Thursday, May 18, 2017

USD, Ringgit dan Domain : A Relationship


Minggu lepas, agak kelam kabut jadinya bila mengetahui bahawa domain .com saya akan luput. Saya seringkali renew lebih dari setahun dan ini menyebabkan saya kurang ingat tarikh sebenar luputnya domain ini.

Nak jadi cerita, pada hari luput tarikh itu hati saya teringat-ingat untuk login ke dalam domain provider saya kerana dah beberapa bulan tidak saya jenguk. Dan apabila login, baru lah kelam kabut jadinya apabila melihat ALERT pada tarikh luput domain, lagi beberapa jam sahaja sebelum saya kehilangan .com saya. Ada kemungkinan jika saya terlepas domain ini, broker-broker domain diluar sana akan beli domain ini dan jika saya inginkan kembali domain tersebut, mereka akan jual dengan harga berlipat kali ganda. Perkara ini pernah terjadi pada saya dimana satu domain yang asalnya cuma berharga RM 30 setahun ingin dijual oleh broker domain pada saya dengan harga RM 1200. Puncanya, saya terlupa renew domain tersebut, dan apabila saya jenguk kembali website yang menggunakan domain terbabit, dah terpampang mesej menyuruh saya contact pada broker domain untuk membeli domain tersebut dari dia. Sehingga kini domain tersebut masih dalam genggaman broker tersebut, dah hampir setahun. 

Apa yang menariknya sebelum ini harga domain tidak sampai RM 30 pun setahun, kini harganya setelah di convert ke RM, hampir RM 50. Masa nak bayar pun masalah, kena reject. Sebabnya, maklumat kad kredit telah berubah. Terpaksa saya masukkan maklumat baru. Ini antara implikasi duit USD semakin mengukuh berbanding Ringgit Malaysia.
 

No comments:

Post a Comment