Tuesday, May 02, 2017

Printer : Samsung and HP






Dalam menjalankan kerja-kerja di pejabat sekarang ini, aspek mencetak atau printing tidak boleh dipisahkan walaupun kita dilengkapi dengan pelbagai teknologi dalam komunikasi seperti emel, whatsapp, fax dan pelbagai lagi. Walaupun sesuatu dokumen tersebut di reka menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word, namun tetap akan ada kertas yang dicetak. 

Ini sebenarnya menunjukkan bahawa manusia tidak boleh dipisahkan dengan printed material walaupun semakin lama semakin banyak elemen non printed yang kita gunakan, bukan sahaja dalam kerja dan urusan di pejabat tetapi juga urusan di rumah.

Lihat sahaja pembayaran bil, semakin lama semakin ramai yang membayar menggunakan internet banking. Pejabat pos masih tetap ramai namun saya percaya ianya akan menjadi lebih ramai tanpa internet banking. Pembayaran cashless transaction semakin berleluasa dimana pembeli mempunyai opsyen menggunakan kad debit atau kredit. 

Printer di atas merupakan printer jenis HP 2060 Ink Advantage yang saya beli pada tahun 2012 dengan harga RM 249. Ketika itu inknya berharga RM 27 sahaja dan ia perlukan dua tank ink iaitu black and white dan color. Scanner di atas banyak menjimatkan masa saya kerana tidak perlu ke kedai untuk fotostat benda-benda simple seperti MyKad atau Lesen. Kini harga satu katrij adalah sekitar RM 32-35 which for me is quite good, difference was RM 5 - RM 7 in 5 years. Harap-harap tidak terus meningkat. 

So far printer ini tidak meragam kecuali button scan sedikit sukar untuk ditekan berbanding beberapa tahun lepas. Banyak juga saya guna printer ini untuk print lukisan bewarna untuk anak-anak saya.





Gambar diatas pula merupakan printer yang saya beli untuk kegunaan di ofis saya, Samsung ML2160. Saya beli pada tahun 2013 dan sekarang sudah tahun keempat saya gunakan. So far so good. Harganya RM 199 dan saya beli ketika itu untuk ganti HP Laser Jet yang telah saya guna sejak 2005. Size ML2160 lebih kompak dan printing speed cepat, ikut kata manufacture ialah 20 page per minute dan saya pernah print more than 20 pages, speed hampir sama dengan apa yang di claim. Ketika saya beli harga toner compatible ialah RM 140 sementara yang original RM 200. Sekarang dah tak dapat. Harga original toner ialah RM 268 sementara compatible ialah RM 159. Kali ini saya guna compatible toner, dah beli dari www.appletoner.com.my guna online, order hari ini lusa dah sampai rumah. Masih belum gunakan lagi sebab original toner walaupun dia tulis 0%, tapi masih boleh print lagi. Apple Toner tempat saya beli printer ini, ketika itu kedai mereka masih di Bandar Botani Klang, sekarang mereka dah berpindah ke Bukit Tinggi Klang, sebelah Tesco katanya.




 


No comments:

Post a Comment