Wednesday, January 15, 2014

Digital Audio dan Headphone


Nama Kedai

Entry lepas saya dan menceritakan akan ke kedai sepupu saya di Jaya One, Petaling Jaya untuk melihat produk-produk audio di sana. Sepupu saya menjalankan perniagaan headphone, amplifier headphone dan digital audio processor. Senang cerita, alatan digital audio bersaiz kecil tetapi mempunyai output yang setanding dengan hi fi.

Ketika sampai di Jaya One, kebanyakan kedai-kedai masih dalam proses rennovation namun tempat-tempak makan ada yang telah dibuka. Kedai yang saya tuju terletak di tingkat lower ground, sama level dengan basement parking.

Pelbagai alatan digital audio yang saya cuba selain dari headphone seperti Digital Audio Processor dan Digital Amplifier dan Equalizer. Kesemua alatan digital audio ini bersaiz kecil seperti mp3 player namun mempunyai output audio yang very clear dan kuat.

Antara headphone yang dijual


Lagi deretan headphone. Boleh cuba dulu.


Kualiti audio headphone ini is superb, sesuai dengan harga.
Secara jujur, barang-barang di kedai ini mempunyai kualiti audio yang sangat baik. Crystal clear with superb sound. Saya sambar headphone AKG dan Hippo Biscuit Digital Audio Processor. Kedua-dua kombinasi ini menghasilkan kualiti bunyi yang mantap seperti mendengar muzik live. Akhirnya saya mendapat kualiti bunyi yang sama dengan bunyi audio kereta saya. Ada headphone yang mencecah ribuan ringgit. Pada sesiapa yang ingin melihat senarai barangan dan harga di kedai ini boleh ke http://shop.amplifiedhead.com/.

No comments:

Post a Comment