Tuesday, August 05, 2014

Zenfone 5


  Kisah bermula selepas pulang sebentar ke rumah ketika minggu cuti hari raya. Tiba-tiba kerajinan melanda diri dengan menawarkan diri untuk membasuh segala cadar, selimut dan sarung bantal. Maka berlakulah proses menarik keluar cadar dan sarung sarung bantal untuk dimuatkan ke dalam mesin basuh yang berusia 5 tahun. 

Setelah selesai meletakkan segalanya dalam mesin basuh dan mengaktifkan mesin, maka berehatlah saya sambil menunggu selesai proses. Sejam kemudian apabila selesai proses, saya pun ke mesin basuh untuk mengambil kembali cadar, selimut dan sarung bantal. Segalanya berjalans seperti biasa sehinggalah ke proses mengeluarkan cadar dari mesin basuh. Mula-mula terjumpa sikat mainan anak. Perkara biasa kerana banyak benda hidden di bawah bantal. Kemudian terdengar lagi bunyi bendasing di dalam cadar yang sudah siap sedia dibasuh. Saya meraba-raba cadar dan tiba-tiba tangan terpegang sesuatu. Muka terus pucat seperti nak pitam. Itulah dia, smartphone isteri, Samsung Galaxy S2 dah terbasuh sekali di dalam mesin basuh. 

Smartphone tu saya tahu sentiasa on dan apabila saya lihat ianya dah off, fahamlah akan musibah yang telah menimpa smartphone tersebut. Saya beli pada tahun 2011 dan kondisi sangat okey. 

Terus kena marah sambil sambil cuba mencari alasan untuk menyalahkan orang lain..hehehe. Mula-mula saya cabut bateri, jemur di kawasan redup kemudiannya apabila saya Google mengenai smartphone terendam dalam mesin basuh menggunakan keyword 'Samsung s2 washing machine', banyak pula entri menceritakan pengalaman S2 mereka terendam dalam washing machine. 

Hasil bacaan entri-entri nampak positif kerana rata-rata memuji S2 yang kembali beroperasi setelah dikeringkan. Metodologi pengeringan yang sering diamalkan ialah meletakkan s2 di dalam beras kerana bagi mereka beras merupakan penyerap kelembapan. Maka kaedah ini saya cuba. Kebetulan esoknya saya ke kampung dan S2 ditinggalkan dalam beras selama 3 hari 2 malam. Bateri pula dijemur berasingan. 

Balik dari kampung, dengan 1000 doa dan harapan, s2 dihidupkan. Debaran mengiringi penantian untuk melihat sesuatu di skrin S2 dan Alhamdulillah ianya beroperasi seperti biasa setelah digantikan dengan bateri spare Samsung Original yang memang telah lama disimpan. Terus saya ke Fujitsu untuk transfer semua gambar-gambar yang wife ambil, prosedur backup harus dilakukan segera kerana maklumlah smartphone dah pernah dibasuh, mungkin akan menjadi senget. 

Selepas backup, alhamdulillah masih boleh digunakan seperti biasa. Wife pun update FB bagitau pasal kondisi smartphone kembali beroperasi seperti biasa dan saya juga mengomen di statusnya tentang betapa duit ini dapat diselamatkan dari beli smartphone baru.

Seharian guna, tiba masa untuk charge. Segalanya normal sehinggal keesokan hari apabila nak on tak boleh. Sudah ku duga begini jadinya lagipun what do you expect from an electrical device yang sudah dibasuh oleh washing machine termasuk dibilas dan di spin dry. Nasib baik tak sempat di masukkan ke dalam drying machine.

Otak pantas berfikir, charger dimasukkan kembali dan cubaan untuk hidupkan S2 kali ini berjaya cuma aneh melihatkan bateri percentage adalah 0% dan berwarna kelabu. Tidak naik-naik pun percentage walaupun telah 1/2 jam charge. Terus terfikir, masalah ini mungkin berpunca dari tragedi mesin basuh kerana sebelum ini tidak pernah wujud masalah ini. Saya kemudian cabut bateri dan pasang kembali barulah indicator menunjukkan bateri 100%. Permulaan S2 untuk menjadi senget. 

Fikir-fikir teleng-teleng geleng-geleng, keputusan dicapai, S2 perlu di trade in sebelum menjadi masalah lebih besar. Setelah dibuat ujikaji pelbagai dari segi speaker, volume, kamera segalanya okey, maka sedikit research dilakukan untuk mencari device yang sama power dengan S2 dengan budget yang ciput, maka Zenfone 5 dipilih. 

Sedikit comparison between both S2 and Zenfone 5. S2 processor ialah 1.2 Ghz Dual Core sementara Zenfone 5 Intel Atom 1.6 Ghz Dual Core. S2 1GB RAM sementar Zenfone 5 2GB RAM. S2 internal memory 16GB, sama dengan Zenfone 5 16GB, kamera 8MP sama dengan Zenfone 8MP.Skrin Zenfone lebih besar dari S2. Yang lain-lain keupayaan lebih kurang sama. Speed mobile data S2 ialah 21MBps maksimum sementara Zenfone 5 ialah 42.2 MBps maksimum jika diizinkan oleh telco.

Secara ringkas, Zenfone 5 boleh menyerupai S2 malah lebih tinggi dari certain aspect. Harga Rm 599 tak masuk trade in. Selepas trade in, harga yang dibeli adalah mampu milik untuk sebuah Asus Zenfone 5 berwarranty Malaysia Authorized Distributor. Dan saya juga trade in Asha 210 kepunyaan saya untuk merendahkan lagi harga Asus Zenfone 5. Saya kini kembali menggunakan feature phone Nokia yang simple sebagai line kedua saya, yang penting feature phone jimat bateri dan sesuai sebagai backup phone.

Kini sudah masuk hari kedua dan nampak Zenfone 5 lancar dan smooth. Wife pun guna untuk browse internet dan media sosial. Tiada penggunaan games yang berat-berat. Panggilan pun kurang kerana dia lebih gemar menggunakan feature phone dia untuk panggilan.

Apa-apa hal pun kopak juga poket dan bottom line is Zenfone 5 tiada apa-apa masalah dan laju untuk handphone yang seangkatan dengannya. Jangan lupa update firmware over the air untuk Zenfone Malaysia kerana ia akan menstabilkan lagi Zenfone.

Jangan Basuh Handphone Anda.




No comments:

Post a comment