Wednesday, February 25, 2015

Morning News

image taken from faisalkhan.com

Setiap pagi sebelum saya memasuki kelas, saya akan membaca dahulu suratkhabar dan pilihan saya sejak dari dahulu ialah online newspaper. Secara jujur, saya lebih menggemari paper based newspaper yang bagi saya lebih ada 'feel' untuk dibaca. Paper based newspaper juga mempunyai gambar-gambar dan lebih banyak berita untuk dibaca berbanding online newspaper, berdasarkan pemerhatian saya untuk news provider di Malaysia. Namun kekangan masa kadang-kadang menyebabkan saya sukar untuk membeli paper based newspaper ini. Bayangkan, bangun pagi kelam-kabut menuju ke tempat kerja, memang tiada masa nak berhenti di kedai beli akhbar. Online news lah tempat paling pantas untuk mendapatkan berita. 

Kini dengan kemajuan teknologi, ada pula news apps untuk Android saya. Setakat ini apps yang saya selesa gunakan kerana content dan interface yang menarik ialah BBC News, Guardian, Sky Sports dan News Republic. Untuk local content, saya dapati tidak berapa menarik content dan interface nya. Lagi kecewa jika proses updating news nya tidak pantas. 

Tabiat membaca online news ini saya lakukan kerana saya gemar share latest information pada students saya. Most of my students tidak membaca newspaper, mungkin kerana sibuk atau tiada akses kepada news. Memang saya jadikan satu rutin untuk membaca walau sedikitpun news. Jika ada news yang bersangkutan dengan perkara yang saya ajar, that's a bonus that I can share with the students. Being an Academician memerlukan kita sentiasa up to date with the latest trends especially in our related field. 

Kini, kemajuan media sosial menyebabkan news-news sebegini disebarkan dan diviralkan. Ada antara interesting news yang saya dapat dahulu dari whatsapp dan saya akan check di news website dan terbukti ada news nya. Ada pula yang tidak ada dalam news tetapi sohih. Ada yang tiada dalam news dan kesahihan diragui. Kita perlu ada satu SOP on how to filter information. Ada yang malas nak check, terus forward pada group, bangga menjadi orang pertama yang tahu kisah itu sedangkan orang lain dalma group memang dah lama dapat perkara tersebut tetapi malas nak forward sebab tidak tahu kesahihan.

Satu perkara yang menarik, paper based newspaper ini semakin kurang yang membelinya sejak wujud digital news. Saya masih beli tapi kadang-kadang sahaja. Biasanya niat beli sebab nak baca tapi bila balik rumah, Adik Tibas dah mula lanyak saya, newspaper entah kemana. Esok nak baca berita dah basi. Malay Mail selalu jadi pilihan saya kerana saiz dia. Ini pun memainkan peranan, iaitu saiz. Harian Metro saya pilih kerana banyak kisah jenayah, boleh menjadikan saya lebih peka kepada keselamatan di sekitar. Malay Mail dan The Star pula kerana banyak kolum rencana yang sedap dibaca tetapi kadang-kadang sukar untuk dipersetujui. 

Mengenai perihal paper based newspaper yang semakin kurang dibeli, saya tidak mempunyai fakta sahih mengenainya. Cuma berdasarkan pemerhatian rakan-rakan di sekeliling saya sahaja. Namun graf oleh Audit Bureau of Circulations Malaysia menunjukkan sebaliknya. 

abc malaysia
Jika dilihat graf oleh ABC Malaysia, terdapat peningkatan dari sehi jualan akhbar namun saya percaya, jika tiada online news, figure yang dipersembahkan di dalam graf ini akan berganda tingginya. Bagaimanapun pihak akhbar boleh compensate losses dari printed circulation ini menerusi penambahan jualan digital newspaper. 

Satu penulisan menarik mengenai declining of paper based newspaper boleh dibaca di http://www.faisalkhan.com/faisal-khan/2009/02/23/the-demise-of-the-newspaper

Saya memang menggemari paper based newspaper tetapi terdapat beberapa perkara yang menjadi kekangan iaitu :-

1. Masa untuk membeli - Pergi kerja terus ke pejabat, tidak sempat singgah untuk membeli akhbar

2. Tempat simpanan - Berlonggok suratkhabar lama di rumah, nak jual kadang-kadang masa penjual lalu tak sama dengan masa kita di rumah. Nak hantar ke tempat recycle tapi macam biasa lah, kekangan masa.

Baru-baru ini saya perlukan akhbar lama untuk buat alas, baru saya sedar, tiada lagi akhbar lama di rumah saya. Sekarang hujung minggu saya cuba beli suratkhabar untuk kumpul balik akhbar lama, senang untuk dijadikan alas. 



 

No comments:

Post a comment