Friday, November 05, 2021

Dalam Kenangan

 


Saya tidak tahu untuk meletakkan tajuk apa di posting ini. Saya mengenali Rozlin ketika saya mengajarnya di universiti. Beliau merupakan pelajar saya yang mengambil mod ePJJ iaitu part time untuk mereka yang bekerja. Dia bekerja di sebuah kementerian di Putrajaya.

Dia juga merupakan graduate diploma kami dan merupakan first batch diploma kami. Saya ada perasan dia ketika diploma tetapi tak berapa pasti samada pernah mengajar kelas dia atau tak. Maklumlah batch tu ramai, ada 9 kelas rasanya. Lagipun ianya kira-kira 20 tahun dahulu, memang tak ingat. Saya cuma ingat nama dia sahaja. 

Semalam, sekitar jam 1.09 tengahari, saya melihat whatsapp status Rozlin yang berbunyi 'Untuk makluman Rozlin Sharina telah meninggal dunia baru sebentar tadi. Minta semua sedekahkan AlFatihah'. To be honest, saya sangka Rozlin update status mengenai saudara kandungnya yang meninggal dunia. Saya sangka mungkin ada adik beradik beliau yang bernama Rozlin Sharina, kerana saya save number dia dalam fon saya as Rozlin Sharine. 

Ketika itu saya rasa simpati pada Rozlin, kerana saya tahu dia sedang bercuti di Sabah berdasarkan update di Whatsapp Status, FB dan IG beliau. Simpati kerana ketika bercuti, kehilangan saudara rapat. Lepas Zuhur, saya keluar berdua dengan wife untuk beli baju sekolah anak-anak. Ketika tunggu wife dalam kereta, saya buka fb Rozlin untuk lihat samada ada kawan-kawan beliau ucapkan takziah dalam fb namun saya lihat tiada sebarang aktiviti baru di facebooknya. 

Saya pulang ke rumah kira-kira jam 5.30 dan sekitar jam 7 petang terdetik hati untuk whatsapp Rozlin untuk ucapkan takziah atas pemergian yang saya sangka saudara kandung dia. Even saya sempat berbincang dengan wife, wife kata mungkin saudara kembar dia kot, sebab nama dekat-dekat sama. Saya nak check senarai nama pelajar namun senarai nama ada di ofis dan ofis hari ini tutup. Dalam hati masih berbelah bagi samada yang pergi adalah Rozlin yang saya kenal ataupun saudara kandungnya. Seingat saya namanya Rozlina Sharine bukan Sharina. 

So I decided to take a look back at her FB and IG. Saya terkejut kerana FB dan IG nya dah ghaib. I begin to suspect something is wrong somewhere. Saya tak pernah lalui lagi pengalaman menerima berita kematian seseorang melalui whatsapp status orang tu sendiri. Saya tanya pendapat wife. Wife kata mesti dia dah 'pergi', sebab tu FB dan IG dia family dia deactivate. Dalam hati saya 'make sense'. 

Saya try whatsapp number Rozlin, and trust me, hati berdebar sebab tak tau apa reaksi dan jawapan yang akan diterima. Then I received a voice audio. It was her friend. Kawan perempuan dia cakap memang benar apa yang saya baca di whatsapp status. Dan kawan perempuan dia kata dia kenal saya sebab arwah pernah cerita mengenai saya terutama ketika mengambil subjek saya. Jujur saya terkejut dengan berita pemergian beliau. I later found out that kawan dia yang deactivate all her social media account atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Saya masih belum 100% confirm akan berita yang mengejutkan ini. Saya call jiran saya, kebetulan jiran saya adalah rakan pada abang Rozlin. Jiran saya sahkan berita tersebut. 

Arwah Rozlin yang saya kenal begitu gigih nak menghabiskan pengajian. Last dia contact saya pada 10 September 2021 menerusi whatsapp, bertanya samada saya sihat atau tidak. Dan saya jawab pendek je..sihat. Mungkin dia tau saya kena covid dan dimasukkan ke hospital pada hujung Julai. Mungkin juga dia perlu nasihat and motivasi dari saya untuk dia keep her momentum on her degree course. 

Beberapa bulan sebelum tu, arwah ucapkan terima kasih pada saya kerana banyak bantu dia dari segi pengajiannya. Bagi saya, itu tugas saya. Bukan dia seorang sahaja pelajar terutama part time yang saya nasihat. Saya pernah belajar part time di peringkat PhD. To balance between work, study and personal life ni memang agak sukar. Kita perlukan motivasi dari orang lain. Ketika saya buat PhD pun saya dapat nasihat dan motivasi dari rakan-rakan yang dah lalui perkara yang sama. For me Rozlin can finish her part time degree, cuma perlu some motivation and guidance. 

Arwah Rozlin mempunyai hati yang baik. Dia ceria. Kalau berbual dengan dia through phone, tak berhenti dia bercakap. Dia pernah mengadu yang dia rasa ketinggalan sebab rakan-rakan diplomanya yang lain semua dah ada degree. Saya cakap kadangkala perjalanan seseorang tak sama. Ada sebab kita lambat sikit. Macam saya, PhD saya lambat sikit dari rakan-rakan saya. 

Arwah juga rajin melakukan pelbagai business part time. Dia jadi personal shopper untuk barang-barang branded. Dia ada beberapa IG dan few of her business IG di saat saya update post ini masih belum dipadam. Ketika birthday wife saya, saya pernah nak order bunga dan delivery dari arwah sebab dia pun ada buat perkhidmatan ni. In the end tak jadi sebab saya beli sendiri bunga di Bukit Jelutong dan bawa terus balik rumah. 

Seingat saya semester ini adalah semester akhir Rozlin. Saya tak update mengenai pengajian beliau pada semester ini kerana saya sendiri agak sibuk terutama selepas discaj hospital beberapa bulan lepas dan juga bergelut dengan kesan covid pada tubuh badan saya. Saya mengajar Rozlin dua subjek, satu ketika face to face dalam kelas, satu lagi ketika zaman covid menerusi online. 

Di bawah merupakan berita insiden yang menimpa arwah, diambil dari Harian Metro Online. Al Fatihah (dibaca) untuk Rozlin Sharina, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 



Semporna: Kakitangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meninggal dunia ketika mendaki Bukit Bohey Dulang di sini, pagi hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Rozlin Sharina Rosedi, 40, berasal dari Perlis dan bertugas di Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa dipercayai mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti berkenaan pada 10.13 pagi.

Menurutnya, mangsa bersama dua lagi rakan wanita dikatakan pergi ke pulau terbabit untuk melakukan aktiviti mendaki.

"Ketika mendaki, mangsa dikatakan mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

"Kakitangan Taman-Taman Sabah memberi bantuan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh doktor di hospital berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata, mayatnya dirujuk ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Disiarkan pada: November 4, 2021 @ 10:09pm

No comments:

Post a Comment