Friday, May 22, 2020

Click and Collect Di Uniqlo


Saya bukanlah penggemar membeli pakaian di online. Dulu sukar nak cari size sebenar sebab size saya selalunya merupakan size yang paling besar di kedai. Soalan favourite saya kalau masuk kedai pakaian ialah "Size apa paling besar?"

Dan acapkali juga kedai tiada size saya lagi-lagi kedai pakaian berjenama macam Uniqlo ni. Namun sejak hujung 2018 bila size saya berjaya diturunkan, tidak ada lagi masalah ketara dalam pencarian pakaian. Kadang-kadang boleh dapat pakaian harga diskaun lagi. Tapi still tak berapa gemar beli pakaian online. Seingat saya memang tak pernah. Lebih suka datang kedai dan mencuba.

PKP dan new normal telah mengubah semua ini. Saya ada satu seluar yang sangat selesa dipakai. Saya beli di Uniqlo. Seluar ni guna getah di pinggang. Kain pun sedap. So masa PKP ni banyak WFH, seluar tu je saya pakai sampailah saya lupa cara-cara pakai seluar pejabat. Oleh kerana selalu sangat pakai seluar Uniqlo tersebut, bila basuh saya akan jadi gelabah sebab tak dapat pakai seluar favourite saya. Bila PKP masuk ke fasa bersyarat dan kedai pakaian dah boleh buka, saya pun terfikir nak tambah satu lagi seluar macam tu.

Cari di online, rupanya dah takde stok. Kira dah jadi discontinue model. Tapi dia ada ganti dengan seluar getah yang lain. Cuma material lain sikit. Nak beli di store fizikal rasa macam leceh nak spend time lama-lama di luar. Risau Covid 19. So saya pun buat pembelian online. Tawakkal je guna size seluar Uniqlo yang saya dah pakai sebelum ni.



Di atas merupakan seluar yang saya beli. Nama penuh tak ingat, cuma ada perkataan ankle pants sahaja. Saya pilih opsyen collect item di store Uniqlo terdekat di rumah. Maknanya saya still pergi ke store tapi instead of spending more time selecting and finding my desired pants, saya terus sahaja ke kaunter dan collect bahan saya.

Bagusnya konsep click and collect ni ialah ianya Free Delivery dan boleh pilih nak collect di Uniqlo terdekat. Kalau semua jauh-jauh, kena opsyen pos lah. Dan lagi situ kita dapat online exclusive product. Saya juga dapat grab harga value buy iaitu RM 59.90 sahaja dari harga asal RM 79.90. After making our purchase, we will be notified by email the whereabouts of our product. Dalam kes saya, beli pada 18 May. 19 May katanya dah shipping. 20 May dah boleh collect. Saya pula masa 19 May dapat email pemberitahuan bahawa produk dah shipped to store. Tapi 20 May senyap je without email. 21 May saya check email dan tergerak nak check spam folder, rupanya 20 May dah ada email suruh saya collect. Means that it only took a total 3 days for me to collect my product.

Mudah. Kalau tak PKP memang saya tak beli pakaian secara online. Now bila tengok it is much more convenient macam, even after PKP pun saya nak beli online click and collect sahaja. Oh ya, tadi cik di kaunter Uniqlo kata, balik rumah kalau test nak tukar size, boleh return di mana-mana store dan tukar size provides that ada stok. Kalau takde stok, we can replace with other things. Itu yang dia kata kat saya. Tipu dia, tipulah saya. Tapi takkan la dia nak tipu saya. 

A bit about Uniqlo, this company was formed di Jepun pada tahun 1949 sebagai syarikat tekstil sebelum membuka kedai pakaian pertama mereka pada tahun 1984. Now jumlah kedai ada more than 1000 around the world. 



No comments:

Post a Comment