Friday, November 19, 2021

Registered (New Scooter)

 



Motosikal di Malaysia merupakan antara kenderaan yang sangat kerap kita jumpa. Ada yang menyelit celah-celah kenderaan di laluan sesak. Motosikal juga dapat dilihat parking di merata tempat. Kalau di masjid waktu solat, memang penuh motosikal. Student di IPT pun ramai guna motosikal. Rakan-rakan saya yang dulu kerja naik kereta pun semakin ramai tukar ke motosikal. Di rumah mereka ada je kereta sedan, SUV atau MPV.

Motosikal di Malaysia ada pelbagai kategori. Dari moto kecil sampai ke besar. Pengalaman naik moto ni, kalau di kawasan bandar, elok naik yang size kecil. Senang nak menyelit. Tapi kalau kerap masuk highway, better cari yang besar sikit. 250cc bagi saya dah cukup memadai. Tapi ada je yang bawa moto yang lebih besar dari 250cc untuk daily ride. Untuk saya, kalau setakat pergi balik kerja dengan jarak sederhana, sesuai 250cc. Tapi kalau lokasi kerja pun dekat, tak masuk highway, lebih banyak lalu laluan sesak dan lampu isyarat, serta kejap-kejap nak ke kedai beli barang atau ngopi, below 250cc is the best.

Saya mula naik motosikal secara sah di sisi undang-undang pada awal 90an. Sebelum tu bawa secara haram. Motosikal Honda C90 merupakan yang pertama bila saya dah ada lesen. Sebelum tu bawa Yamaha CDI 80cc. Pergi sekolah bawa Honda C90. Rasa macam dah bujang sangat bila bawa moto sendiri pergi sekolah. C90 ni warna maroon, lampu depan petak, belakang pun petak. Ada bakul. Zaman tu takde box givi lagi.Helmet pun Apollo. Saya lenjan cukup-cukup motosikal ni. Brake sampai mencicit bunyi. Memang rabak lining brake. Tapi apa peduli masa tu. 

Paling tak boleh lupa bila ada kawan sekolah bawa Kawasaki KIPS ke sekolah, hijau warnanya. Rasanya 150cc. Terus pasang impian dah kerja nanti nak beli KIPS. Honda C90 saya 4 lejang. Tak guna 2T. Yang lain semua guna 2T. Masa tu moto 4 lejang ni tak selaju moto pakai 2T. Bunyi pun bass kuat, tak nyaring macam nyamuk seperti motosikal 2 lejang.

Honda C90 saya kalau langgar lubang akan kedengaran bunyi cit cit tikus di absorber belakang. Berenjut-enjut sebab absorber dah kong. Zaman tu takde lagi absorber ada subtank. Dengan keadaan daif moto tu, merata juga la pergi di kawasan Petaling Jaya. 2-3 kali juga kena tahan bawa pembonceng sebab lesen L lagi. Dah la pamer L besar, bawa pula pembonceng. Salah seorang rakan pembonceng yang pernah kena tahan di roadblock dah pakai Harley Davidson sekarang ni.

Lepas tu saya beli Yamaha Sport Merah. Yang ni jadi lejen. Banyak melalui pelbagai kisah dengan saya. Saya guna dari zaman SPM hinggalah selesai universiti. Dengarnya masih ada lagi di kampung, sedara saya guna. Kalau ada rezeki saya ingat nak beli balik moto ni. Ada terlalu banyak kisah dengan moto ni. Dari berbentuk sopan standard kilang hinggalah berbentuk seperti modifikasi yang tak siap. Spray cover depan dari putih ke hitam. Letak sticker tengkorak merah. Rakan-rakan semua gelarkan moto saya ni Yamaha Tengkorak. 

Ada suatu masa tu, nombor plet depan belakang takde sebab patah. Tayar guna TT100. Servis jarang. 2T je jaga. Kadang-kadang tuang sikit 2T dalam tangki petrol nak dapatkan efek asap banyak. Langsung tak mesra alam masa tu. Ekzos, saya guna silencer kosong. Memang memekak. Ada sekali tu duduk di rumah flat, seat saya kena toreh, mungkin sebab ada orang marah ekzos saya bising. Rakan serumah gelarkan ekzos saya ekzos motobot. Bising tapi tak laju. Pernah sekali masa tengah bawa tiba-tiba takde response dengan throttle. Rupanya sproket belakang dah haus gila sampai rantai tak boleh tarik. 

Pernah sekali bawa musim hujan lebat ribut petir. Motor lain semua berhenti tapi saya jalan je tanpa baju hujan. Zaman tu takde lagi baju hujan full suit macam sekarang. Di traffic light, moto saya mati. Terpaksa tolak moto tu dalam hujan ribut. Dah la takde kawasan teduh situ. Saya nampak orang-orang dalam kereta semua simpati tengok saya. Nasib baik lagi 5 km nak sampai rumah. Tolak lah saya dalam hujan ribut tu hingga sampai rumah sewa.

Yamaha Sport ni masa beli zaman SPM pernah jatuh langgar kereta. Cedera saya di lutut, kaki dan tangan serta siku. Bawa robust masa tu, kereta dah bagi signal masuk simpang kanan pun saya masih nak memotong sebelah kanan. Dah la bawa laju. Kesudahannya saya jatuh dan terbaring di depan restoran kopi cina. Saya dengar pengunjung kedai tu jerit pada saya 'Bawa laju-laju!'. Ada polis off duty yang tolong saya angkat moto dan bawa saya ke klinik kesihatan. 

Tuan punya kereta tu, uncle cina, siap minta maaf, katanya dia lambat bagi signal. Saya pun minta maaf kat dia sebab saya potong kanan. Masing-masing  nak mengaku salah. In the end polis off duty yang tolong saya tu marah saya, dia kata 'Kau yang salah'. 

Selesai belajar di ITM, saya ambil arwah Ayah punya Yamaha 110 SS. Moto yang pakai klac tapi klac hidup. Lepas klac enjin tak akan mati. Saya guna ni berulang alik kerja. Jarak pergi balik dalam 30-40km. Konvoi dengan kawan sekerja (juga sekelas di ITM). Dia guna EX5. Bila saya pulang dari UK lepas sambung belajar dan bekerja di tempat sekarang, terus tak guna moto.

Masa tu ada juga rancangan nak guna superbike. R1 masa tu tengah top. Dalam hati masa tu samada nak ambil R1 atau Ducati 916. Tapi lepas tengok harga dan maintenance, terus tinggal angan-angan. Lagi pula zaman tu tak semudah nak buat loan motosikal. Downpayment pun tinggi gila. 

Hampir 15 tahun tak naik moto lagi-lagi on the road. Sehinggalah saya kembali beli motosikal Modenas MR1. Saya dan 2 rakan lagi sama-sama beli di kedai sama iaitu Hiap Aik. Tapi jarang saya bawa on the road. Setahun mileage tak sampai 200km pun. 2 tahun juga rasanya saya guna MR1 tu, isteri saya pun guna dalam taman. Selepas kabel throttle putus, kemudian CDI rosak, saya pun trade in di Hiap Aik dengan Honda Wave 125. Yang ni pun jarang on the road. Kadang-kadang je bawa pergi ofis. Time guna Wave ni lah keluarnya super moped iaitu Yamaha Y15 dan Honda RS. Terus berminat dengan possibility nak bawa moto klac 150cc. Sebelum tu belikan wife skuter Yamaha Solariz, saya pula beli Honda RS sebab ready stock. Juga di Hiap Aik. Bila dah guna Honda RS baru start banyak guna on the road. Skuter pun saya bawa on the road. 

Lepas kena covid saya dah rasa tak berapa sedap bawa moto klac. Mungkin dah selesa bawa skuter Solariz. So saya decide nak tukar ke skuter yang lebih besar iaitu NMAX 155. Rujuk post sebelum ini di sini.  Kena pre order. Orang lain hampir 6-7 bulan. Saya kira-kira 2 bulan setengah. Mungkin nasib saya baik kerana saya order apabila kilang kembali dibuka. Tadi saya check JPJ Portal, NMAX saya telah didaftarkan. Dah ada geran. Tinggal tunggu skuter tu wujud di kedai sahaja. 

Jika dikira dari janji kedai, ia lewat kira-kira 15 hari dari dateline 2 bulan mereka. Kira okaylah. Honda RS saya pun dah selamat di trade in beberapa hari lepas. Duit je belum masuk lagi. Nama dah tukar pada nama kedai. So now, waiting for kedai untuk deliver pada saya sahaja. Maybe next week. Saya mungkin ambil lambat sebab ada banyak kerja saya kena siapkan minggu depan. Biarlah parking di kedai dahulu.

No comments:

Post a Comment