Monday, April 29, 2019

Motor Super Moped

Semakin lama semakin ramai kawan-kawan saya samada yang sebaya, lebih junior ataupun yang lebih tua beralih pada motosikal kapcai yang agak berkuasa. Panggilan yang sesuai ialah super moped atau super kapcai. Kira high end tapi dalam kategori kapcai. Enjin pula 150cc dan berklac. 

Kenaikan kos bahanapi ditambah dengan kos alat ganti menyebabkan mereka memilih super moped. Bukan tak mampu memiliki superbike, mereka pilih praktikaliti untuk kehidupan seharian tanpa compromise power of the motorcycle. Ada rakan-rakan yang mempunyai motosikal atas 150cc pun kini memilih membeli super moped. Tak kurang juga yang sedang dalam proses mengumpul duit untuk memiliki super moped secara tunai. 

Sejarah penggunaan motosikal dalam hidup saya ini bermula dari saya sekolah menengah. Honda C70 ayah saya merupakan motosikal pertama saya. Digunakan untuk ke sekolah. Saya adalah antara beberapa pelajar yang naik motosikal sendiri ke sekolah. Ketika itu saya bersekolah di bandar raya. Kerap kali juga kena tahan polis sebab mereka nak check lesen. Ada juga kena marah sebab lesen L tapi bawa dua orang. Ini kisah saya Form 4.

Masuk Form 5, saya bersekolah di luar bandar. Kedudukan di selatan tanahair, tapi tak jauh dari bandaraya. Ayah saya belikan saya motosikal Yamaha 100 Sports. Lama saya guna motosikal ni. Hampir 8 tahun. Dari sekolah hingga ke zaman ITM. Pernah tergolek dua kali naik motosikal ini. Kali pertama tergolek  adalah yang paling teruk namun tak lah sampai masuk hospital. Cuma masuk klinik kesihatan sahaja. 

Zaman ITM saya kehulu kehilir dengan Yamaha 100 Sports saya. Tayar TT100 berharga sekitar RM 20 masa tu. Dapat pakai tayar tu letak di belakang, memang lap cecah lutut. Moto masa tu memang barai, jarang tukar minyak hitam. Pakai selagi boleh, maklumlah zaman student. Dengan seat koyak, ekzos pula tukar silencer, kasik bising. Moto zaman 2T, memang bunyi bingit. Sampai kena toreh seat moto sebab bising sangat. Absorber standard saya gantikan dengan absorber RXZ sampai terangkat bontot moto tu. Lama-lama tukar balik ke standard sebab merosakkan rantai dan sproket. Pernah sekali bawa moto tu tiba-tiba takde respon dengan pulasan throttle. Bila check tepi jalan, rupanya sproket belakang licin, nasib baik rantai tak tercabut. Memang aspek safety sangat zero zaman tu.

Time hujan lebat, saya redah je. Sampai traffic light, lampu hijau, pulas throttle, enjin mati. Plug basah. Dah kena tolak moto cari tempat teduh, dengan hujan lebat tak pakai baju hujan. Agaknya masa tu semua orang tengok saya rasa kasihan. Tapi masa tu saya tak kisah apa pun, yang saya kisah cuma rokok dalam poket seluar basah semuanya. Cuma saya perasan during that time, petir tak sekuat sekarang. 

Isi minyak dua ringgit pun boleh merata jalan. Kadang-kadang isi minyak seringgit. Tempat favourite isi petrol masa tu di stesyen minyak seksyen 3 Shah Alam. Dulu takde McD di situ. Kadang-kadang tuang sikit 2T dalam tangki petrol kasi asap banyak. Memang langsung tak peduli pasal pencemaran udara.

Paling legend, nombor plet depan belakang takde. Kehulu kehilir bawa moto tanpa nombor plet. Roadblock pun lepas, last-last sangkut kena saman dengan pengawal keselamatan ITM. 

Depan moto tu saya letak lambang tengkorak warna merah. Cover depan saya spray hitam. Body masih merah. Sampai sekarang rakan-rakan ITM ingat lagi. Bila jumpa saya mereka akan tanya, moto tengkorak ada lagi ? Saya jawab masih ada tapi sekarang dah suci murni. Moto tersebut ada di kampung digunakan oleh sepupu saya. 

Bila dah kerja, ambik Yamaha110 SS ayah. 100 Sports pulangkan balik. Masa tu saya dah ada Proton Saga 1.3 kelabu. Beli second hand, plet TN. Yang lucunya, dah sekian lama pakai, baru perasan plet depan dengan plet belakang tak sama nombor. Berbeza kedudukan dua nombor. Contoh depan 1234 belakang 1243. Kereta ni pun jarang saya guna sebab pergi kerja naik moto. Konvoi dengan kawan saya Amir Hamzah. Dia naik Ex5 masa tu. Kalau hujan je naik kereta. Keluar malam saya akan naik kereta sebab lampu moto zaman tu tak terang. Masa tu nak pakai moto klac, dapat 110SS suka dah, cuma SS ni klac hidup. Tak pakai klac pun dia boleh masuk gear.

Balik dari sambung belajar di UK, mak kasi kereta dia Proton Saga 1.5 putih. Megavalve. Power enjin dia zaman tu. Moto SS ayah ambil balik nak pakai. Time tu kerja pakai baju pejabat, nak pakai moto macam leceh sebab takut berdebu. Tapi memang dah set nak ambil moto klac macam Aprilia atau Cagiva Mito. Tinggal nak kumpul duit je. Tapi orang tua agak bising. Pejam celik pejam celik, bertahun-tahun la saya tak naik moto sampai jadi cuak nak naik moto on the road.

Tapi minat nak bersuperbike masih tak padam. Ada sekali hampir juga nak beli R1. Tapi bila tengok harga ditambah zaman tu takde sangat loan-loan macam sekarang, terus tak jadi. Sampai la beberapa tahun lepas bila saya angkat kembali motosikal baru. Modenas MR1 pilihan saya. Beli di Hiap Aik. Pakai 2-3 tahun, buat full settlement loan dengan tempat kerja. Saya upgrade ke Wave 125i. 

Masa tu wife pun guna moto untuk mengaji di taman perumahan kami. Bila saya nak upgrade dari 97cc ke 125, kami dah tinjau kedai moto yang ada. Wife dah pegang Y15 masa tu. Berkenan katanya. Saya pun dah seronok walaupun masa tu tak terfikir nak pakai super moped. Tapi bila tau ianya berklac terus dia tak jadi. So saya pun ambil la Wave 125i. Ingatkan nak jual Mr1, dah ada 3 orang ready buyer. Sekali wife tak suka pula naik Wave 125i, tinggi sangat katanya. Dah terpaksa maintain dua motor. Macam Bob YP pulak ada moto banyak. 

So baru-baru ni, tengok kawan-kawan pun semua dah beralih ke super moped samada Y15 atau RS150, saya pun ambil keputusan trade in Wave saya dengan kedai yang saya ambil. Ironi nya geran Wave ni saya lupa ambil dari kedai saya beli tu. So saya ke kedai tu cakap nak trade in sambil check geran. Setahun geran tu di tangan kedai. Dan tadi budak kedai tanya abang nak ambil balik ke, saya jawab tinggal je lah sebab nak trade in dengan super moped.

So.. sekarang tengah tunggu kehadiran Super Moped. Nombor plet dah tempah di JPJ tadi. Mungkin dalam minggu ni saya akan dapat motor klac saya. 





No comments:

Post a Comment