Thursday, January 02, 2014

Netbook : Second Day Running

Asus eeePc kembali beroperasi

Saya sebenarnya lebih berminat update blog menggunakan Asus eeePc saya walaupun ianya tidak selaju Fujitsu tetapi rekabentuk eeePc ini yang comel, ringan dan kecil ditambah dengan bateri yang tahan lama menyebabkan ianya selesa for my fingers to type this entry.

Netbook saya ini hanya berkekuatan Intel Atom N450 1.66gHz dan 2GB RAM dan kadangkala ianya sedikit lagging. Saya view Youtube dan videonya terdapat jerking walaupun saya menggunakan Unifi 10 Mbps. Tetapi kerana rekabentuk yang comel dan ringan, saya seperti lebih selesa untuk menaip menggunakan netbook ini.

Setakat ini sudah hari kedua netbook saya dihidupkan semula dari koma yang panjang, ia masih belum meragam cuma sedikit lembab. Saya juga dapat menggunakan Airdroid untuk transfer data dari android devices ke netbook ini tanpa sebarang masalah.

Saya masih dalam untuk install driver HP 2060 untuk printer rumah dan Samsung ML2160 Laser untuk pejabat. 

Kini saya sedang mencari-cari Linux OS yang sesuai untuk di install di netbook. Sebelum koma, netbook saya menggunakan Ubuntu. Ketika Windows saya koma, Ubuntu sebenarnya masih boleh dibuka dan running seperti biasa.

TK.

No comments:

Post a Comment