Sunday, May 05, 2019

Selamat Berpuasa Dan Menyambut Ramadan



Selamat Menunaikan Puasa dan Menyambut Ramadan. Ingat, berpuasa bukan masa untuk melantak makanan ketika berbuka puasa. Ia lebih kepada kesederhanaan. 

Saya pernah melalui zaman melantak ketika berbuka puasa sehingga tersandar kekenyangan. Masa tu pula masih merokok. Lepas minum air manis satu kole besar, makan pula nasik dan lauk. Kemudian bedal pula kuih muih sebelum tersandar sambil merokok. Mata dah kuyu. In the end, tertidur tanpa terawih. Tersedar jam 10 malam, makan pula murtabak yang dibeli serta air panas seperti teh tarik atau milo. Lepas tu tak tidur sehingga jam 2 pagi. Sebelum tidur makan lagi nasik. Kononnya sahur awal.

Badan memang kaw-kaw naik masa tu. Orang lain puasa turun kilo, saya naik kilo. Tu belum kira sambut Aidilfitri. Macam-macam juadah di rumah orang. Memang langsung tak kawal kalori.

Apa-apa pun, first day Ramadan akan saya lalui seperti biasa. Super Moped saya juga dijangka akan diambil ada first day Ramadan. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan Super Moped saya selamat sampai ke rumah bersama-sama penunggangnya dengan selamat. 

Banyak yang saya baca berkenaan Super Moped baru saya ini di internet. Menggunakan motosikal injection tak sama seperti guna motosikal kaburetor. Apa-apa pun saya rujuk pada rakan-rakan yang lebih arif dan telah menggunakan super moped. 

Bazar ramadan merupakan satu fenomena yang biasa kita lihat pada bulan puasa. Dulu memang itu tempat favourite. Minggu pertama mesti sakit perut akibat makan juadah yang dibeli di gerai. Paling menakutkan adalah penjual-penjual yang tak berapa mahir meniaga tetapi mengambil kesempatan meniaga di bazar. Memang sakit perut. Kadang-kadang langsung tak sedap. Harga pula agak mahal. 

Setelah beberapa kali terkena, saya dah start pandai pilih gerai. Saya akan pastikan mereka adalah peniaga regular, atau pun restoran. Cuma masalah pembaziran tu tetap ada. Beli lebih dari yang sepatutnya. Kini saya jarang ke bazar ramadan. Tahun lepas pun 2-3 kali sahaja. Tahun ni pun mungkin sama. Beli pun benda yang penting sahaja. Kadang-kadang beli tauhu begedil je. Tu pun dah cukup kenyang. 

Insha Allah kita kawal juga nafsu makan ketika iftar. 

No comments:

Post a comment