Wednesday, August 27, 2014
Monday, August 25, 2014
Traffic Crawl and Raining
Musim hujan seakan kembali menjenguk. Ini gambar dari dalam kereta jam 6.30 petang dalam keadaan hujan dan lalulintas yang merangkak rangkak.
Wednesday, August 20, 2014
Custom Touch N Go
Anda bosan dengan gambar kad touch n go yang tak menarik? Kini ada perkhidmatan meletakkan gambar persendirian ke atas kad touch n go anda. Anda boleh letak gambar selfie sendiri atau gambar yang tersayang, gambar keluarga, gambar kucing, rumah, kereta atau apa sahaja as long as ianya tidak copyright.
Contohnya anda ingin meletakkan gambar logo kelab bolasepak EPL atau logo jenama kenderaan itu semua tidak akan dilakukan kerana imej tersebut adalah copyright. Saya tak pasti pula kalau anda ingin meletakkan logo kelab bolasepak kampung anda, mungkin dibenarkan.
Baru-baru ini dengan harga RM 20 saya meletakkan gambar custom di kad touch n go saya. Semuanya kebetulan, sedang berjalan-jalan selepas pulang dari melakukan tugasan PhD, tiba-tiba terlihat satu kaunter seperti dibawah.
Kaunter tersebut lengkap dengan mesin print kad touch n go. Prosesnya senang dimana kita bluetooth gambar dari handphone ke notebook brader di kaunter tersebut dan dia akan print out atas kad touch n go yang kosong. Mudah sahaja proses tersebut, tidak sampai 1 minit.
Hasilnya seperti diatas. Ada seorang rakan whatsapp saya gambar isterinya untuk saya print di Touch N Go nya. Tiada sebarang balance dalam kad ini. Perlu ditopup untuk digunakan. Perkhidmatan topup juga disertakan sekali di kaunter tersebut.
Tuesday, August 19, 2014
Going Wireless
Sekarang semuanya wireless. Mana-mana yang ada wayar rasa semak pulak. Mobile phone dah wireless, internet dah wireless, keyboard dan mouse pun dah wireless. Sebelum ini memang dah guna mouse wireless. Saya masih ingat beberapa tahun lepas ketika teknologi wireless masih belum popular dan wifi pun jarang-jarang kedengaran, saya ke pejabat kawan saya untuk berurusan, dia menggunakan keyboard wireless. Agak terpegun saya ketika itu. Mouse pun wireless. Harganya masa tu memang beratus. Telan air liur je lah. Tapi saya tak kata depan dia saya kagum. Cuma pandangan ni asyik tertumpu pada keyboard dia je.
Sekarang harga keyboard dan mouse wireless ni dah murah. Tak sampai ratus-ratus pun. Yang ini saya beli sekali pakej mouse dan keyboard. Tak sampai ratus pun. Macam biasa, lokasi pembelian di AllIT Digital Mall.
Entri ini saya update agak jauh dari monitor, kalau ada typo, maafkan saya. Nasib baik monitor agak besar.
![]() | ||
Brand logitech. Harga tak sampai ratus. Kalau nak yang ratus pun ada |
Lepas ni nak kena cari charger handphone wireless. Biar semua wireless.
Monday, August 18, 2014
Menonton EPL Live Di Stadium
Sempena kembalinya Leicester City FC ke EPL musim ini, dibawah merupakan gambar ketika saya menonton perlawanan membabitkan Leicester City FC menentang Spurs di stadium lama mereka di Filbert Street. Sudah terbiasa menonton bolasepak di Malaysia, saya hadir awal, seawal 1 jam kerana menyangkan stadium penuh. Rupanya masih banyak kosong. Tidak seperti perlawanan Roma vs Juventus yang saya saksikan dimana kekosongan hanya di tempat penyokong lawan.
![]() | |
Warm Up session before kick off |
Gambar ini diambil ketika para pemain melakukan warming up sebelum kick off. Tak silap saya kick off awal kira-kira jam 1700 hrs kalau tak silap. Ketika ini musim spring menjejak ke summer. Cuaca nyaman. Tiket saya beli dengan harga sekitar 30GBP di kedai official merchandise Leicester City FC di Leicester. Ini antara tiket yang available. Untuk saksikan perlawanan Leicester melibatkan gergasi-gergasi EPL ketika itu seperti MU, Liverpool, Arsenal, Chelsea kena masuk dalam waiting list unless kita beli dari ejen-ejen luar (saya tak cari pun, sambar mana yang available je).
Menariknya, sangkaan bahawa stadium akan terus kosong seperti gambar diatas meleset apabila kira-kira 20 minit sebelum kick off, berduyun-duyun penonton masuk ke dalam stadium hingga penuh stadium. Bagi season tiket, mereka telah ada seat mereka sendiri. Terus bergema nyanyian dan sorakan seperti kita saksikan dalam TV. Meremang bulu roma. Ini baru Filbert Street, stadium lama mereka. Belum lagi ke stadium-stadium yang lebih besar. Apa pun, ini semua tinggal dalam lipatan sejarah kerana pertama sekali, penaja jersi Leicester City bukan lagi keropok Walkers dan keduanya tiada lagi stadium Filbert Street kerana ianya telah digantikan dengan stadium baru yang lebih modern.
Apapun, saya masih lagi mengikuti perkembangan Leicester City FC sehinggalah mereka kembali ke EPL pada musim ini.
Upgrade PC Recommendation
![]() |
Source : HWM Magazine |
Khas untuk gamers, disertakan maklumat untuk recommendation hardware untuk upgrade PC ke tahap maksimum untuk bermain game. PC Games suatu ketika dahulu merupakan kegilaan saya. Kini saya lebih kepada game console, bila dah berumur dan mempunyai pelbagai komitmen serta benda yang hendak difikirkan, benda yang simple tapi efektif diperlukan lebih diutamakan. Dengan game console, ianya mudah seperti 1-2-3. Bagaimanapun tidak dinafikan, PC games lebih hebat grafiknya lebih-lebih lagi jika diupgrade menggunakan hardware seperti diatas. Dan saya lebih mudah menggunakan PC untuk bermain strategy games, something yang lebih melalaikan dari FIFA 14.
Walaupun zaman PC Gamers saya telah berlalu, tapi perlu juga ambil tahu tentang teknologi terkini kerana bidang yang saya ajar merangkumi teknologi IT.
Untuk penerangan lebih lanjut mengenai hardware recommendation diatas, boleh beli majalah HWM. Gambar diatas saya ambil dari majalah HWM.
Thursday, August 14, 2014
Altel
![]() |
Sim kad Altel |
Saya sudah seminggu menggunakan Altel dimana saya melakukan MNP dari nombor Umobile 018 saya ke Altel. Setakat ini line Altel saya sentiasa Full Bar. Saya gunakan simkad Altel di telefon bimbit Nokia saya yang merupakan kategori Feature Phone dan setakat ini kawasan liputan yang saya lalui hanya di lembah klang sahaja. Altel dikatakan mempunyai kelajuan internet yang bagus. Saya masih belum menggunakan line mobile internet Altel tapi beberapa orang kenalan saya yang menggunakan Altel mengakui kelajuan Altel cuma kata mereka apabila kuota MB habis akan terus ke pay per use. Itu rungutan mereka dan mereka lebih gemarkan speed throttle dari pay per use.
Apa-apa pun setakat ini tiada lagi masalah Altel kecuali diluar bandar agak sukar reload prepaid. Apa-apa maklumat terkini boleh rujuk terus laman web altel di sini.
Berita dibawah menunjukkan bahawa Altel mempunyai perancangan untuk menjadi Full Telco dan mempunyai tower telekomunikasi sendiri. Berita diambil dari laman web NST.
ALTEL Communications Sdn Bhd, which plans to spend RM1 billion on
network infrastructure over five years, has teamed up with Huawei
Technologies (M) Sdn Bhd for the rolling-out of its own super-fast
fourth-generation (4G) mobile broadband services.
Altel is currently operating on the mobile virtual network operator
(MVNO) model via a partnership with Celcom Axiata Bhd. The two telcos
have pooled their blocks of 2.6-gigahertz spectrums to operate a
wireless business using Long-Term Evolution (LTE) technologies. Altel expects to become a full-fledged telco once it has put in place its own infrastructure network for 4G services.
"As a MVNO, our LTE services are ready and we expect to launch our LTE prepaid products soon and LTE postpaid by year-end.
"This collaboration with Huawei is to enable Altel to achieve full
telco status and offer its own LTE services," the company said when
contacted by Business Times yesterday.
The company, however, declined to disclose the contract value and its shareholding percentage. Meanwhile, its chief executive officer Nik Abdul Aziz Nik Yaacob
said the extendable three-year contract is for the installation and
commissioning of infrastructure for Altel's 4G services. He said Huawei was chosen as its technology partner in delivering the platform alongside Celcom. The partnership will see Huawei provide wireless, core, transport as well as billing services to Altel.
Huawei would also provide consultation services to help the company
develop new competitive mobile services, including mobile virtual
network, said Nik Abdul Aziz.
"We understand that rolling out 4G network is not an overnight
task. As such, we will be building our own radio network and leveraging
on Celcom's network, as well as continuously investing over the next
five years," he added.
Altel, which launched its maiden prepaid product in September last
year, is a subsidiary of Altel Holdings Sdn Bhd, which in turn is a
unit of the Albukhary group of companies.
Formerly known as Puncak Semangat Technology Sdn Bhd, Altel was
among the eight companies that were awarded the LTE 2.6-gigahertz
spectrum by the Malaysian Communications and Multimedia Commission last
year.
The company plans to own mobile core network and business
operations support systems by building 500 LTE radio-base stations in
the first year and 2,100 in the next two to three years.
Altel, which has 20,000 registered subscribers nationwide, has set
up 10 exclusive stores within the Klang Valley, Johor, Penang and Kedah,
as well as appointed more than 2,500 authorised dealers and 32
distributors nationwide.
Meanwhile, Huawei, through China-based parent company Huawei
Technologies Co Ltd, has launched 118 commercial LTE networks and signed
more than 280 LTE contracts globally.
Subscribe to:
Posts (Atom)