Tuesday, November 11, 2014

Utoo Power Bank

Namanya Utoo. Ya, tidak salah ejaan atau kesilapan teknikal, memang namanya Utoo. Kebetulan ketika Utoo powerbank ini menjelma di dalam hidup saya, istilah Ale Uto sedang top dikalangan anak-anak bangsa. Saya faham apa maksud Ale Uto, ketika zaman muda, saya dan rakan-rakan menyebutnya dengan penuh tanpa berselindung. Kini saya sudah matang untuk tidak menyebut perkataan yang tidak membawa erti yang baik. No benefit in saying that particular word. Lebih baik disimpan air liur untuk menyebut perkataan yang lebih baik dan memberi manfaat.

Okay, back to Utoo. Sebenarnya saya terjebak membeli Utoo ini ketika saya ke AEON Bukit Raja untuk membeli baju kerja. Ternampak pula powerbank yang nipis seperti handphone tapi nak beli rasa takut pula sebab tak pernah dengar jenama UTOO ini.

Apabila saya google, terdapat beberapa personal blog yang review mengenai UTOO ini dan komen-komen yang diberi bersifat positif dan lebih menjurus kepada aspek UTOO yang ringan dan nipis. Harga yang dicadangkan adalah RM 59. 

Berbekalkan review-review ini, saya kembali ke AEON Bukit Raja untuk membeli UTOO dan berjaya dapat special price RM 29.90 sempena ulangtahun AEON. UTOO yang saya beli adalah UTOO yang asli. Dengan kekuatan 3000 MAh, mungkin ada yang menyatakan ianya tidak cukup. Saya sebenarnya sudah mempunyai Yoobao Powerbank 13000MAh tetapi jarang untuk membawanya kemana-mana kerana size yang bulky. Saya difahamkan powerbank berkapasiti tinggi semuanya bersize besar dan bulky. 


Kini sudah hampir sebulan saya menggunakan Utoo 3000 Mah. Dan ini merupakan powerbank yang hampir setiap hari saya bawa kemana-mana kerana size yang nipis serta ringan. Walaupun kapasiti hanya 3000MAh, tetapi ianya mencukupi untuk charge smartphone saya sehingga hampir penuh. Dan apabila pulang ke rumah, saya charge kembali Utoo ini dan oleh kerana kapasitinya hanya 3000 MAh, proses recharge nya tidak memakan masa yang lama, sekitar 2-3 jam sahaja. Berbeza dengan Yoobao saya yang memakan masa yang lama untuk recharge. Seronoknya Yoobao pula ialah ia memakan masa yang lama juga untuk habis power, boleh full charge 3 kali smartphone saya.


Ringkasnya, Utoo berkapasiti kurang dari Yoobao saya tetapi ianya ringan dan nipis, mudah dibawa kemana-mana. Masa untuk recharge pun tidak selama Yoobao. Yoobao pula berat dan agak leceh untuk diletak didalam poket, tetapi boleh full charge smartphone saya berkali-kali. Saya sekarang selalu charge smartphone saya menggunakan Utoo dan letakkan kedua-duanya sekali di dalam poket sambil berjalan. 

Yang nipis dan ringan lebih praktikal walaupun kapasiti kurang.


No comments:

Post a comment