Monday, May 01, 2017

Between Integrating Records and Privacy

Apabila bercakap tentang rekod dan maklumat kesihatan, kita tidak akan lari dari membicarakan mengenai dua perkara iaitu kerahsiaan dan juga perlunya satu unified data warehouse. Saya pergi kepada perihal yang kedua dahulu iaitu perlunya satu unified data warehouse dimana semua hospital dan klinik boleh mengakses maklumat pesakit. Saya pernah mengulas mengenai perkara ini dan ianya disiarkan oleh Bernama pada tahun 2015. Berita penuh ada dibawah.

Pengurusan Rekod Perubatan Cekap Jamin Ketepatan Rawatan.

Oleh Mohd Hisham b Abdul Rafar
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Kemunculan pusat-pusat perubatan swasta dan klinik persendirian bak cendawan tumbuh selepas hujan, serta potensi positif pelancongan perubatan di negara ini menjadikan pengurusan rekod perubatan kini sangat penting.
Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Dr Irwan Kamaruddin Abd Kadir berkata jumlah pesakit yang bertambah dan kepelbagaian penyakit memerlukan pengurusan dan pengkelasan rekod yang berkesan dan cekap bagi memastikan ketepatan maklumat dan menjimatkan masa setiap pihak terlibat.
Lebih banyak rekod perubatan perlu disimpan meskipun kebanyakannya sudah menggunakan sistem teknologi maklumat.
KETEPATAN MAKLUMAT PESAKIT
Rekod perubatan bukan sahaja penting dalam membantu doktor memberi rawatan yang sesuai dan tepat, malah merujuk serta mengemas kini latar belakang dan tahap kesihatan pesakit.
Pesakit juga akan mendapat rawatan dan ubat-ubatan yang berkesan selain mengetahui perkembangan kesihatannya walaupun bukan doktor yang sama merawatnya.
Mengulas lanjut perkembangan sektor perubatan, Irwan Kamaruddin berkata kerajaan yang semakin prihatin terhadap kesihatan rakyat juga telah menambah baik hospital-hospital kerajaan sedia ada.
“Pertumbuhan industri yang pesat memberi kesan langsung kepada pengwujudan rekod-rekod, semakin berkembang industri perubatan maka semakin banyak rekod-rekod perubatan akan diwujudkan bagi menampung keperluan aktiviti-aktiviti perubatan.
“Di Malaysia pada hari ini, kewujudan Pegawai Rekod Perubatan MRO) semakin diterima dan dikenali serta diperlukan,” katanya kepada Bernama di sini.
DOKUMEN SAH PERUNDANGAN
Beliau berkata rekod perubatan juga melibatkan perkara-perkara seperti penyelidikan yang memerlukan maklumat lengkap dan pengurusan cekap.
“Oleh yang demikian, Program Pengurusan Rekod di bawah Fakulti Pengurusan Maklumat memperkenalkan kursus rekod perubatan bagi memenuhi keperluan industri perubatan Malaysia.
“Memorandum Persefahaman yang ditandatangani di antara Universiti Teknologi MARA (Fakulti Pengurusan Maklumat) dan Institut Jantung Negara pada tahun 2014 menunjukkan bahawa UiTM dan industri melihat pengurusan rekod perubatan sebagai sangat signifikan,” katanya.
Pandangan Irwan Kamaruddin turut disokong tiga pensyarah kanan pusat itu yang mengakui bahawa rekod perubatan adalah rekod penting untuk merekodkan segala fakta atau maklumat berkaitan sejarah kesihatan pesakit.
Nik Azliza Nik Ariffin berkata rekod perubatan merupakan dokumen penting dalam perkhidmatan rawatan di hospital dan dikategorikan sebagai dokumen sulit.
Beliau menjelaskan bahawa rekod pesakit bukan sekadar untuk disimpan oleh hospital bagi tujuan penyelidikan, pentadbiran, pengumpulan statistik kesihatan dan perundangan dan rekod perubatan, malah merupakan dokumen yang sah daripada segi perundangan.
PENGURUSAN REKOD EFEKTIF
“Maklumat di dalamnya perlu dicatat atau direkod dengan lengkap oleh semua pengamal perubatan yang memberi perkhidmtan kesihatan kepada pesakit,” katanya.
Menurut Dr Azman Mat Isa, di sebalik kemajuan dalam bidang perubatan dan teknologi maklumat, anggota pusat perubatan sentiasa terdedah kepada risiko membuat keputusan tidak tepat atau kecuaian yang menyebabkan pesakit menerima natijahnya.
Implikasinya, kata beliau doktor dan pusat perubatan akan berdepan dengan risiko tindakan undang-undang oleh pesakit atau waris mereka.
“Dalam konteks ini, pengurusan rekod yang efektif dapat memastikan operasi dapat dilaksanakan dengan lancar kerana maklumat yang tepat dan terkini sentiasa tersedia untuk digunakan oleh ahli perubatan.
“Ketepatan rekod klinikal sangat penting bagi memastikan keputusan yang bakal dibuat oleh doktor adalah tepat. Ironinya, sekiranya doktor atau pusat perubatan berdepan dengan tindakan undang-undang, mereka akan mempunyai sumber maklumat yang tepat dan boleh dipercayai,” ujarnya.
KONGSI MAKLUMAT PERUBATAN
Menjelaskan lanjut, beliau berkata pendekatan yang lebih berkesan adalah dengan menggabungkan pengurusan rekod dan pengurusan risiko.
“Ini akan memberikan pendekatan yang holistik bagi pusat-pusat perubatan kerana mereka dapat mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku serta bersedia untuk menanganinya sekiranya ia berlaku,” katanya.
Sementara itu, Mohd Nizam Yunus pula berkata berdasarkan pengalamannya, kebanyakan hospital menguruskan rekod perubatan dengan baik.
“Namun perlu ada satu medium agar maklumat perubatan individu ini dapat dikongsi di antara semua penyedia rawatan kesihatan termasuk hospital kerajaan, hospital swasta, klinik swasta dan klinik kesihatan kerajaan.
“Ini kerana sering kali pesakit yang mendapatkan rawatan di kampung atau mana-mana destinasi lain perlu diperiksa dan diagak jenis ubatnya oleh doktor. Ini menjadikan proses memberi ubat ibarat ‘trial and error’ di mana jika ubat A tidak cukup untuk sembuhkan pesakit, akan diberi pula ubat B,” katanya.
Justeru, pengurusan rekod perubatan akan dapat memastikan kelestarian organisasi dicapai selain mengurangkan risiko berhadapan tindakan undang-undang.- Bernama

Pada tahun 2017, satu pangkalan data bersepadu dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW) dimana ia merupakan satu langkah untuk integrate kan rekod-rekod perubatan di Malaysia. This is a very good act by the Health Ministry dan saya pasti perancangan ini dibuat even before statement saya dalam temuramah bersama wartawan Bernama. Bagaimanapun terdapat pula kebimbangan mengenai isu kerahsiaan rekod pesakit seperti laporan The Star di bawah.

PETALING JAYA: Public and consumer groups are demanding for greater transparency in the management of confidential health data with the introduction of the Malay­sian Health Data Warehouse (MyHDW).
While some commend the move to set up such a data warehouse, they also want an assurance that their personal information is in safe hands and will not be compromised by unscrupulous parties.
Muslim Consumers Association of Malaysia chairman Datuk Nad­zim Johan said there has to be a mechanism to ensure that the privacy of the information is always intact.
“At the moment now, whatever it is, it is not giving us the assurance that our information is safe.
“We have failed in upholding privacy of most of our consumers and we have seen many of our information being shared by unknown people. We know something is not right.
“We don’t want another bout where we face exposure of our data and privacy,” he said, adding that consumers want to be assured that there will be no leakage.
Nadzim said there is a need for the Health Ministry to explain how the medical information of patients will be kept private.
“We have heard promises everywhere, from banks, under the Banking and Financial Institutions Act (Bafia), yet we have received calls from people we do not know.
“When it comes to medical information, it is even more critical. Consumers must be given that assu­rance on how their data will be kept private,” he said.
On Tuesday, Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam announced that MyHDW, a central database containing health-related information from both public and private hospitals in Malaysia, had gone live.
He said it would allow those in healthcare services to make better and more “educated” decisions, and cut wastage.
Dr Subramaniam has assured the public that patients’ privacy will be of “utmost priority”, adding that sensitive information like personal details will not be accessible.
Malaysia is the seventh country in the world to have such a system.
Bar Council Human Rights Com­mit­tee co-chairman Andrew Khoo said questions like who owns the data warehouse and who will have access to the database need to be answered.
“If cases are entered into the database without the name of the patient, then there is some protection for that person’s identity or privacy.
“The main aim should be in re­source allocation and channelling it according to needs. But will private hospitals agree to share their facilities, and who would pay for that?
“There are not just questions of privacy but also access to the best available healthcare, which is a human right,” he added.
Federation of Malaysian Con­sumers Associations senior vice-president Datuk K. Koris Atan said the database is a good move.
He said it is vital to have such a database as it can help contain diseases, especially contagious ones.
Lecturer Helena Wong, 40, said MyHDW is a good idea but needs to be implemented well.
“We need to get the statistics right about certain diseases. The cancer registry, for example, takes too long to be updated, which makes it tough for the ministry and other NGOs to combat the disease,” said Wong.
Pharmacist L. Parvathi, 30, said details on patient data privacy safeguards need to be explained.
She said other countries with such a database have good practices such as Taiwan, which makes a random sampling of data from one million patients available for resear­chers to analyse.
General manager Titus Fernan­dez, 49, praised the initiative but said security was a concern.
“The information in the database could also be abused, so security must be tight,” he said.
Bank branch manager Mohd Putra Hashim said integrity was of the essence in protecting patients’ data.
“You can have the best security systems put in place but the information can still leak out,” he said, adding that officials handing the database must be people with inte­grity.
Factory director Jimmy Teo, 63, said more information should be provided to the people on the security system used to protect the data.
“I actually don’t think it’s a good idea because my privacy will be affected.
“The Government needs to ex­­plain the security measures taken, and not force us but give us the option to decide if we want to provide our information to the database or not,” he said.

Source : By Loh Foon Fong, Hemananthani Sivanandam, Royce Tan, desiree Tresa Gasper, Data Privacy A Concern To Many, The STAR Online, 23 April 2017. Retrieved from http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/04/23/data-privacy-a-concern-for-many-public-worried-about-how-health-info-is-going-to-be-managed/

No comments:

Post a Comment