Thursday, February 05, 2015

Remote Punya Pasal


Sudah 2 hari tidur malam saya kurang. Ingatkan malam tadi nak dapat tidur yang cukup. Baru nak masuk fasa mimpi, saya terjaga sebab rasa bilik bahang dan panas walhal tingkap dibuka. Dalam keadaan mamai saya tutup tingkap dan bersedia untuk pasang aircond. Dah beberapa hari tak pasang sejak si Kakak batuk-batuk. Lagi-lagi pula cuaca sekarang ini not very hot, tapi malam semalam memang rasa bahang. 
Cari punya cari, remote aircond tak jumpa-jumpa. Kebiasaannya memang remote aircond ni tak diletakkan di holdernya yang melekat di dinding tetapi dibiarkan bersepah bawah bantal. Malam tadi, habis semua pelusuk bilik, tilam, bantal dicari tapi masih tidak dijumpai. Dalam hati, ini mesti si Adik dah bawa ke mana-mana. Nak kejutkan dia tanya pun, bukan dia boleh bercakap dengan betul-betul jelas pun, masih pelat-pelat. Jam menunjukkan jam 1.05 pagi, bermula operasi mencari. 
Kesudahannya jam 3.30 pagi, saya masih belum tidur kerana mencari remote aircond. Rupanya remote aircond tu elok terletak di bilik sebelah, di atas basikal si Adik. Ini memang kerja dia la ni. 
Pengajaran, kena ada backup remote aircond. Beli third party punya pun takpe. Just in case. Pagi tadi bangun tidur, pipi Adik kena cubit-cubit dan Adik yang tak tahu menahu cuma sengih-sengih je dan kemudian merajuk sebab nak ikut Daddy yang pergi kerja dalam keadaan mamai. Nasib baik hari ini pakai baju batik.
So, kalau ada anak kecik segenius Adik Tibas, sentiasalah letak remote aircond ke holdernya. Kalau tak, remote akan berjalan ke lokasi-lokasi misteri yang tak terjangkau dek akal.

No comments:

Post a comment