Friday, February 27, 2015

New Semester New Beginning


Isnin ini akan bermula kelas untuk semester Degree bagi bulan Mac 2015. Apa yang menarik, sekarang ini para ahli akademik boleh menggunakan sistem maklumat untuk mengakses bermacam bentuk maklumat. Maklumat mengenai pelajar dan senarai kelas boleh diperolehi dengan menggunakan sistem. Sistem iLearn digunakan sebagai tutorial menggantikan face to face, bukan lah menggantikan semua contact hours tetapi reduce face to face contact hours. 

Pengajaran menggunakan sistem bukanlah asing bagi saya kerana sejak zaman FLP lagi saya sudah menggunakannya untuk pengajaran dan pembalajaran. Saya juga mengikut kursus menggunakan sistem. Mudah di zaman sekarang, zaman teknologi. 

Sebab itu infrastruktur perlu tip top untuk support segala sistem agar ianya mencapai matlamat utama iaitu untuk memudahkan saya menjalankan kerja. Setakat ini infrastruktur memang bagus cuma kadang kala connection slow atau terus tiada. Nasib baik staf-staf IT di tempat saya pantas mengesan dan menjalankan repairwork. 

Apa-apa pun, selamat menempuh semester baru pada rakan-rakan seperjuangan dan juga students. Kelas bermula jam 0800 bukan 0830 atau 0900. 

No comments:

Post a Comment