Saturday, November 01, 2014

Musim Hujan

Sejak akhir-akhir ini, hujan turun dengan lebat dan kadang-kadang renyai tetapi dalam masa yang lama. Cuaca dingin dan sejuk, juga menyebabkan selsema semakin meniingkat, tidak ketinggalan Kakak yang diserang demam selsema dan batuk, saya telah ke klinik dan kesusahan kami sekeluarga ialah Kakak susah nak makan ubat. Sebenarnya bukan Kakak sahaja tetapi ramai lagi kanak-kanak lain. Saya juga ketika kecil, susah nak makan ubat.

Hujan lebat dan berterusan ini menyebabkan kekerapan banjir kilat. Waktu-waktu monsun ini seringkali menyebabkan saya dalam kerisauan untuk membawa kereta ke KL kerana sering berlaku banjir kilat. Salah satu sebab yang saya perhatikan ialah pembersihan saluran air dan longkang yang kurang kerap. Apabila hujan turun dengan lebat, air yang sepatutnya mengalir ke saliran, gagal kerana tersumbat atau sempit akibat daun dan sampah. Jadilah banjir kilat. Kadang kala pembinaan berhampiran menyebabkan jadinya saliran tersumbat. 

Ada juga penyebab banjir kilat iaitu saliran tidak dapat menampung air yang terlampau banyak. Solusinya senang, tambah saliran, besarkan saliran. Keadaan hujan ini berlaku tiap-tiap tahun jadi mestilah sudah ada pengalaman. Sama juga solusi saliran tersumbat, bersihkan kerap. Jika disebabkan pembinaan, suruh pembina itu bersihkan saliran. 

Cuaca berat dihadapan. AWAS

Saya cuma rakyat yang risaukan keselamatan apabila berlaku banjir kilat, dan risaukan kenderaan dimasuki air. Saya cuma mahukan penyelesaian. Cuma kes angin kencang, ribut dan puting beliung yang dilihat semakin kerap berlaku memang tiada penyelesaian kecuali doa. Tanda bumi semakin tua.

No comments:

Post a Comment