Tuesday, August 30, 2016

Pagi Yang Hujan



Semalam, jerebu amat teruk melanda kawasan lembah klang termasuklah di kawasan rumah dan pejabat saya. Sebelum ini pun, negara kita sudah mengalami masalah jerebu dan pada tahun lepas, masalah ini amat teruk sehingga berhari-hari lamanya saya dan rakan-rakan tidak dapat menikmati cahaya matahari yang sempurna. Saya yang tidak ada masalah asma ini pun rasa sesak lebih-lebih lagi tahun lepas saya memang sangat aktif kayuh basikal outdoor. 

Apabila berlakunya jerebu semalam, saya menjadi agak risau jika ianya berlarutan seperti tahun lepas. Pernah juga kira-kira 10 tahun lalu, jerebu teruk melanda kawasan perumahan saya sehinggakan apabila saya terjaga dari tidur, jerebu tebal berada dalam bilik tidur saya.

Pagi ni, hujan turun amat lebat serta angin. Semoga jerebu hilang, walaupun saya berada dalam keadaan basah apabila sampai ke pejabat. Saya terbaca dalam laman web astro awani bahawa kandungan jerebu ini sebenarnya merbahaya dan boleh menyebabkan kerosak paru-paru. Dibawah merupakan poster Astro Awani tentang penerangan bahaya jerebu kepada manusia.

Klik Gambar untuk mendapatkan resolusi yang lebih besar.Melihatkan bahaya jerebu ini, saya bersyukur hujan yang lebat serta angin pada pagi ini biarpun saya basah ketika berlari dari kereta hendak ke ofis saya. Nak jadikan cerita, hari ini MBA dan beg saya diletakkan di bonet belakang, jadi sambil-sambil hujan lebat, sambil-sambil saya buka bonet untuk ambil beg. Dah lah malas nak pakai payung.

No comments:

Post a Comment