Friday, October 31, 2014

USB Cable Original Apple

Beberapa hari lepas, Ipad anak saya mengalami masalah apabila USB Cable nya patah dan mengalami kesukaran untuk charge. Kebetulan Adik Tibas sekarang ini menguasai Ipad dari Kakak hingga Kakak terpaksa beralih kepada Galaxy Tab. 

Saya ke kedai Apple dan kebetulan ketika ke sana membeli MBA, ada saya tanyakan harga dan agak terkesima apabila harga satu kabel USB sahaja RM 79 tidak termasuk adapter. Beberapa hari kemudian saya ke ALL IT Digital Mall dan harga original USB Cable ini jugua berharga RM 79. Saya lantas mencari thirdy party cable USB di salah satu kedai di situ dan akhirnya membeli sebuah cable USB yang nampak reliable berharga RM 40. 

Dalam hati saya, Apple nak cekik darah, kabel RM 40 dijualnya RM 79. Sebelum ini saya ada juga Google berkenaan perihal kabel ini dan terdapat beberapa orang yang membeli cable third party dan malangnya device mereka tidak dapat dicharge. Pendapat saya, kabel RM 40 ini mesti berkualiti sesuai dengan harga. 

Ipad 1 saya menggunakan cable 30 pin usb dan apabila saya balik terus saya charging Ipad dan alhamdulillah, nampak Ipad berjaya dicharge. Namun.....malang tidak berbau apatah lagi berbunyi, untuk mencapai 50% bateri, memakan masa hampir 2 hari. Bermakna secara congak kasar, 100% bateri perlu dicharge selama lebih kurang 4 hari. Waranti yang dipersetujui dengan tokey kedai ialah jika Ipad tidak dapat dicharge, boleh dipulangkan kembali cable dan ambil lain tetapi jika lambat charging, sengih sahaja lah. 

Google lagi masalah ini dan dapat jawapan yang agak teknikal dari beberapa forum dimana terdapat cable third party yang tidak dapat menampung kapasiti kuasa untuk charging Ipad sekaligus menyebabkan tempoh charge menjadi perlahan. Senang cerita, kalau nak laju charge belilah yang original.

Kotak USB Cable original dari buah Epal


Terpaksa lah juga membeli yang original demi manfaat anak-anak. Beli di Switch Aeon Bukit Raja dengan harga yang sama iaitu RM 79. Dan bila pulang ke rumah, alhamdulillah charging speed laju. Full battery dalam masa 2-3 jam sahaja. 

Belilah yang original dan barang mahal bersebab, bukan suka-suka.

No comments:

Post a Comment