Tuesday, February 09, 2016

Pengalaman Di Lazada Malaysia

This is my Lazada Malaysia Review hasil dari pengalaman saya menggunakan Lazada. Saya ada coretkan semuanya di sini ketika saya membeli Chromecast dan juga ketika membeli HDD serta table computer

Setakat ini saya telah membeli 3 barang di Lazada Malaysia, 1 COD dan 2 saya bayar menggunakan kad kredit. Baru-baru ini saya ada beli satu lagi barang iaitu Remax 32GB dengan harga RM 37. Saya place order pada awal Februari di mana saya dijanjikan mendapat barang menerusi Lazada Express pada 4-5 Februari 2016. Oleh kerana saya pernah menerima barangan menerusi Lazada Express walaupun ianya lambat dari yang saya sangka, saya meneruskan juga order Remax 32GB.

Sebenarnya jika saya browse internet, memang banyak juga komen buruk mengenai kelewatan penghantaran dari Lazada lebih-lebih lagi dari oversea. Barang yang saya order ini pula dari local supplier dan saya order sebab harga yang cut throat iaitu RM 37, compared to tempat lain which is at least RM 50. Saya tidak pasti samada ianya original atau fake, umum mengetahui kewujudan fake sd card, saya tidak ada mekanisma untuk detect fake atau original, hanya apps untuk lihat kelajuan sesuatu SD Card samada ianya sama laju atau tidak dengan yang diiklankan. Apps terbabit boleh didownload dari Play Store. 

Berbalik pada kisah saya dengan Lazada, seperti yang saya coretkan sebelum ini, jika mahu cepat, beli sahaja di kedai berhampiran. Harga mahal tapi barang dapat cepat. Begitu juga kes Remax saya ini, harga memang cut throat, tapi malangnay selepas 5 Februari masih tiada penghantaran. Pada 5 Februari, saya ada dapat SMS dari Lazada mengatakan bahawa penghantaran telah dilakukan tetapi saya sudah 4 kali membeli dengan Lazada dan saya tidak mempercayai SMS sebegini dan telah saya diduga, tiada sebarang penghantaran atau call saya terima dari pihak Lazada Express iaitu kurier yang bertanggungjawab.

Pada 9 Februari 2016, Bahaudin dari CS Lazada telah menghubungi saya dan saya diberitahu oleh Saiful dari CS Lazada (Call dari Bahaudin tidak dapat saya angkat, saya terima email dari Bahaudin beberapa minit kemudian, lalu saya call balik Lazada CS dan bercakap dengan Saiful) bahawa barang saya telah gagal dihantar dan dipulangkan kepada merchant. Saya diberi pilihan untuk penghantaran semula barang pada minggu hadapan atau diberi refund, juga pada minggu hadapan. Saya pilih refund kerana beberapa sebab iaitu :-

1. SD Card 32GB saya boleh beli di kedai luar dalam masa yang singkat. Harga mungkin sekali ganda, tapi barang dapat ke tangan pun lebih dari sekali ganda pantasnya.

2. Jika saya pilih untuk penghantaran barang kembali pada minggu hadapan, sukar untuk saya percaya janji tersebut kerana saya telah empat kali barang dari Lazada dan hanya satu sahaja yang menepati janji iaitu table laptop, itupun penghantaran menggunakan GDex.

3. Pembelian pertama saya iaitu HDD Touro lewat dari tarikh yang dijanjikan sementara pembelian ketiga saya iaitu Chromecast tiba pada 29 Disember iaitu hari yang dijanjikan tetapi pakej percuma yang datang bersama Chromecast tersebut lewat seminggu lebih. Itupun terpaksa call CS Lazada.

4. Saya sendiri agak skeptikal dengan janji penghantaran mahupun janji refund pada minggu hadapan. Saya pilih refund kerana ia lebih baik dari saya tertunggu-tunggu di rumah. Ini kerana saya mempunyai jadual yang padat pada minggu hadapan dimana saya akan sentiasa mobile. 


Antara kelemahan utama Lazada ialah mereka tidak menyediakan tempat untuk customer collect sendiri barang. Perlu diingat, apabila janji penghantaran dan SMS telah dihantar pada customer, customer akan allocate time pada hari berkenaan tetapi jika janji tersebut dimungkiri, customer tidak akan dapat commit untuk berada di alamat menunggu penghantaran barang kerana ada tugas-tugas lain. Kadangkala seperti saya, saya beli sebab melihat pada tarikh penghantaran yang sesuai dengan saya. 

Saya melihat success rate pembelian saya di Lazada ialah 50% sahaja iaitu separuh. Orang kata 50-50. Beli barang di Lazada, 50-50 barang tersebut dihantar atau tidak on time. Mungkin sekarang Lazada tidak hilang customer, tetapi kewujudan pesaing-pesaing Lazada akan menyebabkan customer ada option dan jika salah satu menawarkan drop off center dimana customer boleh ambil barang mereka di satu lokasi bila-bila masa, it is an advantage.

Pernah juga saya terbaca di internet, ada merchant/seller mengeluh kerana barangan mereka dipulangkan oleh Lazada kerana customer tidak jadi beli, ini mungkin berlaku dalam kes saya, tetapi inginkan saya tegaskan pada merchant bahawa bukan saya tidak jadi beli kerana saya sudah membayar, tetapi kerana Lazada tidak fullfill penghantaran on time. Mereka kata mereka sudah cuba hantar pada saya tetapi tiada call yang saya terima dari mereka, dan saya tidak boleh ada 24 jam di rumah menunggu mereka sahaja tanpa melakukan urusan lain. 

This is my conclusion based on my experience, my on time delivery rate from Lazada after 4 transaction is 50% which translates to the item bought may or may not be sent on time. Jadi, kalau anda ingin membeli dengan Lazada, bear this in mind. But their CS is Good, thumbs up. One suggestion from me, please provide a drop off center, macam pos laju, kalau gagal hantar, kita kena datang ke Pusat Pos Laju berhampiran, kan senang. Tak perlu bazir tenaga dan masa untuk resend banyak kali.

Jika ada yang tanya saya, adakah saya akan beli lagi di Lazada, depends on the item, jika item susah nak cari macam table laptop, saya akan beli dan tunggu, kalau dah lebih 3 minggu baru call CS minta refund. Lagi satu, jika price cut throat macam Remax 32GB ni, saya order, kalau lambat macam sekarang ni, saya akan refund. Saya masih belum tahu berapa lama proses refund, yang pasti lambat. Dalam masa yang sama saya akan try lain-lain online shopping yang ada di Malaysia. 




No comments:

Post a Comment