Monday, April 24, 2017

Celcom Digi Altel Validity



Sengaja saya coretkan cara-cara untuk tambah extra validity Celcom Prepaid di sini kerana saya sering terlupa akan kaedahnya, maklumlah benda ni dibuat setahun sekali dan lately ni dah dua tahun sekali.

Jika kita type

EXP1 dan hantarkan ke 28882 - RM 30 akan ditolak dan tempoh validity adalah 1 tahun.

EXP2 dan hantarkan ke 28882 - RM 50 akan ditolak dan tempoh validity adalah 2 tahun.

Untuk kedua-dua validity ini, anda perlu reload RM 30 dalam masa 6 bulan dari tarikh MULA validity anda. Kalau tak, validity anda akan burn. Maknanya kos sebenar untuk validity adalah kos validity tahun ditambah pula dengan kos reload RM 30 dalam masa 6 bulan. 

Saya baru extend validity saya kepada dua tahun pada hari ini menggunakan kaedah diatas dan berjaya. Cuma ikut sahaja arahan. Apa-apa pun, untuk selamat, pastikan jumlah kredit anda lebih RM 10 dari jumlah yang diperlukan untuk extend validity.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba nak buat dah tak boleh. Telco ni dia boleh je tukar term and condition validity ni. So far kaedah di atas dah saya buat selama lebih dari 5 tahun.   

Bawah ni pula untuk Digi

Yang ini dah lama tak test sebab validity Digi saya belum habis lagi.

Altel pun ada. Ini saya ambil dari  http://www.altel.my/rewards/#altel365. Tak tau la sampai bila valid.

Type EXTEND dan hantar ke 25835. Nama dia Altel 365. Harga RM 28. Macam biasa kena topup RM 30 dalam masa 6 bulan selepas tarikh pertama extend. Yang ini pun belum test lagi sebab line Altel masih belum expired. Hari tu dah extend setahun.

Kenapa saya banyak line? Sebab saya tinggal di kawasan Urban tapi kadang-kadang main line Celcom saya down. Ini menyebabkan saya ada Maxis, Digi dan Altel.

11 comments:

  1. Replies
    1. celcom masih berfungsi.. saya baru je buat. Altel pun sama.

      Delete
  2. Untuk reload rm30 dlm masa 6bln, slalunya tuan buat segera slps dapat validity, atau hampir2 6bln tu,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat hampir hampir 6 bulan. Biasanya telco akan hantar SMS pemberitahuan bahawa kita perlu topup supaya validity tak terjejas namun kalau boleh jangan tunggu SMS tu. Masuk bulan kelima dah topup RM 30

      Delete
  3. Pakai pelan celcom apa ye? Setahu sy pelan celcom yg baru tak boleh 1 year validity, pelan celcom yg lama je still boleh..

    ReplyDelete
  4. Sy try tak jd. Btol ke bole

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol jadi sebab saya dah buat. Mungkin pakej celcom kita berbeza. Prepaid ni pun ada macam-macam pakej

      Delete
  5. Salam en.nizam,

    Saya pengguna celcom. Saya ada cuba cara yang encik buat di atas tapi tak boleh pula. Saya dapat mesej macam ni "The subscribers main product does not contain the package".

    Adakah celcom dah unable benda ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa package yang digunakan tak sama dengan package celcom prepaid saya. Saya guna package yang lama.

      Delete
  6. Boleh bagitau tak plan apa yg tempoh sah sehingga 30 hari. sbb SOX plan sy dh migrated to magic sim plan

    ReplyDelete