Thursday, May 07, 2020

Pengalaman Membeli Macbook Air 2020


Seperti yang dijanjikan, saya akan review serba sedikit pengalaman selepas hampir dua hari menggunakan Macbook Air. Semalam ianya sampai pada saya, selamat di deliver iaitu 6 Mei 2020, bersamaan hari Rabu, kira-kira jam 12 tengahari. Order di website Apple Store Malaysia pada hari Sabtu Mei 2020. Tak ingat samada pagi, tengahari atau petang.

Isnin dah diterbangkan dari Changi ke Shenzhen, China. Kemudian ia terbang semula dan sampai di KLIA Sepang pada hari Selasa 5 Mei 2020 jam 7 pagi. Saya menerima SMS dari Apple mengatakan ianya akan di deliver pada 6 Mei 2020. Saya agak tidak percaya kerana ketika ini musim PKP dan beberapa item yang saya beli di Shopee lewat sampai walaupun seller dekat, inikan pula dari Singapore. Owh sebelum itu lupa saya, walaupun saya beli online di website Apple Store Malaysia namun stok dikeluarkan dari warehouse Apple di Singapore. 
Kotak UPS, kualiti terbaik
Rabu tengahari ketika saya sedang work from home, terdengar bunyi hon di pagar depan. Check cctv rupanya Van UPS. Terus saya keluar sambil senyum-senyum dan menerima kotak UPS Parcel. Dalam kotak tu ada Macbook Air saya. Tapi saya tak terus buka kerana perlu sambung kerja WFH saya dan kemudiannya saya keluar ke pejabat kerana urusan kerja hingga jam 4 lebih petang. Baliknya barulah saya buka kotak tersebut. Agak senang kerana terdapat instruction nak buka kotak UPS, just tarik sahaja. 


Dah buka kotak UPS, baru nampak kotak putih Macbook Air 2020 saya. Tak banyak beza dengan kotak putih Macbook 11inch mid 2013 saya, gambar sahaja sedikit berbeza. Cara buka pun sama cuma kali ini saya sendiri yang buka. Ketika saya beli Macbook 11inch saya pada tahun 2014 di Machines, staf Machines yang buka di hadapan saya.

Tengah setup Macbook Air 2020
Then saya terus buka semua pembalut MBA 2020 dan terus setup. Easy as 1 2 3. Saya pun dah kaji sebelum ini di Youtube so no big problem for me. Then once connected to my home wifi, terus MBA saya download and install the latest update for Catalina. Ambil masa juga for installation, around 20 minutes. Download cepat je.

Then I realize that it only has two USB C Thunderbolt port. Nasib baik saya memang dah ada USB C to USB A converter so saya cucuk sahaja di port MBA 2020 saya. For Mouse, saya beli Logitech Bluetooh Mouse M337 di All IT. Masa tulis post ni baru je sejam balik dari All IT Hypermarket. Sangatlah ketat SOP mereka for customer selaras dengan perintah PKPB yang diumumkan. Memang betul seperti yang dijangka, setakat nak window shopping tak perlulah keluar zaman sekarang. Kami juga disoal akan urusan dan tujuan kami sebelum masuk ke All IT. Banyak juga kedai yang berbuat begini. Nama dan telefon direkodkan serta di sanitize tangan. Facemask adalah wajib.

SOP ketat di All IT Hypermarket, iCity Shah Alam
So bila balik saya setup my bluetooth mouse with my MBA and it the process is very simple. So ini hari kedua saya guna MBA saya dan soalan yang ditanya adalah apa beza and specialnya this MBA 2020. Well, saya cuma boleh cerita based on pengalaman saya guna my MBA 11inch Mid 2013 which is i5 generasi awal awal (tak ingat which generation). My MBA 2020 spec is i3 10th gen with 8gb RAM and 256 SSD. My old MBA 11inch has 4gb RAM and 126 SSD. So I can definitely feel the difference of speed and smoothness. Not to say my old MBA 11inch is slow but this MBA 2020 is much more smooth and fast.

Menjawab persoalan specialnya this new MBA 2020 berbanding my old one, besides speed and storage, skrin lebih besar dan lebih cantik. Orang cakap, lebih sharp dan crisp. Apple kata keyboardnya bagus, ramai yang komen positif. Mula-mula saya tak rasa sangat because I came from the mid-2013's keyboard. But after using it until now, I began to feel the difference. Memang rasa sedap menaip guna keyboard yang ini. Touchpadnya pun besar. Sound speaker dia pun power. 

Cuma saya kurang berkenan port usb C thunderbolt ni. Even power pun guna USB C. Saya dah biasa guna Magsafe and I don't quite feel safe with this USB C. Morever, few of my hardwares are using USB A so I need a converter. Contohnya my HP Printer, my external hardisk and my USB Thumbdrives. Talking about external hardisk, this MBA 2020 can easily recognize and read my external. My MBA 11inch mid 2013 could not read my external.

Battery is still strong and seems slow to discharge. My MBA 11inch seems quite fast. And this post is using my MBA 2020. Mula-mula cadang nak jual MBA 11inch tapi rasa sayang pula sebab Apple dah tak keluar dah 11 inci tu. So saya bagi pada wife guna dan dia pun suka sebab senang dia nak bawa buat tugasan di luar. 

Harga, untuk marhain macam saya yang nak pakai produk Apple, memang mampu milik. Harga asal RM 4399, Macbook paling murah untuk Apple. Boleh la untuk selesaikan semua kerja saya. Saya guna diskaun untuk education staff and students, dapat RM 3959. Beli di education store di website Apple Malaysia. Berbaloi. 




No comments:

Post a comment