Monday, January 20, 2014
Abadi tomyam sungai buloh
Wednesday, January 15, 2014
Digital Audio dan Headphone
![]() |
| Nama Kedai |
Entry lepas saya dan menceritakan akan ke kedai sepupu saya di Jaya One, Petaling Jaya untuk melihat produk-produk audio di sana. Sepupu saya menjalankan perniagaan headphone, amplifier headphone dan digital audio processor. Senang cerita, alatan digital audio bersaiz kecil tetapi mempunyai output yang setanding dengan hi fi.
Ketika sampai di Jaya One, kebanyakan kedai-kedai masih dalam proses rennovation namun tempat-tempak makan ada yang telah dibuka. Kedai yang saya tuju terletak di tingkat lower ground, sama level dengan basement parking.
Pelbagai alatan digital audio yang saya cuba selain dari headphone seperti Digital Audio Processor dan Digital Amplifier dan Equalizer. Kesemua alatan digital audio ini bersaiz kecil seperti mp3 player namun mempunyai output audio yang very clear dan kuat.
![]() |
| Antara headphone yang dijual |
![]() |
| Lagi deretan headphone. Boleh cuba dulu. |
![]() |
![]() | |
| Kualiti audio headphone ini is superb, sesuai dengan harga. |
Monday, January 06, 2014
Linux Lite
Akan saya review nanti kerana saya akan ke PJ One untuk ke kedai sepupu saya yang baru dibuka iaitu Amplified Amarture. Boleh cuba try tengok online product Amplified Amarture di laman web http://shop.amplifiedhead.com/webshaper/store/viewCat.asp.
Basically kedai ini menjual headphone berkualiti tinggi kepada pendengar muzik yang serius. Saya memang meminati muzik dan mementingkan sound quality, cuma poket saya yang masih belum mencapai tahap kualiti untuk saya membeli produk-produk audio kualiti tinggi ini.
Saya akan ke kedai ini. Nantikan review ringkas dari saya mengenai Amplified Amarture.
Thursday, January 02, 2014
Netbook : Second Day Running
![]() | ||
| Asus eeePc kembali beroperasi |
Netbook saya ini hanya berkekuatan Intel Atom N450 1.66gHz dan 2GB RAM dan kadangkala ianya sedikit lagging. Saya view Youtube dan videonya terdapat jerking walaupun saya menggunakan Unifi 10 Mbps. Tetapi kerana rekabentuk yang comel dan ringan, saya seperti lebih selesa untuk menaip menggunakan netbook ini.
Setakat ini sudah hari kedua netbook saya dihidupkan semula dari koma yang panjang, ia masih belum meragam cuma sedikit lembab. Saya juga dapat menggunakan Airdroid untuk transfer data dari android devices ke netbook ini tanpa sebarang masalah.
Saya masih dalam untuk install driver HP 2060 untuk printer rumah dan Samsung ML2160 Laser untuk pejabat.
Kini saya sedang mencari-cari Linux OS yang sesuai untuk di install di netbook. Sebelum koma, netbook saya menggunakan Ubuntu. Ketika Windows saya koma, Ubuntu sebenarnya masih boleh dibuka dan running seperti biasa.
TK.
My Downed EEEPC is now Up And Running
Selepas ini saya akan menggunakannya di pejabat tetapi saya akan pastikan not to install to many softwares in it. Just Microsoft Office, MP3 player and maybe a good video player. Nak cuba tengok samada video format mp4 720p boleh running atau tidak di Netbook ini.
Entri ini diupdate menggunakan netbook eeepc yang baru sedar dari koma.
Tango Kilo.
Repairing my asus eeepc
My first entry for the year 2014. Saya sedang repair asus eeepc 1001p saya yang dibeli pada bulan ogos 2010. Sudah hampir berbulan lamanya netbook ini tidak digunakan kerana windows xp corrupt. Always having blue screen or system hang and needed to turn off the power button.
Saya kurang pasti samada ia masalah hardisk atau masalah windows namun cubaan saya untuk install windows xp gagal kerana masalah utama ialah kesukaran mencari windows xp home di mana-mana, baik di internet atau di kedai, tak lupa juga di kalangan rakan-rakan. Yang dijumpai hanyalah windows xp professional.
Setelah sekian lama mencari akhirnya saya menjumpai installation cd windows xp home. Bagaimanapun setelah mencuba kedua-dua cd terbabit, proses installation masih terbantut setengah jalan. Tidak diketahui samada cd yang rosak atau hardisk yang rosak.
Hari ini suddenly out of nowhere tergerak nak check file simpanan cd lama dan terjumpa dvd recovery disk windows xp for asus eeepc. Maka dengan 1000 harapan, saya mencuba sekali lagi untuk format dan install os di netbook. Dan sekarang proses installation masih berjalan
Saturday, December 21, 2013
Satu Petang Di GM Klang
![]() |
| Bangunan Baru GM Klang (kredit pada laman web rasmi GM Klang) |
Perjalanan dari rumah saya memakan masa kira-kira 20 minit namun kami mengambil masa hampir sejam kerana singgah di dua stesyen minyak iaitu Petronas (untuk beli jajan si Kakak dan Adik) dan Petron untuk saya keluarkan duit kerana stesyen Petronas yang pertama saya singgah mempunyai mesin ATM yang down. Sebenarnya tidak perlu saya singgah di stesyen minyak untuk keluarkan duit kerana di GM Klang terdapat dua mesin ATM RHB dan satu mesin ATM MEPS.
Kami melalui lebuhraya KESAS menghala ke Pulau Indah dan exit di Bandar Botani. Ada terpampang signboard besar GM Klang di situ. Tempat meletak kenderaan disediakan di dalam kompleks GM terbabit tapi saya lebih selesa meletakkan kenderaan di kawasan rumah kedai bersebelahan kerana jaraknya tidak jauh. Nasib baik tak hujan.
![]() | ||
| Adik berdiri sepanjang perjalanan ke GM Klang |
Memasuki kompleks baru GM, saya mendapati bahawa susunan lebih teratur dan keadaan nyaman dengan aircond. Seperti kompleks membeli belah yang lain, GM juga mempamerkan keadaan dan keselesaan yang sama. Pelbagai barangan boleh diperolehi di sini seperti pakaian, peralatan, mainan, barang-barang elektronik, mobile phone and accessories dan PC.
Lokasi ground floor pula menempatkan kedai-kedai makan seperti Ayam Penyet, Foodcourt, Kopitiam, Marry Brown. Saya kira ada lebih dari 8 kedai makan di ground floor GM.
Pada saya, GM menempatkan barang-barang harga patut yang kebanyakannya saya duga diimport dari negara-negara seperti China, Vietnam dan lain-lain. Ada juga barang-barang yang tidak saya jumpa di tempat lain.
![]() |
| Ada eskalator. Lif pun ada. |
![]() | ||||||||||||
| Papan tanda susunan kedai mengikut kategori |
![]() | ||
| Minion pun ada dijual. |
![]() |
| Nak beli mesin popcorn pun boleh |
Saya makan nasi lemak biasa dan teh 3 layer, Kakak dan Adik makan Fries dan Orange Plum Juice (fresh oren letak asam boi) dan Mummy makan kuey tiau dan sirap, pau kaya pun ada.
![]() | |||
| Kopitiam tempat kami makan. |
![]() |
| Kakak bergaya dalam perjalanan pulang |














