Thursday, November 27, 2014

Research Gadgets

Pada zaman penuh teknologi ini, penggunaan gadget merupakan satu perkara biasa dalam kehidupan seharian. Sebelum keluar untuk ke research site, saya akan packing peralatan yang akan saya gunakan dalam collection data saya antaranya ialah peralatan menulis yang saya letak dalam pencil box, seperti kanak-kanak sekolah. Kadangkala mood kanak-kanak sekolah ini penting untuk membangkitkan semangat. 

Seterusnya, peralatan yang dipacking ialah gadget. Gadget pertama ialah MacBook saya yang saya sengaja bawa kerana ianya nipis dan ringan dan mudah untuk saya edit sesuatu. Di satu research site saya, tiba-tiba saya diminta untuk emailkan research proposal kepada pihak pengurusan di situ, nasib baik ada MacBook, terus saya edit proposal dan emailkan kepada pihak pengurusan. Cuma sedikit masalah kerana internet connection di research site amat slow ketika saya menggunakan wifi mereka. Lalu saya gunakan smartphone saya yang memang dah mobile internet ready dan saya jadikan wifi hotspot untuk saya gunakan bersama MacBook. 

Paling penting adalah gadget Sony Digital Recorder saya. Gunanya untuk rakam interview dan perbualan bersama responden. Apabila balik saya download ke dalam PC dan ianya telah siap sedia dalam format MP3, mudah untuk dibuat transkrip. 

Garmin GPS saya juga saya bawa. Tujuannya untuk memudahkan saya ke research site dan juga sebagai penunjuk untuk pulang. Jimat masa dan tenaga. Saya tidak menggunakan GPS di dalam smartphone saya kerana saya ingin conserve bateri smartphone. Hanya jika saya tidak bawa Garmin GPS barulah saya gunakan GPS smartphone saya. 

Tak lupa juga smartphone saya yang menyimpan data-data contact person dan digunakan untuk membuat panggilan telefon. Dan oleh kerana smartphone ini power hungry, Utoo 3000MaH power bank saya bawa sekali. Utoo walaupun kapasiti power tidak semeriah powerbank lain, tetapi ianya nipis dan ringan. Lagipun kegunaan powerbank untuk sekali charge ketika emergency, nanti balik rumah dah boleh charge guna power socket, lain lah kalau research site saya di dalam hutan tebal yang tiada power. 

Dan yang paling akhir saya bawa ialah buku nota. Something yang old fashioned but sometimes I found it more convenient in jotting down something rather than typing it on an electronic device. 

Semuanya saya masukkan dalam bag sandang dan off we go to the research site. 

No comments:

Post a Comment