Monday, November 17, 2014

Research Biggest Problem (According to Me)

Title di atas hanya merupakan pandangan saya. Mungkin bagi orang lain yang sedang melakukan penyelidikan, lain pula masalah mereka. Pada peringkat awal, masalah utama saya juga berbeza dari masalah utama saya di kemudian hari. Masalah utama pada peringkat awal ialah untuk melihat the relevance of research area proposed. Alhamdulillah, tajuk dan bidang yang di propose menarik perhatian panel dari luar bidang walaupun mereka-mereka dari dalam bidang tidak melihat tajuk saya ini sebagai satu yang menarik. 

Bagi saya, yang penting ialah saya berjaya mencari sesuatu yang researchable dan mempunyai significance of knowledge kepada bidang. Di dalam bidang saya iaitu pengurusan rekod sebenarnya ada banyak topik yang boleh dikaji. Paling simple ialah mendapatkan pendapat dari orang ramai tentang kefahaman mereka mengenai pengurusan rekod. Dari sini kita boleh lihat samada orang ramai sedar kepentingan menguruskan rekod. Dari tinjauan saya secara rambang dan tidak bersistematik, ramai orang sedar bahawa rekod penting untuk dijaga bagaimanapun mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya bercakap tentang pentingnya penjagaan rekod. Bermakna bahawa bidang pengurusan rekod ini tidak pernah terfikir oleh mereka, wujud. Tetapi mereka sedar pentingnya rekod dijaga dengan baik. Kadangkala saya perlu menceritakan satu senario kepada mereka, barulah mereka sedar maksud sebenar soalan saya.

Berbalik kepada topik diatas, bagi saya research biggest problem ialah untuk deal dengan human dan percentage problem ini lebih besar jika kita melakukan research dalam bidang science social. Adik Ipar saya melakukan research dalam bidang science and technology, walaupun mempunyai masalah untuk deal dengan human tetapi percentage tidak lah besar.

Tak kira whether its quantitative di mana kita mengedar questionnaire ataupun qualitative di mana kita interview respondent kita, dealing with humans masih tetap merupakan satu masalah.

Dealing with humans ini kadangkala memerlukan kedua-dua pihak mempunyai wavelength yang sama. Kedua-dua pihak perlu mempunyai Free Time yang sama dan sama-sama bebas dari sebarang masalah. Jika pihak A bebas masalah tetapi pihak B tidak bebas masalah, deal yang cuba dicapai tidak akan berhasil juga.

Sepanjang saya melakukan research saya, untuk mendapatkan free time agar saya dapat bersama responden merupakan satu masalah. Bukannya kerana responden saya tidak memberi kerjasama tetapi selalu akan ada external factor yang menyebabkan ini semua berlaku. Contohnya responden tiba-tiba perlu selesaikan masalah kerja, mesyuarat atau juga terikat dengan komitmen lain. Dan ketika responden bebas masalah, saya pula yang terikat dengan pelbagai masalah. Bukan sahaja masalah kerja, masalah penyelidikan tetapi juga peribadi. 

Bagi saya, selain dari proses yang sistematik, luck juga memainkan peranan. Oleh sebab itu, perlu usaha disertakan dengan doa dan tawakkal. Bagi saya, perkara baik yang dilakukan, baiklah juga pengakhirannya. Kata-kata ini biasa saya pegang. 

 

 

No comments:

Post a Comment