 2020

TV Panasonic Android TV HX650


Saya dah lama nak upgrade TV saya from LED TV 32 inch Samsung ke Smart TV. Selama ini saya guna Chromecast untuk jadikan TV saya smart. So far ok. Cuma setahun dua ni banyak skrin yang saya gunakan semakin besar sebab mata dah dimamah usia, rabun rabun sikit (dah lama cuma makin tua ni rabun dekat pula). 

Saya berpendapat bahawa TV besar membolehkan saya duduk di sofa menonton TV tanpa menggunakan kacamata. Sebelum ni pun boleh, cuma tulisan tak berapa nampak. Kalau besar, at least boleh la baca tulisannya. Lagipun TV besar dah murah, dulu belas ribu dan berat, kena dua orang angkat. Sekarang sorang je angkat. Harga pun dah tak belas ribu. 

Last year AEON ada buat sales TV. Harga slash habis. Masa tu salesman cerita kat saya beza Android TV dan Smart TV. Smart TV dah preinstalled semua apps dia. Android TV macam smartphone Android kita, boleh install pelbagai apps dari Play Store. Dari segi fleksibiliti, Android TV is much more better. Patut lah Android TV mahal beberapa ratus dari Smart TV untuk series dan size yang sama. 

Bila saya usya di kedai-kedai luar, harga lagi mahal. Dan TV yang saya nak takde. So KIV dulu lah. Kumpul duit dulu banyak-banyak. Semalam ke AEON dah nampak lagi ada sales. Kebetulan memang dah standby since beberapa minggu lepas nak sambar satu TV besar. Saya dah tengok beberapa TV besar di rumah rakan-rakan yang sekecil rumah saya. Tiada masalah. Pixel pun dah okay walaupun untuk channel SD masih tak sesharp HD, tapi tak lah buruk sangat. Lagipun sekarang channel HD dah melambak di Astro. 

Kali ni memang saya datang tangan kosong. Tiada info beforehand. Lagipun nawaitu asal ke AEON nak gunting rambut anak dan cari sticker untuk projek sekolah dia sambil-sambil beli buah di MBG. 

Beberapa hari before ada browse the internet. Mulanya nak beli Samsung kembali, and then feature di Sharp nampak lebih menarik. Apa pun saya dah set kriteria nak Android TV yang ada built in Chromecast, not Smart TV. And the size must be around 50 or 55 inch. 

Di AEON, ada Sharp Android TV, Panasonic GX Android TV and Sony Android TV. Dah berkenan dengan Sharp Android TV, dan memang dah nak ambik dah. Siap tengok info lagi di smartphone pasal model Sharp yang saya nak ambik tu walaupun pernah ada pengalaman tak sedap dengan TV Sharp ni dimana panel rosak (itu yang saya tukar ke Samsung TV LED). 

Tiba-tiba muncul satu kriteria baru dalam fikiran saya. Saya nak kan function bluetooth yang boleh connect dengan audio device seperti headphone etc. Sebab dalam website Sharp saya ada nampak headphone Sharp boleh connect dengan TV mereka. Rupanya yang saya nak ambil ni tiada function bluetooth audio, hanya ada bluetooth remote sahaja. Cancel. Kena pilih Panasonic atau Sony. Sony agak mahal, 49inci Android TV sahaja dah RM 2499. Sony ni memang selalu lebih mahal dari yang lain. LG dan Hisense saya tak masukkan dalam kriteria saya. Then nak ambil Panasonic GX 650, tapi tinggal display set sahaja yang dah ada di situ since 2019. Salesman offer harga display set which is RM 16xx, jauh dari harga asal RM 2xxx.Hampir RM 500 beza. Good bargain juga ni sebab semua feature yang saya nak ada. Cuma sebab dah on display everday since 2019 from 10am-10pm non stop, saya agak gusar. Salesman offer pula extended warranty. Katanya kalau panel display problem, Pana ganti free. Saya tanya model ni dah discontinue, macam mana? Dia cakap diorang akan offer product baru, bayar difference harga je. Furthermore warranty akan start from date of purchase. Saya jawab, saya nak makan dulu. 

Then masa nak keluar saya nampak 1 lagi TV Panasonic tiada harga. Salesman cakap ni TV baru HX650, feature sama dengan GX650 cuma dia ada sound system lebih baik dan Vivid Digital Pro which is warna lebih bagus. Senang cerita nak compare HX650 dan GX650 ialah HX model 2020 dan GX model 2019. HX display lebih cantik dari GX. Sound pun lebih bagus. Boleh tengok spesifikasi HX di sini. 

Cuma harga tak letak. Saya tanya Salesman dia cakap baru je masuk dan di display semalam dan cuma ada 1 ni je. Salesman cakap kalau nak dia kena call boss tanya boleh jual ke tak. Dia cakap harga RM 2299. Saya cakap saya nak pergi makan roti John dulu sebab perut dah bunyik.

Balik makan roti John dan setelah mengkaji di internet, memang saya dapati Panasonic HX650 ni baru lagi, rasanya Julai 2020 baru keluar. Tak banyak kedai lagi yang ada. So saya pun decide nak beli TV tu. Then saya tambah extended warranty selama 3 tahun lagi dengan bayaran RM 260. So dicampur dengan 2 tahun standard warranty, saya ada 5 tahun warranty yang akan cover Panel display. FYI, panel display merupakan komponen paling mahal, ribu harga nya. Sharp 32 inci saya kong panel display dan nak ganti sama harga dengan tv 32 inci pada waktu tu. Note 9 saya kong panel display dan nak ganti sama harga dengan value Note 9 second hand ketika itu. Pengalaman mengajar saya membeli extended warranty. 

Abang salesman tengah packing TV from display, baru sehari display

So, proses jual beli pun berlaku dan saya bawa sendiri TV balik rumah. Mula-mula cuak juga sebab besar gedabak, nak masuk bonet kereta sedan saya pun tak lepas. Kena letak seat belakang. Terpaksalah anak-anak duduk dalam keadaan tak berapa betul. Tapi mereka excited sebab nak tengok TV baru. Saya beli 50 inci, a significant upgrade from 32 inch. Nak beli 55 inch takut kereta tak muat, 50 inch pun ngam ngam soy je. Lagipun tak banyak sangat beza, 50 inch pun dah penuh rak TV saya di rumah. Rupanya ringan je TV ni, besar je lebih. Berat lebih kurang 10kg je. Saya sorang pun boleh angkat.

Yang ni dah bayar,
Dah selesai buat pembayaran, tengah tunggu untuk dibawa guna trolley ke kereta

Masa proses nak pack ni, ada 2 orang lagi datang tanya TV yang sama, nak beli. Nak beli, tapi Abang Salesman ni cakap saya dah beli dan stok yang lain belum sampai lagi. TV yang saya beli ni pun baru semalam dia pasang untuk display. Maknanya dah on 10am-10pm semalam dan kira tested and proven lah. Bukan bad apple. In the end, 2 orang tu beli TV lain. One of them settle down for Panasonic GX TV and the other one Sony Android TV.

Beza TV Lama Samsung UA32 dengan Pana 50 HX650

Sampai rumah terus setup wifi, netflix, chromecast dan Astro. PS4 je tak sambung lagi. Gambar memang cun, even tengok channel SD pun not bad. Tengok Astro VOD pun cun. Layan movie di USB drive pun cun. Basically tak rugi lah, lagipun anak-anak memang kerap layan TV sekarang. Memang happy diorang. Gambar atas tu saya compare TV Samsung saya size 32 inci dengan Panasonic 50 inci yang baru dibeli. 

Saya belum lagi install macam-macam di Apps android TV ni. Releks-releks dulu sambil-sambil explore, next step nak try connect bluetooth audio. Oleh kerana waktu beli TV ni masih baru di pasaran, tak banyak review yang boleh saya perolehi. Lagipun Android TV is an Android TV, tak banyak beza dari segi functionality. Now, saya nak jadikan TV Samsung saya monitor PC saya di ofis. Senang sikit buat kerja.


Tuesday, July 28, 2020

Beli GShock GWB 5600 di GWM Store


Saya dah lama guna jam Gshock ni. Seingat saya, ketika lewat 90-an pun saya pernah guna.  Cuma saya tak berapa ingat model apa. Yang saya ingat original lah. Waktu tu takde lagi fake Gshock ni. Sebelum saya guna Gshock, saya guna jam Swatch awal 90-an. Ingat lagi masa tu beli RM kira-kira RM 100 di kedai jam Swatch. Sekarang agak terkejut tengok harga dia. Jam ALBA pun pernah guna. ALBA ni dari zaman sekolah rendah lagi dah beli. Seiko pun pernah. Ada satu jam Seiko ni tak guna bateri tetapi mekanikal. Saya guna waktu zaman sekolah menengah tapi kejap je sebab jam ni kena selalu guna baru dia bergerak. 

Sebenarnya masa mula-mula pakai Gshock tangan tak berasa selesa sebab rasa ianya besar gedabak. Cuma best sebab tak risau masuk air, jatuh. Zaman tu memang kebanyakan jam sensitif. Gshock yang saya guna ni jenis digital. Lepas tu saya guna jam tangan biasa, rasanya jenis ALBA kembali. Dan ada juga jenis Bonia hantaran kawin. Gshock dah tak pakai. Saya pun tak ingat saya jual kat sape masa tu. 

Lepas tu tahun 2010, saya beli Gshock Mudman. Model G9000 3V Mudman. Harga masa tu RM 305. Saya ada cover kisah dia di sini. Jam ni lepas saya ganti bezel pada tahun 2019, saya jual pada rakan sekerja saya. Silap saya patutnya saya simpan buat koleksi. Zaman sekarang lagi lama barang tu lagi rare. Masa pakai Mudmani ni haram tak reti nak tukar waktu. Rasa complicated sangat nak operate Gshock ni. Sebab tu saya suka jam jarum. Pusing je. 

Tahun 2019, I bought the Casio Gshock G6900 Tough Solar. The story on how I bought it can be seen here.  RM 470 juga harga beli di kedai authorized dealer di AEON Shah Alam. And in 2020, saya berkenan dengan Gshock petak GX56 BB. 

Browse di internet and saw this online store GWM Store. Harga not bad. Lagipun stok GX 56 ni ada. For 2 weeks saya dok kaji GX 56 and hampir beli online thru GWM Store. Then I found out that physical store dia tak jauh mana dari rumah. So I went there. Kedai dia buka office hour sahaja on weekdays. Actually dia macam office for GWM Store except dia ada juga jual those watches in store. 

Sampai sana with my wife, bila test GX56 BB tu, bezel besar gedabak but the number is small. Orang tua rabun dekat macam saya ni memang kena nombor besar. Berkenan pula pada 1 design petak ni. (Memang nawaitu nak cari petak). My G6900 dah design bulat. Nama design petak yang saya rasa menarik ni ialah Casio GShock GW-B5600 AR-1. GWM Store letak nama Adrenalin Red. Ia adalah negative display, G6900 saya positive display.

Best nya GWB 5600 ni sebab dia ada bluetooth. Boleh setting time and world time guna apps Casio di Samsung saya. Dan dia ada auto radio search yang akan connected beberapa kali sehari ke stesyen terdekat untuk maintain accuracy time. Bateri tak perlu risau sebab dia tough solar. Number display dia besar cuma bezel petak dia kecik. Bagus kecik ni ialah kalau guna keyboard PC taklah rasa sakit tangan. G6900 bezel besar, rasa tak selesa. Selalu saya buka kalau guna keyboard PC. 

Harga yang saya dapat in store GWM lebih murah dari harga yang diorang publish online. Di kedai fizikal mereka saya boleh runding lagi. Dapat la beza 20-30 ringgit. Cuma jam mereka warranty sendiri melalui GWM, bukan melalui Marco. Kira kalau henfon macam AP Set la. Nak kaji full specification GWB 5600 ni boleh usyar link di Casio International Website di sini. 

Casio apps connected to GWB 5600 ni simple je. Maksud simple kat sini ialah function dia tak sebanyak Samsung Galaxy Watch saya. Nak connect pun kena tekan button di GWB 5600. Agak lucu sebab macam analog nak berangan jadi digital smartwatch pulak. Tapi okay la, function untuk time accuracy je. Saya dah masukkan bandar Mekkah ke dalam world time, senang kalau dapat buat umrah lagi, just set je ke Mekkah time. 

Lepas ni misi memburu analog Gshock pula. Kali ni nak try beli di G Factory. 






Friday, July 24, 2020

Masalah Skrin Samsung Note 9 Selesai


Hi everyone, sejak anak-anak kembali bersekolah, agak tertunda juga penceritaan disini. Jadual mereka yang berbeza menyebabkan saya juga agak lari schedule saya. Walaupun mereka boleh bersiap sendiri dan ibu mereka juga membantu, tetapi saya tetap perlu bangun lebih awal dari mereka untuk standby andaikata ada apa-apa permasalahan. 

Sebenarnya entri ini adalah lanjutan dari post berkenaan masalah Samsung Note 9 saya di sini. Senang cerita, display jadi tak betul, color pudar, hijau. Seperti diceritakan sebelum ini, saya telah pergi ke dua tempat untuk memperbetulkan skrin, satu tempat repair handphone independent dan satu lagi official service center Samsung. Kos repair termasuk upah di service center Samsung adalah RM 860 termasuk 3 bulan waranti.

Oleh kerana saya memerlukan handphone segera, maka saya beli Samsung A51 yang kemudiannya saya beri pada isteri untuk gantikan handphonenya yang agak usang. Saya beli pula Samsung Note 10 Lite sebab nak beli Note 10 tak berani, takut masalah display handphone Samsung flagship berulang.

Diringkaskan cerita, display Samsung Note 9 saya kembali normal. Bagaimana ianya normal? Ganti display. Ternyata update Samsung telah merosakkan hardware. 

Sebenarnya setelah membeli Note 10 Lite saya, saya seperti ingin membiarkan sahaja Note 9 ini namun handphone ini merupakan handphone pre-order pertama saya dan saya merupakan antara user pertama yang beli handphone ini ketika hari pertama ia mula dijual di Malaysia. So kind of sentimental value here. Saya berada dalam grup Telegram user-user di seluruh dunia yang mempunyai masalah display pada Samsung Note 9 and slowly mereka report yang mereka dapat ganti display FOC dari Samsung. While most of them are from India, ada juga user Malaysia, Singapore and Indonesia yang dapat. 

So saya email pada CEO Samsung Malaysia (please find the email at their website) saying how I had used Samsung phones and tablets since 2012. Bila dikira, almost 10 devices from Samsung saya dah guna including their watches. Basically their devices had helped me in my work and daily life. And I also stated that they must respond well with this Note 9 display problem since it happened after updating their software using their own OTA. 

Saya received an email few days after that stating that I will be receiving a call from Samsung Service Center for further inspection. They also gave me rebate coupons for purchasing items in their website. Unfortunately barang yang saya nak beli before this habis stock.

Then I received a call from Samsung Setia Alam SC asking me to bring the device to them. The technicians there were impressed with my Note 9 as there are no scratches, 'Macam Baru, kata technician tu. So the staff there told me that they will submit the claim to Samsung and I will be able to collect it approx 3 hours later. But I told them I need to get back to my office and I will collect it next week. On Monday, Samsung Setia Alam SC frantically called my mobile, I was in a meeting and saw few missed call. I thought that mereka teruja nak serahkan kembali Note 9 ni or jumpa emas dalam my phone. So I called them back, the first things is the women's voice (I met her when I sent my phone, she was the one who attended me) was quite shaky. Dia kata Samsung rejected my claim without any explaination. 

At this time, I felt cheated. Not to her, but to Samsung HQ, I also felt that maybe another HQ staff that rejected my claim was not the same HQ staff that attended my case.

Samsung Setia Alam SC did not know the reason and had asked me to call their CS. As I was busy, I called them the next following day. A woman named Ada responded my call and she offered to check on my case. As I expected, it was rejected because my device was out of warranty. I bought it somewhere on August/Sept 2018 and it was almost 2 years now. I did not buy any extended warranty (My Note 10 Lite had an extended warranty up to 2 years which is much more cheaper than Apple's extended warranty). 

So I told Ada to relay my message to her boss stating that my earlier email to request FOC display replacement had clearly stated that the device is out of warranty but I wanted it FOC because the damage was done not because of me. Our telegram group had users experiencing the same problem. It was also reported in news and technical websites. Just google it. And again I apologize to Ada the same as I apologize the Setia Alam SC that I am not mad at her, just want to relay the message to the boss.

So after that conversation, I emailed Samsung CEO again stating my dissapointment. This is the reason I felt cheated. Few days had gone by and at this point it seems that my point of telling Samsung to do a better crisis management seems fell on deaf ears.

Suddenly I got a call from Samsung Setia Alam SC last Monday. As I was busy working, I did not bother to pickup the phone but it keeps on coming. Few missed call later and I called them back. My Note 9 is still with them as I was busy to pick it up from them. So the SC lady with a positive tone told me that Samsung had agreed to replace my display and she asked me to give her sometime to repair the phone. I told her it's okay as I am busy this few days. Yesterday (Thursday), I went to the SC to pickup my Note 9 and the display had came back to life again, beautiful as ever. I even saw it a bit prettier than my Note 10 Lite. But in terms of speed, i do think Note 10 Lite is a bit faster and also has better features in terms of camera (wide angle). Note 10 Lite has also a built in fingerprint sensor on its touchscreen. But Note 9 speakers are more superior than Note 10 Lite.

The lady told me that they only change the display not the battery. She told me there is nothing wrong with the battery. I also asked her if there is anything that SC wanted to give me such as receipt or anything but she said no. She asked me to sign some papers and when I ask if I can get any copies she rejected politely. 

Anyway thanks a lot for all the relevant parties in helping me getting the FOC display replacement. Sempat juga jeling-jeling paperwork yang saya sign tu, dan nampak permasalahan Note 9 yang ditulis atas paper tersebut adalah Greenish Display Issue. 

From my experience, 

1. Masalah ini sukar dibuktikan hasil dari update software kerana tak semua user mengalaminya. It seems yang ada certain batch yang mungkin menggunakan hardware dari kilang atau keluaran yang sama sahaja terjejas. 

2. Usaha anda untuk dapatkan FOC display replacement mungkin berjaya atau tak. Saya rasa kondisi handphone anda memainkan peranan penting. Kalau ada kesan jatuh mungkin kena reject. Handphone saya 2 kali jatuh tapi tak teruk. Jatuh pun secara mendatar. Jatuh tahun 2019 pertengahan. Technician SC pun kata handphone saya macam handphone baru.

3. Ini bukan masalah software walaupun ianya berpunca dari software update. Handphone selepas software update menjadi panas. Mungkin bila dah selalu panas, ia akan merosakkan hardware.

4. Samsung nampak sedang mengumpul bukti dan maklumat lanjut mengenai masalah ini dan mereka juga dalam proses mengatasi masalah ini. Secara jujur, saya juga tak pasti masalah sebenar, ada yang kata buang NFC masalah selesai. Ada juga yang kata cable display tu je yang problem. Apa-apa pun ganti 1 set display is the right solution, currently.

5. Buat masa ini saya melihat plan Samsung untuk atasi krisis ini ialah gantikan display customer FOC secara senyap. Tiada sebarang dokumentasi diberikan kepada saya. Email pemakluman replacement pun tiada. Hanya email yang menyatakan kekesalan terhadap permasalahan saya. Semua urusan dilakukan by phone. No whatsapp. Mungkin ini strategi tersendiri  Samsung, ganti display customer sambil jari letak kat mulut,,ssshhh. Strategi sebegini saya pernah jumpa digunapakai di tempat lain. Ia untuk elakkan publisiti buruk. Yang penting customer yang terlibat dapat diselesaikan masalahnya. Ada pro and cons strategi ini. 

6. Majoriti user Note 9 yang effected cuma mahu Samsung bertanggungjawab ganti display yang rosak akibat masalah software update sahaja. Saya rasa sampai satu masa nanti Samsung akan ada mekanisma untuk permasalahan ini. Sudah tentu mereka sedia maklum. Saya tak rasa mereka akan rugi besar malah akan menarik customer yang akan confident dengan after sales service Samsung.

7. For those yang nak mencuba, you can try following my step. The power to endorse FOC display replacement is not on the hands of Samsung SC but on HQ.  You can directly contact Samsung Customer Service. Make sure your phone is in good condition or else they may have a reason to deny it. (this is an assumption only, but better prepare)

8. I will not sell my Note 9 even though saya dah ada Note 10 Lite. First, it's nostalgic and I love its display and speaker. Second, takut-takut jadi balik display problem ni, kesian user baru. But the main reason is the first one. 


Thanks Samsung, hope you can find a soiution, next time be extra careful.