Wednesday, May 08, 2019

Super Moped dah Sampai



Isnin hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa, time ni juga lah super moped saya sampai. Honda RS 150. Masih setia dengan Honda. Motor sebelum ni iaitu Honda Wave 125i saya trade in di kedai yang saya beli dahulu. 

Sebelum RS saya sampai, saya dah kaji di FB berkenaan dengan RS ni. Pada awalnya saya mempunyai pilihan samada nak ambil YSuku atau RS. Di ofis saya, lebih dari 5 orang pemilik YSuku. Macam-macam kaler. Tapi saya tak berkenan dengan YSuku v2 yang baru sebab meter dia digital sepenuhnya. Saya masih old school. Nak kan RPM tu ada jarum. 

Pecah tabung sambil tolak trade in, cukup juga duit nak beli YSuku. Malangnya V1 dah takde. Merata saya cari di kedai-kedai berhampiran rumah saya. Agaknya kalau saya gagah cari di segenap pelusuk Malaysia, boleh jumpa. Cuma saya tak lah terdesak sampai tahap macam tu sekali.

Jumpa rakan lama saya Amir, pengguna setia RS Repsol edition. Test moto dia. Ok not bad. Dalam FB kata tinggi, nasib baik saya okay, takde masalah. Orang kata, still can cope with the height. Tak dinafikan memang tinggi RS ni compare to YSuku.

Ysuku V2 pula kena tunggu. Paling cepat seminggu, paling lambat sebulan. Saya tak percaya seminggu kerana Ysuku memang tengah top. RS pun agak sukar dapat stok. Tapi at least ada dua biji ready stok di kedai saya nak beli. 

Kaji punya kaji, saya pilih RS. Lagi-lagi lepas jumpa kisah suami isteri ke London guna RS dan juga suami isteri ke umrah juga menggunakan RS. Ysuku sebab popular sangat dan lambat dapat, saya reject. Lagi-lagi v1 dah takde. Semua kedai kata cuma ada v2. Tup-tup nampak satu iklan di Mudah, satu kedai ni jual v1 dengan harga 12k. Di kawasan saya, rata-rata Ysuku harga 10k dan keatas, tapi tak la sampai 10.5k. Ada 1 kedai 9.8k. RS agak murah sedikit, boleh dapat bawah 10k.

So saya decide beli RS. Mula-mula pilih kaler merah, malangnya takde stok. Kena tunggu sebulan. Gila betul, dah macam Ysuku. Tanya kedai apa ready stok. Kedai jawab kaler hitam, ada dua. Masa saya datang ambil moto pada 1 Ramadan, sebijik lagi pun dah bertuan. Kencang betul jualan Super Moped YSuku dan RS ni.

Hari pertama bawa, faham-faham lah. Enjin mati sana sini. Maklumlah 28 tahun bawa moto, tak pernah ada moto klac. Kalau bawa pun, bawa kawan punya tu pun pusing-pusing taman.

Waktu saya menulis post ini ialah hari kedua saya bersama RS saya. Hari kedua nampak mula sesuai sikit klac ni dengan saya. Cuma saya perasan RS saya tak sedap bawa dalam taman. Lebih sedap on the road di jalan luar taman. 

Sekarang tengah light modification. Antaranya tukar lever clutch, footrest, UMA Racing Back Pressure ekzos, side mirror yang lebih cantik, crash bar di engine dan rantai O ring. Tengah tengok mana yang perlu dahulu. Kawan saya suggest tukar sport rim tapi for now, ia bukanlah priority. 

Kotak belakang saya guna kotak Givi Bold 32L saya yang lama, yang saya pasang di Wave. Monorack sahaja yang baru, heavy duty. Minta Givi dapat Kappa. Kedai kata satu company. Tak sempat nak siasat betul ke tak. 

Apa-apa pun, selamat menunggang and ride safely. 

No comments:

Post a comment